CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 19, 2012

Jutawan Cintaku Bab 3








BAB 3

“ARIS malam ni pergi kelab lagi ke?”Tanya Kak Maria pelan. Tok Mat angguk. Aku mula tadah telinga dari jauh. Kelab apa dia nak pergi? Kelab bujang lapok ke? Ngeee…. Aku tertawa di dalam hati.

“Boleh ajak budak tu ke?”Tanya Tok Mat mengerdip mata ke arah aku. Aik? Aku pula yang masuk dalam isu perbincangan sekarang ni?

“Budak mana pulak?” Tanya Kak Maria.

“Mestilah budak tuuu...” mulut Harris Fikri aka Tok Mat sudah memuncung kearahku.

“Eh, bukan Aris selalu pergi sorang-sorang ke? Akak bukan apa, Mir tu muda lagi. Nanti apa pula kata abang dia kalau kamu bawa jalan Mir jalan? Aris bukannya boleh dipercayai.” Sinis aje kata-kata Kak Maria. Aku tersengih. Betullah tu. Siapa entah sudi hendak jadi teman bujang terlajak macam dia… Tak inginlah!

“Ala kak. Dengan adik sendiri pun tak nak percaya. Kak, ini Aris la. Tak mungkin nak buat benda tak senonoh kat budak kecil macam Mir… Aris ajak dia berenang… Kan hari tu dia juga kata dia tak reti berenang. Kebetulan malam ni kawan Aris semua malas nak turun kelab. So, Aris cadang nak bawa budak tu sekali. Sekali-sekala ajak dia keluar... Itulah akak, nak bawak akak bukannya akak nak.” Harris mengjungkit keningnya. Tiba-tiba je aku excited bila dengar ‘berenang’.

Bila pulak masanya aku ada tercakap yang aku tak reti berenang kat mamat tu? Tapi memang kenyataan pun!

“Aris tanyalah Mir sendiri. Kalau dia tak mau, jangan paksa-paksa. Akak sembelih kamu nanti,” amaran dari pihak berkuasa. Tok Mat angkat tangan ke dahi. “Yes, bos!” Dia menjawab dengan nada yang serius. Aku buat muka toya.

Amacam sis?”Tanya Tok Mat berjalan ke arah aku.

“Ha? Amacam macam mana?” Aku buat tak tau. Saja nak loyar buruk... Bukan selalu.

“Buat tak tahu pula ek?” Harris gelak kecil sambil duduk mencangkung di hadapan aku.

“Nak ikut berenang dengan abang ke cik adik manis macam gula batu hacks?” Tanya Harris lagi dengan nada mengusik. Aku tahan ketawa. Gula batu hacks? Macam tak ada jenama gula batu lain.

“Tanya abang dululah. Kau jangan nak mengampu dia lebih-lebih. Nanti orang tua tu buat report kat mak, aku juga yang kena. Err... Nak pakai baju apa?” tanyaku serta-merta. Harris tersenyum lebar.

“Amboi.. Kata jangan mengampu lebih-lebih. Sekarang dah tanya nak pakai baju apa? Pakailah bikini awak, tak kan nak pakai seluar saya pula?” dia mengusik lagi sambil menyusun gigi putih tersengih kepadaku.

“Ala, kalau nak main-main pun, bagilah aku cadangan nak pakai baju apa...”ujarku bersungguh-sungguh. Dia tersengih lagi. Tangannya automatik mencuit pipi aku. Aku terkejut.

“Comel la kau ni..”

Alamak! Wajah aku merona merah. First time ada lelaki yang berani cubit pipi aku. Sepatutnya aku marah tetapi aku jadi segan. Kalau ya pun aku comel sangat, janganlah cubit sesuka hati. Dia ingat aku anak patung ke apa? Tengok! Jantung aku dah berdebar-debar…

Kak Maria hanya tersenyum-senyum kambing mencuri pandang ke arah kami berdua. Tentu Kak Maria tengah fikir yang aku dan Harris ada hubungan. Oh no!

“Ala, usik sikit pun dah memerah pipi dia ni…” Harris gelak dan hati aku berkocak. Kontra sangatkan?

“Aku nak call abang kau. Jap ek?” Pintanya sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Emm...” Aku angguk kecil.

Aku melirik dia dari ekor mata. Harris meletakkan telefon di telinganya sebelum berlalu pergi. Aku berpura-pura mengatur bunga-bunga di dalam pasu. Risau jika ada sesiapa yang mula tercium gelora di hati aku. Bahaya.

“Set! Malam ni aku jemput kat rumah kau lepas maghrib, kita pergi sana sejam aje. Berendam dalam air malam-malam tak bagus sangat. Lepas tu solat, kita pergi makan, lepas tu aku hantar balik... Ada faham budak kecil?”tanya Harris bersahaja.

Dah tau malam tak bagus berendam dalam air, kenapa ajak aku? Aku tersenyum kecil.

“Seronoklah tu...” Usik Harris. Aku tersengih memandangnya. Mandi adalah kegemaran ku! Ala ala iklan shampoo Rain Bi.

“Nak pakai baju apa?”Aku bertanya lagi. Sungguh. Aku tengah fikir tentang pakaian yang aku boleh pakai untuk berenang dari tadi. Teruja sangat.

“Baju? Tracksuit and t-shirt la. Lain la kalau kau dah memang gatal sangat nak pergi sana pakai bikini…”dia jadi sinis tiba-tiba.

Manalah aku nak tau pergi sana boleh pakai tracksuit? Aku takut kalau-kalau kolam renang tempat dia pergi tu ada peraturan tak bagi orang masuk dengan tracksuit dan mesti pakai baju berenang. Memanglah ada baju berenang muslimah, tapi aku rasa aku tak akan pakai jadi awal-awal aku bertanya. Kalau tak dapat nak pakai t-shirt dan tracksuit biasa, senang aku cancel awal-awal plan ni...

“Memang cadang nak pakai bikini. Hari tu aku ada beli bikini suka-suka dengan anak buah aku. Sayang pula kalau tak terpakai bikini tu.” Keluh aku kecil. Sengaja menguji reaksi Harris Fikri.

Bulat mata Harris memandang aku. Dia tilik dari atas ke bawah ke atas semula. Errr... Apa tengok tengok?!

“Kau ni gatal sangat. Nanti aku pergi pinang cepat-cepat.” Kata Harris Fikri dengan nada mengusik. Tangan dia sudah hinggap di pipiku. Cepat pula tanganku menepis. Uit, anak dara orang ni, suka hati dia je main picit-picit..

“Pinangan anda akan ditolak. Sekian terima kasih.” Aku jawab dengan lantang. Harris ketawa.

“Amboi... Baik sangatlah tu. Kau cabar aku ke Mir? Senang aje kalau aku nak buat kau jatuh cinta... Petik jari!”

Aku jadi bengang. “Susah,” jawab aku kepadanya. Ada senyuman di hujung bibir Harris.

“Senanglah...”

“Susah!” Balas aku hambar.

“Okay, we will see...” Harris tersenyum lebar. Aku mencebik.

“Jangan lupa aku ambil kau dari rumah kau nanti. Kalau lambat biar hantu aje yang ambil.” Sergah Harris Fikri. Aku mencemik wajah. Eleh, tak takut pun… Bisik hati kecilku.

“Kak, Aris pergi dulu. Jaga budak tu elok-elok. Baru akil baligh dah nak menggatal.”

Aku terkesima mendengar kata-kata Harris. Baru akil baligh? Setahu aku, aku sudah akil baligh semenjak enam tahun yang lepas. Tok Mat cakap memang tak ada cover-cover... Suara dia pun power. Orang yang lalu-lalang dihadapan kedai menoleh dan tersengih penuh makna. Malu gila! Aku tikam jugak si Harris ni pakai pasu karang... Hati aku menggumam resah. Kenapa hati aku tiba-tiba berdegup kencang macam ni? Wajah aku memerah. Eh, tak payah nak fikir apa-apa Mir! Harris tu suka sangat nak usik kau!

Aku memandang tubuh Harris yang kian menghilang. Ada keluhan halus di bibirku. Aku baru baligh konon... Hmmph.. Entah-entah dia tu yang baru akil baligh pasal tu lah dia gatal tak ingat!

Yang penting, malam ni kita boleh swimming swimming. Yeay!