CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 29, 2010

MATURE~LOVE

MATURE


The words that I want to say to you now
Could be a little embrassing
since I usually just joke around with you
please try to understand and listen
honestly I thought
I deserve to love yet
when I first met you
I had no confidence
and I had worries such as that

as time passes
the time we spent together
I've gotten used to these precious moments
you're always by my side looking at me
I'll be thankful for your trust and love
now I'll mature
when you're watching me
the scent of love that won't change~
I'll mature even more
when I look at you
with a trusting gaze that won't change
Now I'll begin changing first~

words like I love you~
and I like you~
words that I could'nt say and were awkward
I tried to make it light like a joke
did I do wrong~
your heart hurt right?

as time passes
and the world changes
it seems that I've matured very little
now that you're protecting me by my side
when I need your love and trust


HWANG BO (MATURE)

sedap lagu dia.. hehe..

Sunday, January 10, 2010

cerpen: Tercipta Kita Milik Siapa?



Terci
pta Milik Siapa?



Aku merayau-rayau di sekeliling taman. Cuba menanggapi kejadian tadi. Ya Allah.. berikan aku sesuatu yang membolehkan aku berfikir…. Aku tahu aku tidak sehebat isteri Rasulullah SAW, saidatina Aisyah RA. Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, mencarik-carik maruahnya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sedetikpun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.

Mampukah aku jadi begitu sabar? Dadaku mula sesak bernafas. Kalau iapun jodohku dia, mengapa tidak kami bersama dengan cara yang paling mulia. Aku malu. Sudah berpuluh kali telefonku berbunyi. Tidakku sambut. Aibku terlalu besar untuk mengotakan janjiku pada ibu dan bapa. Sedikit demi sedikit semangatku luntur. Akalku mati begitu sahaja!

‘Afifah Iman....Jawab call. Macamni masalah tak selesai. I pun kebuntuan.. You yang berhak membuat pilihan.’ Message Amirul Hakiem kubiarkan sepi. Sakit hatiku lebih dari buntu. Keputusan apa yang aku perlu putuskan??

Awaklah yang lakukan ini semua Mirul. Kalau awak tak panggil saya ke sana, kita tak perlu jadi begini.... wajah ibu dan ayah menadahkan rasa hatiku yang pilu. Kelu. Mampukah aku sedangkan ini bukan lagi zaman Aisyah RA. Aku tidak seagung wanita itu. Teringat wajah Qhairil Hakiem. Nama yang seindah peribadinya. Aku pernah meminta Allah memberikan cinta yang hakiki kepadaku. Aku mengkehendaki lelaki yang sempurna menjadi pemimpinku di dunia serta akhirat. Dan aku percaya lelaki itu Qhairil Hakiem ketika kami dijanjikan untuk bersama. Biarpun itu atas pilihan orang tuaku, aku mengaguminya seadanya. Malunya aku pada Qhairil... malunya aku pada ibu dan bapa...malunya aku pada mereka.... Bagaimana hendak ku langsaikan janjiku untuk bersama Qhairil...

Fitnahku amat besar impaknya pada masa hadapan ku. Siapa yang aku perlu pilih. Ya, benar kata Amirul Hakiem, aku perlu membuat keputusan. Kalau aku berpatah arang menyimpul janji bukan dengan Qhairil tetapi Amirul, aku akan dianggap seratus peratus pesalah. Tetapi jika aku memilih bersama Qhairil dan ini menandakan aku harus bersedia naik turun mahkamah dan jenis wanita apakah aku jika aku mengikat janji dengan Qhairil.. Sudikah dia? Namaku telah tercemar.


‘wanita ialah fitnah terbesar dunia. Sebab itu kita kena jaga pergaulan. Walau di dalam telefon pun Afifah...’ teringat aku kata-kata ibu ketika aku tergelak-gelak menelefon Arifin. Dia kawan je, bu... ‘ibu tau’

Malunya aku pada dunia hari ini.

‘Iman, Qhairil dah tau apa yang berlaku. Telefon. Kita selesaikan bersama.’ Qhairil mengirim sms.

Aduh, apakah dia menginginkan perpisahan? Kalau dia sudi menerima aku, tetapi sudikah dia menerima aku sebagai ibu kepada bakal anak-anaknya? Oh aku tidak layak sama sekali!

Inikah balasan jika aku terlalu menginginkan kesempurnaan? Terlalu tamakkah aku? Tetapi aku tidak menginginkan harta atau rupa paras. Aku mahu lelaki yang mampu membimbing aku yang terlalu cetek tentang agama..

“assalamualaikum Iman....”soal Qhairil ketika aku mengangkat panggilannya.

“waalaikumsalam.”jawabku perlahan. Malunya aku....

“apa khabar?”soal Qhairil lagi. Aku terkedu. Dia masih lagi seperti sebelumnya. Bertanya khabar. Dia hanya menelefon jika ada hal penting. Dan soalan kedua setelah salam ialah apa khabar... aku amat meletakkan harapan padanya. Dia yang membuat aku terpesona. Bukan kerana dia kacak atau segak, cukuplah sekadar mengambil berat. Dia suami yang aku impikan selama ini. Tinggikah permintaanku? Tetapi rasanya tiada wanita di dunia ini meminta lelaki yang mementingkan dirinya sendiri. Tiada wanita yang mahu kekasihnya seorang yang tidak bertanggungjawab....

Dialah impian wanita.... Qhairil Hakiem.

“sihat.” Ya, aku sihat walafiat. Cuma hatiku sahaja yang sakit.

“kenapa boleh jadi macamni Iman...?” aku kelu. Syahdu ku rasa apabila dia memanggilku Iman. Dia bukan seorang yang terburu-buru meletakkan kesalahan seperti orang lain. Tetapi bertanya untuk kepastian. Bukankah sabar itu separuh dari iman? Dia bersabar, bertanya dan bukannya tuduhan melulu. Dialah satu-satunya insan di dunia ini yang membuat diriku berasa terlindung, terbela....

“Iman tahu Iman salah. Tapi Iman tak sangka jadi macamtu...”aku mula teresak.

“Iman tahu Iman salah? Macammanatu Iman?”dia kabur. Aku tersedar aku mula menanamkan prasangka di hatinya. Aku ingin mencurahkan air atau apa sahaja kepada keraguannya. Memadamkan segala prasangka. Kerana yang aku perlukan saat ini adalah kepercayaan yang tidak berbelah bahagi.

“Amirul telefon kononnya nak bincang something pasal bisnes dengan Iman kat hotel Sunway. Sebab dia just tinggal esok aje sebelum balik Sabah, Iman setuju ajelah. Tak sangka time Iman tunggu dia kat lobi, Iman tak sabar. Tanya kaunter bilik dia. Kalau Iman tau Iman takkan gi sana... Iman takkan ketuk bilik dia. Iman takkan cuba-cuba buka bilik dia, masuk bilik dia. Bila Iman sedar dia tengah mandi, Iman memang nak keluar tapi orang-orang kat depan bilik diatu... Iman tau Iman terlambat. Iman tak tau nak salahkan siapa bila semua orang salahkan Iman.”terangku sepankang-panjang nya. Aku harap dia percaya. Segunung harapan aku letakkan. Dia mengeluh saat aku cemas.

“Iman tau ke benda macamni mana boleh masuk sesuka hati? Hatta bilik Qhairil sendiri yang sudah menjadi tunang Imanpun....”

“Iman sedar... Iman tahu... Tapi Iman tak cukup sabar. Iman lupa dia lelaki bila dia adalah kawan lama Iman.”ujarku menangis. Dia tiba-tiba tergelak kecil. Aku tidak marah padanya walau aku rasa diperbodoh. Tetapi kenapa dia ketawa saat aku berada dalam kebuntuan? Aku berjauh hati.

“Iman terlupa dia lelaki?”tanyanya semula dengan rasa tidak percaya. Aku termangu. Tahulah aku apa yang menghiburkan hatinya.

“Saya berdoa dihiburkan hati saya saat-saat ini supaya saya tidak menaruh syak wasangka dan api kemarahan kepada Iman.”katanya lembut. Aku jadi cemas. Cemas akan segala-galanya. Takut itulah hint darinya untuk memutuskan perhubungan kami. Aku sedar maruahku bukanlah setinggi mana saat ini. Malah maruahku juga terletak dibahagian paling rendah.

“saya tak sangka awaklah yang datang menghiburkan saya. Iman,, saya amat percaya pada awak. Lepasni balik ke rumah. Kita selesaikan sama-sama. Kesian ibu dan bapa awak. Walau malu macammana yang kita tanggung, tetapi kita harus bersama menyelesaikannya bersama. Awak perlukan sokongan dan kepercayaan. Dan dirumahlah awak dapatkan itu semua Iman. Iman kena sabar. Keputusan ini Iman perlu buat bukan kerana pengaruh orang lain. Tetapi atas dasar kebahagiaan. Dan berdoalah orang disekeliling kita memahami.”kata-kata Qhairil menusuk jantungku. Akan kutanam sebagai pedoman.

“Qhairil masih sudi Iman jadi ibu kepada anak-anak Qhairil nanti?”tanyaku. dia diam lama. Aku resah menanti.

“em... kalau ada jodohye... panjangnye angan-angan Iman... Qhai pun tak sabar nak menunggu ‘anak-anak’ Qhairil nanti. Yang lahirnya mempunyai ibu yang penyayang seperti Iman..”suaranya lembut. Aku sedikit terbuai. Dapatku bayangkan dia tersenyum di sana. Membayangkan sama ‘keadaan kami’ nanti jika di izinkan Allah maha Berkuasa.

“Qhai tak maluke?”tanya ku seketika.

“apa yang nak dimalukan? Qhai tahu Iman akan jadi isteri yang baik, ibu yang penyayang untuk anak-anak Qhai... saya pun anak yatim. Tiada siapa yang akan membantah apa jua keputusan saya. Iman pujuklah ibu dan bapa Iman... Insyaallah hati diorang lembut..”suaranya ku tahu memiliki pengharapan yang besar.

“baliklah ke rumah. Qhai ada kat rumah. Tunggu Iman pulang baru berbincang.”Qhairil mengakhiri kata-katanya.

Aku merenung tasik indah. Jika dialah tercipta menjadi pasanganku dengan kuasa Allah, aku merupakan wanita yang paling bertuah dimuka bumi Allah ini. Qhairil, andai kita memang berjodoh, bersyukurlah aku dan bergembira. Kerena terciptanya kita milik Allah yang Esa. memberikan kita ujian yang memaniskan segalanya. Memberikan kita kebahagiaan yang tidak terhingga. Tahulah aku kini aku bukan kekasih yang dipandang dari sudut rupa paras yang sementara. Untuk Qhairil Hakiem, akulah bakal ibu kepada anak-anaknya. Dia memilihku berdasarkan mata hatinya.


Aku tahu pengharapan Amirul ke atasku. Tetapi aku sudah memutuskan bahawa aku milik sejati Qhairil. Menjadi isterinya. Semoga Allah S.W.T meredhai. Kerana Dia-lah pemilik mutlak diriku. Berkuasa menarik diriku bila-bila masa sahaja..... Aku insan, yang lemah.. mengharapkan hikmah. Kerena aku tercipta, milik tiada tara, kecuali Allah maha Berkuasa.




Hak Milik
(Aku Chasiani)
~리 린 이 가 시 안 니~



Ya~~
Ya rasulullah
Kamar hatiku sekian lama
Suram dan sepi kekosongan
Aku mencari insan sejati untuk menemani hidupku
Adam dan hawa diciptakannya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan dan kedamaian di hati
Ku harap hanya keikhlasan
Dan kurindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan berkekalan berpanjangan
Mengasihimu dikasihi
Menyayangimu di sayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati
Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini oh tuhan
Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi tuhan yang maha pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Di tentu allah yang esa
Perkenankan hasrat di hatiku