CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 19, 2012

Jutawan Cintaku Bab 66




BAB 66

ABANG RIZUAN dan keluarganya serta anak buah Harris datang pada hujung minggu ini. Aku tahu tapi aku buat-buat tak tahu. Aku dengar Harris bercakap melalui telefon bimbitnya tatkala aku ke dapur malam tadi.

Sepanjang hari aku sengaja duduk di ruang tamu dan Harris terpaksa duduk di dalam bilik. Seharian dia tak makan, akupun pelik dengan perangai dia. Merajuk sampai mogok nak makan? Wah, lain macam aje? Tak pernah aku jumpa sisi ini pada diri Harris Fikri.

Pukul 5 petang, aku masakkan dia nasi goreng kerana rasa kasihan. Tapi aku tak jemput dia, aku hanya hidang atas meja lepas tu aku blah ke bilik tidur.

Aku terbangun pukul 12 tengah malam kerana rasa haus sangat-sangat. Bila aku turun ke bawah, aku lihat Harris sedang buat kerja di meja makan rumah. Aku tilik bekas yang aku letak di atas meja berisi nasi goreng dah tak ada. Rasa nak senyum kecil tetapi aku kakukan hati. Tak nak nampak sangat aku rasa terharu sebab dia sudi makan masakan yang aku masak. Aku terus menuju ke arah dapur dan membuka peti sejuk mencari air minum. Saat tu, aku rasa nak mengamuk sangat-sangat. Nasi goreng tadi masih tidak berusik kat dalam peti sejuk. Hati aku rasa hangat, kolam air mata aku juga rasa hangat.

Aku rasa Harris memang betul-betul nak perang dingin dengan aku. Aku keluar dari dapur dan jeling Harris menunggu dia menyapa aku tapi sikitpun dia tak pandang aku!

Aku nak naik tangga tetapi rasa marah aku meluap-luap tak tahu kenapa. Akhirnya aku ke ruang tamu dan buka televisyen dengan volume yang amat besar. Bila dia tak kata apa-apa, aku naikkan lagi volume. Sumpah aku memang sakit hati masa tu.

Dia tak pandang aku sikitpun dan tetap sibuk menghadap laptopnya. Akhirnya aku berdiri dan tutup televisyen dengan menggunakan remote control. Lama aku berdiri di situ menunggu Harris menyapa aku. Aku pandang wajah Harris dengan rasa yang tidak sabar.

Saat matanya bertembung dengan mataku, aku hempas remote control ke lantai berdekatan meja makan sampai berderai pecah di situ.

Aku terus naik ke tingkat atas tanpa menunggu lagi. Aku hempas pintu kuat-kuat dan terus masuk ke dalam gebar. Hati aku sakit sangat-sangat! Orang dah masakkan untuk dia, dia tak nak makan. Aku turun ke bawah, dia buat bodoh. Sekarang, biar dia rasakan!

Aku pejam mata rapat-rapat tapi tak berjaya juga. Rasa bersalah mula melingkar jiwaku. Aku bangun dan berjalan menuju ke pintu. Aku buka pintu bilik aku dah berjalan menuju ke tingkat bawah. Kakiku terhenti saat terlihat Harris duduk mencangkung mengutip satu-satu pecahan remote control di lantai sambil menepis air mata yang jatuh di pipinya dengan belakang tangan. Aku terkedu.







5 Komen untuk Cik Rin:

lavender

assalam...thanx writer...when will next entry for JC update here??? interesting but to complicated...just opinion...btw thanx lot, love ur writing...

Anonymous

best citer jc ni..xde entry terbaru ke cik writer..klu bole cepat la sambung..

fairuz

best cite jc ni...x de entry terbaru ke cik writer...klu bole cepatla sambung x sabar nak bace..

aisyah

x sbr nk tggu jd hardcopy..

Syira Ira

Knape bnyk yg tergantung crite2 ni,,JC tu tbe2 pergi ke JC66..ape jadi lps mir kne tinggal dgn haris mse mendaki gunung tu?