CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 19, 2012

Jutawan Cintaku Bab 10




BAB 10

SEPANJANG perjalanan muka Harris Fikri dah macam jeruk. Masam tanpa suara. Entah-entah datang bulan. Err... Bukan perempuan aje ke yang datang bulan? Jadi kenapa dia buat muka macam tu?

Sesekali aku curi pandang wajahnya. Sepanjang aku mengenali lelaki ini, dia tak pernah nak marah-marah. Wah, aku dah nampak satu sisi lain pada dirinya!

Kami mula memanjat gunung setelah sampai ke kaki Gunung Santubong. Oleh sebab aku memang tak ikhlas nak panjat gunung ni, jadi satu langkah aku mengambil masa 1 minit kut... Harris dah macam marah aje sebab aku berjalan kalah siput khinzir.

Wajahnya yang putih bersih mula kemerah-merahan. Walaupun tidak seputih mamat cina depan rumah aku, tapi bila dia buat muka begitu macam baby pula aku tengok.

Aizad tiba-tiba menyaingi langkahku. Dia berjalan di sisiku selamba. Harris pula semakin menjauh langkahnya.

“Mir, awak sekolah kat mana dulu?” Tanya Aizad sambil memandang wajahku. Aik? Boleh pun dia bertegur dengan aku. Dari tadi dia macam cuba mengelak untuk berbual dengan aku. Aku ingat dia versi mamat jual minyak yang sombong tak teringin nak berkawan dengan aku yang selamba poyo ni.

“SMK Miri,” jawabku ringkas. Dia mengangkat kening tinggi.

“Orang Miri?” tanyanya seperti terkejut. Aku angguk walaupun kehairanan. Apsal buat muka terkejut macam tu? Teruk sangat ke perkataan ‘Miri’ yang terkeluar dari bibir aku?

“Jauhnya!” Dia gelak kecil. Oh, sebab jauh la ya?

Tak jauh mana pun... Naik bas lebih kurang 14 jam, naik flight satu jam aje.

Aizad menunggu langkah ku yang semakin lembik tidak bertenaga. Ufgghhh! Rasa nak pengsan walaupun baru 10 minit mendaki!

“Tak lama lagi result SPM keluar. Awak cadang nak ambil bahagian apa lepas ni?” soalnya. Aku menggaru kepala. Sebenarnya aku memang tak ada cita-cita. Eh, bukannya tak ada, tapi banyak sangat sampai tak tahu nak pilih mana satu! Aku pandang wajah Aizad. Yang dia sibuk-sibuk tanya tu kenapa?

“Entah, belum fikir lagi.” Balasku ringkas.

“Saya pula memang berhajat nak jadi engineer. Papa saya dah beri lampu hijau belajar kat Australia.” Ucap Aizad bangga. Aku toleh sebelah sambil buat muka menyampah. Yalah tu... Tak hairan pun!

“Aizad, cepat!” Harris agak memekik. Aku pandang ke atas. Harris pandang wajahku taham sambil bercekak pinggang. Wajahnya berapi-api. Aik? Marah lagi ke? Sah datang bulan.

“Oh, kejap Bang Ris...”Jawab Aizad sambil melemparkan senyuman kepadaku dan berlari meninggalkan aku. Aku hanya melemparkan pandangan sepi. Nak lari sangat, larilah... Ni gunung curam, berbatu-batu. Kejap lagi mesti semput.

Aku memandang sekeliling. Pokok...

Memanglah pokok, kalau aku jumpa hospital agak pelik juga.

Aku menoleh ke belakang. Kak Issabela dan Kak Wardina jauh ketinggalan sebab dia orang berdua berjalan sambil berborak-borak. Aku kenal mereka berdua. Perempuan yang bersama-sama dengan Harris Fikri tempoh hari di restoran. Cuma aku dah tak nampak skandal Harris yang berpegang-pegang tangan hari itu. Rasa nak tanya kat kakak berdua tu apa hubungan dia orang dengan Harris tapi aku segan. Nanti apa pula kata mereka.

“Mir, kau baik cepat sikit. Kalau sesat, padan muka!” Harris mencerlung ke arahku. Aku tersentak. Rupa-rupanya dia masih berdiri di tempat yang sama. Sampai hati pulak dia cakap macamtu kat aku? Kalau aku sesat betul-betul macam mana? Aku kecil hati tapi aku buat muka selamba. Harris senyum sinis melihat aku bersusah-payah melangkah satu-persatu.

“Tak fit langsung...” Cemuhnya. Berdesing telinga aku mendengar kata-katanya.

“Apa yang kau tak puas hati dengan aku dari tadi? Kalau aku tahu jadi macam ni, better aku duduk rumah aje hari ini.” Rungutku geram.

“Nah!” Dia campakkan sebatang kayu di kakiku. Aku terkejut.

“Kalau tak larat boleh pakai tongkat.” Katanya lagi. Aku kerut kening. Pertanyaan aku dia tak balas tapi dia dah mula mengorak langkah ke hadapan.

Aku mendengus. Apa yang dia tak puas hati sangat kat aku? Perlahan-lahan aku tunduk dan mengambil tongkat itu. Berguna juga... Mana tahukan? Bak kata Tok Mat tadi la.

Aku sambung jalan sorang-sorang. Bibirku terkumat-kamit menahan geram. Kalau aku tahu, tak nak aku ikut Harris ke sini! Aku kesat peluh di dahi. Letih mak oi!



AKU melihat kelibatan tiga lelaki di hadapanku sedang duduk-duduk di atas sebatang kayu. Harris, Aizad dan seorang lagi kawan mereka. Aku? Lonely... I’m miss lonely...Touching gila!

Aku penat-penat jalan seorang, dia orang sedap-sedap duduk makan... Tapi aku perasan something la... Harris sentiasa berada di depan aku, di mataku, maksud aku dia tidak menghilangkan diri dari pandanganku. Tahu juga dia risau kat aku kan? Yalah, dia yang ajak tapi dia biarkan aku jalan sorang-sorang. Tragis gila.

“Baru sampai Mir?”tanya Aizad mesra. Aku mengangguk. Belakang bajuku sudah lecun basah terkena peluh. Hampir setengah jam mendaki tapi tak sampai-sampai. Ini sudah dikira penyiksaan...

Aku mengambil tempat di sebelah Harris Fikri. Dia memandang wajahku sekilas sebelum kembali tunduk. Aku mencemik muka. Sombong la Harris hari ini... Tak nak layan aku kot... Tapi takkan nak duduk sebelah Aizad? Aku tak kenal dia pun...

“Kita orang sambung jalan dulu. Harris kau temankan cik adik kau ni dulu ya. Jangan tinggal dia sorang-sorang.” Kawan Harris menyangkutkan beg sandangnya ke bahu. Aku dan Aizad berbalas pandang.

“Okay.” Balas Harris pelan.

“Jom Zad...” Ajak kawan Harris itu kepada Aizad. Aizad senyum padaku sambil melambai tangan sebelum pergi. Aku balas lambai-lambai jugak walaupun rasa macam lawak.

Harris pandang wajahku macam nak makan orang. Aku ikut jengilkan mata. Ingat mata dia seorang je besar?

“Suka sangat melayan Aizad.” Cemuhnya.

“Apa salahnya? Aizad okay tak menyombong. Lagipun dia sama umur dengan aku.” Ucapku selamba. Harris ketap bibir.

“Suka hati kaulah.” Ucap Harris dingin. Aku mencebik.

“Penat?” Tanya Harris tiba-tiba. Aku menoleh ke arahnya.

“Hmm..” Aku angguk-angguk kecil sambil mengeluarkan coklat dari beg sandang. Aku hulurkan kepada lelaki di sebelah aku. Dia menggeleng.

“Tak makan benda manis-manis ni...” Komennya. Aku cebik lagi. Orang bagi tak nak...

“Mir, kau suka Aizad ke?” Aku pandang wajah Harris pelik. Apa punya soalan ni?

“Aku baru je jumpa dia. Takkan terus suka kut...” Komenku. Lepas tu aku nampak Harris angguk-angguk sambil tersenyum. Ha, ini senyuman dia yang pertama hari ini!

“Mir, kau rasa aku ni jenis lelaki yang kaki perempuan ke?” Tanya Harris merenung wajahku. Aku buat-buat gaya berfikir sebelum mengangguk kecil.

“Hari tu aku nampak kau jalan pegang-pegang tangan dengan perempuan...” Ujarku teragak-agak. Harris memandang aku tajam.

“Bila?”

“Hari tu lah. Dah lupa bila!”

“Kawan aku je tu.” Kawan? Aku pandang dia tak percaya. Dia layan semua kawan perempuan dia macam tu?

“Betul... Kenapa? Kau jealous ke?” Ha? Jealous? Aku tak boleh nak fikir apa dah. Mengarut sangat Harris ni!

“Ceh! Tak ada maknanya!” Aku jawab kasar. Harris senyum sinis. Aku rasa tak puas hati tiba-tiba.

“Baik kau repair otak kau balik. Mana tahu ada skru yang tertanggal.” Aku perli dia. Harris menyelak helaian rambutnya ke belakang. Nampak basah sebab peluh.

“Seriuslah. Kau suka aku kan Mir?”

Hampir-hampir aku terkesima mendengar pertanyaannya.

“Tak! Sumpah tak! Siapa nak lelaki macam kau? Dahlah perempuan keliling pinggang. Jutawan cinta!” Cemuhku geram. Harris memandang wajahku tajam. Aku lawan renungan dia. Ingat aku takut ke?

“Ha?”

“Jutawan cinta!”Aku menjelir lidah kepadanya. Dia membulat mata.

Mood aku tak baik ni. Jadi tolong tarik balik kata-kata kau tu.”

“Jutawan cinta.” Ucapku lagi. Lagi dia marah, lagi suka aku sakat dia. Asyik dia aje yang sakat aku.

Fine! Kau duduklah sorang-sorang kat sini!” Bunyi macam merajuk aje? Aku gelak kecil. Harris bergegas mengambil beg sandang dia dan mula menyambung perjalanannya. Baru aje beberapa langkah, dia menoleh ke arah aku semula.

“Kalau kau sesat, lagi bagus. Padan muka.” Ujarnya dan melangkah pergi.

Aku tergamam. Aku pandang tubuh Harris dari belakang dengan perasaan berbalam-balam. Rasa sedih tiba-tiba tapi aku tak tau kenapa. Alah Mir... Harris bad mood hari ini, kau pula usik dia. Sebab tu dia cakap benda yang bukan-bukan. Dia tak ada niat kut... Aku pujuk diri aku sendiri.

Baik aku duduk sini aje tunggu kakak berdua yang telah kami tinggalkan jauh kebelakang tadi. Aku pandang pokok-pokok balak di hadapan aku dengan perasaan kosong. Pasal jutawan cinta tu, aku gurau je pun sebenarnya...


4 Komen untuk Cik Rin:

Yanti Sarra

salam...semakin suka dengan e-novel u...bila nak buat sambungan JUTAWAN CINTA...??? best sangattt...

Yanti Sarra

salam...best sangat JUTAWAN CINTA ni..bila nk sambung lagiii..dah mula suka dgn E-NOVEL di blog u ni.. : )

aisyah

samapi hati harris tau..tgglkan mir

Nuha Nazurah

Mcm mne tau lebih lanjut cerita nih, ade novel ke kat pasaran?