CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 19, 2012

Jutawan Cintaku Bab 1




BAB 1

MIMI, anak abang aku menangis lagi. Ada sedikit unsur-unsur rasa bengang dalam hati tapi aku tahan. Kalaulah aku tidak menumpang di sini, sudah pasti hidup aku tenang penuh dengan warna-warni alam.. Eh, jahatlah kau Mir! Budak tu bukan bawa kesusahan kat diri kau pun...

Aku pandang ke arah Mimi. Dia bersungguh-sungguh membuat bangunan menggunakan blok-blok di tangannya. Tadi menangis sebab blok mainan dia aku ranapkan lepas tu elok je dia buat semula. Nasib baik tak banyak ragam. Aku tergelak kecil. Comel gila Mimi... Mak usu sayanggg sangat!

Tadi bukan main lagi mengutuk Mimi, walhal aku ikut tumpang bermanja dengan si Mimi yang comel macam anak koala. Maaflah abang... Yang penting anak abang adalah anak manusia, bukan keturunan koala. Cute aje yang macam anak koala.

Mimi bukan seperti budak-budak lain yang masa ni tengah disuap kasih-sayang dari mak bapa sekaligus. Mimi ada bapa je. Sejak Kak Maria meninggal, abanglah yang tabah menjaga dan membesarkan Mimi sehingga sekarang dah nak masuk umur tiga tahun dah budak tu. Save and sound tiap-tiap hari merangkak-rangkak walaupun sebenarnya dah terror berjalan.

Kak Maria meninggal dalam kemalangan jalan raya semasa Mimi berumur dua tahun. Masa itu Kak Maria pergi ke pasar untuk membeli barang dapur. Pada mulanya abang nak ikut juga tapi Kak Maria tak kasi. Tak sangka Kak Maria akan terlibat dalam kemalangan pula... Dekat dua minggu Kak Maria koma dan dua minggu itu juga hidup abang tidak teratur sebab terpaksa jaga Mimi dan isteri yang tengah koma sekaligus. Mak terbang ke Kuching untuk tolong abang tengok-tengokkan Mimi tapi aku masa tu tak dapat ikut sebab masa tu tengah buat persediaan untuk SPM.

Dua minggu kemudian mak telefon menangis-nangis sebab menantu dia dah pergi untuk selama-lamanya. Abang lagilah sedih. Tamparan hebat sebab arwah isteri dia tu dia sayang sangat-sangat.

Abang kahwin awal, dapat anak awal. Dan aku sendiri faham abang mesti susah sebab dia menjadi bapa tunggal dengan usia yang muda. Habis aje SPM, aku meminta izin daripada mak untuk tinggal bersama abang dengan alasan tolong jaga Mimi. Sambil-sambil tu aku cari kerja senyap-senyap. Mak tak kasi punya kalau aku cakap nak cari kerja. Awal-awal dah tau mesti permintaan kena reject jadi buat masa sekarang ni, abang saja yang tahu.

Mak ada juga suruh abang kahwin lagi, tetapi biasalah abang… Mak ungkit aje kisah kahwin, dia terus ungkit pasal Mimi. Mimi tak biasalah dengan perempuan lain, takut Mimi kena dera.. Apakah? Abang ingat ini zaman Bawang Merah Bawang Putih ke? Anak abang tu memanglah cerewet tetapi kalau lama-lama mesti biasa punya.

Abang siap puji-puji aku depan mak dia kata aku rajin jaga Mimi. Jadi tak ada sebab dia kena nikah sekali lagi. Tapi kalau difikir-fikir, sejak bila pula aku tolong abang jaga Mimi? Bukannya aku nak jaga Mimi pun selama ini. Bagi didikan agama jauh sekali. Aku join Mimi main anak patung, tidur sampai petang tak sedar-sedar sebab Mimi ni jenis yang main anak patung boleh duduk berjam-jam...

Sebenarnya, semua benda abang yang ajar. Pakai tudung, belajar alif ba ta, belajar 1,2,3, belajar a,b,c... Semua abang.

Kalau mak tanya, itu sahaja modal abang bercerita, Mir ada tolong jaga Mimi.. Hai abangnya, kalau kahwin pun bukan luak mana, aku ni tak adalah nak menjaga Mimi sampai ke tua.

Mimi menangis tiba-tiba. Aku terkejut dan terpinga-pinga.

“Mir! Tolong buat susu untuk Mimi, dia lapar tu… Abang ada kerja nak siapkan lagi.” Jerit abang dari tingkat atas.

Hurmmm.. Aku jugak!

‘Tugas Mir kat rumah ni, tolong buat susu Mimi aje. Mandikan Mimi, biar abang yang uruskan’. Arahan dari kanda terchenta.

Memanglah mudah nak buat susu baby, letak susu, letak air, siapa kata susah? Tetapi dalam jiwa aku ini, malas lebih daripada rajinnya. Lagipun akukan cik gadis umur 18 tahun yang amat manis lagi malas... Kerja-kerja suri rumah tangga jauh dari gapaian sebab hati masih mau berjimba-jimba.

“Mimi, janganlah menangis aje, itulah mak usu cakap suruh papa Mimi kahwin dia tak na.k.. Sudahlah calon mak tu comel-comel semua...” rungut aku dengan suara yang agak lantang. Abang yang baru turun daripada tingkat atas tersengih memandangku. Tahu kut aku tengah nak usik dia.

“Kalau namanya pun tumpang rumah free tak nak bayar, kenalah berbakti sikit.” Abang beri ceramah. Aku menjelir lidah.

Pagi-pagi aku keluar. Bukan aku rajin sangat pun nak keluar pagi-pagi macam ini, tetapi ini dah jadi kewajipan semenjak dua bulan lepas…

Ikutkan, emak tak bagi sebenarnya aku mencari kerja atau bekerja padahal kita sebagai umat Islam kenalah sentiasa berusaha menuju ke arah yang lebih baik... Mencari nafkah adalah sesuatu perkara yang baik. Cuma mak aje yang masih anggap anak dia ni budak kecil. Tu dia dah mula keluar hujah yang tak berapa nak bernas.

Sebenarnya aku saja nak cari kerja sebab bila abang dah hantar Mimi ke nursery berdekatan dengan perumahan kami, akulah makhluk tuhan paling bohsan tak de kerja. Abang kata, lebih baik dia hantar anak dia ke nursery sebab kalau tinggal dengan aku pun langsung tak beri apa-apa faedah kerana aku memang malas nak ajar anak dia abc.. Ceh.. Kalau aku ajar Mimi abc pun belum tentu abang kasi upah!

Lagi-lagi abang kutuk aku? ‘Mir Wijdan kalau jadi cikgu mesti anak murid dia habis failed!’. Heloo... Tolong sikit. Kalau aku jadi cikgu dan semua budak-budak bawah aku masuk universiti, mau ternganga mulut dia.

Aku buka kedai sendiri sebab aku ada kunci. Tuan kedai bermurah hati nak kasi aku kunci duplicate. Bos aku nama dia Maria, sama macam nama kakak ipar aku tapi Kak Maria ni umur dia tua sikit kut dari arwah kakak ipar aku.

Bila aku buka je pintu kedai, aku mengeluh kecil.

Alamak Kak Mar, makin melambak bunga baru datang. Sudahlah bunga palsu... Kalau yang real tu mesti semerbak dah baunya... Biarlah, bunga yang palsu pasti tak layu… Eiseh…

Aku menyusun bunga-bunga yang ada. Mengeluarkan pasu-pasu bunga di luar kedai, biar nampak anggun sedikit kedai ni. Nama pun kedai bunga…

“Hai Mir...” bahuku ditepuk kuat.

Aku terkejut. Aku toleh ke belakang tengok muka seorang lelaki tersengih selamba mendaratkan tangannya di bahu aku. Aku tolak tangan dia kuat sambil pandang muka dia dengan bercekak pinggang.

“Kau lagi...” aku buat muka bosan. Adik Kak Maria ini tak habis-habis nak usha aku. Kira aku perasan sendirilah sebab aku tahu dia ni memang jenis yang ‘ramah mesra’ dengan sesiapa sahaja. Terutamanya kalau ada gadis-gadis cantik dan ayu-ayu kat mana-mana dia jumpa. Muka ada ciri-ciri playboy. Kalau sengih je mesti semua mata pandang kat dia. Agak santau sikit tengok muka Harris sebab mata mesti melekat bila dah sekali pandang. Tak tahu apa yang hensem sangat tu. Nak kata dia hensem macam Arjun Rampal, Arjun Rampal 10 kali lebih hensem.

“Kenapa? Kau tak suka ke makcik?” dia kenyit mata. Agak sentap sikit sebab mata dia seksi tapi... makcik?! Excuse me pakcik, bila masa aku jadi makcik kau? Setahu akulah, Mimi aje satu-satunya anak buah aku... Aku terkumat-kamit menahan geram.

“Oi Tok Mat, cubalah kau buat kerja bermanfaat sikit macam aku ni.. Asyik ganggu orang aje tak penat ke? Kak Mar bila nak datang?” Aku tunduk dan terus duduk di sisi Harris. Dia tersengih. Dia berjalan perlahan ke kaunter tempat pembayaran. Meletakkan beg sandangnya di bawah meja.

‘Tok Mat’ itu adalah nama salah seorang jiran kampung aku. Saja aku panggil Harris ‘Tok Mat’ sebab perangai dia ala-ala mirip Tok Mat, lelaki dalam lingkungan umur 70. Pantang jumpa perempuan, perangai miang dia datang. Siap kenyit-kenyit mata kat kita orang bila kita orang lalu depan gerai kecik dia. Mula-mula Harris memang buat bodoh bila aku panggil Tok Mat. Dia kata macam tak ada nama lain. Tetapi sekarang aku tengok, dia pula yang macam dah sebati dengan gelaran Tok Mat.

“Dia tak datang hari ni. Kak Mar suruh aku tolong kau.” Kata Harris sambil tersengih lebar. Aku ternganga.

Biar betul Kak Mar ni? Kalau iya pun dia tak datang, janganlah hantar Tok Mat untuk tolong aku. Kalau Abang Rizwan, bolehlah jugak. Abang Rizwan dahlah handsome, baik hati pula.. Dibandingkan dengan Harris Fikri, aku lirik lelaki itu daripada atas sampai ke bawah kemudian ke atas semula. Aku geleng-geleng kepala sendiri. Mamat setengah tiang!

“Tipu aku ajelah.” Dia tersengih lagi.

Iks, sabar ajelah. Tak ada hobi lain ke selain daripada menipu dan mengusik aku? Beza betul dengan abang dan kakak dia.

“Mir, cantik aku tengok hari ini...” Katanya tiba-tiba sambil membelek-belek bunga. Aku agak terkejut sikit. Terus aku pandang wajah dia. Dia senyum aje tanpa kata.

“Kau juling ye?” soalku agak tinggi. Memandai aje Harris buat kenyataan plastik macam tu. Tahu tak hati aku ni diperbuat daripada kapas cotton, cepat terusik bila ada yang berani mengusik? Tapi serius, aku lebih rela dia tengok buruk daripada dia tengok cantik. Bukan apa, Harris Fikri pantang jumpa wanita comel-comel sikit, terus dia jual ‘minyak gamat’. Test market katanya. Eh, aku tak naklah jadi salah seorang mangsa dia!

“Bukan kaulah mak cik, bunga ni. Pandai kau gubah ye?”

Cekadak sungguh! Aku gigit bibir malu tahap nak terjun kolam. Nampak sangat yang aku ini kuat perasan...

Dia ketawa berdekah-dekah melihat wajah aku naik merah. Agak tak sedap perkataan berdekah-dekah tapi memang dah kenyataan. Siap nampak semua gigi-gigi dia yang tersusun cantik. Mamat ni guna treatment ke apa? Putih betul gigi dia mengalahkan gigi model-model dalam iklan ubat gigi.

“Err.. Actually aku lagi cantik daripada bunga,” ayat cover malu.

“Super confident nampak?” sindir lelaki itu tapi masih lagi tersenyum lebar. Dia jual senyuman dia pada aku je hari ini hati siapa yang tak cair? Lagi-lagi muka dia tu bercahaya-cahaya je pandang muka aku.

See the leg la…” Aku sengih. Dia mencemik wajah.

“Hah? See the leg? Bak sini aku tengok leg kau tu.. Cantik ke tak.” Dia berkata sambil mata dia sudah mula menilik-nilik kaki aku yang terselindung di sebalik kain baju kurung. Huh? Aku cakap benda lain, boleh pula dia fikir benda lain... Sah sah sewel. Aku lontar kat dia guna sekuntum bunga lily palsu sebab mata dia masih tajam pandang ke arah kaki aku. Tengah imagine ke cik abang oi?

Hisy... Tak rela aku!

“Apa ni Mir? Suka sangat baling barang kat aku...” Harris merungut menyambut bunga lily yang elok landing kat rambut dia. Bukan sakit pun kan? Aku gelak aje. Kenyit mata sekali. Dia pandang aku macam nak makan lepas tu.