CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 19, 2012

Jutawan Cintaku Bab 4




BAB 4

AKU melirik ke arah jam. Kata nak datang lepas Maghrib, ni dah 10 minit lepas Maghrib tak datang-datang. Hurmm…

“Dah siap ke Mir? Awal betul Mir siap?” tanya abang menoleh ke arah aku yang baru saja keluar dari dapur. Aku menjuih bibir. Awal ke? Abang bukan tak tahu aku ni jenis punctual dengan masa.

“Maghrib baru aje habis. Harris agaknya belum lagi startengine kereta kat sana. Semangat sangat nak pergi berenang. Kalau terer tak apalah jugak. Ini baru setengah badan masuk air sudah macam nak mati lemas.” Abang ketawa terbahak-bahak. Aku mula tarik muka masam. Memang aku tak pandai berenang tapi tak payahlah nak perli bagai... Hati aku membengkak.

Aku mengerli ke arah jam lagi. Betul juga kata abang... Tak kan la Harris tu superman datang ke sini dalam masa 10 minit. Hish... Sebenarnya kaulah yang tengah rosak, Mir! Keluh hati kecilku.

Umur abang baya-baya Harris tapi abang ada seorang anak. Harris? Perangai masih macam kanak-kanak rebina lagi! Umur abang 25, umur Harris 26. Memang patut pun kalau aku panggil Harris tu pakcik. Tak ada makwe kut sebab tak pernah nampak dia bawa makwe. Gay ke? Jahatlah kau Mir! Otak kuning! Aku geleng-geleng kepala sambil tersengih kecil. Lucu sendiri.

“Mir ada apa-apa dengan Harris ke?” Tanya abang tiba-tiba. Aku terkesima! Wahh... Wahh... Soalan abang macam anak panah menembusi jantung aku. Kalau ye pun, cover cover la sikit. Jantung aku tiba-tiba berdegup kencang.

“Mana ada! Mir... Mir just nak sokong anak muda zaman sekarang ni yang nak cari kerja tapi free..” Ujarku separuh gugup. Eskkk, kenapa aku jadi nervous tiba-tiba? Ini tak boleh jadi sebab aku dah boleh dengar bunyi detak jantung sendiri! Takut kantoi kat abang tentang rahsia di hati...

“Ha?” Abang memandang aku keliru.

“Harris la, dia nak ajar berenang. Free tak ada bayaran. Kalau kena bayar, Mir memang tak akan ikut Harris malam ni,” ucapku sambil mengambil mug dari atas meja. Minum, letak balik gelas, tengok tv. Kaku. Mana tak nya wei, abang dah dok tersenyum-senyum katak tengok aku dari tadi. Ada makna di sebalik v, ada udang di sebalik mee.

“Abang jangan sengih-sengih la.. Menyampah!” Aku sergah abang. Sedih hati aku abang usik macam ni. Dah tu beria-ia pula dia tersengah-sengih ke arahku.

“Heh, sengih pun tak boleh. Tarik muka macam cekodok basi, cantik sangatlah tu...” usik abang lagi.

“Sekurang-kurangnya cantik dari muka abang.” Ucap aku kasar. Abang ketawa besar. Wajah aku jadi merah menahan marah. Kalau la Tok Mat tau abang tengah bergosip tentang dia dan aku, boleh terjun perigi Mir Wijdan sebab malu!

“Abang tengok sekejap masam, sekejap marah, sekejap sengih sendiri, sekejap malu-malu... Mir tengah period ke? Lain macam aje mood?” Tanya abang tak de malu-malu. Aku mencemik wajah. Dah tahu nak tanya lagi! Tapi part mana entah aku ada tersengih sendiri. Part malu-malu pun tak ada!

“Mimi mana?” Tanyaku kepada abang cuba mengubah topik perbualan. Sesaat wajah abang jadi pucat. Mata dia membulat ke arah aku.

“Mimi!” Seru abang bergegas berlari ke arah bilik Mimi. Seminit kemudian dia kembali ke ruang tamu sambil duduk menghadapku dengan senyuman. Kes lupa anaklah tu!

“Tidur budak tu. Baru aje lepas makan dah pun tidur. Cun pula tuan puteri Mir pergi berenang dengan kekanda Harris Fikrinya... Relax la abang malam ni sambil-sambil buat kerja.” Abang mengenyit mata.

Ya ALLAH! Aku melongo sendiri. Tak sangka abang buat ayat begitu untuk menggambarkan aku dan Harris. Cakap macamlah aku terhegeh-hegeh sangat nakkan Harris sedangkan Harris yang ajak aku pada mulanya. Sorry ye aku tak kemaruk kat Harris Fikri! ‘Harris Fikrinya...’ Terngiang-ngiang perkataan itu pada telinga aku. Aku mendengus berat. Kenapalah abang tak faham-faham bahasa Melayu? Aku tak berminat sesen pun pada Tok Mat!

“Abang saje nak cari pasal dengan Mir, kan?” Aku pandang abang dengan jelingan tajam. Biar abang tahu aku tak suka kalau dikait-kaitkan dengan Harris Fikri aka Tok Mat itu!

“Kan Harris tu handsome, sesuailah dengan cita rasa Mir yang tinggi...” Tawa abang kedengaran lagi. Geli hati. Boleh pula dia geli hati walaupun muka aku dah merah macam terbakar. Cis! Ada lori ada bas, ada hari aku confirm balas!

Bunyi kereta berhenti di hadapan rumah. Aku dah merajuk macam belacan busuk barulah Tok Mat nak sampai. Tak nak pergilah! Rajuk hatiku.

Abang tersengih-sengih melihat aku. “Kenapa tak pergi ke luar? Harris dah sampai tu... Tadi bukan main semangat nak jumpa buah hati...” usik abang sambil membuka pintu. Aku mencebik. Tak mahu pergilah! Sakit hati!

“Assalamualaikum. Oi Ammar.. Mana adik kau? Aku nak tengok muka adik kau la, bukan engkau...”slumber yaya Tok Mat cakap macam tu dengan abang. Tapi apa dia nak kisahkan? Harris memang lebih tua daripada Ammar Wajdie.

“Walaikumsalam. Kau ni tak menyempat-nyempatlah Ris. Dia ada kat dalam tu. Merajuk. Aku usik dia cukup-cukup tadi. Entah jadi pergi ke tak. Kau tanyalah sendiri...” Abang menepuk bahu Harris dan menjemputnya masuk ke rumah. Aku mencebik. Tahu pun aku merajuk ek?

“Ya ke? Kau ni pun jangan la usik dia sampai merajuk. Nanti aku yang kena sebab aku yang nak temankan dia malam ni...” Mata Harris Fikri menjamah wajah aku sambil tersenyum manis. Aku agak terpana dengan lirikan matanya dan juga senyumannya. Mana-mana wanita pasti akan tertarik dengan penampilan dan gaya lelaki itu membawa dirinya. Dia nampak tinggi dan kacak walaupun hanya dengan berpakaian ringkas seperti ini. Hatiku bergetar melihat dia menapak masuk ke dalam rumah sambil mengenyit mata kepadaku.

“Hai Mir!”Sapanya mesra sambil mengamati wajahku. Aku terdiam. Rasa malu tiba-tiba berkampung di dalam diri. Aduh, Mir! Buat aje macam biasa! Aku berkali-kali menenangkan perasaan sendiri. Antara gelora dijiwa dan usikan abang berkali-kali menusuk hatiku. Aku sendiri tahu yang Harris sentiasa begini, mampu memikat hati mana-mana wanita. Jadi kenapa aku terus hanyut dalam rasa yang aku sendiri tidak mahu?

“Mimi mana?” tanya Tok Mat kepada abang.

“Dia dah tidur,” jawab abang ringkas.

“La... Ingat nak bawak sekali budak seekor tu tadi...” Tok Mat aka Harris Fikri mengambil tempat duduk di hadapan aku. Dadaku bergetar lagi. Tiba-tiba rasa nak melompat naik ke bilik sendiri. Kenapa dengan aku ni? Mataku bertemu dengan mata Harris Fikri. Cepat-cepat aku melarikan pandangan ke arah lain.

“Berani kau panggil anak aku yang comel tu ‘seekor’?” Gertak abang dengan nada bergurau. Tawa mereka berdua meletus sama. Aku mencebik. Kalau aku digelar ‘seekor’ ke ‘dua ekor’ ke... Kerat jari la abang nak marah kat orang tu. Tak pun dia ikut sekali mengusik aku.

Sorry la, Ammar. Your daughter is the most beautiful girl. Kau tengoklah nanti! Tak menang tangan kau terima pinangan untuk Mimi seorang,” Harris masih kekal memandang aku.

“Aku nak bawa Mir keluar sekarang, Ammar. Nanti kalau lewat pergi, balik pun terpaksa lewat.” Ujar Harris sambil senyum. Abang mengangguk cuma.

“Hati-hati bawak Mir Wijdan. Dia kalau nak marah, dalam masa sesaat meletup macam gunung berapi!” Dalam nada usikan, aku dapat rasa abang bimbang tentang aku. Aku keluar dengan bukan muhrim, perlulah abang kandung aku berasa bimbang. Aku pandang ke wajah abang lembut. Aku nak dia tahu yang aku okay aje bersama Harris Fikri. Kalau dia nak buat tak senonoh pada aku, tak lama riwayat hidupnya! He he he.

“Mir jangan nakal-nakal. Dengar cakap bakal hubby...” Aku tergamam mendengar kata-kata abang. Gila! Ammar Wajdie!!! Tangan aku mulai mencari lengannya. Cubit sekali. Abang menyeringai kesakitan. Padan muka! Memandai aje tahu! Aku terpandang wajah Harris yang tersengih nakal.

“Ini salah satu serangan bahaya dia.” Abang ketawa. Harris pun ikut ketawa. Cuma aku aje yang buat muka kelat.

“Aku no hal, Ammar! Kalau Mir Wijdan yang cubit, aku sanggup!” Tok Mat aka Harris Fikri sambung ketawa lagi. Wajah aku memerah segan.

“Cepatlah pergi. Orang dah mengantuk...” Aku terus bangun dan menuju keluar rumah.

Aku berdiri di depan pintu kereta Honda Civic milik Harris. Dia menuju ke arahku dengan senyuman menggoda. Ke aku sebenarnya yang rasa tergoda? Adoi Mir, kau dah cukup parah!