CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 28, 2012

Curi-Curi Cinta 9 & 10





DUA minggu aku hidup dalam kebosanan. Aku elak Adami, dan Adami langsung tak kisah aku elak dia. Dia tak tanya pun pasal aku. Dah sah-sah aku merajuk sorang diri sebab tak akan ada sesiapa yang peduli apa yang aku rasa saban hari. Aku sendiri dah rasa diri ini bodoh sebab merajuk pada orang yang tak sudi. Tak tahu sampai bila nak adakan perang dingin bodoh macam ni. Aku marah, aku terluka. Tapi aku juga sedar rasa marah ini tiada guna menetap di hati.
Adami kerap balik pukul 10 malam walaupun sepatutnya hujung minggu dia bercuti. Aku tahu dia balik tetapi aku tidak pernah keluar dari bilik. Dan aku tahu juga dia mana nak jumpa muka aku ni. Dia benci kan?
Walhal waktu mula baru kahwin dulu aku dah janji nak tunggu dia kat depan pintu rumah setiap kali dia balik dari kerja. Alam perkahwinan bagiku seorang isteri akan menunggu suaminya pulang ke rumah dengan senyuman mesra. Tapi nak ke Adami hargai senyuman aku? Nak ke? Aku terpaksa pujuk diri sendiri untuk berlagak kuat dan berpegang teguh untuk hidup bersama Adami walau hakikatnya untuk hidup bersama seorang Adami Hafizi, aku perlu telan segala kepahitan yang dia hadiahkan.
Kadang-kadang aku rasa nak lari dari realiti tapi rasa cinta itu kuat bertaut di hati. Adami pula tak akan dapat menghulurkan rasa cintanya kepadaku. Mungkinkah sebab dia dah ada orang lain di luar sana? Siapa tahu kan? Lagipun Adami sendiri mengaku dia dah ada girlfriend.
Aku tidak pasti sama ada aku mampu menambat hatinya atau tidak sekarang. Hati Adami Hafizi bagaikan keras untuk diriku. Betul kata Adeera, kalau orang yang kita sayang itu menyayangi orang lain, dia tidak akan nampak kasih sayang yang kita ada untuk dia. Aku sedar bukan salah Adami buta menilai cinta aku kalau dia sudah menyayangi orang lain tapi aku takkan berhenti mengharap kasihnya. Susah mana pun aku tetap akan hidup di sisi Adami Hafizi, itu aku janji.
Aku ambil keputusan untuk tunggu dia malam itu, berbincang dari mata ke mata, tak nak dia anggap aku macam tak ada kat rumah ni sedangkan aku selalu tunggu dia yang memulakan langkah mendekatiku. Apa-apa hal pun, aku mesti minta maaf pada dia sebab kalau tak, sampai bila-bila pun kami akan kekal bermasam muka dan dia dengan hidupnya, aku dengan diriku.
Aku tunggu dia sambil menonton televisyen  sampai pukul 11 malam dan akhirnya aku kecewa kerana penantianku hanya sia-sia. Ya tuhan, andai dia tercipta untukku, lembutkan hati dia untuk terima diriku ini...

















KEESOKAN paginya aku ketuk pintu  Adami selepas menyediakan sarapan. Aku tak dengar dia menjawab. Aku jadi risau. Malam semalam dia tak balik rumah ke? Aku buka pintu bilik dan tengok dia sedang tidur. Aku tarik nafas lega. Tidur lagi rupanya, bisikku di dalam hati.
“Abang...” Aku tegur sambil mendekatinya.
“Abang, dah nak dekat pukul 6 ni, abang tak turun kerja ke?” soalku dengan nada bergetar. Dia tak sahut dan masih tutup mata.
“Abang...” panggilan aku tak di jawab.. Akhirnya aku beranikan diri untuk pegang lengannya.
“Abang bangun...” Aku berdebar-debar. Perlu tak aku kejutkan dia? Dia tak marah ke kalau aku gerakkan bahunya?
“Dah lewat dah ni... Abang ni hidup ke mati?”
“Amboi, mulut. Jahat sangat.”
Aku terkejut gila mendengar apa yang dia kata. Cepat-cepat aku tarik tangan ke belakang tubuh.
“A.. Abang.. Abang dah bangun?” soalku tergagap-gagap. Aku tengok dia masih lagi pejam mata.
“Penat.”
Sepatah dia jawab. Takkan setakat penat dia tak turun kerja? Boleh ke? Bos dia tak marah?
“Penat?” aku ulang lagi. Dia diam dengan mata masih tertutup rapat. Aku garu kepala bila dia tak layan soalan aku.
“Kenapa ni?” soalku bila terdengar suara dia mengerang. Hairan satu hal, pelik satu hal. Tapi hati dah naik segan sebab terpaksa berdiri di tepi katil Adami dan lihat dia berbaring pulas begitu, tidak berbaju.
Telefon dia berbunyi tiba-tiba. Aku terkejut. Aku pandang wajah Adami tunggu dia angkat panggilan tu tapi Adami macam tak nak aje. Malah muka dia mula berkerut-kerut.
Aku tunggu bunyi telefon itu berhenti berdering sambil memerhati wajah Adami lama. Setelah 5 minit aku ralit menatap wajah tampannya, aku ambil keputusan untuk melangkah keluar dari bilik Adami, membiarkan dia tidur semula. Belum sempat aku menutup pintu, sekali lagi bunyi telefon Adami berdering. Aku pandang Adami yang tak bergerak-gerak.
“Abang, telefon.” Aku cuba kejutkan dia tetapi dia masih lagi seperti tadi. Akhirnya aku ambil telefon Adami di atas meja kecil bersebelahan tempat tidur dengan teragak-agak. Aku ke yang kena angkat? Tak pelah kut. Mana tau ada benda penting.
Aku pandang skrin telefon dan ketap bibir tatkala terpandang nama Cik Hana tertera pada telefon. Cik Hana kan? Girlfriend Adami Hafizi... Mana mungkin aku lupa kerana Adami sendiri yang menyatakan pada aku. Hatiku terasa digigit sesuatu yang asing. Antara serba-salah dan rasa sakit hati bercampur jadi satu. Nak je aku tutup handphone Adami tapi rasa ingin tahu tentang Cik Hana menyebabkan aku mengambil keputusan untuk menjawab panggilannya.
“Hello, Adam.” Suara Cik Hana. Aku terkelu tak tahu nak jawab apa. Mulut rasa digam tiba-tiba. Wajah Adami kupandang semula dan perasaan pedih tu datang semula. Betullah... Adami dah ada kekasih.
“Hello, you dengar ke, Adam? Demam you dah okey?”
“Demam?” Mataku jatuh semula ke wajah Adami. Dia tak nampak pun seperti tengah demam... Tapi patutlah dia tidur pulas dan cakap tengah kepenatan.  
“Hello? You ni siapa? Ini telefon Adam kan?”
Aku hela nafas panjang, tahu Cik Hana tengah kehairanan. Jadi selepas ini, pasti dia tanya siapa aku kerana mungkin dia tahu Adami selama ini tinggal seorang diri. Hatiku berbisik jahat, menabur rasa curiga di hati Cik Hana untuk menjauhkan dirinya daripada Adami Hafizi.
“Ya, telefon Adam.”
“Siapa ni?” Suara Cik Hana mengecil. Aku gigit bibir.
“Hello? Siapa ni? Boleh bagi telefon ni dengan Adam? I need to talk with him...”
Helo siapa ni? Boleh bagi telefon dengan Adam I need to talk with him. Bunyi dia cakap tu, macam aku ni bibik yang tak akan kecik hati bila dia minta untuk bercakap dengan Adami. Apa, dia ingat dia berhak pada Adami?
“Isteri dia.” Sengaja aku kenakan Cik Hana tak sedar diri. Nak pikat suami aku? Jangan harap!
What?”
My name is Irisya, Adami’s wifey. May I know who is this?”
“I.. I kawan sekerja dia. Dia datang kerja tak hari ini?” soal Cik Hana teragak-agak.
“Dia tak datang.”
“Oh, okay.” Sesaat kemudian dia terus putuskan talian.
Aku tersenyum puas.
Aku letakkan telefon bimbit Adam di atas mejanya dan meletakkan tanganku di dahinya.
“Tak panas pun?” aku pandang wajah Adam yang elok aje tidur.
“Dia ni demam ke mengada?” gumamku perlahan. Nak mengada kat Cik Hana lah tu... Tak pun, dia keji sangat nak suruh Cik Hana datang sini jaga dia? Ah, Ica, jauhnya imaginasi. Bukankah Cik Hana dah tahu aku ni isteri Adami? Lagipun Cik Hana takkan nak datang sini bila dia dah tahu aku ni isteri Adami.
“Nak mengada kat aku lah tu...”
Aku tersengih sendirian. Jauhnya angan-angan Irisya Sareefa, getusku di dalam hati.
Aku berlalu ke dapur dan buat bubur.  Aku bangunkan dia pukul 9 pagi untuk makan bubur. Nasib baik dia tak banyak songeh terus je makan tanpa banyak cakap. Tak marah-marah kat aku juga sebab dah masuk ke bilik dia, kawasan larangan diriku. Malah aku yang suapkan bubur ke mulut dia sebab dia macam malas nak makan. Demam betul ke? Apesal tak da rupa macam demam pun? Ke memang dia spesis demam tak panas badan?
Lepas makan dia terus sambung tidur walhal aku beria suruh dia makan ubat, dia tak nak. Aku rasa dia tak demam, tak tahu kenapa rupa dia macam orang sihat wal’afiat. Kalau demam mesti dah makan ubat yang terletak di tapak tanganku ini.
Pukul 2 dia keluar dari bilik sambil pegang kepala dengan tangan kiri. Rambut Adami yang selalu tegak tu dah jatuh ke dahi dan agak serabut. Nampak sangat tak bermaya. Aku tersenyum sendiri pandang dia pakai pajama warna merah jambu. Nasib baik dia agak putih, tidak janggal warna itu kena pada kulit dia.
“Lapar.” Ucapnya sepatah. Aku garu kepala.
“Nasi goreng pagi tadi belum habis...” balasku sambil sambung tengok cerita kat tv.
“Abang nak ayam masak kicap.” Adami meminta sambil menyandar ke sofa, memandang wajahku redup.
Hatiku berdebar tiba-tiba. Dah lama sangat perkataan ‘abang’ itu tak meniti di telinga. Sedarkah dia bahawa kata-kata dia tu boleh mengubah rentak di hatiku, semakin menyandarkan rasa sayangku padanya?
Aku bangun untuk ke dapur sambil pandang dia dari ekor mata. Dia pandang aku sehingga aku hilang ke dapur. Aku  basuh ayam tetapi otak aku bercelaru fikir yang bukan-bukan. Alangkah baiknya kalau kami hidup begini, dia abang, aku Ica... Dia suami, aku isteri. Baguslah kalau Adami sudah memaafkan aku dan kembali berbaik-baik dengan aku.
“Ica ada kacau handphone abang ke tadi?” Aku terkejut dengan pertanyaan Adami yang tiba-tiba masuk ke dapur. Pergerakan aku jadi kaku serta-merta.  
Aku terkebil-kebil pandang Adami yang tunjuk telefon bimbitnya. Aku letak sudip ke bawah. Nak cakap ya ke? Bodohlah aku kalau cakap ya! Kenapa agaknya Adam boleh tahu aku kacau telefon dia? Mesti si Cik Hana tu yang report kat Adami aku yang jawab call dia. Kalau tak pun, dia pergi godek-godek log keluar masuk pemanggil.
“Ica?” Adami seru namaku lagi. Aku tertunduk takut sedangkan aku tak nampak kemarahan di wajah Adami. Aku lihat dia cool aje sambil bersandar di dinding.
“Ya.” Suaraku hampir tak kedengaran.
“Pandang sini.”
Perlahan-lahan aku angkat muka. Ada segaris senyuman di wajah Adami. Aku pula yang rasa pelik. Dia tak sakitkan tersenyum-senyum macam tu? Oh. Memang dia tengah sakit pun... Aku garu kepala.
“Jawab call cik Hana?” soal Adami. Aku angguk. Aku takut dia marah, sangat-sangat takut.
“Cakap apa tadi?” kali ini suara Adami tegas. Aku gigit bibir. Mana boleh aku bagi tahu dia, matilah aku!
“Tak ada apa-apa. Hari tu abang marah sangat kenapa?” Aku tukar tajuk. Tapi menyedari tajuk yang aku ungkit itu boleh membawa kemarahan Adami, aku terasa nak hantuk kepala di dinding dapur.
Wajahnya berubah. Aih, mulut aku ni.. Kut ya nak tukar tajuk, kenapalah ungkit benda yang sudah-sudah. Perang dingin semula gamaknya nanti. Rasa kesal muncul di dalam diri.
“Err.. Ica.. Pasal hari tu, aku minta maaf. Pasal apa yang aku cakap tu, aku minta maaf betul-betul. Dan pasal pergi rumah jiran sebelah tu, tak salah... Aku marah sebab kau tak beritahu aje.” Aku pandang dia dengan rasa tak percaya. Tapi bila teringat semula kata-kata dia tempoh hari, jiwaku kembali tercarik.
Aku perempuan jual diri dan perangai gatal, kan? Kalaulah aku boleh melawan keinginan hati sendiri, sudah pasti aku tinggalkan rumah ini saat itu juga. Tapi apa yang ada di hatiku ini adalah nama dia, hanya nama dia... Kalau girlfriend dia marah, mesti dia belikan sesuatu untuk pujuk, kan? Aku tak, aku perempuan yang setaraf dengan amah di mata Adami. Pahit bagaimanapun aku kena telan juga hakikat ini.
“Tak apa... Ica tak kisah pun.” Bohongku. Jiwa ini dah macam tak terubat dengan mana-mana ubat sebab dah banyak luka, luka yang dihadiahkan oleh lelaki yang paling kusayangi.
“Jadi, apa kau cakap kat si Hana tu?” Aku terkial-kial mendengar soalan itu lagi.
“Tak ada apa-apa. Just cakap abang tak datang kerja.” Ucapku tanpa pandang wajah Adam. Rasa bersalah kerana berbohong.
“Betul?”
Aku angguk. Jeda. Diam. Dan kemudian Adami berlalu pergi meninggalkan diriku sendiri.
Aku benar-benar rasa serba salah. Kalau Adami tahu apa yang aku cakap dengan Cik Hana macam mana? Mesti lepas ini dia benci aku dua kali ganda. Aku keresahan.
Aku rasa lebih baik aku bagi tahu pada dia sebelum dia dapat tahu daripada Cik Hana sendiri pasal aku beritahu Cik Hana yang aku, Irisya adalah isteri Adami Hafizi. Kalau dia marah pun, sekurang-kurangnya dia dapat tahu dari aku. Kenapalah aku bodoh sangat pergi cakap kat Cik Hana itu yang aku bini Adami? Masalah betul!
Waktu Adami masuk semula ke dapur, aku tengok rambut dia basah tanda dia dah mandi.
Adami makan dan aku lihat sahaja. Dia makan penuh selera. Aku nak cakap sekarang ke pasal apa yang aku cakap kat Cik Hana tadi? Tadi dengan Cik Hana bukan main berani lagi, siap speaking pula tu...
Tapi aku tak berani nak beritahu dia sekarang. Tangan pun dah mula sejuk sebab dari tadi berdebar-debar. Tunggu dia habis makan je la...
Selepas makan Adami basuh sendiri pinggan bekas dia makan dan dia berlalu ke ruang tamu kemudiannya. Aku kemas meja sekejap lepas tu aku ambil panadol dua biji dan air kosong untuk diminum oleh Adami. Cik Hana kata suamiku demam dan sepatutnya aku yang jaga kebajikan Adamku.
Adami yang berbaring di atas sofa sambil menukar channel tv itu membuatkan hatiku berbunga riang. Dah lama tak nampak wajah dia, dah lama tak dengar suara dia.
“Abang, bangun makan ubat.” Aku hulur panadol di tangan. Dia pandang aku sekejap kemudian kembali memejamkan mata.
“Abang, lepas makan tak boleh baring. Tak baik.” Tegurku.
“Bisinglah.” Dia buat tak peduli lepas cakap macam tu.
“Makan ubatlah...”
“Aku tak sakit kenapa makan ubat?” tanyanya pandang aku tajam. Aku terkebil-kebil. Bukan dia sakit ke?
“Tapi Cik Hana kata abang demam?” Pertanyaanku disambut dengan jelingan tajam. Memang tak bolehlah dia ni. Asal ungkit nama cik Hana, terus aje dia pandang mukaku macam nak makan orang.
“Cik Hana kata?” Adami duduk.  
Aku rasa menyampah semacam. Tadi bukan main nak mengelat, tapi Cik Hana punya pasal rajin pula dia tatap muka aku ni.
Aku hulur ubat kat depan muka dia dan letak air kat meja depan dia.
“Kau ni tak faham ke aku cakap tak nak?”
“Makan juga. Cik Hana kata abang demam.”
Aku lihat Adami ukir senyuman. Senyum sukalah tu sebab buah hati dia ambil berat, kan? Aku muncungkan mulut bila Adami ambil huluran ubat yang aku beri.
“Apa yang cik Hana kata lagi?” soal Adami sebaik saja aku duduk di sofa sebelah. Aku terkaku.
“Cakaplah..” Adami pandang aku tepat-tepat.
“Ica, kau ada buat salah kat aku kan?” tuduhnya tiba-tiba. Cepat-cepat aku geleng kepala. Salah apa pula... Mana ada salah. Setakat aku bagitahu kat Cik Hana yang aku ni isteri Adami, fakta apa...
“Cakaplah..” Dia gesa. Aku hela nafas panjang.
“Tu.. Tu sebenarnya.. Sebenarnya...” Aku pandang dia sikit, lepas tu aku tunduk balik sebab mata dia tajam sangat tala ke arahku. Rasa nak tercabut nyawa bila tangan dia jatuh ke atas dahiku.
“Cakaplah. Orang buat salah memang macam ni lah...” Adami cakap dengan nada sinis. Tangan dia tadi jatuh semula ke kepala sofa.
“Ica bagi tahu dia, Ica isteri abang. Salah ke?.”
“Wah! Bravo...” Adam tepuk tangan sambil lontarkan pandangan ke arah lain. Aku jadi sakit hati. Tahulah dia tak suka aku, tapi tak perlulah buat reaksi macam tu sekali...
“Ica masuk bilik dulu.”
Aku bangun.
“Ica, thanks..” Langkah aku terhenti. Aku toleh ke arahnya.
“Untuk apa?” Dia senyum lagi pada aku.
“For everything...”
“Sama-sama. Ica minta maaf buat macam ini.. Lepas ni abang cakap kat Cik Hana yang Ica main-main je. Bagi tahu pada dia.. Ica adik, ataupun orang gaji,” ayat aku yang terakhir hampir-hampir tenggelam. Aku rasa pedih sangat cakap diri sendiri ‘orang gaji’.
“Ya nanti aku terang kat dia. Thanks coz you told her the truth. Dia tu sometimes annoying me a lot.
Dahiku berkerut. Tak faham apa yang dia cakap. Takkan Cik Hana tu annoying kut? Kan kekasih dia sendiri? Atau Adami tak nak benda semakin rumit bila aku tak kasi tau kebenaran kepada wanita itu? Mungkin dia susah nak cakap dengan Cik Hana yang dia dah beristeri dan mungkin akan menjadikan Cik Hana isteri kedua? Ya ALLAH... janganlah kau buka hati lelaki ini untuk berkahwin lain selain dariku...
“Abang tak marah Ica?”
“Tak.”
Biji mata terasa panas.  “Abang masih benci kat Ica?”
Jeda. Dia tak bersuara, mungkin tak bersedia menjawab soalanku. Tapi kalau dia jawab dia bencikan aku pun, aku akan kuat sebab luka di hatiku ini adalah penawarnya.
“What do you think?”
Soalan dia tidak berjawab. Aku tunduk tahan air mata. Apa aku fikir?
“Abang dah buka hati abang untuk Ica kan? Ica dengar perkataan abang keluar dari mulut abang...”
Kedengaran dia mengeluh.
“Ica, untuk beri harapan pada kau, aku minta maaf. Kadang-kadang aku terlepas cakap aku ni abang tapi masa tu aku nak kau tahu, aku tak fikir kau sebagai seorang isteri. Sebab kadang-kadang aku lupa kau adalah perempuan yang aku benci. I missed my Ica, not this Ica. The very loyal Ica, the very good girl of Ica, the very pure Irisya Sareefa. And you are not. I knew you understand what ‘am talking about.”
Aku rasa dadaku terhenyak kuat. Wajahnya tidak berani kupandang.
And I am very upset because you take the wrong decision. I am not for you... and you’re not right for me.
Air mata jatuh ke pipi. Aku tak tahu kalau Adami nampak air mata ni tapi sungguh aku rasa terluka. Aku masuk ke bilik tanpa dengar lagi apa yang dia nak cakap. Cukuplah... Aku tak cukup kuat untuk menerima kenyataan sebenar.
Entah kenapa aku rasa sedih sangat. Aku nak dia cakap kat Cik Hana, aku ni isteri dia. Aku nak dia kata ‘Tak apa, nanti abang bagi tahu kat Cik Hana, Ica isteri abang. Abang akan putuskan perhubungan dengan dia. And I love you, only you...’ Dan sekali lagi dia akan tanya dengan ikhlas, ‘do you love me?’ Akankah saat-saat seperti itu akan tiba?
Jauh sangat kehendak aku. Seharusnya aku kena bersyukur kerana Adami tidak memarahi aku untuk kali ini. Aku masuk ke tandas dan ambil air sembahyang serta solat. Aku mohon pada ALLAH, supaya diusik hati Adami untuk jatuh kasih kepada diriku. Aku mohon pada ALLAH supaya panjangkan jodoh kami dan dibina antara kami kasih-sayang yang berpanjangan.
Aku teringat mak. Aku tak pernah pedulikan mak selepas aku kahwin. Ataupun ini balasan untuk orang yang derhaka pada ibunya? Aku lawan cakap mak bila mak tak nak aku kahwin sekarang. Dia nak aku belajar tinggi-tinggi. Mungkin redha mak tidak sampai kepada aku. Atau memang nasibku malang sehingga akhirnya nanti...


23 Komen untuk Cik Rin:

Bellaameera

Omg kesiannya dya.......
Adami please open ur heart for your wifey
Btw bila nsk sambung kisah minn alia?

kisahkasihkita

ica, sila fikir yg baik2 ajer..

kak yati kata: [si adami hafizi ni gay ke hape????]

Anonymous

Kesiannya ica......

diba

nk lagi!nk lagi!!like3!!

Anonymous

kak writer
cepatlah smbung
best la
mcm pisang panas..
hhahahah
cepatlah sambung..
x sbar nak tahu ep seterusnya...
pleazzzzz...

Anonymous

kak smbng lah lg cite ni....best.

Anonymous

Hm, pity ica somehow :'(
mesti hati dia terguris kan ?
Ica , Aja aja fighting ! Bersabar selagi boleh .

Anonymous

smbunglah lg...msti best cte n...

Anonymous

cite best...
bukunya dah ada dlm pasaran ke???
sbb x jumpa...
tlg comment..

RinsyaRyc

Cerita ini sedang dalam penilaian penerbitan ya... dah 6 bulan, insyaAllah dalam masa terdekat ni publisher dah janji nak kasi jawapan. tkasih kerana sudi membaca :D

Anonymous

klu citer nie dh kuar infom cpt2 tau..xsbr tggu...............miss z

Anonymous

masih lg xkluar ke??
sbb xjumpa dalam pasaran...
pls advice

RinsyaRyc

Miss Z, Anonymous - cerita ni akhir tahun 2014 akan diterbitkan insyaAllah under Intens dengan nama Rinsya Chasiani... :D

Anonymous

Assalamualaikum kak novel curi-curi cinta ni bila nak diterbitkan ? bagi cepat-cepat diterbitkan tau tak sabar nak tahu ni

Anonymous

xpe kak sya tggu wlau ambik msa lma tuk novel ni..tp nnti klu novel ni dh terbit bgitaula ya..sng nk bli nnti-L-

anie miraie

ebat la ceta ni...da d terbit kn ker

Anonymous

dah keluar dah ke buku ni? 😭😭

Anonymous

Kak bila novel ni nak keluar x sabar nak pegang novel ni dlm versi cetak kalau dah tolong inform kat saya tau? Kak bagilah teaser sikit untuk hilangkan rasa rindu ,rindun sngat ica dan adami please

RinsyaRyc

buku ni x keluar lagi, saya minta maaf banyak2 kepada y sudi menunggu~

Senthil Kumaran Alagisan

bila buku ini akan keluar.........

Anonymous

Bila nk keluar??

Anonymous

Bila nk keluar??

Anonymous

kak sya nak tanya novel ni dah kuar blum sbb klu dah sya nak bli..dah lama tunggu ni-lina