CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 19, 2012

Sinopsis Jutawan Cintaku





Cinta pertama tidak selalunya bersama, tetapi bagi Harris Fikri, cintanya tetap perlu menyatukan dua jiwa. Bertahun dia menjadi penunggu setia Mir Wijdan untuk kembali dari luar negara dan akhirnya penantian itu tidak sia-sia. Kasih bersulam, dan cinta kembali terjalin melalui ikatan perkahwinan. Tetapi entah di mana silapnya, Mir Wijdan yang dikenali bertukar watak menjadi seorang pembenci. Apa salah dirinya sehingga dilemparkan sebuah kebencian yang tiada tepinya? Berkali-kali maruah Harris sebagai seorang lelaki dan suami dipijak-pijak tanpa belas kasihan.

“Saya tunggu awak lama, saya tunggu awak dah lama sangat, Mir! Saya dah penat, Mir... Berapa lama lagi awak buat saya macam ni?” –Harris Fikri

Benarkah cinta yang telah lama dibina akan tersungkur di tengah jalan? Tegarkah Mir Wijdan meneruskan rancangannya untuk meninggalkan Harris Fikri buat kali yang kedua? Seorang Harris Fikri, berjuang demi cinta. Dan Harris semakin sedar, cintanya hanya dipandang serong dan dia harus melalui sakitnya mencintai.

Dalam diam, Mir Wijdan memendam rasa. Dalam diam, hatinya tersiat setelah Harris Fikri semakin menjauh pergi.

Jangan tinggalkan saya, Harris... Saya janji tak akan layan awak teruk-teruk lagi! Saya janji akan jadi isteri solehah untuk awak... Saya janji Harris.... –Mir Wijdan











*gambar hanya ilustrasi dan tak berkaitan dengan Mir Wijdan yang sebenar. Hoho*