CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 21, 2011

Doa Qunut

DOA KEBAHAGIAAN SEKELUARGA




rujukaan:
http://maanamyz.blogspot.com/2009/03/doa-kebahagiaan-keluarga.html





Bahagiakan keluarga kita,
kerana kita tidak tahu bila perpisahan terjadi...
Doakan kebahagiaan keluarga selalu tau...

Doa Selepas Azan dilaungkan.



Allahumma rabba hazihid da' watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah. Innaka laatukhliful mi'ad. Rabbighfirli waliwalidaiya (3X). Warhamhuma kama rabbayani saghira. Wasollallahu 'ala saiyidini Muhammadiw wa'alihi wasahbihi wassallam.


Maksudnya:
Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelirara akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.


rujuk:

http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/doa/doa_slp_azan.html

Solat Dhuha

Tunaikan solat ini walau hanya sekali.....
Sesungguhnya mendekati diri kepada ALlah sebelum waktu susah itu lebih baik.
Semoga ALlah berikan kita keutamaan semasa diwaktu susah.


Ada yang mengatakan masa untuk menunaikan solat Dhuha ialah 7-11 pagi dan ada juga yang mengatakan 20 minit selepas matahari terbit sehingga ZOhor.

Solat ini boleh dilaksanakan 2 hingga 12 rakaat. setiap 2 rakaat, ada satu salam.


Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."






Cara melaksanakan:

Niat;

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Usolli sunatadhuha rok'ataini lillahita'ala





Ketika sujud terakhir,



ulang sebanyak 3 kali.




Doa selesai solat Dhuha ialah;







rujukan diambil daripada:

http://nursyirah.wordpress.com/2008/04/17/solat-dhuha-doa-dan-cara-melaksanakan/

http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm

http://permai1.tripod.com/dhuha.html

Friday, May 20, 2011

Tanda-tanda kematian...



Kematian itu pasti....





Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Sama-sama kita renungkan.


Dipetik dari blog:
http://ohislam.com/saat-saat-kematian/


Sesungguhnya mati adalah untuk semua kecuali Tuhan kita, Allah SWT.
Kita sebagai makhluk yang lemah, beramallah sebelum terlambat.
Tempahlah kebahagian di akhirat.
Al-Fatihah...

Thursday, May 19, 2011

Alhamdulillah..

Bapak dah keluar dari bilik bedah, ana syukur sangat-sangat. Pembedahan jantung pulatu.,,
walaupun masih lemah, tapi ana dah syukur sangat-sangat-sangat-sangat...
ALhamdulillah selamat.

Adik kata bapak masih di ICU. tapi bagi ana cukuplah kalau sudah selamat.
Semoga tak ada apa-apa lagi. cepat-cepat lah sembuh pak..

Bolehlah ana tidur tenang sikit malam ni.
Ya Allah, semoga bapak cepat sembuh.
Ana tak mahu ada jangkitan kuman atau luka semula.
Ya Allah, berikan bapak kekuatan.

Minggu depan ana nak balik, bapak mesti dah sihat...!
jangan sakit-sakit lagi..
Insya Allah~

Surah Al-Insyirah (Kelapangan)



Wednesday, May 18, 2011

Sedihnya...

Minggu lepas dapat berita bapa luka kat kaki.
Okay... ANa masih relax.
(tapi dia kencing manis. jadi ana risau sampai nangis jugak. semalaman x tidur sebab risau.
tapi dia memang selalu luka.)

Lepas tu malam tadi mak kata dia dah masuk wad. Sakit tak dapat angkat badan.
Rasa macam berat sangat kepala ana fikir tentang bapa.
(Ana memang nangis sampai tak dapat tidur. Esok ana ujian dan ana rasa macam otak ana tak dapat berfikir.)
Hari ini lepas ujian (alhamdulillah okay dapat jawab), adik telefon kata bapa masuk ICU sebab paru-paru masuk air.. (Entahlah.. Ana rasa takut sangat-sangat.. Kenapalah boleh melarat sampai macamtu? Adik kata mak tak nak beritahu ana sebab ana tengah ujian. Ana buat slumber, buat rasa tak ada apa-apa sebab minggu depan 4 paper. Tapi hari-hari ana rasa tension sebab risau).

Seminggu lagi ana balik cuti ke Miri. Seminggu lagi~~ kenapa rasa lama...?
Rasa nak balik esok je.
Jaga bapa.


p/s:
Allah menduga, Ana kena sabar banyak-banyak. Doakan keselamatan bapa ana. Dia sudah tua, Ana tak nak dia sakit.

Tuesday, May 17, 2011

Rainbow To Me Lyrics



Lyric in Roman


Yeah~~
I’m the one and only girl
I’ll give you what you need
I ‘ll give you what you want
So baby Listen out yes
Just wanna be with you

Come on

Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh
nareul bulleobwa
come come come come to me
Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh
nareul butjaba
come come come come to me

Boy nan sesange hanappunin geol (yes)
neol manjoksikil love you
nugudo namankeum neol sarang motae
neon naega pillyohae

bissan gabanggwa meotjin Fancy Car
nan baraji anha
wonhamyeon naega sa dareun yeojawa bigyohajima
geudeulgwa nan dalla

So baby
come come come come to me
Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh
nareul bulleobwa
come come come come to me
Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh
nareul butjaba
come come come come to me

boy nan manheun geol jul su inneun geol (wanna be)
nae eokkae gidae love you
ttaeroneun neol rideuhae jul su inneun
nal mitgo ttarawa (come on)
nopeun kilhilgwa ppeonhan seksi seutail
georien manchiman
nan heunchi anheun taip
dareun yeojawa bigyo hajima
geudeulgwa nan dalla

So baby
come come come come to me
Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh
nareul bulleobwa
come come come come to me
Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh
nareul butjaba
come come come come to me

niga bogo sipeulttae (gamanhi)
jeonhwareul gidariji anha
geukkat jajonsim ttawi amu sanggwan eomneungeol (amu sanggwan eomneungeol)
himdeulgo oeroulttae (gamanhi)
nal miso jitge hal su isseo
modeungeol da jwo neul majimakcheoreom
always be with you
if you never let me go

nan seksihan gagagasipgeol
Machui sokdoro ppajilgeol
nan ni modureul (AA) Akeullaeseuro mandeul (AA)
i mudaewa ttael su eomneun noraecheoreom
eonjena neon naega pillyohae
geokjeongeun jeonbu da dwirohae
neon naman isseumyeon be okay

Just wanna be with you
Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh
nareul bulleobwa
come come come come to me
Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh Oh eh
nareul butjaba
come come come come to me
come come come come to me
come come come come to me





English translation



Yeah,
I’m the one and only girl
I’ll give you what you need
I’ll give you what you want
So baby listen up, yes
Just wanna be with you(come on)

Oh, eh, oh, eh, oh, eh Oh, eh, oh, eh, oh, eh
Call me
(come, come, come, come to me)
Oh, eh, oh, eh, oh, eh Oh, eh, oh, eh, oh, eh
Hold me
(come, come, come, come to me)

Boy, I’m the only girl in the world
that can satisfy you, Love you
no one has ever loved you more,
you need me

An expensive bag and a fancy car
I don’t expect it,
if I want it I’ll buy it myself
Don’t compare me to other girls,
I’m different from them

So baby
come, come, come, come to me
Oh, eh, oh, eh, oh, eh Oh, eh, oh, eh, oh, eh
Call me
(come, come, come, come to me)
Oh, eh, oh, eh, oh, eh Oh, eh, oh, eh, oh, eh
Hold me
(come, come, come, come to me)

Boy, I can give you a lot and be your girl (wanna be)
Lean on my shoulder
Love you, believe in me
and follow me, I can lead you (come on)

High kill heels and an obviously sexy style
Although there are a lot of those on the streets
I am not that common type
Don’t compare me to other girls,
I’m different from them

So baby
come, come, come, come to me
Oh, eh, oh, eh, oh, eh Oh, eh, oh, eh, oh, eh
Call me
(come, come, come, come to me)
Oh, eh, oh, eh, oh, eh Oh, eh, oh, eh, oh, eh
Hold me
(come, come, come, come to me)

When I miss you (still),
I don’t wait for a call
Pride is just stupid, it doesn’t matter
(It doesn’t matter)
When you’re tired and lonely (still)
I can make you smile
Give everything to me, like it’s always the end
Always be with you,
if you never let me go

I am a sexy gossip girl
You’ll fall at the speed of mach
A love-lover who can turn your everything into Class A (AA)
Like a stage in where songs can’t be taken away,
I always need you
Put your worries behind you,
and you’ll only need me to be okay

just wanna be with you
Oh, eh, oh, eh, oh, eh Oh, eh, oh, eh, oh, eh
Call me
(come, come, come, come to me)
Oh, eh, oh, eh, oh, eh Oh, eh, oh, eh, oh, eh
Hold me
(come, come, come, come to me)

ahh~~~
Come, come, come, come to me
Aaahh~~ ahh
Come, come, come, come to me

I need you (just wanna be with you)
You need me, that’s right boy
(Just wanan be with you)
Come to me

Navi (나비) 느낌이 와 (Neukkimi wa / I can feel it) [49 Days ost Lyric]



Romanization (I can feel it)


Neukkimi wa nae ane deureowa

Jakku nae gaseume chaolla

Neoeui sumsori jocha

Niga haneunmal cheoreom naegen deullyeo OH

Sarangi wa nae mameul humchyeoga

Da irheodo naneun joha

Saranghalsurok saranghaeseo haengbokhae

Nunbichi malhajanha

Shimjangi sorichigo itjanha

Hamchuryeogo haebwado

Momdo maeumdo sumgil goshi eopjanha

Nalsumcheoreom deulsumcheoreom

Naneun tto neol bureugo isseo

Neon jaseogeui geukcheoreom han momin geotcheoreom

Tto nareul weonhago isseo

Neukkimi wa nae ane deureowa

Jakku nae gaseume chaolla

Neoeui sumsori jocha

Niga haneunmal cheoreom naegen deullyeo OH

Sarangi wa nae mameul humchyeoga

Da irheodo naneun joha

Saranghalsurok saranghaeseo haengbokhae

Nunbichi malhajanha

Shijangi sorichigo itjanha OH

Hamchuryeogo haebwado

Momdo maeumdo sumgil goshi eopjanha OH

Nalsumcheoreom deulsumcheoreom

Naneun tto neol bureugo isseo

Neon jaseogeui geukcheoreom han momin geotcheoreom

Tto nareul weonhago isseo

Useumina maeume yunina

Naega neo ttaemune bichina

I sesang moduga

Niga kkuneun kkumcheoreom ijenboyeo OH OH

Haengbgiwa maeil deo dalmaga

Niga dweneunge nan joha

Neoneun tto dareun naraneun geol gieokhae

Neukkimi wa nae ane deureowa

Jakku nae gaseume chaolla

Neoeui sumsori jocha

Niga haneunmal cheoreom naegen deullyeo OH

Sarangi wa nae mameul humchyeoga

Da irheodo naneun joha

Saranghalsurok saranghaeseo haengbokhae

Wake Up SNSD Lyric



geunyang chamgo chamatji geuge
saranginjur nan arasseosseo
ijewa neor saenggakhani doraboni
cham utgijido anha

wae nan geureon giga chan neoui
haengdongeur modu badajun geonji
eonjena neonneun urineun eoptgo
neo hanaman isseosseo

hamkke nanun aju oraen gieokdeur da modu
chueogi anira akmongigo
wae deo iljjig neoegeseo
beoseonaji mothan nae jasini nanmiwo

neomu eoreyeoseo nan apa
imi da kkeutnasseo nappa
neoreur ji ugesseo ije geuman wake me up
jakku eonjena neo hangsang
bappa kkeuteoptneun oeroum
nan ni inhyeongi anya

haera mara ganseopman hagon
neon namjara da gwaenchanhdago
jeonhwado eopsi sarajyeo beoryeo
wea neon nar gaduungeoni
chakhan yeoja chinguga doego sipeotgeodeun
chakgage ppajyeosseo babo gata
neon nae appaga anya
myeongryeonghaesseo mwodeun
neoui bangsig nan silheo


neomu eoryeosseo nan apa
imi da kkeut nasseo nappa
neoreur ji ugesseo ije geuman wake me up
nunmuri beonjyeowa inhyeongi anya

sumi makhyeo jakku gappa
doragaji anha narbwa
byeonhan nae moseubeul
jar ga iman wake you up
iman gajugetni ijeya
saenggageun jayuji algetni
chorahae boiji to me

nan jangnamgami anya
nan ni inhyeongi anya
nan ni inhyeongi anya

apa nappa ije geuman wake me up
ijeya algetni geuman gajulae

ije geuman wake me up
wake up

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru kepada semua..


Khas kepada: Guru-guru di bawah kementerian..
Dan juga kepada: Semua manusia di muka bumi ini.

"Selamat Hari Guru"

Kullukum Ra'in Wa Kullu Ra' in Mas'ulun 'An Ra'iyyatihi



Sesungguhnya kita perlu menjadi pemimpin walaupun untuk diri sendiri...
Tarbiah diri itu sama ertinya dengan mendidik jiwa.
Jadi tidak hairanlah jika semua antara kita adalah guru walaupun hanya secebis ilmu kita sampaikan.
Setiap hari pun kita mengungkapkan kata-kata ilmu walaupun sedikit ya tak?

Dan yang paling istimewa tentulah ana ingin mengucapkan 'selamat hari guru' kepada guru-guru Ana bermula daripada pra sehinggalah di maktab ini.
Ana bersyukur kerana dikurniakan pendidik yang bersungguh-sungguh membangunkan ana yang tidak berapa popular ini menjadi seorang 'insan'.
Ana berjanji pada diri sendiri akan cuba menjadi seorang guru yang bakal melahirkan 'insan'.
Ana janji untuk berusaha..

Dan kepada guru-guru satu dunia, lahirkanlah manusia yang akan menjadi 'insan'. Bukan sahaja mementingkan kejayaan dunia, tetapi hati juga perlu diisi..

p/s:
Guru yang terutama dan tok guru ana sejak lahir lagi: Mak, bapak, nenek wa datuk.. Selamat Hari Guru...

Friday, May 13, 2011

Izrianni Marria 3






“Wei! Korang cerita pasal bos baru tak kongsi dengan kami pun... ini tidak aci!”Issabel mengusik Wani dan aku tanpa tahu ‘bos baru’nya itu sedang tersenyum di belakangnya. Entah bila entah aku dan Wani bercerita pasal bos baru itu... Lepasni, masaklah aku..

“Awak cerita apa pasal saya? Nak tahu jugak...”tiba-tiba suaranya garau menggertak. Lintang pukang Issabel membuka fail. Izrianni menolak badan Wani yang berdiri tegak macam patung. Wani tersedar lalu cepat menuju ke mejanya yang agak jauh itu. Encik Farhan melirik ke arah Izrianni. Dia senyum sekilas bila gadis itu berpura-pura tidak mengenalinya. Look and see. This girl is very funny... Farhan masuk semula ke bilik nya dengan senyuman panjang. Ada jodoh bila asyik bertemu.. tiba-tiba senyumannya mati. Teringat Maria. Ah, Maria lagi! Cuba di sabarkan hati. Tapi di sini ada seorang gadis bernama Marria! Marria yang cantik dan degil... Izrianni Marria. Rian atau Iz atau Marria, kita tengok dan lihat sampai bila awak hendak berpura-pura dihadapan saya!

“Mak aih.. Gila betul Hantu tu... asyik di kejarnya aku... Aku dah cakap aku dah bertunang pun dia bengang. Ada ke patut dia ingat aku ni menipu dia untuk mengelak dari dia.. Memang kenyataan aku dah bertunang pun!” Izrianni mengeluh kecil.

“Apa kau cakap Rian? I can’t hear you la...”tanya Issandra. Izrianni tersengih. Kalau kawan nya seorang ini tahu, melayangla dia kena bidas kena basuh jadi ikan kering...

“Siapa Rian?”desak Issandra. Izrianni menghela nafas.

“Si Hazim tu... Kacau aku...”menipu lagi! Kalau diorang tahu ‘Hantu’ yang aku maksudkan ialah bos baru diorang tu... Alamatnya tak selamatlah hidup aku daripada gosip-gosip. Lepasni bolehlah aku pakai purdah pergi pejabat untuk mengelak daripada dikenali.

“So what? Apa salahnya sebab dia pun handsome... bertuah kau ni...”puji Issandra sambil memandang ke arah tempat duduk Hazim. Hazim terpinga-pinga apabila Issandra mengenyit matanya pada lelaki itu. Izrianni mencebir. Bukan itu masalahnya...

“Kau dah bertunang dengan siapa tadi?”tanya Issandra. Aku tersentak. Itupun dia dengar ke?

Itu ha... Si Yusuf... Yusuf yang lembik dan dia di bawa ke rumahnya ketika pak cik Ahmad masih berkerja di bawah bapa Yusuf. Pak Ahmad membawa anak orang kaya itu ke rumah sewaktu arwah ayah Izrianni masih ada. Yusuf yang dia kenal terkenal dengan sifat penakutnya dan agak comel. Haha... Tiap kali datang aku buli. Tawa Izrianni di dalam hati.

Mak...! Dia harus menelefon maknya. Satu-satu ibu yang dia ada dalam hidupnya. Tempat dia bergantung dan brmanja. Walau bagai manapun dia tidak berkenan dengan Yusuf, mak tak boleh di abaikan. Izrianni tunduk sayu. Maafkan Iz mak sebab pergi macam tu saja hari itu...Iz tak sanggup melihat wajah mak selepas bergelar isteri orang kerana Iz langsung tidak bersedia. Sikit hari lagi confirm dia balik ke rumah dan meminta maaf pada mak.

“Izrianni?”Izrianni terperanjat. Menggelabah apabila wajah bos baru berada di hadapannya dan serius merenungnya.

“Termenung?”tanya encik Farhan.

“Maaf tuan.”Izrianni tersengih-sengih. Farhan menghela nafas melihat telatah Izrianni.

“Awak ke bilik saya sekarang.”Encik Farhan memerintah. Terkebil-kebil Izrianni melihat encik Farhan berlalu masuk ke bilik pejabatnya.

“Mati aku kena basuh!”bisik Izrianni mengatur langkahnya. Issandra mengacukan jari ibu nya sambil tersengih-sengih.

“Tak guna punya kawan!”Izrianni mencebik pada Issandra sambil membuntuti langkah Encik Farhan.

“Duduk Rian.”encik Farhan mempersila bila Izrianni hanya berdiri merenung tangannya sendiri.

“Awak Izrianni Marria?”Farhan bertanya. Merenung tubuh Izrianni dari atas ke bawah ke atas semula dan renungannya terhenti pada sepasang mata Izrianni apabila gadis itu duduk di hadapannya.

“Biar betul awak ni yang namanya Izrianni Marria binti Ghadafi? Awakni Izrianni Marria?”tiba-tiba Farhan ketawa berdekah-dekah. Dia seperti tidak dapat menerima hakikat bahawa aku bernama Izrianni Marria. Aku jadi hairan. Terlalu cantik ke nama aku sehingga aku tak secantik nama aku ataupun aku terlebih cantik dan Izrianni Marria tak ‘ngam(sesuai)’ langsung dengan aku?

“Macam tak percaya perempuan yang namanya Marria tu dah jadi macam you. Nasib baik cantik. Patut garang semacam...”Farhan ketawa lagi bila Izrianni seperti terkejut dan keliru dengan penerimaan Encik Farhan terhadapnya. Apa bendalah orang tua ni melalut? Tapi tadi aku dengar dia kata aku cantik... Hehehehe.. Betullah tu. Lepastu dia kata aku ‘garang semacam’! cis! Kau belum tahu tinggi dan rendahnya langit encik Farhan!

“I suka you lah... Nice! You nak tak makan dengan I?”tanya Encik Farhan. Perlahan-lahan dia menggeleng. Kenapa dengan lelaki ini? Dia ingat aku barang ke objek? Tidak sedap betullah apabila dia cop aku dengan perkataan ‘Nice’tu. Macam.. Macam... Geli!

“I hantar you balik nanti. Pergilah lunch dengan teman-teman you.”perintah lelaki itu lagi. Izrianni berdiri untuk keluar. Hairan memikirkan perubahan jejaka itu. Sekejap kata nak makan sama, sekejap suruh makan dengan kawan, sekejap lepas tu nak hantar balik!

“Dont forget dear, petangni I jemput you dan hantar you balik rumah, okey?”Izrianni terpaku. Banyak sebab dia boleh mati terkejut hari ini. Apa mimpi lelaki ini memanggilnya ‘dear’? Petangni pula kenapa mahu hantar dia pulang ke rumah?

“Maafkan saya tapi saya sudah ada kereta dan boleh balik sendiri.”

“Jadi dinner kita malam ini jadilah ya...? Okay! Jumpa malam ni. I nak beritahu something special for us.”

“Kenapa nak dinner?”terpinga-pinga Izrianni.

“I’m not going to tackle you if you mind so. Yang ini saya pasti!”kata Farhan tenang. Bulat mata Izrianni. Dia jadi malu bila apa yang ada di minda nya terbaca dek Encik Farhan.

“I know something that you don’t know Rian... Perkara paling penting..”Farhan tersenyum penuh makna. Izrianni Marria terpinga-pinga.