CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 19, 2012

Jutawan Cintaku Bab 7



BAB 7

AKU berjalan menuju ke restoran untuk membeli makanan tengah hari. Langkah aku terhenti tatkala terpandang kelibatan Harris Fikri sedang bersembang dengan beberapa orang rakannya di dalam restoran itu. Aku jadi ragu-ragu. Nak masuk ke tak?

Aku lihat kawan-kawan Harris yang sedang bergelak ketawa dan kesemuanya adalah wanita. Jantung aku bagaikan disentap. Dia ni memang jenama playboy antarabangsa ke? Lama aku berdiri di sisi traffic light sambil menonton segala tingkah laku Harris yang selama ini tidak pernah aku ketahui.

Dia ketawa, dia usap bahu kawan perempuan dia, kawan perempuan dia pukul lengan dia mesra. Aku macam patung aje berdiri kat situ sampailah Harris dan rakan-rakannya mula beredar dari sana. Salah seorang kawan perempuan Harris mengambil kesempatan merangkul lengan Harris mesra. Yang hairannya, Harris membiarkan saja dan mereka jalan beriringan sebelum menghilang dari pandangan mataku. Aku terkesima.

Harris sudah punya teman istimewa? Aku rasa nak menangis dengan persoalan yang bermain dalam fikiranku kini.

HARRIS jenguk kedai bunga kakaknya lewat petang itu. Aku buat-buat sibuk kerana masih terselit rasa cuak di hati. Aku sendiri tak pasti perasaan aku saat ini. Tiba-tiba hati aku jadi tawar pada Harris. Tiba-tiba hati aku mengatakan supaya cuba untuk membenci Harris. Tapi kenapa? Sebab aku terkejut melihat Harris begitu mesra dengan wanita-wanita di sekelilingnya dan selama ini tidak pernah kenalan rapat aku bersikap seperti Harris yang pandai melayani kerenah wanita? Aku jadi keliru dengan perasaan sendiri.

Harris juga tidak menyatakan apa-apa kepadaku dari mula dia melangkah masuk ke kedai. Dia cuma datang dan duduk diam di kaunter bersama kakaknya. Sekali-sekala mata kami bertembung dan aku cepat-cepat mengelak. Kebah rasa hati melihat dia. Jiwa melarang tetapi masih terselit satu perasaan yang kuat untuknya. Kuat sangat ke perasaan aku pada Harris? Utuh sangat ke? Aku memegang dadaku sambil mengamati seluruh perasaanku. Apa yang aku rasa saat ini dinamakan cemburu. Mir, kau memang dah jatuh ke dalam gaung bahaya!



AKU memerhatikan seorang pelanggan lelaki yang membelek bunga lili dari tadi. Kacak. Amat kacak. Aku sedikit terpesona melihat lelaki itu. Alamak Mir... Sejak bila kau jadi gatal? Jumpa lelaki kacak sikit mula la nak fikir macam-macam... Angan-angan prince charming bertemu dengan cinderella. Aku tergelak dalam hati. Nasib baik tak berangan nak jadi Sailor Moon lagi!

Tiba-tiba mata kami bertaut. Dia tersenyum padaku. Aku tergugup sedikit sebelum mendekatinya.

“Encik nak bunga apa? Ada yang boleh saya bantu?” Tanyaku sambil tersengih lebar. Itu adalah salah satu polisi untuk berniaga kata kak Mar. Kalau muka masam, pelanggan akan cepat terasa hati dan lari dari kita. Sebabtu ekspresi muka ketika menyambut pelanggan amat penting supaya memudahkan urusan jual beli.

“Adik, bungani berapa harganya?” tanya lelaki itu.

Mataku tertangkap satu sulaman nama di baju seragamnya. Mohd. Ikram Hanif. Ada logo MAS di tepi poket bajunya. Juruterbang? Pramugara? Ke orang yang jaga kaunter tiket saja? Tak kan la kot lelaki sekacak ini hanya sebagai jaga kaunter tiket syarikat penerbangan MAS. Ngeee... Tak sesuai!

“Adik, bunga ni berapa harganya?”tanya lelaki itu lagi sambil menunjukkan seset bunga lily di hadapannya. Kali ini aku terkejut.

“Ah?”

“Bunga-bunga ni berapa ringgit? Ada masalah pendengaran ke cik adik?” Dia menegur dengan cara bergurau. Raut wajahnya seakan-akan kelucuan melihat reaksi aku yang seolah-olah blurr.

Aku kaku sedetik. Ish... Apa nak jadi dengan aku ni?

“RM 6 aje untuk setangkai, encik.” Balasku lembut.

“Eh, mahalnya...”gumam lelaki itu.

Aku tersengih kecil. Macamlah dia tak pernah beli benda mahal. Aku tengok tadi dia bawa kereta jenama sport yang tak ada atap. Bergaya gila! Untunglah sesiapa yang jadi teman wanita dia...

“Beri saya lima tangkai. Letak dekat pasu sekali ya?” pintanya sambil memandang wajahku.

“Pasu? Kalau nak pasu sekali kena lain kira sebab harga pasu tak campur dengan harga bunga kat kedai kami.” Kataku padanya. Dia melemparkan senyum manisnya kepadaku. Kalau hari-hari dia senyum kepada aku macam ni, aku gerenti muka Tok Mat tidak akan mengganggu tidur malamku lagi! He he he...

“Saya tahu. Tak kanlah pasu tu free kot.” Katanya tersengih.

Dah tau ek? Aku jadi malu sendiri.

“Pasu apa yang encik nak? Encik pilihlah...” Aku menunjukkan pasu-pasu yang tersusun di tepi kaunter pembayaran.

“Hmm, yang warna cream tu,” dia memandang wajahku lantas tersenyum. “Cantikkan?” Tanyanya. Aku balas senyumannya ikhlas. Mata lelaki ini pandai menilai dan memilih. Memang pasu itu cantik secantik harganya. Ha ha ha ha..

“Harga pasu ni RM 50 encik,” kataku sambil mempamerkan barisan gigi. Dia agak terkejut.

“Yang coklet tu?” tanyanya dengan nada ragu.

“Rm 12,” balasku. Dia mengangguk-angguk kepala. Mengurut belakang lehernya. Aku terkaku sesaat sambil mengamati wajah lelaki itu. Handsome sangat! Eii.. GatALLAH Mir. Pantang jumpa hensem sikit!

“Hmm... Yang warna cream aje la. Bukan selalu pun nak beli bunga untuk mama,” gumamnya lagi. Aku tersenyum lebar. Apa yang berada difikirannya akan terbit di bibirnya. Senang untuk meneka perasaan dia. Untuk mama ek? Bukan untuk girlfriend? Bisik hatiku lucu.

“Jadi, awak tolong gubah untuk saya sebab saya nak bagi terus pada seseorang.” Katanya sambil menilik jam tangan. Aku senyum-senyum sendirian. Seseorang tu mama awak ek? Lagi-lagi hati aku berbisik nakal. Ni adalah salah satu simptom-simptom anak dara baru nak menggatal. Ehek.

“Saya tahulah encik. Tak kan encik nak menggubah bunga kat rumah sendiri,” balasku padanya. Dia tersengih menyedari aku sedang mengusiknya.

“Nama awak siapa? Nampak muda lagi...” Komen lelaki itu. Aku tersengih malu. Nak kena bagi tahu ke?

“Mir,” jawabku ringkas. Dia mengerut dahi menunggu aku untuk bercakap. Aku buat tak tahu.

“Mir aje?” Tanya dia lagi tidak puas hati dengan jawapanku. Dia ketuk-ketuk meja tempat aku duduk bila aku masih diam membisu.

“Ah?”Aku lemparkan pandangan padanya.

“Mir aje? Tak ada nama panjang ke?” Sekali lagi dia bertanya soalan yang sama. Aku termangu-mangu. Nama panjang? Mir Wijdan Haji Shafiee ke? Tak kan nak bagi tahu dia kot? Aku bukan kenal dengan dia pun. Err....

“Kena bagi tahu ke?”

“Ye lah. Nak tahu nama awak aje pun. Bukan nak mengorat awak.” Aku tersentak dengan kata-katanya. Wajahku merona merah. Entah-entah dia ingat aku tengah perasan sekarang ni? Oh no! Bukan itu yang aku maksudkan!

“Mir Wijdan Haji Shafiee.” Jawabku tanpa riak. Ambik kau. Nama penuh sekali aku bubuh. Aku perasan lelaki tu sekadar senyum.

“Mir Wijdan? Uniknya nama awak... Umur awak berapa? 18?” Tepat tekaannya.

Aku terkejut. Macam mana dia tahu? Bagaimana dia boleh berjaya meneka dengan hanya sekali percubaan? Aku jadi hairan.

“Macam mana tahu?” Tanyaku memandang wajahnya penuh minat. Dia tersenyum sedikit lalu mengangguk-angguk kepala tanda berpuas hati dengan tekaannya.

“Muda lagi.” Komen dia sambil melemparkan senyuman manisnya untukku.

“Nama abang Ikram Hanif. Panggil aje abang Ikram.” Dia memperkenalkan dirinya tanpa dipinta. Hek erm. Abang? Eyerk! Abanglah sangat...

‘Abang’ Ikram mengamati wajahku. Aku rasa nak senyum dan gelak tapi pada masa yang sama aku cuba tahan kerana takut dia dapat detect yang aku sedang terganggu dengan panggilan ‘abang’nya. Lepas tu aku tengok dia macam pelik je pandang wajahku. Apa la yang dia tengah fikir ya? Lantak la kau labu...

Aku kembali mengemaskan gubahan bunga-bunga yang dipinta oleh lelaki itu.

“Mir dah lama kerja sini?” Dia bertanya setelah beberapa minit kami berdiam. Aku termangu memandang bunga lili di tanganku dengan harapan supaya dia tidak bertanya apa-apa lagi tentang diriku. Tapi nampaknya dia masih tetap memandangku seperti mahukan jawapan.

“Apa tadi? Tak dengar sangat.” Aku memang begini. Kalau tengah fokus buat kerja, bom meletup kat belakang rumah pun aku tak sedar.

“Abang tengah ganggu Mir buat kerja ya? Maaflah. Mir sambung kerja-kerja Mir lagi.” Dia angkat dua-dua tangannya ke atas bila aku sudah mula menggubah bunga semula tanpa menjawab persoalannya. Aku menyembunyikan senyuman di bibir. Lawaklah mamat ni! Aku gelak dalam hati.

Aku nak aje kalau diajak bercerita tapi sekarang ni aku kena siapkan gubahan ini sebab nanti pasti dia akan tunggu lebih lama kalau sibuk layan dia bercerita.

Setelah gubahan bunga aku siap, aku mula membelek-belek dan memeriksa gubahanku. Mana tahu ada cacat celanya. Setelah aku berpuas hati, aku letakkan reben pada pasu itu agar nampak lebih cantik. Aku tersenyum puas mendapati gubahan tersebut jadi cantik. Mataku meliar mencari kelibatan lelaki kacak itu tadi.

“Tak ada?” Gumamku sendirian apabila tidak ternampak kelibatan lelaki itu di mana-mana.

Aku mengeluh pelan. Mana dia pergi? Moga-moga dia ambil dan bayar harga bunga ini nanti. Aku letakkan bunga itu tadi di atas kaunter pembayaran.

“Assalamualaikum.” Tiba-tiba suara Kak Mar menyapa anak telingaku. Aku menoleh dan terus senyum apabila mendapati tekaan aku tepat, Kak Mar yang empunya suara. Tak kan aku tak kenal suara bos sendiri? Bos kesayangan pula tu.

“Ada orang datang ke sini ke Mir?” tanya kak Mar. Matanya terarah pada bunga yang baru aku gubah tadi.

“Ada, dia pesan bunga tapi sekarang tak tahu ke mana.” Aku mengeluh kecil.

“Cantik pula gubahan bunga Mir kali ini.” Kak Mar memuji aku seraya menghidu bunga lili itu. Aku tersengih lebar.

“Kenapa cium bunga palsu tu kak Mar? Ada bau ke?” Usik aku sambil tergelak-gelak. Kak Mar ikut tersengih malu.

“Sayanglah kalau orang tu tak nak ambil bunga dia ni. Cantik sangat Mir gubah. Kalah hasil tangan akak!” Kata Kak Mar sambil menepuk bahuku. Aku teruja. Cantik ke?

“Mir biar aje gubahan ni kat sini. Nanti kalau ada orang nak beli kita jual. Sekarang Mir pergi beli makanan tengah hari untuk kita berdua, turn Kak Mar pula yang jaga kedai.” Pinta Kak Mar. Aku angguk-angguk kepala.

“Kak Mar nak lauk apa?”

“Macam biasa.” Jawab Kak Mar sambil menyeluk sakunya dan mengeluarkan dompet. RM 20 beralih ke tanganku.

“Banyaknya?”

Kak Mar tersengih kecil.

“Beli aje. Kak Mar belanja Mir hari ini,” balas Kak Mar.

Setelah aku membeli makanan, aku nampak bunga di atas kaunter gubahan aku tadi sudah tiada. Aku pandang wajah Kak Mar yang tenang mengira sesuatu. Aku gigit bibir.

“Bunga lili tadi?” soalku pada Kak Mar ketika kami bersama-sama menjamu selera. Kak Mar mengangkat kening.

“Oh... Bunga tadi? Ada seorang lelaki mengaku bunga itu bunga dia. Dia yang suruh Mir gubah. Jadi Kak Mar jual aje kat dia. Dia kirim salam pada Mir dan ucap terima kasih.”

Rasa terkilan bertamu di hati.

“Kenapa Mir?”tanya Kak Mar hairan. Aku tunduk aje.

“Ai? Adik akak ada hati dengan si handsome tadi tu ke?” usik Kak Mar. Aku tarik muka masam.

“Tak adalah!” Seruku bersungguh-sungguh. Kak Maria sudah tersenyum lebar.

“Kalau Aris tahu Mir ada hati dengan si handsome tadi, boleh frust menonggeng adik akak tu nanti.” Kata-kata Kak Mar berselang-seli dengan tawanya. Cuma aku rasa macam tak lucu untuk aku tumpang ketawa. Jadi aku hanya mampu termangu-mangu sendirian sambil menimbang perkara yang aku sendiri tak pasti. Terbayang-bayang wajah Harris Fikri di mataku. Kalau aku ada hati dengan orang lain, dia frust ke? Dengan makwe dia yang cantik-cantik macam bintang filem tu, tak mungkinlah dia nak frust untuk aku.

“Adik akak tu sayang sangat pada Mir. Mir tak sayang dia?” Tanya Kak Mar tiba-tiba.

Sayang?

Kalau sayang, kenapa dia nampak mesra dengan wanita lain? Kalau sayang, kenapa dia tak jenguk kedai selama empat hari? Dia tak rindu aku ke?

Dan aku pula betul ke ada rasa sayang untuknya? Tapi kalau tak sayang kenapa rasa rindu selalu bertapak di hati? Alangkah senangnya jika kita mampu mengawal hati dan perasaan kita sendiri. Aku menghela nafas panjang.

Aku memandang wajah kak Mar dengan wajah serabut. Dia hanya tersenyum sebelum meneruskan kerjanya. Aku terkebil-kebil sendirian. Kak Mar kata adik dia sayang aku. Tapi betul ke? Aku mengerut dahi dan menggeleng-geleng kecil. Macam tipu aje...