CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 17, 2012

Curi-Curi Cinta Bab 8








BAB 10

AKU duduk menghadap televisyen selama tiga jam menonton cerita Melayu. Teringat keadaan rumah aku dulu, ada televisyen, tetapi mak akan marah aku cukup-cukup kalau aku cuba membukanya. Dia kata membazir elektrik. Dan di sini aku telah bazirkan elektrik Adami Hafizi dan juga masa aku sendiri setiap hari. Tak kisahlah sebab dia pun tak cakap apa bila televisyen buka 24 jam. Nak lipat kain baju pun mata aku terlekat kat kaca tv. Nak makan pun aku duduk depan tv.

Kadang-kadang terasa nak minta kebenaran pada Adami untuk membenarkan aku turun bekerja dan mencari rezeki sendiri. Dia tak pernah anggap aku isterinya, dan aku pula mula terasa segan bergantung hidup pada dia seorang.

“Ica!”

Jeritan dari luar mengejutkanku. Aku bergegas menilik dari celah tingkap. Kak Lina tersengih-sengih memandang aku walaupun hanya mata sahaja yang aku tunjuk di cermin. Aku segera membuka pintu dan tersengih menuju ke arahnya.

“Ica bosanlah kak..” Rungutku.

“Kerja dah habis ke?” soal Kak Lina. Aku angguk memuncungkan bibir.

“Eh, jom lah ke rumah akak. Akak tengah menjahit. Boleh kita cerita-cerita nanti...” Kak Lina ajak. Aku bulatkan mata.

“Ya ke?” Aku teruja. Menjahit?

Aku terus buka pintu rumah.

“Orang nak belajar menjahit, boleh kak?” pintaku ceria. Kak Lina angguk kepala.

“Boleh ja kalau mampu bersabar...” Kak Lina cetus ketawa.

Aku bergegas mengunci pintu rumah dan keluar dari pagar rumah untuk ke rumah sebelah. Mesti best dapat belajar menjahit. Aku dah mula nak berangan buatkan Adami baju sepasang. Kalau dia pakai nanti, tentu dia bangga ada aku sebagai isterinya. Itu kalau, kalau dibuatnya dia campak baju tu ke dalam stor ke tong sampah ke, mau menangis seminggu.

Aku masuk rumah Kak Lina sopan. Rumah mereka amat cantik dan kemas dengan hiasan bunga-bungaan di ruang tamunya dibandingkan dengan rumah Adami yang agak lapang.

“Pembantu rumah sebelah, mak long.” Kak Lina memperkenal aku kepada seorang wanita yang muncul dari bahagian dapur. Makcik tu pandang aku semacam.

“Orang Indonesia ke?” soal makcik yang di panggil Mak Long oleh Kak Lina. Kak Lina tersengih memandang aku. Rupanya dia tidak menceritakan siapa aku kepada mak longnya.

“Tak, orang Malaysia. Dia datang sini nak belajar jahit. Mak long tak kisah ke?” Kak Lina memeluk lengan mak longnya.

Aku senyum dan hulur tangan untuk bersalam. Mak cik itu segera menyambut huluran tangan aku. Aku tunduk mencium tangan mak cik itu. Selepas itu aku lihat senyuman ramah di bibirnya.

“Panggil makcik, Mak Cik Juwa aje. Nama anak siapa?” Mak Cik Juwa tersenyum senang memandang wajahku redup. Aku lega, risau Mak Cik Juwa tak suka aku datang ke sini terpaksa balik dengan muka tebal pula nanti.

“Irisya, makcik...”balasku lembut.

“Irisya? Cantik nama tu. Sejak bila Risya kerja kat sebelah? Mak cik tak dengar khabar langsung jiran sebelah ambil pembantu rumah...”

“Baru dua hari, mak cik.”

Aku serba-salah bila melihat Mak Cik Juwa seakan-akan hendak bertanya lebih lanjut tentang pekerjaanku ini.

“Risya tinggal kat sana ke?”

Aku angguk. Aku tengok Mak Cik Juwa agak terkejut tapi lepas tu dia senyum. Aku buat tak tahu. Bukannya salah pun aku tinggal dengan suami sendiri. Tapi orang lain tak tahu.

“Makcik buat air dulu, Risya lepaklah dengan Lina..”

“Eh, mak cik... Tak payah susah-susah... Tadi kat rumah saya dah minum dah...” aku tolak lembut. Tak nak kecilkan hati mereka.

Tidak enak rasanya tuan rumah melayani aku begini baik walhal tentu di mata mereka aku ni jahat dan jahil kerana sanggup tidur di rumah lelaki yang bukan muhrim semata-mata mencari rezeki.

“Tak lah Risya.. Dah buat pun, tinggal sediakan aje.” Mak cik Juwa hadiahkan aku senyuman lebar sebelum menghilang ke dapur.

Kak Lina menarik tangan aku masuk ke sebuah bilik. Sederhana besar dan hiasan dalamannya cantik walaupun ringkas. Aku pandang katilnya. Kak Lina tersenyum dan duduk di atas katil sambil tunjuk kain perca kepada aku.

“Akak jahit selimut ni. Nama dia tampung-tampung.” Kak Lina menunjukkan perca-perca kain yang dia buat. Aku tersengih.

“Risya pernah buat dengan mak kat kampung,” beritahuku. Kak Lina suruh aku duduk kat katil dan hulur separuh selimut yang telah dia siapkan.

“Ya ke? Senanglah akak minta tolong kat Risya..” Aku angguk sahaja.

“Orang pun kadang-kadang bosan tak ada kerja.” Aku mengeluh kecil.

Kak Lina pandang wajahku seperti hendak bertanya. Tetapi dia diam saja dan hulurkan jarum serta kain perca. Aku ambil dan mula tolong dia jahit kain perca kepada kertas yang sudah digunting bersegi.

“Risya tinggal kat rumah tu dengan Encik Adam aje ke?” Kak Lina tanya. Aku angguk.

“Dia baik?”

“Ya, dia okey je.” Jawabku.

Aku tidak senang ditanya seperti ini lagi, tentang Adami, tentang kerjaku... Aku cukup rasa tak selesa. Dan aku cukup pasti kak Lina terganggu dengan status aku sebagai pembantu rumah yang tinggal bersama tuan rumah lelaki.

“Risya tak takut orang lain mengata?” Pertanyaan kak Lina ku jawab dengan segaris senyuman.

“Maaf akak tanya lebih-lebih pula.” Kak Lina sentuh bahu aku lembut.

“Orang tak kisah kalau ada yang mengata sebab orang tahu siapa orang. Orang tak pernah buat jahat dengan Encik Adam, macam tu juga Encik Adam, dia baik dan tak pernah nak buat jahat kat orang.” Aku jelaskan pada Kak Lina bersungguh-sungguh. Kak Lina angguk sambil tersenyum.

“Lega hati akak dengar. Risya orang mana?” Kak Lina sambung jahit baju.

Mak cik Juwa masuk ke bilik Kak Lina dan letak dulang yang berisi satu jag air sirap dan ada cekodok. Aku senyum pada Mak Cik Juwa.

“Risya orang kampung sama dengan Encik Adam. Tapi orang miskin, Encik Adam kaya.” jawabku sambil memandang wajah Mak Cik Juwa yang sudah duduk di sisi aku.

“Terima kasih makcik, susah-susah aje.”

“Tak lah susah... Baru je buat tadi tinggal nak hidang lagi. Oh Risya sama kampung dengan Encik Adam lah ya? Encik Adam tu memang baik. Tak pernah mak cik tengok dia buat hal atau bawa perempuan balik ke rumah. Tu yang mak cik terkejut bila dengan Risya kerja dengan Encik Adam dan tinggal di sana.”

Aku terkedu dengar apa yang Mak Cik Juwa kata. Kata-kata dia macam aku ni murah sangat boleh di bawa masuk ke rumah sesuka hati. Tapi kenangkan Adami tidak pernah membawa wanita pulang ke rumah, entah kenapa hati aku teramat lega mendengar cerita daripada Mak Cik Juwa.

Kami bercerita dan menjahit sampai ke petang. Cerita tentang kak Lina yang sekarang ini sedang menganggur dan keinginannya untuk mencari kerja, cerita tentang suami mak cik Juwa yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah, cerita tentang dua orang anak Mak Cik Juwa yang melanjutkan pelajaran ke luar negara dan kedua-duanya lelaki. Kak Lina kata yang abang lebih kacak tetapi yang adik comel macam budak. Aku dengar dan kagum dengan kehidupan keluarga mereka. Keluarga kecil dan sederhana yang berjaya membesarkan anak-anak mereka.

Kalau mak layan aku baik-baik, mungkin aku sudah di pusat pengajian tinggi. Kalau mak tidak membuat perasaan aku tertekan, mungkin impian aku sekarang ingin menjadi seorang doktor atau guru... Tapi itu kalau dan kenyataannya aku di sini, menjadi isteri Adami Hafizi. Ada sedikit sesal di hati tetapi aku cepat-cepat padamkan nya. Untuk apa aku letakkan kesalahan di bahu orang lain sedangkan aku sendiri rela hati mahu menjadi isteri kepada Adami Hafizi, itu aje matlamat hidup aku buat masa ini.

Pukul 5.30 petang, aku dengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah dan aku mohon diri untuk pulang ke rumah. Mak Cik Juwa dan Kak Lina hantar aku sampai ke depan pintu.

Adami Hafizi sudah bercekak pinggang di ruang tamu semasa aku menapak ke dalam rumah.

“Pergi mana?” soal Adami pelan. Aku terkial-kial melihat tenungan tajamnya ke wajahku. “Rumah sebelah...” jawabku ringkas.

“Apa dia?” Kali ini suara Adami berubah nada, agak keras. Muka pun tegang semacam.

Aku tunduk kuis kaki sendiri.

“Sudah reti melepak ya? Duduk dalam rumah aje tak reti ke? Apa nanti orang kata tentang kita, otak tu tak reti nak fikir?” Marah Adami. Aku diam aje dan terus bergerak ke dapur. Tak tahan mendengar nada suaranya yang seakan-akan menyengat ke ulu jantung.

“Ica, aku belum habis cakap lagi.” Tegas suara Adami. Aku tidak jadi meneruskan langkahku kerana terkejut ditempelak sebegitu. Aku toleh dan pandang dia semula. Dia jalan menghampiri diriku.

“Kau tinggal menumpang aje kat sini. Kalau kau nak buat hal, balik kampung aje! Aku tak larat nak jaga kau. Semalam kejap aje aku tinggal ke toilet, kau dah bergaul entah jantan dari mana-mana. Sekarang kau dah pandai keluar rumah, lepak rumah orang lain. Kau jangan nak buat aku ni tunggul! Faham tak?!” Dia tolak-tolak dahi aku. Marah.

Aku gigit bibir tahan sebak. Kenapa tiba-tiba nak garang semacam? Kelmarin okey aje, kenapa sekarang nak buang baran dia padaku?

“Kalau sudah sanggup jual diri untuk kahwin dengan seorang lelaki tu, memang perangai gatal tak sudah!” Suaranya sengaja di besarkan.

Aku genggam tangan erat. ‘Jual diri’? ‘Perangai gatal?’ Tak sangka dia cakap begitu kepadaku. Takkan dia dah lupa Irisya Sareefa ini siapa? Dia yang jaga aku sejak kecil lagi takkan semudah itu tuduhan keluar dari bibirnya?

“Kau jangan nak menyusahkan aku lagi sebab aku dah cukup benci pada kau!” Adami masuk ke bilik dan hempas pintu. Aku tahan perasaan yang bergelora hebat. Sampai hati.. Sampai hati dia...

Air mata jatuh ke pipi ku kesat perlahan. Aku masuk ke dapur, macam biasa masak untuk dia sebab ini adalah tanggungjawabku.

Aku kena lebih tabah selepas ini sebab Adami Hafizi tidak lagi seperti apa yang kujangkakan.

Tidak apalah tuduhan itu kerana aku memang ‘jual diri free free’ kepada dia untuk menjadi isteri. Tapi aku bukan perempuan gatal seperti apa yang dia katakan! Aku hanya mahu dia seorang, dan tak akan ada lelaki lain yang mampu bertakhta di hatiku lagi...

Rendah sangat maruah aku pada matanya? Macam tu sekali aku padanya?

Aku rasa amat kecewa.

Malam itu, dia makan, dan aku duduk di dalam bilik. Sejam selepas itu aku keluar dan mengemas pinggan mangkuk. Dia sudah masuk ke bilik.

Jauh di sudut hati, luka ini semakin dalam dan lebar bila dia buat aku macam tak ada dalam rumah ni. Tak pelawa aku makan, tak peduli aku sihat ke tak, tak kisah kalau aku tak nak makan sebulan pun... Adami Hafizi sangat kejam!

Mungkin kerana aku sekadar tukang gaji, jadi dia tidak peduli tentang diriku ini tapi aku tetap isterinya dan akan jadi isterinya sampai bila-bila!

Malam itu tidurku terganggu. Tidak seminit pun mata ini layu walaupun otak sudah cukup penat berfikir dan memikirkan tentang dia, tentang hala tuju kehidupan kami selepas ini. Entah pukul berapa aku tertidur dan yang pasti aku tidur dalam keadaan marah dan terluka.



















*AH sangat laa firm. Haha*

10 Komen untuk Cik Rin:

nursyafika

Errrrrr xsuka la hero tu as adami ....spoil giler!!!!! Lol btw citer ni best sgt :)

RinsyaRyc

Nursyafika - adoii... tutup2 mata, buat taktau. . anggap jer Dennish oh jdi heronyer. :3 tak punnn aaron aziz. kekekeke

nursyafika

Yayyyy kalau Aaron aziz nak la.. Suka suka :) kalau bole nk nickhun.bole x? Hehe

RinsyaRyc

nursyafika -
kekeke, aaron aziz nak pulak dia. nickhun kan dah kat Jutawan Cintaku . kuang3

nursyafika

yaka...wahhhh best2.. suka suka... ok adami ni aaron lah best. kekeke~ suka sgt karya2 rinsya.. bila ek nk kuar novel?? xsabar nk beli hehe

RinsyaRyc

nursyafika- keluar tu belum lagi. CCC belum siap manuskrip dri taun lepas. hehhheee. tpi maybe akan keluar awal tahun ni- LELAKI VERSI DIA.. :D
InsyaALLAH.. -nervous ni. kekeke-

nursyafika

wahhh ... best3,,, xsabar... good jobe risya :))

RinsyaRyc

nursyafika - ngeh3.. insyaALLAh.. ::D harap2 ok la nanti bila trbit.. huhu . rajinnya awak duk dlm blog ni... terharu pulak rasanya.. :')

Bellaameera

I like him..... My fav hero....

kisahkasihkita

ica, mohon tunjal dahi adami tu kuat2! prfffttt!