CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 29, 2012

Butterfly 5




“DAYYAN nak jumpa Sara…” 

Dayyan nak jumpa Sara? Aminul yang dari tadi tunduk menekur meja dan buku terus angkat muka. Terkejut. Takkan berani sangat kut Dayyan berjumpa Sara masa P&P Cikgu Hanif ni?

Sara yang duduk di hadapan Aminul bergegas berdiri dan keluar dari kelas.

“Aminul jawab soalan 5…” Cikgu Hanif sambung P&P nya. Aminul tolak kerusi ke belakang terus menuju papan hitam. Sempat matanya melirik ke arah tepi pintu, nampak tubuh Sara di situ. 

5 minit kemudian Sara masuk semula ke kelas. Dia kenyit mata ke arah Aminul yang serius duduk di kerusi. Mana pernah Aminul nak tersenyum kalau bersua muka dengan Sara kan? Benda dah tak jadi kudis. Sampul surat dihulur ke meja Aminul. 

“Dayyan kata ada budak kelas dia bagi pada kau…”

Sara terus duduk menghadap ke papan tulis. Aminul pandang surat itu tanpa perasaan tetapi tangan menyimpan surat itu ke bawah meja. Rehat nanti baca.
Wajah ceria Sara dikerli dari belakang. Terasa agak membahang di hati melihat senyuman Sara tak putus-putus. Sahlah minah ni syok giler dengan si Farid Dayyan, ketua pasukan hoki SMK Semerah Padi.   

Habis kelas Cikgu Hanif, tak sempat Sara pusing ke meja Aminul suara Cikgu Hanif berbunyi. “Aminul, Cikgu Hamidi nak jumpa kamu sekarang.” 

Cikgu Hanif keluar kelas.

Sara toleh ke arah Aminul, Aminul terus jalan keluar kelas ikut pintu belakang. Berkerut dahi Sara. Aik dia ni, selalu cakap kat aku dulu kalau nak pergi mana-mana…
Setengah jam kemudian barulah Aminul muncul. 

“Pergi mana tadi?” soal Sara melihat kelibatan Aminul yang baru masuk ke kelas. Muka tak beriak tu lagi Aminul show of dengan tangan di masukkan ke dalam poket seluar semasa berjalan. Nampak sangat muka penyombong Aminul terserlah di situ, patutlah semua gadis segan nak dekat-dekat dengan Aminul.

“Jumpa Cikgu Hamidi.”
“Nah coklat. Kau tak sempat rehat pun…” Sara hulur coklat Cadbury bertabur kacang hazel. Aminul sambut dan makan sedikit. Tau-tau aje Sara yang dia belum keluar makan.

“Cikgu nak apa?” soal Sara hendak tahu.
“Tak ada apa-apa…” Aminul keluarkan buku perdagangan. Sara melihat cuma.
“Takkanlah…”

Aminul ni pun agak-agaklah takkan sampai setengah jam Cikgu Hamidi setakat nak ajak berbual kosong kut?

“Kau tak payah nak menyibuk.”
Aik?

Kening Sara bertaut. Angin tak bertiup, pokok tak bergoyang, apa kena dengan Aminul tiba-tiba baran semacam? Wajah Aminul pun macam tak puas hati je dia tanya soalan. 

“Okey.” Sara terus pusing ke depan. Buat-buat muka merajuk. Yelaa kalau Aminul dah buat layan tak layan Sara Suhaila, Sara pun terasa hati sebab Aminul mana pernah cakap, ‘kau tak payah nak menyibuk’. Gila kejam statement. Kalau Aminul luah ayat tu main-main aje kira tak pe lagi, tapi Aminul luah dengan muka geram tanpa sebab. Aku ada buat salah ke? gumam Sara senyap-senyap. 

“Sara.” Sepatah. Suara Aminul lembut menyapa pendengaran.
Sara malas nak menoleh, masih merajuk. 

Bunyi kerusi ditolak ke belakang, tak lama Aminul berdiri di sisi meja Sara.
“Marah?” soal Aminul.
“Taklah…” balas Sara berpura-pura mengeluarkan buku teks.
“Sorry…”

“Hmmm…”
Aminul mengeluh. Sah Sara kecik hati. Jawab pun ikut non verbal language aje, selalu mulut bising macam bertih jagung.
“Tadi Cikgu Hamidi kata, tahun depan Dayyan jadi ketua pengawas menggantikan aku. Cikgu Hamidi berbincang tentang calon-calon pengawas tahun depan.” 

“Biar betul?” Sara bulatkan mata. Seriuskah? Wahhhh lelaki pujaan bakal jadi ketua pengawas!! Sara macam nak terlompat sekarang, nasib baik tengah duduk di dalam kelas, kalau tak memang dah lama melompat seronok. 

“Betullah. Tapi jangan beritahu orang lain dulu. Tak official lagi tu…”
Aminul jalan semula ke tempat duduknya ketika ternampak Cikgu Farhani menuju ke kelas 6A.

Dia terdengar Sara sebut ‘Yes!’. Ada apa yang istimewa pada Farid Dayyan tu? Hebat sangatkah sehingga Sara tak nampak apa yang tersirat di hatinya?

Butterfly 4




MELIHAT Aminul yang sedang mencuci kereta, cepat-cepat Sara melangkah ke ruang yang agak berdekatan dengan Aminul walaupun terpisah dengan tembok tinggi, kepala aje yang menampakkan Sara ada di situ.

“Minul. Kejap. Ke rumah aku… Kita study sama-sama. Tak masuklah bab-bab perniagaan dalam otak…” rungut Sara, tangan dua-dua pegang dinding tembok. Aminul menoleh sebentar. 

“Tak nak.”
La pulak… Sara kerut kening. “Kenapa tak nak?” kan dah keluar soalan tak logik…
“Malas…”

“Malas apa?”
Aminul tak jawab. Tekun gigih mencuci kereta walhal benda dah habis cuci. 

“Aminul, kau tak datang rumah aku, aku turun masuk rumah kau…” ugut Sara.
“Rumah aku tak ada orang.”

“Maka?” soal Sara peluk tubuh. Tak puas hati sebab Aminul tiga hari tak melayan dia sudah. Tiga hari tau!

“Maka kau tak boleh masuk ke rumah aku.” Jawab pun nada selamba badak. Mana ada orang lelaki hati batu macam Aminul kan? Tu pasal ada kalanya Sara terasa nak hempuk muka Aminul dengan batu-bata. 

“Jadi, kaulah datang ke rumah aku… Bukan buat apa pun, takat belajar sama pun tak nak. Kedekut ilmu.” Sara juih bibir. Aminul tutup pili paip.
“Aku bukan cikgu kau. Kalau nak belajar, carilah Dayyan kau tu.”
“Laa… jealous rupanya kau Minul…”
Wajah Aminul membahang. Macam kena perli aje aku ni? 

“Kartun lah kau. Tak teringin aku nak jealous…” Aminul naik ke rumahnya.  Tak peduli lagi dah Sara yang bercekak pinggang menanti jawapannya.

“Minul! Kalau kau tak turun ke rumah aku dalam kiraan 10 minit, aku tak nak tumpang kereta kau sampai bila-bila dah. Bye.”
Sara terus masuk ke rumah juga. Kerek punya mamat Aminul. Ingat dia hot stuff sangat ke terpaksa merayu-rayu setakat nak ajak lepak kat rumah. 

Memanglah Aminul tu, hati batu. Teringat kali pertama dia tengok Aminul dulu kat sekolah, boleh kira dia dulu yang memulakan perkenalan, persahabatan pun dia yang mulakan. Harapkan Aminul tu, sampai bila-bila pun tak akan nak bertegur-sapa biarpun rumah sebelah menyebelah. Dulu dia ingat Aminul sombong sangat… nampak hati iras-iras macam batu. 

Tapi mengenali lelaki itu dua tahun lebih, Sara sedar Aminul suka bersendirian. Aminul mana pernah terjerumus ke dalam dunia percintaan sebab dia pemalu gila. Kononlah… Tengok perempuan pun sebelah mata aje. Suruh berkenalan dia balas dengan cakap, ‘malu..’, padahal mengaku ajelah memang Aminul tak pernah berminat nak berkawan dengan perempuan.
15 minit Sara ternganga tengok televisyen. Seronok menonton kartun Sponge Bob padahal buku berselerak aje atas meja. Pintu diketuk dari luar tiba-tiba.
Sara terus berjalan buka pintu walaupun mata tetap menatap kaca tv. 

Melihat Aminul yang terpacak di depan rumahnya sambil memegang bermacam-macam jenis buku membuat rahang Sara hampir terjatuh. Tadi kata tak nak datang?
“Nak ke mana?” soal Sara spontan.

“Kata nak belajar…” Aminul masuk tanpa dipelawa. Sara melihat sekadar geleng kepala. Aminul-Aminul…

Thursday, September 27, 2012

Butterfly 3




LEPAK kat King Garden terasa penat tak hilang. Lepas lari 3 round padang, main bola pun bagai nak tercabut kaki, layan geng semua nak pergi ke King Garden konon-konon berkelah sekejap ada yang turun join jogging, tapi tak dapat pun nak tenangkan hati Aminul. 

Lebih kurang kira hati tak tenteramlah dari tadi kawan-kawan duk busy dengan junior-junior konon seniorlah sangat sampai budak dari form 5 ke form 1 diangkut sekali. Tak boleh ke main dengan mereka-mereka aje? Aminul pun tak terlayan sangat dengan junior tu lebih-lebih lagi tengok muka Farid Dayyan menyengih aje lagak bintang dalam permainan bola tadi. 
Menyampah. 

“Kau dengan Sara tak de apa-apa ke A.K?”
Nama glemer disebut. Aminul toleh sekejap, cuba mengesan siapakah yang kurang ajar sangat sebut nama Sara tetiba. 

“Tak de.” Jawab pun dua patah aje. Malas nak melayan. Agy gelak kuat. “Apalah kau Pi-an, kan ke Sara syok gila dengan Farid ni?” Agy tepuk bahu Farid. Farid tersengih lebar. Separuh banggalah sebab Sara tu bukan setakat muka aje boleh tahan, kaya pula tu, nak kata body macam body J.Lo tu taklah tapi nampaklah solidnya…  Pasal Sara minat kat dia, satu sekolah kenal nama Farid Dayyan. Betapa kuat pengaruh gadis manis itu padanya. 

“Bila masa kau orang bercinta? A.K aku lihat rapat gila dengan Sara takkan tup-tup bercinta dengan Farid kut?” Pi-an dah kerut kening pandang Farid Dayyan.
Hairan tak hairan, bukan dulu dia ada dengar Aminul suka kat seseorang, siap nak kasi klip rambut kupu-kupu. Tu yang Aminul cari bagai nak rak seret si Pi-an keliling pekan katanya birthday ‘orang tu’ nanti merajuk tak dapat hadiah? Bukan Pi-an tak sedar Aminul mana pernah gelar mana-mana perempuan dengan gelaran ‘orang tu’ kecuali Sara. Kan?

Tapi, entah pula kalau si Aminul nak kasi klip kupu-kupu pada perempuan lain. Sara naik sekolah ada tudung atas kepala, tak dapatlah Pi-an nak mengintai siapa gadis bertuah yang Aminul nak kasikan klip rambut kupu-kupu tu… Tapi macam positif aje gadis bertuah tu nama dia Sara Suhaila. Tak ke?

“Tak official lagi. Tunggu dia habis STP, aku habis SPM. Ada rezeki adalah…” Farid Dayyan sengih sebaris, menampakkan gigi putih tersusun rapi. Aminul terus berdiri sebelum seluar track ditarik Pi-an. 

“Nak gi mana?” soal Pi-an spontan.
Aminul toleh dengan pandangan dingin. “Balik rumah. Ada kerja…”

“Takkan kut?” Agy terus berbunyi. Takkan Aminul jeles Sara dengan Farid Dayyan bercinta kut? Bukan si Aminul ni hati batu tak ada perasaan pada sesiapa ke?
Aminul tak peduli soalan Agy. Dia terus melangkah menuju keretanya.
Agy kerut kening sambil tepuk bahu Pi-an. 

“Apesal?” soal Pi-an geram. Main tepuk-tepuk pula budak ni…
“Dia jealous ke?” soal Agy tersengih-sengih. 

“Mana aku tau. Kau tanyalah dia sendiri…”
Pi-an berdiri kibas seluar separuh lututnya. “Aku pun nak balik. Kau orang sambung lepaklah…”

“Weh bro… Tak bestlah macam ni…” Agy mengeluh dalam. Pasal si Aminul, Pi-an terus blah macam tu aje walhal dah janji nak belanja ais kacang Kak Fifi di depan sekolah tadi.

Wednesday, September 26, 2012

Butterfly 2





Sekolah. Tapi lah dasar Aminul Khusyairi jenis tak berhati perut, pukul 6.30 dah bunyikan hon. Dia tengah pakai baju masa tu terkocoh-kocoh pecut ke bawah sehingga terlupa nak bawa dompet. Tak pe, kang dia cekau duit Aminul buat belanja makan rehat. Macam tak biasa… 

“Awalnya May turun sekolah?” soal Sara campak beg sekolah ke dalam tempat duduk belakang sambil terus badannya pun dicampak ke kereta Aminul. 

May toleh ke belakang, tersengih sekejap melihat kekalutan Sara merangkap senior sekolah dan jiran rumahnya. 

“Tak lah. Ni abang ni yang tiba-tiba nak awal sangat turun… Nak jumpa awek lah tu…” May mengusik. Aminul buat muka batu terus drive keluar kawasan perumahan. 

“Abang May ada awek ke? Dia tu hati keras, kalah robot cop. Manaaa awek nak kan dia kecuali akak ni…” gelak pecah. May pun ikut sama. Pandailah Sara nak kelentong May konon nakkan abangnya itu… Bukan Sara ke yang suruh May hantar surat cinta kepada Farid Dayyan, budak kelas 4K padahal Sara tu lagi tua nak masuk STPM hujung tahun ni… 

“Eh, hari tu Dayyan kirim salam comel kat akak tau…” May dah mula dah… Mata Sara hampir nak terjegil keluar. 

Seriously?! Oh mama mia, pengsan kejap!” Sara letak kepala di atas sofa sambil tersenyum panjang biarpun mata rapat tertutup.

“Tak malu ke suka dengan budak lagi muda?” tiba-tiba ayat laser Aminul keluar dari mulut. 

“Dengki lah kau… Daripada kau kan, hati batu takde perasaan.” Terus Sara tegakkan kepala. Geram sangat sebab tak habis-habis Aminul perli dia sejak dia minat pada Dayyan tu. 

Aminul diam aje. Malas nak bergaduh dengan si Sara, sampai bila-bila pun tak habis. Dia sendiri pun naik hairan macam mana si Sara ni boleh tangkap cintan dengan budak hingusan seperti Farid Dayyan tu. 

Kereta di parking di hujung petak tempat letak kereta. 

“Beg aku…” Aminul toleh ke belakang sambil hulur tangan menanti Sara beri beg sandang yang tergeletak di sebelah Sara. Sara kasi juga biarpun pada mulanya terasa kerek malas nak beri kepada Aminul. May yang melihat tersengih cuma. 

Sebelum berpisah, Sara tarik tangan May. “Kirim salam cute kat Dayyan k? Cakap pada dia, belajar betul-betul jangan gagal periksa…”

Memang cute pun Dayyan. Muka ala-ala baby face, innocent giler kalau tersenyum nampak ceria aje. Seronok Sara kalau dapat tengok muka Dayyan… Tak macam Aminul, muka beku. 

May mengangguk-angguk kecil. “Bye Kak Sara…” 

May lambai tangan sebelum berpisah di satu block kelas. Sara toleh ke arah Aminul yang sudah melangkah jauh. 

“Kau tak reti bersabar tunggu aku ke?” Sara kejar Aminul. Aminul angkat bahu.
“Dah kau banyak sangat pesan kat May…”

“Tu pun nak jeles?”
“Takde masa aku nak jeles… Kartun lah kau…” Aminul membelok di lorong kecil, jalan pintas menuju ke kelas tingkatan 6A. 

“Petang ni join ke rumah aku lagi…” Sara sengih lebar. Aminul toleh.
“Apa?”
“Aku masak kari lagi…”

Hampir Aminul terlanggar dinding.
“Seriuslah. Aku tak nak makan lagi dah kari kau…” Selamba Aminul cakap. Sara terus tolak bahu Aminul. Kurang ajar gila dia ni…
“Aku nak belajar masaklah… Sampai hati kau tak nak tolong.” Sara buat-buat merajuk. Kelas 6A sudah ada di depan mata. 

“Kenapa beria sangat kau nak belajar masak?” soal Aminul, kening bertaut. Double-jerk.
“Aku nak jadi isteri yang solehah…” makin panjang sengih Sara.
“Hah?” 

Isteri apa pula dah ni? Belajar pun tak habis?
“Aku nak masak untuk Dayyan…” Sara ketawa kecil. Terasa geli-geli dengan pernyataan sendiri walaupun dalam hati dah terjatuh musim bunga sakura. Kalau betullah Dayyan nakkan dia kan?

“Minul?” seru Sara toleh ke belakang. Apa kena mamat ni tiba-tiba berhenti melangkah?
Tak sampai seminit Aminul kembali melangkah semula melepasi Sara. “Kau masak, kau makan.” Aminul terus masuk ke dalam kelas 6A. Beg diletak di atas kerusi dan terus duduk tanpa cakap apa-apa. Sara herotkan bibir.
Memanglah Aminul Khusairy, hati batu!