CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 19, 2012

Jutawan Cintaku Bab 5







BAB 5

HARRIS dan aku senyap sepanjang perjalanan. Antara aku dah dia, macam ada sesuatu yang mengganggu fikiran kami berdua. Hati kecil aku mengharap dia turut merasa apa yang aku rasakan. Aku mencuri pandang ke arah Harris yang memandang ke jalan raya. Aku mengeluh kecil. Dia tak mungkin rasa apa yang aku rasa...

“Mir, dah sampai dah.” Harris menghulurkan senyumannya kepadaku. Aku rasa amat janggal bila mata kami saling bertatapan. Kenapa malam ni macam ada yang tak kena? Dia senyap aje. Selalunya dia sibuk nak mengusik aku. Atau aku yang terlebih sensitif hari ini?

“Nak kena bukakan pintu ke?” Tanya Harris lembut apabila aku masih kaku duduk di dalam keretanya. Aku terpana. Tetapi aku sedar dia hanya bergurau denganku.

“Tak payah. Aku tahu nak buka pintu kereta sendirian berhad.” Ucapku dingin. Selebihnya aku tidak mahu terus hanyut di bawa perasaan sendiri. Aku cepat membuka tali pinggang keselamatan dan terus keluar.

Harris Fikri tersengih lebar. Baru aje kena usik dia dah buat muka. Bisik hati Harris. Manja sangat. Harris menggeleng kepala beberapa kali.

Aku mengikut langkah Harris Fikri masuk ke dalam. Tempat ini agak besar, tapi yang tak seronoknya banyak sangat orang. Aku dan Harris berjalan sehingga berada di depan kolam renang. Harris memandang wajah aku.

“Mir, kau tak tukar baju ke? Aku tukar baju dulu kat tandas. Ladies kat sana tu...” Ujar Harris menunjukkan tandas wanita dan kemudian terus berlalu dengan beg sandangnya.

Aku terpinga-pinga. Pergi tandas tukar baju? Aku terpandang satu bilik yang bertanda menunjukkan bilik mandi wanita. Tukar pakaian kat bilik mandi ajelah... Aku berura-ura hendak melangkah tetapi sebaik sahaja aku hendak melangkah, aku ternampak Harris Fikri tergesa-gesa menuju ke arahku.

“Mir, I’m sorry, aku ada hal. Tak bolehlah malam ni...” Katanya tiba-tiba.

“Ha?”aku terpinga-pinga lagi.

“Lain kali kita berenang ye Mir... Aku ada problem nak kena settle kat rumah.” Dia memegang lembut bahuku. Aku lemparkan pandangan tajam kepada Harris.

“Kita baru aje sampai... Apa yang penting sangat tu? Tolonglah Harris....” Keluhku berat sambil menepis tangannya yang berada di bahuku. Aku kecil hati.

Sorry Mir, aku betul-betul tak dapat... Aku hantar kau balik sekarang ek?” kata Harris separuh mendesak. Aku betul-betul tak faham. Dia yang beria-ia ajak aku pergi ke sini, last last dia mungkir janji. Aku mendengus kasar. Kalau aku tahu jadi begini, aku lebih rela untuk bertapa di dalam rumah. Sakit jiwa betul!

“Mir...” Dia memandang wajahku cuba memujuk. Aku mencebik.

“Apa sebenarnya hal kau ni? Tak boleh ke hari lain?” tanyaku marah-marah. Harris melepaskan keluhan panjang.

“Kau nak aku hantar ke rumah atau naik teksi aje?” Aku tergamam mendengar kata-kata Harris. Teksi? Aku pandang dia dengan wajah tak percaya. Sampai hati Harris buat aku macam ni... Rasa sedih bertamu di hati.

“Tak payah hantar orang balik. Aku call abang aku,” ujarku kecil sambil menunduk kepala. Tidak tergamak aku memandang wajahnya.

“Boleh ke?” Pertanyaan Harris menghiris jiwaku.

Aku mengambil telefon bimbit di poket tracksuit dan mendail nombor telefon abang.

“Abang, ambil Mir sekarang. Harris ada kerja jadi dia tak dapat nak temankan Mir. Mir tunggu abang sekarang juga,” ujarku sebaik sahaja abang menjawab panggilanku.

“Aik? Baru je pergi...”

“Cepatlah bang. Mir sorang aje ni.”

“Mir... Dia tak boleh tolong hantar balik ke rumah ke?” Darah aku menyirap tiba-tiba.

“Kalau abang tak nak ambil Mir, Mir naik teksi aje. Tak payah nak tanya lebih-lebih!” Kesabaran aku jadi hilang. Aku hampir terjerit kerana rasa marah. Dua-dua manusia sama aje. Tak boleh nak harap!

“Okay... Okay... Tunggu abang kat sana. Jangan pergi mana-mana Mir.” Abang menekan suara. Serta merta perasaan aku yang terumbang-ambing jadi tenang semula.

Aku lega.

“Pergilah Harris. Abang aku kejap lagi datang jemput aku balik.” Ucapku sambil melemparkan pandangan ke arah lain.

Harris Fikri mengeluh.

“Aku betul-betul minta maaf, Mir. Kau jangan marah ye? Tapi sekarang ni aku kena pergi dulu sebab ada hal urgent...” Katanya perlahan. Matanya merenung tepat ke arah mataku. Memandang aku dengan rasa bersalah. Aku mengetap bibir. Kalau aku dah cakap pergi tu pergi je lah. Tak payah nak banyak songeh boleh tak? Getus hatiku terbakar.

Aku berlalu menuju ke sebuah kerusi meninggalkannya. Aku memandang Harris melalui ekor mata. Dia hanya berdiri kaku sebelum aku betul-betul duduk di kerusi. Kemudian dia melangkah pergi dengan tergesa-gesa.

Aku sebak. Aku tak sepenting hal Harris yang urgent sangat tu. Membiarkan aku bersendirian di sini tanpa menunggu abang betul-betul menjemputku sudah menunjukkan bahawa aku bukan orang yang penting untuk dirinya. Eh, diakan ada hal penting, Mir... Tak perlu nak buat scene air mata kat kolam renang ni! Aku cuba pujuk diri sendiri.

Nanti kau Tok Mat, ada betik ada nanas, ada hari kau nahas. Sesedap rasa buat janji palsu dengan Mir Wijdan. Dia ingat aku ni apa? Anak patung yang boleh ditinggal-tinggal?

Abang sampai tak lama kemudian. Dia membawa Mimi yang lena tidur di tangannya. Aku sedih tiba-tiba. Tak baik aku susahkan abang macam ni...

“Adik..” Tegur abang lembut tatkala ternampak aku yang melangkah tenang mendekati mereka berdua. Aku memandang Mimi yang berada di dalam dakapan abang.

“Ala... Kesian Mimi.. Mari mak usu yang bawa...” Ujarku sambil mengambil Mimi dari pelukan ayahnya. Abang terpinga-pinga.

“Abang ingatkan Mir marah sangat tadi. Telefon tadi suara Mir bukan main brutal.” Abang menepuk-nepuk bahuku mesra. Cuba memujuk barangkali. Aku menghulurkan senyuman pahit.

“Memang Mir tengah marah!” Ucapku pantas. Abang tersengih lebar.

“Jom kita balik...” Abang memaut bahuku. Cuba memujuk walaupun orang lain yang membuat aku merajuk.