CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 29, 2011

Lakaran Jutawan Cinta Daripada Rinsya






“hari ini saya nak keluar.”

“Hari ini birthday saya.. Janganlah keluar mir...”

“Suka hati saya. Kalau awak nak sambut, sambut sorang.”

“Kecil hati saya ni Mir..”

“Kecil hati ke limpa ke... Saya malas nak peduli.”

“saya nak sambut birtday dengan awak malam ni. Boleh lah ye?”

“awak jangan mengada. Saya tak ada masa.”

“tapi saya nak sambut dengan awak malam ni juga, awak tak boleh keluar. Awak nak marahpun saya tak peduli. Kalau awak keluar juga, saya pasti sampai pagi nanti malaikat mengutuk awak.

“Hish menyusahkan betul!” aku berlari masuk ke bilik. Menghempas daun pintu. Apa dia nak rasa, rasalah! Aku memang sudah cukup bengang. Malam ini aku tak akan keluar dari bilik.

“Mir...”panggil Harris lembut di luar bilik. Aku menyepi’

“Kita makan jom, nanti sakit perut masuk angin.” Aku diam saja.

“Okaylah mir boleh keluar malam ni. Saya tak halang lagi.

Serta merta aku berdiri. Berkemas kemudian keluar bilik. Harris memandang aku sayu. Aku tak peduli. Melangkah keluar.

“tak nak wish saya ke?”tanyanya dengan suara tenggelam timbul

Aku tidak menjawab. Dia memandang wajahku dengan wajah yang keruh.

“tak apalah.. Saya kan orang asing bagi awak. Pergilah.. Asal awak jangan lupa jalan balik, saya sudah bersyukur sangat-sangat.”ujar nya sayu.





“awak nak pergi mana?”dia menghalang laluan ku.

“Suka hati saya!”

“awak nak pergi dengan Ikram kan?!”nyaring suaranya. Aku mengetap bibir,’

“Eh, suka hati sayalah.. lalu!”aku cuba melangkah dan dia cepat menghalang langkahku.

“Hei! Apa ni? Apa hak awak nak halang-halang saya ni?!”tempikku.

“Sebab saya suami awak. Takkan awak lupa? Awak nak main-main kan hubungan yang Allah berikan kepada kita berdua ke? Awak tak percaya jodoh ke?

“Kenapa? Takut? Awak yang mulakan Harris.. Awak yang mulakan bahawa permulaan perkahwinan kita adalah satu dendam! Jadi jangan salah kan saya kerana keluar dengan Ikram. Saya tak bodoh untuk melayan awak dengan baik sebagai seorang isteri sebab apa yang saya tahu, antara kita hanya ada dendam yang belum terlunas.”

“Awak kata bodoh sebab melayan saya sebagai suami? Mana awak dapat hukum tu? Awak tak tahu ke kenapa saya nak kahwin dengan awak? Awak betul-betul tak faham saya ke? Saya bukan jutawan cinta seperti yang awak katakan... Saya mencintai awak seorang sampai saya nanar. Tapi awak buat saya macam halimunan. Awak tak pernah pandang saya. Hanya saya yang peduli makan minum awak..

Hanya saya yang sayang awak seorang. Kalau tak cinta, kenapa kita kahwin? Saya tahu awak kahwin dengan saya sebab dendam dan sakit hati. Tapi saya tak kisah. Saya masih tdalam dunia saya yang suatu hari nanti awak akan tunjuk yang awak sayang saya. Tapi kenapa sikit pun awak tak pandang suami awak ni. Saya suami awak. Bukan ikram atau siapa saja.

Saya suami awak.. Takkanlah saya tak berhak langsung pada awak? Takkanlah awak langsung tak sayangkan saya.. Saya tak minta banya, sikit pun kalau awak pandang saya, saya dan rasa bahagia Mir.. tapi awak pandang saya dengan kebencian. Saya seorang saja yang beria-ia sayangkan awak. Awak... Memang tak berhati perut..”mata Harris memerah. Aku berpaling ke arah lain. Sebak! Jadi selama ini hanya aku yang memikirkan dendam yang tiada kesudahan. Dia? Melutut dan merayu cintanya diterima. Kejam sangat ke aku?



Mencintai awak mir, macam satu penyiksaan. You r torturing me… cukuplah mir, hati saya dah koyak rabak. Banyak sangat luka.. siapa nak beri saya ubat lepas ni...? saya dah macam mengemis cinta dari awak. Takkan awak tak tersentuh sikitpn?



Aku merenungnya dalam-dalam. Dia mengesat air matanya laju. Bukan awak seorang yang sayangkan saya Harris, saya pun sayang kan awak. Tapi saya langsung tak ada keyakinan untuk menerima cinta awak.


“aku dulu kahwin dengan dia pasal dendam, semua tu betul.”




‘abang saya kata, di mana ada jalan, di situ ada highway’

'saya nak jadi highway awak, Mir..'