CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 26, 2012

GLUE 1.





GLUE 1.

MANA BENDA ni? Masa-masa ni lah aku cari tak jumpa. Tadi pagi elok aje aku letak tepi pinggan mangkuk ni tapi ada jugak makhluk yang gatal pergi pindah-pindah barang aku. Dah lah tengah aku perlu benda tu. Geramnya!
"Mak, tak de la mak..." rungutku lantang. Mak kat dapur hanya jawab "La....."
Aku tension terus ke luar dapur, cari mak. "Mak ada letak tempat lain ke? Abeer sakit tekak ni..."
"Mana ada mak letak tempat lain. Cuba cari lagi...."
Hah kan? Mak ni memang tak nak bantu anak dia sendiri!
“Tak adalah mak…”
“Carilah. Tak cari mana nak jumpa. Sebab tu kut anak abang Adam lari tak sanggup nak bertunang dengan Abeer, Abeer kan pemalas…”
Pulak dah? Aku tengah sakit-sakit ni mak sempat ungkit cerita lama. Dan-dan aje tuduh aku pemalas walhal anak kawan dia tu yang ada makwe lain, sebab tu lari bila dapat tahu dia nak ditunangkan dengan Abeer Hannan ni. Kira lawaklah juga sebab aku dah fikir dah mesti kisah kita orang jadi macam dalam drama tv, kahwin paksa. Syok jugak kut. Tapi jodoh tak sampai. Pulak dia lari masa sehari sebelum kita orang ditunangkan. Aku bantai tergolek-golek ketawa bila mak kata pengantin lelaki aku dah lari. Masa tu umur baru je 18 jadi aku tak fikir panjang. Tapi bila dah umur 22 ni, tiba-tiba aje aku jadi kepoh semacam. Nak tengoklah juga muka tunang tak jadi aku tu. Agak-agak hensem ke tak? Kalau orang tu kaya badan pun boleh tahan macam Ian Somerhalder sungguhlah aku rugi berjuta-juta.
“Abeer cari ubat batuk bukan cari laki, mak…” meleret suara aku jawab kata-kata mak. Mak sengih aje.
“Kakak cari apa?” tiba-tiba makhluk bunian ni datang.
“Cari ubat batuk dia, ada nampak?” mak jawab bagi pihak aku. Dah aku pun malas nak jawab aku diam aje.
“Teruk ke? Dari petang semalam bising satu bilik sampai Ija tak dapat tidur…” Ija terus menuju ke dapur. Ohhh, salahkan aku pula dia tak dapat tidur walhal malam tadi aku tengok dia sibuk online facebook sambil tersengih sorang-sorang sampai pukul 3 pagi, tak gila ke namanya?
“Nah, Ija masukkan dapat peti sejuk pagi tadi… takut semut masuk.” Ija hulur ubat batuk Woods pada aku. Aku jegil mata. Punyalah dari tadi aku cari baru sekarang dia nak kasi? Nak kena ke apa Ija ni?
“Ambikkan sekali sudu!”
“Ambiklah sendiri, apa suruh Ija pula…” Ija dah tarik muncung.
“Orang minta tolong ambilkan pun liat semacam. Kalau Ija malas, nanti bakal tunang lari tau…” saja aku usik dia. Mak dah jeling-jeling aku dah.
“Yelah… yelah…” dia ambil juga sudu kat dapur tu sebab aku malas sangat nak angkat.
“Anak abang Adam mak tu sorang je ke lelaki?” soalku berbaur usikan.
“Kenapa? Dia ada abang sorang, tapi mak tak berkenan dengan abang dia…”
“Apa pasal pula?” aku kerut kening.
“Sebab abang dia tu macam tak reti hormat orang. Tak berkenanlah mak…”
“Ohhh…. Habis mak berkenan dengan adik dia yang lari tu?”soalku sambil mencapai sudu yang Ija hulurkan. Aku tuang sedikit ubat batuk ke dalam sudu dan sua ke mulut.
“Kisah lama Abeer. Kalau Abeer berkenan dengan abang dia, mak boleh tolong tanyakan. Tapi mak kasi tahu awal-awal abang dia tu tua 11 tahun dari kamu…”
Erk?!
Aku terbatuk kuat. Gila tua abang bekas bakal tunang aku!
“Kenapa mak? Kakak nak kahwin ke?” soalan Ija aku sambut dengan memukul lengannya. Dia menyeringai sambil pandang muka mak minta kena back up tapi mak buat tak tahu aje. Aku pun dah sengih panjang. Tu lah… ada mulut cakap hati-hati wehhh… Bila masa aku nak kahwin pula?



“ADA SORANG tu mamat, fuhhh… aku tengok hensem giler. Aku tegur dia tapi dia buat tak tahu aje. Sombong sangat. Mentang-mentanglah dia tu hensem.” Maya punya komen buat aku terasa nak gelak.
“Kau gedik kot?” Yelah lelaki sekarang ni mana nak melayan perempuan gedik. Dia orang dah bijak apa? Tapi tak tahulah masih ada lelaki yang tak berapa nak bijak pergi melayan perempuan gedik, itu aku tak berapa nak paham. Kalau cari teman tu carilah yang elok sikit, perempuan gedik perasan bagus bila dibuat bini kang naya jadinya. Lainlah kalau perempuan tu dah insaf, kan?
“Mana ada aku gedik. Aku just tanya, encik cari siapa? Sebab cara dia tengok sekeliling kafe tu macam tengah tunggu orang.” Maya siap muncungkan mulut.
“Dia ada lagi ke kat kafe?” aku angkat buku dan letak kat tangan sambil tangan sebelah lagi pegang kad pelajar.
“Ada kut…”
“Aku balik dulu, kau sambunglah studi.”
“Kau dah ke?”
“Dah… Aku lapar nak pergi kafe.”
Maya dah buat muka suspiciousnya pada aku. “Kau sengaja nak jumpa abang hensem tu eh?” dia angkat-angkat kening. Aku jegilkan mata. Apa punya sengal Maya.
“Tapi aku cakap kat kau, sumpah dia sombong.” Maya bisik. Aku sengih aje.
“Kalau muka dia handsome kalah Paul Wesley, aku tak kisah dia sombong tak ingat dunia…”
“Dah aku agak dah, kau gila balik kat Vampire Diaries…” Maya geleng kepala. “Tapi aku cakap kat kau, Paul Wesley pun kalah kat abang ni…” Maya sambung lagi. Aku senyum aje. Punya hensem abang tu sampai kalah Paul Wesley aku. Kalau betul Paul Wesley tu kalah, sah-sah aku kena lebih cantik daripada Nina Dobrev kalau nak mengurat Paul Wesley, kan? Entah apa-apa je Maya ni, betul ke tipu kehenseman Paul Wesley boleh sampai ke Malaysia.
“Aku pergi dulu. Kang kalau kau habis ulang kaji mesej aku. Pukul 2 ni sambung tutorial…”
“Haa…”
“Bye.”
“Bye…” Maya lambai tangan.
Aku bergegas menuju ke kaunter pinjam buku. Lepas scan buku yang aku nak pinjam, aku terus keluar cari beg yang diletak dalam loker kecil di luar perpustakaan.
Selepas aku simpan buku tu terus aku berjalan menuju ke kafetaria. Sungguhlah… Lapar gila. Dah la aku ni ada penyakit gastrik, pedih dah perut tapi sebab aku sibuk buat assignment Puan Monica boleh terlupa jam dekat pukul 1 petang.
Sampai kat kafetaria sempat aku mengintai mana satu abang hensem yang Maya cakap tadi. Adalah nampak seorang lelaki siap bercermin mata hitam dengan baju kemeja berbelang biru dan seluar slack tengah duduk kat meja tepi sekali. Hensem tu taklah. Tapi kira bergaya sebab budak maktab mana ada yang buat rambut spike berbelang dua, hitam dan perang. Aku pun tak tahu kat mana kerosakan celah mata Maya sampai lelaki macam kuda belang tu dia kata hensem.
Aku letak beg kat tepi meja kosong dan ambil beg duit. Bila nampak sekumpulan budak lelaki baru masuk kafetaria, cepat-cepat je aku jalan ke depan ambil nasi dalam pinggan. Malas kut nak terserempak kena beratur belakang budak lelaki ambil makanan. Lepas ambil nasi dan lauk, aku bayar.
Bila aku sampai ke meja aku, aku terasa pelik tengok lelaki yang Maya kata hensem tadi dah duduk kat meja yang aku letakkan beg aku tadi. Aku kerutkan dahi. Aku salah meja ke atau dia yang ambil meja aku?
“Awak tadi duduk sini?” aku beri dia soalan bodoh. Dah sah-sah tadi aku yang cop tempat ni dulu untuk makan.
Lelaki tu silang tangan dia atas dada.
“Tak kenal aku?”
Wah… tiba-tiba aje beraku-engkau. Aku kenal dia ke?
“Maaf, saya tak kenal awak.” Aku balas dengan nada hairan. Kalau dia tak tiba-tiba beraku-engkau, taklah aku hairan. Ni kenal pun tidak tiba-tiba dan tiba-tiba dia tanya kenal dia ke tak. Memanglah aku tak kenal. Baru pertama kali seumur hidup melihat abang kuda belang, macam dia ni.
“Tak kenal atau pura-pura tak kenal?” dia tanya selamba.
Aku kecilkan mata. Paul Wesley tanya aku pura-pura tak kenal dia lah… Nasib baik aku minat Ian Somerhalder lebih lagi.
“Betullah tak kenal. Tak pe la awak duduklah kat sini, saya cari tempat lain…” Aku ambil beg sandang aku dengan sebelah tangan lagi sambil jeling kat mamat tu.
“Aku pergi dulu.” Tiba-tiba dia berdiri dan pergi macam tu aje. Aih? Pelik gila dia tu. Aku tak jadi nak angkat. Letak balik beg sandang dan pinggan. Tapi lepas tu aku terlihat ada jam tangan atas meja makan tempat aku duduk. Paul Wesley tertinggal jam tangan dia ke? Alamak… Aku toleh ke belakang sampai ke luar kafetaria dia dah tak de.
Perlu ke aku letak jam tangan dia atas meja kaunter kafetaria? Tak pun letak kat HEP minta dia orang jagakan mana tahu kut-kut Paul Wesley datang semula ke maktab semata-mata cari jam tangan dia? Tapi tengok gaya Paul Wesley tadi, sah-sah bukan budak maktab. Muka dia nampak macam lelaki yang dah bekerjaya sebab dari atas rambut sampailah ke kaki aku tengok semua berjenama. Dan jam tangan ni pun, made by Rolex. Aku dah mati kutu tengok jam tangan tu.

Thursday, October 25, 2012

Lelaki Versi Dia Promo






DIA TERLIBAT dalam kemalangan sehingga membuatkan dia hilang ingatan ketika berada di luar negara. Hidup Aakif jadi tak tentu hala sehinggalah suatu hari ibunya datang ingin menjemput Aakif untuk kembali ke Malaysia. Aakif keras kepala sehingga terpaksa membuat sang ibu menipu, Aakif ada tunang di Malaysia yang setia menunggu.

Arwin Raisha menjadi mangsa keadaan. Antara permintaan ibu saudaranya untuk menerima Aakif sebagai tunangan walaupun hanya sebagai tunang olok-olok dan cintanya yang telah lama bersemi untuk lelaki itu, dia lebih rela memilih menjauhkan diri. Tetapi sejauh mana dia berlari, Aakif terus mengejarnya.
Dan suatu hari nanti, Arwin sedar ingatan Aakif akan kembali. Ingatan tentang bertahun yang lalu, semasa Aakif tidak mahukan cinta Arwin Raisha dalam hidupnya. Tegarkah Wan Aakif Akmani meninggalkan Arwin Raisha setelah ingatan semalam kembali semula? Nantikan di dalam LELAKI VERSI DIA…

“Cancel the stupid wedding!”- Aakif
“Habis nak suruh Win kahwin dengan siapa? Pokok? Pintu? Kucing?” – Arwin


Tuesday, October 16, 2012

Lelaki Versi Dia 10





HUJUNG MINGGU macam biasala aku menghadap laptop 12 jam. Update status facebook, update blog, update emel. Blog ni aku buat untuk aku release tension. Sekadar bercerita hari ini aku buat apa, esok aku buat apa dan segala-galanya private untuk diriku sendiri. Kiranya aku buat blog seperti diari aku la kan? Esok lusa aku boleh baca balik... Nak tulis guna buku macam zaman kuno-kuno dulu tak rajin la pula. Dah la kena beli buku dan pen bukankah membazir?
Pukul 9 pagi aku dah mula bosan tergolek depan laptop. Kalau Izz Harraz tak outstation ke Sarawak, gerenti-gerenti aku buli dia dan bawa dia jalan-jalan kat mana-mana aje. Nafisa pula dah balik ke kampung jadi tinggallah aku keseorangan di dalam rumah.
Teringat masa mula-mula aku kenal Nafisa, dia jenis yang workholic sampaikan waktu makanpun dia sibuk cari laptop untuk buat tugas-tugas dia. Aku ingatkan kerja accountant memang tak ada masa nak berehat langsung. Sedangkan Nafisa yang tip top boleh tahan glamour dengan kepandaian dia buat exam ACCA macam buat soalan budak darjah 3 sesenang kacang jadi member MIA pun bekerja siang dan malam memerah otak dan tenaga, aku agak aku nanti boleh jadi zombie kalau ikut jejak langkah dia jadi accountant.
Sekadar account executive tu mampulah agaknya kan? Tu pun kalau mampu la... Aku jenis tak tahan kalau tengok nombor. Diskalkulia sikit. Pening dia macam tengah tengok nombor-nombor tu menari-nari depan aku lepas tu tergolek-golek gelakkan aku. Tahap kronik bencikan nombor tapi kalau angka dalam bank aku meningkat, tak pe... Aku suka! Lagi beriban ada kat sana, aku lompat-lompat gembira.
Aku tengok sekarang ni Nafisa mula rileks. Balik rumah terus terpacak kat depan tv mungkin terpengaruh aku la kut sebab aku ni jenis spesies yang layan televisyen terutamanya kartun-kartun seperti Dragon Ball ataupun Detective Conan.
Tengah aku layan movie depan televisyen, telefon aku berbunyi. Laju tanganku mengambil handphone. Mana la tau ada orang nak ajak aku keluar jalan-jalan, lumayan seh...
Nama yang terpapar adalah Auntie Zita dan mood aku jadi terbalik. Malaslah nak jawab... Apa kata aku pura-pura tak dengar ringtone phone berbunyi? Telefon cikai itu aku campak kat tepi sofa.
Tapi bila masuk kali ketiga berbunyi, aku rasa tak manis pula kalau tak angkat. Mak aku kata kalau Auntie Zita call jawab jangan tak jawab sebab dia mak aku nombor dua. Memandai aje mak kata macam tu walhal mak aku sorang je dalam dunia ni.
“Hello auntie...” Aku memaniskan suara.
“Kenapa lambat angkat, Win?”
Dah agak dah Auntie Zita mesti tanya soalan begitu.
“Mandi tadi...” Aku belasah je kasi alasan walhal aku dah mandi pukul 7 pagi tadi.
“Amboi... Anak dara mandi lambat-lambat busuk tau.”
Aku gelak kecil dengar kata-kata Auntie Zita. Mandi lewatpun boleh jadi busuk eh? Bukan semakin wangi ke?
“Win ada keluar jalan-jalan dengan Wan ke? Dia kata dia nak ambil Win...”
Erk! Hampir tercekik bila terdengar nama keramat itu lagi. Dah dekat seminggu aku tak dengar khabar dia. Aku agak ingatan dia dah pulih jadi dia tak teringin nak jumpa aku lagi...
“Tak de pun...” Aku jawab jujur.
“Baru 15 minit dia bertolak. Win siap la awal takut dia lama tunggu. Wan baru aje kebah demam terus dia nak jumpa Win. Mama tak bagi dia keluar rumah tapi dia berkeras juga nak jumpa Win.”
Jantungku berdegup laju. Dia demam ke? Aku ingatkan dia sihat. Buruk sangat perangai aku sampaikan dia sakitpun aku tak bertanya khabar.
“Ye la... Win siap dulu. Terima kasih auntie...” Aku meminta diri.
“Win, panggil mama je... Lagipun tak lama lagi Win dan Wan nak kahwinkan?”
“Ha?” Aku terkejut nada panda.
“A-Apa auntie?”
“Mama...” Auntie Zita berbaur amaran. Aku telan air liur sendiri. “Err.. Mama..”
“Wan cakap dia nak kahwin dengan Win dalam masa terdekat ni.”
Aku ternganga. Suka-suka mak datuk mereka je nak aku kahwin dengan Wan Aakif. Gila! Serius gila!
“Tapi kan kita tengah buat lakonan olok-olok? Win tak nak la kahwin!” Aku melatah. Auntie Zita kedengaran menghela nafas panjang.
“Win, Wan betul-betul sayang pada Win. Kalau tak, dia tak akan potong rambut dia...”
Itu aje alasannya? Aku mula mencongkak sendiri. Kalau aku tak nak kahwin dengan Wan, aku kena tolong dia ingat balik sejarah hidup dia. Kalau nak kahwin pun sekurang-kurangnya tunggu Wan Aakif dapat kembali ingatan dia supaya dia boleh decide keputusan berdasarkan fikiran waras yang dia pegang selama ini. Aku tak nak la macam ni! Dia belum betul-betul ingat kisah dulu-dulu terus kahwin dengan aku. Kang kalau ingatan dia pulih lepas kita orang kahwin dan tiba-tiba dia bencikan aku semula apa aku nak buat? Merayu-rayu melutut-lutut supaya kami kekal jadi sepasang suami isteri? So sorry kerja tu orang gila je nak buat. Aku tak akan.
“Tapi auntie...”
“Mama...” Kali ini suara Auntie Zita lebih tegas.
“Win rasa awal sangat kalau nak kahwin...” ucapku lembut mengharap pengertian Auntie Zita.
“Mama dan call mak Win, mak Win okey je...”
Lagi sekali aku terkejut. Auntie Zita dah cakap pada mak ke? Nafas aku jadi sesak. Kenapa aku kena jadi mangsa dia orang ni? Apa salah aku pada mereka? Geramku membuak-buak tiba-tiba.
Aku ketap bibir tahan perasaan. Nak marah pada Auntie Zita pun tak guna. Aku dididik untuk menghormati ahli keluarga yang lebih tua daripada diriku.
“Win tak kisah kahwin tapi berilah sedikit masa lagi pada Wan untuk ingat semula apa yang dia dah lupa...”
“Kalau begitu, Win la yang kena tolong Wan... Mama tak boleh kata apa sebab Wan beria-ia nak kahwin dengan Win. Dia kata kalau dia tak kahwin dengan Win, dia nak balik ke US semula.” Suara Auntie Zita jadi pelan. 
Aku tutupkan talian bila Auntie Zita kata dia ada benda nak buat. Tapi aku cukup faham yang Auntie Zita berkecil hati padaku. Dia kecil hati boleh aku tak boleh pula? Manusia memang begitu kan?
Bila aku dengar hon dari luar rumah, aku bergegas masuk ke bilik dan bersiap. Tudung kelabu aku lilitkan di kepala sebelum keluar dari rumah. Aku lihat Wan Aakif tersenyum senang menunggu kehadiranku di dalam kereta. Aku masuk ke dalam kereta dia dengan muka yang masam.
“Win...” serunya sepatah. Aku pura-pura sibuk mengatur seat belt tanpa memandang wajahnya.
“Mama telefon ke tadi?” Dia tanya. Aku angguk kecil. Aku ingat hari ini juga aku kena buat perhitungan bersama Wan Aakif. Aku nak kasi tau benda-benda yang dia ingat selama ini benar adalah tipu semata-mata termasuklah pertunangan aku dan dia. 
“Mama kata apa?” soalnya lagi. Aku tersenyum sinis. Dia tanya tapi dia sendiri tau apa yang mama dia katakan padaku. Geramnya...
“Win, awak marah saya ke? Saya ada buat salah ke?”
“Awak nak duduk sini sampai bila? Tak nak jalan ke?” soalku tanpa mempedulikan pertanyaannya. Dia gosok tangan dia pelan sebelum mengerut kening.
“Saya tak tahu nak pergi mana...”
“Awak ambil saya tapi awak tak tahu nak pergi mana?”
“Awak marah ke?” Lagi dia soal benda yang sama. Aku jadi berapi sekejap.
“Kalau awak tak tau nak pergi mana, kita pergi ke sekolah lama ajelah!” Aku terus buat keputusan.
Lagi lama dia tanya benda pelik-pelik pada aku, lagi berapi hatiku nanti. Aku sengaja pilih sekolah lama mana tau rezeki tiba-tiba dia teringat yang dulu dia benci kat aku sebab kat sekolah tu juga dia mula tunjuk yang dia tak suka aku. Kalau dia ingat semua sekali lagi bagus... Terus tak jadi kahwin lagi bagus...
“Jangan la marah saya...” Suara dia seperti budak kecil meminta sesuatu padaku. Aku pandang wajah dia tajam-tajam. Kalau boleh nak tembus jantung dia aku tembusi jugak supaya dia tahu aku tengah marah.
“Awak cakap kat mak awak yang awak nak kahwin dengan saya kan?” soalku tegas. Dia pandang wajahku penuh tanda tanya.
“Awak tak suka?”
“Berapa kali saya nak kata yang saya tak pernah suka awak? Awakpun tak pernah suka kat saya!” Aku naik angin. Ingat nak marah lagi tapi bila tengok muka dia yang innocent tu maraku jadi reda. Tak sampai hati nak marah dia. Renungan mata dia lembut menikam anak mataku.
“Saya suka awak...”
Aku kerut dahi. Susah bercakap dengan orang yang tak reti bahasa ni. Sepuluh kali ulang belum tentu dia nak hadam.
“Wan, kita jangan kahwin dulu ek?” Aku pinta pengertian dari dia.
“Kenapa? Kita dah bertunang lama sangat dah...”
Aku hela nafas. Otak berfikir ligat cari alasan selogik yang mungkin.
“Betul ke masa dekat US dulu awak tak ada buat hubungan intim dengan sesiapa? Mana la tau awak buat seks bebas lepas tu...”
“Apa awak cakap?” Matanya yang tadi merenung wajahku lembut kini jadi tajam menikam. Aku tahu aku dah melampau tuduh dia yang bukan-bukan tapi aku kena juga cari alasan.
“Tak ade la... Dulukan... Mama awak sendiri ada cakap yang awak rapat dengan seorang perempuan...”
“Saya tak pernah buat benda tu kalau awak nak tahu sangat. Saya just sentuh arak dan benda-benda ringan aje.”
“Kalau awak mabuk macam la awak boleh ingat!” Sampukku laju-laju. Dia tunjuk muka bengang dia padaku.
“Saya tahu apa yang saya lakukan, Win. Awak tak perlu risau sangat!” Suara dia mula meninggi. Aku tersentuh hati bila dia tinggikan suara seperti itu. Okey... Aku dah malas nak bertekak. Buat sakit hati aje.
“Kita nak ke mana ni? Cepatlah!” Aku masih lagi bersuara dengan nada yang sama. Aku lihat Wan Aakif meraup wajah pelan sebelum kembali menatapku.
“Sekolah lama.” Balasnya pelan.
“Jalanlah! Takkan nak tunggu kat sini sampai petang? Sekolah tu tak boleh jalan ke sinipun.” Marahku. Dia sekadar diam tanpa bersuara. Tak tahu kenapa hati aku jadi sedih tiba-tiba. Tak tahu kenapa...
Aku hanya diam sepanjang perjalanan. Sekali-sekala aje aku tunjukkan jalan padanya. Sekolah lama? Sekolah yang menyimpan seribu satu cerita. Aku dan dia tak pernah rapat tapi aku selalu kejar dia ke mana-mana aje. Sebenarnya mak suruh aku bersekolah menengah di kampung aje tapi oleh kerana aku nak ikut Wan Aakif juga, aku sanggup meminta sekolah berasrama penuh di bandar ini. Entah kenapa dulu aku terlalu naif dalam mencari cinta. Pedihnya rasa itu sampai sekarang kadang-kadang terkenang. Yelahkan, cinta bertepuk sebelah tangan tak sama seperti orang lain bertepuk dua-dua tangan dan kaki-kaki sekali kalau boleh.
“Awak masih marahkan saya?” pelan suara Wan Aakif menyusup ke dalam telingaku. Aku menghela nafas panjang. Ini dah kira marahkan nyamuk bakar kelambu. Marahkan mama dia, aku bakar dengan dia-dia sekali. Tapi kalau bukan sebab dia yang minta perkahwinan antara kami, tak mungkin Auntie Zita bertindak lebih jauh untuk menelefon mak... 
“Win, cubalah senyum sikit... Saya rindu senyuman awak. Awak paling cantik bila tersenyum...”
Aku diam tanpa kata. Tak nak termakan kata-katanya... Nanti aku juga yang merana.
I’m sorry for everything. Saya tahu saya terlalu mendesak. Tak pe la kalau awak tak sedia nak kahwin lagi, kita tunda ya?”
Boleh pakai ke apa yang dia kata ni? Aku pandang dia penuh tanda tanya. Dia tersenyum mengangguk.
“Jangan marah saya lagi ya?” Pinta Wan Aakif tampak ikhlas. Aku menghela nafas panjang sambil memejam mata sejenak.
“Belok kiri.” Aku tunjukkan jalan pada dia. Dia ikut arahan aku tanpa banyak soal.
“Awak pakai baju merah dengan tudung kelabu tu, you look so chic, Win.” Puji Wan Aakif. Senyuman akhirnya tersungging di bibirku. Marahku jadi berkurang mendadak. Tak boleh blah la kau Win. Sekejap kena puji terus cair meleleh-leleh.
“Dah sampai...” Ucapnya tenang.
Aku buka seat belt tatkala dia mencari parking. Nasib baik pak guard tu baik hati just main lambai-lambai kat kita orang. Mungkin dia ingat kita orang ada kerja kat sekolah ini sebab aku nampak ada kereta tiga empat biji tersadai di tempat letak kereta.
Dia keluar dari kereta bila tengok aku selamba keluar tanpa mengajaknya.
“Win, boleh saya jalan dengan awak?” Dia berdiri tegak di sisiku. Aku menjuih bibir.
“Takkan awak nak jalan dengan kucing?” Balasku sinis. Wan Aakif tersenyum geli hati.
“Awak marah-marah sayang eh?” tekanya. Aku mengerut kening lama.
“Tah apa-apa je awak ni. Kita ke blok kelas dulu.” Aku tarik tangan dia tanpa sedar tapi cepat-cepat aku lepaskan bila dia mengaduh.
“Tarik sikitpun dah sakit?” soalku hairan. Dia tersengih cuma.
“Terkejut, bukan sakit.” Balasnya gelak kecil. Aku terpaku sekejap melihat tawa yang terhambur di bibirnya. Bila dia berhenti gelak tiba-tiba, aku cepat-cepat melangkah ke arah blok kelas. Bahaya kalau dia perasan tentang perasaan aku pada dia. Cukup bahaya! Entah-entah esok juga dia ajak aku kahwin. Wah, tingginya imaginasi aku ni... Apa-apa aje la kau Win... Aku menghela nafas panjang sambil memeluk tubuh menyusuri bahagian tepi blok kelas.
Aku tersenyum kecil teringat cerita-cerita lama. Kat kelas 1 A aku pernah jerit pada Wan Aakif yang dia makhluk terhensem pernah aku jumpa. Masa tu aku ingat lagi muka dia yang selamba cekadak lalu kat depan aku sambil buat-buat tak dengar. Ah, kenangan... Macam jahil je dulu. Buat malu kerabat.
Kat kelas 2 A, aku pernah tulis surat cinta pada Wan Aakif. Aku hebohkan pada kawan-kawan yang aku ni makwe Wan Aakif malah kami bercinta dah lama. Kawan-kawan aku gelakkan aku cakap aku ni psiko yang bermimpi di siang hari.
Kat dewan tu pula, aku menangis tunggu Wan Aakif habiskan exam SPM dia. Masa tu aku ikut di tahan kat asrama sebab cikgu nak kita orang tingkatan dua ulang kaji untuk PMR tahun depan.
Dia keluar dengan kawan-kawan dia penuh gelak ketawa menggunakan seragam biru mudanya. Diakan head boy masa tu...
Aku terus pergi jumpa dia menangis depan dia. Dia kata pada aku, belajar betul-betul. Masuk U dan genggam segulung ijazah kemudian tunjuk pada dia. Pertama kali dia berlembut padaku sewaktu aku benar-benar nanar dengan perasaan sendiri. Ye lah kan dia nak keluar dari sekolah ni, mana tak aku frust tergolek... Pertama kali juga dia peluk tubuhku sambil menenangkan aku dan dia tak kisah orang sekeliling kami kecoh besar.
Aku belajar betul-betul sampai aku habis PMR. Dia terbang ke US tanpa khabar berita. Akhirnya aku sedar yang Wan Aakif tak pernah sayangkan aku. Terkenang zaman-zaman tu aku jadi malu sendiri.
“Win...”
Erk? Lamunan aku pecah berderai bila terpandang wajah Wan Aakif yang tegak berdiri di depanku. Aku berdehem kecil sebelum melemparkan pandangan ke arah lain.
“Awak ada ingat apa-apa?” Soalku bergetar. Nak-nak tak bergetarkan sebab aku ni tengah panik. Kalau dia ingat, aku rasa aku balik guna teksi ajelah...
“Tak ada...” Balasnya lembut. Aku menghela nafas panjang cuba mengatur bicara.
“Wan, sebenarnyakan, dulu awak bencikan saya. Awak tak suka saya...” Aku rangka ayat supaya senang dia nak faham. Wan Aakif diam menunggu aku meneruskan kata-kata.
“Sebenarnya... Awak dan saya tak ada hubu...”
“Alamak hujan! Jom naik kereta...” Wan Aakif terus berlari anak meninggalkan aku. Aku ternganga tak tahu nak cakap apa. Aik? Lelaki takut hujan?
Bila tempias air hujan jatuh ke wajahku, aku juga ikut pecut masuk ke dalam kereta.
Dia tersengih-sengih menunggu aku di dalam kereta.
“Kita tengok wayang...” Dia putarkan stereng kereta dan saat itu aku lihat tangan dia berbalut di siku dan ke atas.
“Wan, kenapa tangan awak?”
Dia diam.
“Wan?” Aku desak lagi. Dia sengih aje. “Hari tu buang tattoo.” Jawabnya ringkas. Suasana jadi sepi seketika.
“Sebab saya?” tekaku. Hati macam dipalu rasa terharu.
“Kan awak tak suka saya bertattoo?” Dia bercakap tanpa memandang wajahku, seakan-akan menyatakan bahawa sebab akulah dia buang tattoo dia tu. Aku telan air liur kelat. Sanggup pula dia korbankan tattoo dia sebab aku tak suka? Aduh, bagaimana harus aku tepis perasaan yang mula berkembang dalam hatiku ini?
“Sakit tak, Wan?” soalku pelan, sekadar menyalurkan rasa penghargaanku padanya.
“Sakit sikit je...”
“Tu yang sampai demam tak beritahu kat saya?”
Dia diam tak menjawab. “Saya minta maaf...” Desisku pelan. Dia menoleh wajahku sekilas. “Minta maaf untuk apa?” Soalnya lambat-lambat.
“Tak ada apa-apa...”
Kening Adami bertaut hairan. Tapi lepas tu dia kembali menumpukan pemanduannya apabila aku melemparkan pandangan ke arah lain. Andai kata Wan Aakif tak pernah kehilangan ingatan, aku nak sangat memanjakan dirinya...
Boleh tak agaknya aku buat-buat hilang ingatan juga yang konon-kononnya Wan Aakif Akmani adalah tunang aku? Tak acilah dia feeling sorang-sorang... Aku curi pandang wajahnya lama.
Boleh tak Abang Wan? Soalku dalam hati seolah-olah menyoal dia dalam versi Wan Aakif Akmani yang lama.