CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 19, 2012

Curi-Curi Cinta Bab 3


BAB 3

“MAMA! Apa semua ni?!” Adami Hafizi bertempik kuat. Puan Nafisa mengurut dada terkejut. Tidak pernah Adami Hafizi bersuara tinggi kepadanya.

“Salah ke mama buat semua ni? Untuk kebaikan Adam dan Ica juga, kan?”

“Tapi banyak lagi perkara yang mama boleh buat selain daripada menjodohkan Adam dengan Ica! Adam nak mama dan papa batalkan semua ini!” Sabar Adami semakin tipis. Tak pernah terfikir di kepalanya yang dia dan Ica akan dijodohkan, apatah lagi dikahwinkan. Mustahil!

Yang ada di hati dia, Irisya Sareefa hanyalah adik, tak lebih dari itu. Yang ada di hatinya, dia tak nak ‘adik’ menjadi isteri. Takkan tercapai dek akal dan takkan terjadi benda-benda mengarut seperti itu.

Puan Nafisa sudah mula mengalir air mata. Hati seorang ibu tersentuh apabila anak yang selama ini dia tatang tiba-tiba berubah watak. Sampai hati Adami bertempik di hadapan mama dan papanya. Di mana silap didikan dan ilmu-ilmu yang diterapkan dalam peribadi Adami?

“Adam, bukan mama kamu yang salah. Ica yang minta kamu jadi suami dia. Kami ingat kamu dan Ica betul-betul sedang bercinta,”terang Encik Halim. Adami mengetap bibir.

“Ica?”tanyanya tidak percaya.

Ask her,” jawab Puan Nafisa teresak-esak.

“Adam anggap dia macam adiklah... Takkan mama tak tahu?” tekan Adami menahan perasaan.

“Adam nampak caring sangat bila sampai bab-bab Ica... Mata mama ni nampak yang Adam sayang pada Ica... Adam nak main-mainkan hidup Ica ke? Budak tu dah suka sangat pada Adam!”

Keluhan Adami muncul di bibir. Dia terduduk di sofa.

“Adam dan Ica bincang dulu baik-baik. Papa minta maaf buat keputusan tak bagitahu kamu dulu.”

Adami berlalu menuju ke bilik. Pintu bilik dihempas kuat. Hatinya mendongkol geram. Perasaan marahnya memuncak sehingga dia sendiri gagal membendung perasaan itu walaupun di hadapan Encik Halim dan Puan Nafisa.

Puan Nafisa memegang lembut tangan Encik Halim cuba meminta pendapat suaminya itu.

“Abang nampak tak tu?”

“Perasaan abang betul-betul kuat yang Ica wanita terbaik untuk Adam, Fisa,” desis Encik Halim mengeluh.

“Fisa maksudkan, abang nampak tak cara Adam cakap dengan kita? Pertama kali Adam tengking kita tau bang?” resah di hati semakin menghambat diri. Puan Nafisa risau kalau-kalau Adami berubah tingkah selepas apa yang telah terjadi.

“Sabarlah Fisa. Rombongan meminang sudah kita hantar. Kita tak mampu nak buat apa-apa lagi. Pihak perempuan sudah terima.”

“Fisa tak sangka Ica sengaja tipu kita! Dia kata, memang dari dulu dia dan Adam bercinta!”

“Fisa, awak tolonglah bersabar... Mungkin Ica salah faham seperti kita. Adam pun satu, dia layan Ica dengan layanan kelas pertama, macam dia layan bakal isteri dia. Awak pun tahu kan?” Encik Halim tersengih. Puan Nafisa mencubit lengan Encik Halim geram.

“Benda serius, papa ni sempat lagi bergurau!” Encik Halim tergelak mendengar suara isterinya yang agak marah itu.

“Cinta boleh dipupuk. Sudah terlanjur macam ni, kita nikahkan saja. Boleh kurangkan dosa mereka berdua tu. Setiap kali balik, sudah macam belangkas. Asyik keluar dengan Ica.”

“Abang serius ke? Kalau dia orang tak bahagia nanti bagaimana?”

“Fisa tak dengar ke apa yang Ica kata hari itu? Dia sanggup jadi isteri Adam dan layan Adam dengan sebaik-baiknya. Adam segalanya bagi dia. Dari dulu dan sampai bila-bila. Dia nak kahwin dengan Adam sehabis SPM. Bukan awak tak tahu Ica punya result SPM boleh tahan kalau setakat nak minta matrikulasi atau universiti. Tetapi dia sanggup berkorban jadi isteri kepada Adami Hafizi. Awak tak nampak ke betapa beruntungnya anak bujang awak, Fisa?”

Puan Nafisa terdiam. “I don’t know... I did’nt have any confidence at all...” keluh Puan Nafisa pelan. Ada rasa sesal yang amat kerana Ica sanggup menipu mereka demi Adami.

“ALLAH Maha Tahu Fisa...” pujuk Encik Halim. Puan Nafisa tersenyum tipis. Tak lama kemudian dia terangguk-angguk kecil. Ya, Adami beruntung kerana ada Ica yang sanggup berkorban untuknya walau apapun yang menimpa. Demi Adami...

AKU BERLARI anak menuju ke arah padang sambil kedua-dua tangan memegang dada. Senyuman lebar terukir di bibirku dengan rambut terbuai mesra oleh angin senja.

“Ica, Adam tunggu kau kat tepi padang macam biasa.”

Kata-kata Adeera, jiran sebelah rumahnya itu tadi membuatkan diriku terlonjak gembira.

“Abang! Abang dan balik?!” Aku tersengih lebar sambil melabuhkan punggung di sisi lelaki itu. Lelaki yang telah berjaya menduduki hati aku sekian lama. Wajah Adami Hafizi kutatap dengan penuh perasaan rindu.

“Apa Ica dah buat?” Pertanyaan itu tajam menyapa telingaku. Dingin... dan kasar...

Aku memandang wajahnya hairan.

“Buat apa?” tanyaku lembut. Aku nampak muka Adami Hafizi semakin tegang.

“Abang tak pernah cintakan Ica. Kita batalkan pertunangan kita.”

Sedetik kemudian, hatiku tercalar. Mataku mula berkaca. Bukankah apa yang aku ada dan dia ada adalah sebuah perasaan indah semata-mata? Cinta... Takkan dia tak rasa apa yang aku rasa? Dia sendiri pernah menyatakan bahawa dia cintakan aku. Dia sendiri pernah katakan yang dia sayangkan aku dan akan melindungi aku sampai bila-bila. Aku gigit bibir menahan sebak di dada yang bertandang tanpa diduga.

“Abang tak sayang Ica?”soalku lembut. Masih berharap dia memahami diriku.

Aku nak dia rasa apa yang aku harap-harapkan selama ini. Aku nak dia sedar yang aku mencintai dia lebih dari segala-galanya yang ada di muka bumi ini.

“Sayang?? Ica tak faham abang walaupun sekian lama kita berkawan? Abang tak pernah cintakan Ica! Tak kan Ica tak tahu hati abang?! Abang tak pernah mengharapkan Ica jadi isteri kepada Adami Hafizi.”

“Ta.. Tapi.. Tapi abang janji. Jaga Ica sampai mati... Abang kata abang cintakan Ica...”suaraku terketar membalas kata-katanya. Adami Hafizi melemparkan pandangan benci ke anak mataku. Dan itu adalah pandangan pertama daripadanya yang cukup membuatkan hatiku terluka.

“Jaga? Aku jaga kau sampai kau kahwin, then aku serahkan kepada suami kau. Orang yang benar-benar berhak, Ica! Bukannya aku! Lagi satu, cinta kau tak pernah ada dalam kamus hidup aku. Kau tak dapat bezakan ke yang mana satu gurauan budak kecil dan yang mana satu ungkapan orang dewasa? Aku kata cinta tu masa kita kecil, berhingus lagi. Mana ada serius!” Aku terkedu melihat kemarahannya. Buat sekian kali, aku menangis di sisinya. Tidak seperti hari-hari lain dia memujuk dan hari ini dia biarkan aku menangis teresak-esak sendiri.

“Abang sendiri pernah cakap cinta tak boleh nak main-main. Kenapa abang cakap cinta abang hanya sebuah gurauan budak kecil?”

“Irisya Sareefa!!” melengking suaranya. Aku nampak dia ketap bibir geram dan melirik aku tajam. Sebelum hari ini, aku sentiasa terpesona memandang lirikan matanya. Amat-amat menawan hati sesiapapun dan aku terasa bertuah kerana lirikan itu adalah untuk aku. Tapi rupa-rupanya aku tersilap tafsir. Dia boleh memandang sesiapapun. Lirikan matanya itu bukan untuk aku...

Aku duduk melutut di hadapannya sambil tertunduk memandang rumput. Bibir terketar menahan sebak. Aku sekarang tak ubah seperti pesalah di hadapan matanya. Terasa diri ini kecil di matanya. Aku tak mahu dia bencikan aku. Aku tak nak dia tenung diriku dari sudut hina. Tapi saat ini aku terpaksa!

“Abang tak boleh buat Ica macam ni. Ica janji, Ica jadi isteri yang terbaik...”janjiku bersungguh-sungguh. Tawa Adami mematikan rayuanku. Adami gelak sinis sambil meraup wajahnya perlahan. Aku tunduk membisu.

“Isteri?” dia gelak lagi. Kali ini lebih kuat daripada tadi seakan-akan perkataan isteri itu mengundah rasa geli hati dalam dirinya. Atau lebih tepat, perkataan itu sekadar sebuah perkataan yang melucukan. Bukan untuk aku menyandang gelaran itu untuk dirinya. Hina sangatkah keinginanku untuk menjadi isterinya?

Tawanya kali ini membawa luka yang paling dalam buatku. Aku cuba tahan air mata tapi mengalir juga ke pipi. Di dalam hidup Ica, tiada seorangpun yang lebih istimewa berbanding abang. Ica tak akan lepaskan abang dari hidup Ica, tak akan!

“Isteri? Ica tak tahu ke perkataan isteri atau suami tidak seharusnya wujud antara kita. Ini semua mustahil! Abang dan anggap Ica macam adik kandung abang. Boleh tak Ica bayangkan perasaan abang sekarang ni?” Adami berdiri. Aku terkejut dan terpempan saat Adami angkat tubuh dan berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi. Laju langkahnya dan aku tahu dalam langkah itu, dia sedang meluahkan perasaan marah dan bengangnya terhadapku.

“Abang!” jeritku. Adami tidak mengendahkan panggilanku. Aku genggam tangan dan terus berlari ke arahnya. “Abang, abang tak boleh batalkan perkahwinan kita! Nanti mak marah...” rayuku bersungguh-sungguh. Langkah Adami kaku sebentar sebelum menyambung semula langkahnya tanpa sedikitpun memandang aku. Aku tidak mampu lagi untuk menjerit. Aku berdiri di atas padang dengan pandangan berbalam-balam.

Ica takut.. Takut mak marah... Bisik hatiku pedih.



ANGIN bertiup sepoi menyapa lembut wajahku. Mata ku tala ke atas menatap langit biru dari jendela kamar. Gelap... Dan tenang. Macam hidupku, gelap tetapi senang. Senang itu datangnya daripada Adami Hafizi, tetapi kini, benarkah dia boleh mengundang ketenangan di hati ini lagi?

Aku mengeluh kecil. Cemburunya pada langit. Aku inginkan cerah di siang hari, aku nakkan cahaya bintang di malam hari. Ah, langit sentiasa akan tenang.

Tak seperti hidupku yang banyak kali ditimpa gelora dan badai yang tiada hentinya. Dan saat ini, aku telahpun bergelar isteri kepada Adami Hafizi. Ya, Irisya Sareefa kini adalah isteri kepada Adami Hafizi. Ada air mata bahagia, juga air mata gembira. Dan ada juga air mata pedih yang mengalir ke pipi kerana aku cukup sedar bagaimana penerimaan Adami terhadapku. Di usia 18 tahun ini, aku hanya boleh bergantung hidup padanya. Tak mungkin aku lepaskan dia setelah akad dan nikah tercatur di dalam kehidupan kami. Dia milikku, dan aku miliknya... Sedarlah Irisya, dia bukan orang luar lagi, dia suami dan dia milik kau seorang je!

Aku hela nafas panjang sebelum menutup jendela kamar dan duduk di birai katil. Penat hari ini tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Kucupan pertama Adami di dahiku sebentar tadi sudah cukup menghanyutkan aku dalam gelombang kegembiraan. Beruntung menjadi isteri kepada Adami Hafizi. Dia kacak, ada kerja yang baik, lulusan universiti, dan juga idaman kebanyakan wanita-wanita di luar sana. Lirikan matanya saja boleh membuat hati ini berdebar kencang. Beruntung, kan?

Senyuman kecil singgah di bibirku. Ya, aku cukup beruntung....

“Ica.”

Aku terpaku mendengar namaku dipanggil. Berdegup kencang jantungku tatkala melihat kelibatan Adami Hafizi menghampiriku.

Langkah Adami terhenti di depanku. Aku tertunduk malu. Segan padanya. Aku sudah pun memateri janji yang mulai hari ini, aku akan jadi isterinya yang taat. Yang sentiasa menjaga kebajikannya. Dan menjaga hatinya... Aku akan pastikan dia bahagia!

Abang tahu? Sejak Ica kecil, cita-cita Ica hanyalah satu, menjadi isteri kepada Adami Hafizi. Adami memegang kejap lenganku. Seluruh tubuhku menyejuk tiba-tiba. Dia menutup pintu walaupun beberapa orang temannya masih lagi memerhati kami dari luar bilik. Dia tak peduli usikan-usikan di luar sana yang kecoh tentang malam pertama. Dia tak kisah! Hanya aku yang berfikir lebih dari yang sepatutnya.

So, dah happy sekarang?” ejek Adami.

Aku tatap wajahnya.

Happy?” aku ulang semula kata-kata dia. Wajah aku kerutkan.

“Hai, tak kan lah budak cemerlang SPM tak tahu makna ‘happy’?”

Entah mengapa, suara itu amat sinis pada pendengaranku. Aku jadi serba salah. Kalau aku katakan bahagia, mungkinkah dia turut bahagia? Aku tunduk memandang lantai.

“Pandang abang.” Tegas suaranya. Perlahan-lahan aku menatap wajahnya. Tiada seri. Sudah terang-terangan, dia tidak rela menjadi suami kepada aku.

“Ini buku bank atas nama abang, dalam ni ada duit, abang bank in setiap bulan. Bawa ke mana-mana sebab ini, nafkah zahir.” Bisik Adami di sisiku sambil meletakkan buku bank nya ke tanganku. Senyuman sinis tertera di bibirnya dan matanya tajam menjamah wajahku. Tubir mata terasa panas.

“Nak abang jaga seumur hidup, kan? Fine, aku jaga. Tetapi, jangan sesekali minta nafkah batin. Kau isteri di atas kertas, tak lebih daripada itu.” Adami berlalu pergi menuju ke katilnya. Dia mencampakkan bantal dan selimut ke lantai.

“Tidur kat sana!” arahnya menunjuk ke lantai bilik tidur. Air mataku menitis ke pipi. Tolonglah hati... Bersabarlah! Aku kesat air mata dengan belakang tangan.

“Abang ada wanita lain?”tanyaku cuba menduga.

“Oh, ada hati lagi nak tanya lagi? Eh, aku bukan tak tahu kat padang hari tu kau merayu bagai nak rak untuk tidak batalkan perkahwinan ini demi siapa... Kau takut sangat mak kau, kan? Mulai hari ini, tak payah takut. Rumah ini macam syurga. Mama dan papa aku sayang kau. Tapi, cukuplah setakat itu. Kau tu perempuan tak reti malu. Bagi betis, nak paha.”

Aku hampir terjatuh saat itu juga. Niat aku suci untuk menjadi seorang isteri yang taat. Kenapa dia tak pernah nampak kesungguhan diriku?

Melihat dia sudah membaringkan tubuhnya di katil dan menutup lampu tanpa menghiraukan aku, aku duduk di tepi pintu bilik. Menangisi apa yang terjadi. Bagi betis nak paha?

Bagaimana harus aku percaya lelaki yang menikahi aku ini bernama Adami Hafizi? Lelaki yang cukup memahami hati Irisya, yang cukup menyayangi Irisyanya, yang cukup melindungi Irisya Sareefanya? Atau selama ini aku salah mentafsirkan apa yang ada di hatinya?

Aku gigit bibir kuat apabila Adami mencampak bantal di hujung kakiku. Perasaan aku jadi remuk bila dia melayan aku tak ubah seperti pengemis di tepi jalan.

Tolonglah... Tolonglah jangan menangis... Dadaku menahan sebak yang maha hebat. Tiada tempat untuk aku mengadu selepas ini. Ya tuhan....

Abang, tolong Ica.. Tolong Ica.. Ica sedih sangat... rintih hatiku pedih.

Dan bagiku, hari ini cukup bersejarah... Sejarah yang akan mengubah seluruh hidupku. Aku tak kisah menjadi wanita yang tak tahu malu mengejar cintanya. Dan aku tahu, sejarah hari ini akan menyebabkan aku kecewa dan terluka saban hari... Sejarah di mana Adami Hafizi yang sering mengungkapkan cintanya kepadaku akan membenci aku buat pertama kali...


2 Komen untuk Cik Rin:

kisahkasihkita

saya benci adami... okbai!

Anonymous

sedihnya.. tersentuh hati..
kesian kt ica..
adami x patut buat mcm tu kt ica...
ica teruskan berjuang...
meraih cinta adami..
sya akan sokong awak...