CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 19, 2013

Bitterness In You *BAB 4 & BAB 5*






BAB 4
MUNGKIN ada benarnya kata-kata ma tempoh hari yang mengatakan jualan di butik yang satu lagi mengalami sedikit masalah walaupun sudah empat bulan dibuka. Sepatutnya Butik Puteri cawangan kedua dah ada pelanggan tetap tapi sampai sekarang ma kata jualan semakin jatuh. Jadi ma pun suruh aku yang take over kat sana buat sementara waktu tapi dalam pada masa yang sama butik cawangan pertama tempat aku bekerja ni pun kena maintain juga. Haila.
Dalam tiga minggu aku terpaksa berulang-alik dari butik cawangan pertama dan cawangan kedua. Tapi lepas tu aku bersyukur yang amat kerana ma akhirnya turun padang untuk membantu aku. Dia kata kesian pula bila nampak anak dia yang seorang ni seperti tak cukup rehat.
Sepanjang tiga minggu ni tertunggu-tunggu juga kalau-kalau Adif menghubungi aku tapi ternyata penantianku hanyalah sia-sia. Jangankan menghubungi, batang hidung dia pun aku tak nampak. Agaknya betullah firasat aku haritu yang dia tak berkenan denganku sejak pertama kali bertemu. Lantas kenapa ayat terakhir yang diucapkan dari bibirnya membawa sedikit harapan buatku? Takkan dia nak try test power pula, kan?
Keluhan tercetus dikedua-dua bibirku. Penat satu hal, keliru satu hal. Mungkin juga Adif bukan ditakdirkan sebagai jodohku jadi selepas ini aku kena lebih bersabar untuk mencari teman hidup dunia dan akhirat. Perkahwinan bagiku kena berkekalan sehingga keakhir hayat. Aku inginkan rumah tangga seperti ma dan ayah, tidak pernah bergelora walaupun berkali-kali dihempas ribut dan taufan.
‘Jodoh tu Rian, dah ditetapkan semasa kita berada di dalam rahim ibu kita lagi. Jadi sekarang ni kena tunggu aje, sampai masanya insyaALLAh kita akan berjumpa si jejaka yang sepatutnya menjadi pengikat hati.’ Itu kata-kata Nur bila aku luahkan isi hatiku padanya. Yelah walaupun aku cuba rahsiakan benda ni pun, sampai bila aku nak sembunyikan hal Adif ni daripada kawan-kawan rapatku, kan? Lagipun dia orang pantang tengok muka aku hilang arah sikit terus main serkap jarang dan nampaknya kali ini serkap jarang dia orang mengena kat batang hidung aku. ‘Kau dah jumpa dengan ‘lelaki’ ke Rian?!’ Pertanyaan Mun tempoh hari membuatkan aku terkelu kaku sehingga membuahkan usikan demi usikan daripada mereka bertiga. Aku tak marah pun sebenarnya. Nak marah buat apa bukannya boleh dapat sesuatu. Lagi pula lelaki itu bukannya sukakan aku pun.
“Rian, you tengah fikir fasal apa?” teguran Khairi membuatkan aku kembali semula ke dunia realiti. Perlahan sebuah senyuman hadir terukir di hujung bibirku. Khairi yang tengah mengira sesuatu di dalam buku mengerli ke wajahku sebentar sebelum menyambung kerja-kerjanya.
“Teringatkan boyfriend ya?” dia bertanya secara berterus-terang. Aku tersentak sebentar sebelum menggelengkan kepala.
“I mana ada boyfriend la Khai. You pun tahu selama ni I kaku dengan lelaki.” Aku menyengih. Khairi mencebik tanda tidak sehala pendapat denganku.
“Habis pakwe yang datang ke sini hari tu yang bawa you balik masa you sakit hari tu siapa?”
“Tu bukan boyfriend la Khai. Tu pekerja ayah I aje la…” jawabku menafikan tekaan Khairi.
“I tetap tak percaya bila you kata you kaku dengan lelaki. Habis tu selama ni you ingat I perempuan ke apa? Jahat la you ni Rian…” ucap Khairi masih lagi tidak berpuas hati. Tawaku pecah spontan. Biar benar Khairi kecil hati fasal benda kecil macam tu aje?
“I kaku dengan lelaki bujang, lelaki yang dah kahwin macam you buat apa I nak malu pula,”
“You malu eh Rian?” Khairi mengerdipkan mata beberapa kali. Aku angkat kedua-dua bahu sebab tak tahu nak jawab apa lagi dah.
“Khai, I tanya you sesuatu boleh tak?” tanyaku pelan. Khairi yang sedang menulis di atas buku terus meletakkan pen di dalam buku itu dan menutupnya. Perhatiannya 100% ditumpukan kepada ayat yang bakal aku cakapkan sebentar tadi.
“Tanya ajelah…” dia jawab segera.
“You rasa I ni teruk sangat ke? Tak kena dengan taste mana-mana lelaki ke?”
Beberapa minit kami terdiam tanpa suara. Hanya kedengaran sekali-sekala suara Khairi berdeham kecil sehingga menimbulkan cemas di hatiku.
“Teruk sangat ke I ni sampai you nak jawab pun teragak-agak?”
“You tak teruk la Rian. Dibandingkan dengan isteri I, you lagi cantik. Kaya pula tu. Kalau I ni single mesti I yang mengurat you dulu,” dia balas selamba sebelum meneruskan kerja-kerjanya. Aku menghela nafas dalam-dalam. Nak percaya cakap Khairi pun tak dapat juga sebab aku rasa dia jawab macam tu semata-mata menjaga hati aku ni aje.
“Lelaki nak I sebab I kaya ke Khai?”
“Eh! Tak de la. You baik la Rian. Baik sangat… Perempuan macam you mesti akan dapat lelaki yang terbaik. Don’t worry la dear. I gerenti you dapat lelaki paling handsome macam I ni,”
Aku dah bantai gelak bila Khairi kelip-kelip mata tanda dia bersungguh-sungguh dengan kata-katanya. Gelak sebab dia perasan yang dia tu lelaki paling handsome.
Tapi bila difikir-fikir, terasa segan pula mengharapkan sesuatu daripada Adif tempoh hari. Kalau dia tak suka aku pun tak apa, mana tahu betul masin Khairi punya mulut dapat jugalah aku merasa bersanding dengan lelaki yang terbaik dan lelaki paling handsome tu.
“Kenapa Rian? Boy hari tu tinggalkan you ke?”
Aku tersedak apabila aje Khairi menghabiskan soalannya.
“Ops! I’m so sorry… Terkejut ke?” Khairi ambilkan botol air di tepi meja dan membuka penutupnya sebelum menyerahkan kepadaku. Cepat-cepat aku teguk untuk meredakan batuk yang terasa perit.
“You ni Rian, kalau kena tinggal oleh seorang lelaki tak bermakna you tak laku tau. Patutlah you tanya soalan pelik-pelik pada I rupa-rupanya you tengah frust sekarang ni ya?” Khairi menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali sambil melemparkan pandangan simpati kepadaku.
Aku rasa nak marah pun ada sebab Khairi main belasah aje cakap yang aku kena tinggalkan oleh lelaki tapi rasa nak gelak pun ada melihat muka Khairi yang innocent dan tersangat positif dengan apa yang dia fikirkan tu. Agaknya sebab Khairi ni beginilah isteri dia terpikat walaupun agak lemah-lembut orangnya.
“Eh Rian…” tegur Khairi apabila aje batuk aku dah reda. Sambil dia hulur tisu kat aku dia pandang ke arah luar. Aku pun ambil tisu yang ada kat tangan dia dan menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang menjadi perhatian Khairi. Tak ada sesiapa pun kat luar sana.
“You tengok apa?” tanyaku memandang wajah Khairi semula.
I think that boy still love you la. I ada nampak dia kat tepi tangga tu tadi tapi lepas tu dia pergi macam tu aje. Pelik. Macam mana I boleh tak tahu you dah ada pakwe padahal selama ni I dengan you selalu aje bersama-sama. Tahu-tahu aje you all dah putus dah…” Khairi mengerutkan kening.
Akupun toleh ke belakang semula dengan riak wajah kosong.
“Siapa Khai?”
“Boy yang datang tolong hantar you ke klinik hari tu masa you sakit perut… Ala, bekas pakwe you la,” Khairi menekankan suaranya. Aku tercengang tidak mengerti.
 “Dia jalan aje kut kat sini. Sini kan banyak kedai lain.. I dan dia mana pernah bercinta la Khai, you aje yang memandai main teka-teka tadi bukan I yang cakap pun kan?”
“La ya ke? I ingatkan betullah bekas pakwe you. Habis kenapa dia berdiri kat tepi sana tu lama-lama, dah la dia tengok ke sini, Rian. Ke dia memang ada hati pada you?” soalan Khairi membuat aku terbisu sebentar. Mataku terarah ke tempat yang ditunjukkan oleh Khairi.
“You tak salah orang ke?”
“I ingatlah sebab dia tu smart. Handsome macam I mana boleh I lupa…” Khairi tersengih lebar sambil berdiri.
Aku senyum segaris kerana tidak berminat untuk membalas gurauann Khairi. Aku lebih berminat dengan kenapa Adif ada di situ sedangkan kami tidak berjanji pun untuk bertemu. Lebih-lebih lagi apabila mengingati yang Adif hanya berdiri di hujung sana tanpa menegurku di sini. Agaknya betullah yang dia tengah tunggu orang lain atau ada hal yang perlu diselesaikan dan secara kebetulan aje dia memandang ke arah sini. Lagi pula Khairi ni tak boleh percaya juga. Mana tahu dia main cakap aje. Kononnya lama Adif berdiri kat sana tapi sebenarnya seminit dua aje pun. 
“You jangan buat muka suspicious macam tu, Rian. I gurau aje tadi. Ni dah tamat masa rehat jom tolong I kira stock baju…”
Aku mengangguk kepala dan mengikuti langkahnya. Tak sampai beberapa saat langkah Khairi termati. Dia menggaru-garu belakang tengkuknya pelan sebelum melemparkan pandangan ke arahku.
“Kalau dia bukan bekas pakwe atau pakwe you, kenapa dia tengok you dari jauh macam tu? Kenapa tak masuk aje ke kedai kalau nak berkawan dengan you?” Khairi naikkan sebelah keningnya. Aku gigit bibir sedikit sebelum menghela nafas pendek.
Kalau Khairi rasa pelik, aku lagilah rasa pelik.


LINTANG pukang jadinya bila ma tiba-tiba cakap yang Adif ada kat bawah sewaktu aku tengah bersantai di atas katil petang itu. Dah berbulan baru dia munculkan diri kenapa agaknya? Panik pun ada, cemas pun ada. Aku tak biasa dengan kejutan sedemikian rupa malah tiba-tiba aje aku jadi menggelabah apabila menuruni anak tangga. Punyalah cemas kerana aku ingatkan dia betul-betul datang ke rumah ni sebab aku tapi melihat ayah pun ada kat ruang tamu tahulah aku yang dia datang sekadar hal kerja aje. Hampir-hampir aku naik semula ke tingkat atas sebelum ma panggil namaku.
“Hidang air ni kat depan.” Ma suruh sambil tersenyum penuh makna. Ma tengah berdiri di tepi meja makan sambil meletakkan cawan-cawan ke atas dulang.
“Dia datang untuk jumpa ayah ke ma?”
“Ada kerja sikit agaknya dengan ayah…”
Terus berubah air mukaku mendengar kata-kata ma.
“Habis kenapa panggil Rian ke bawah tadi?” soalku separuh berbisik.
“Nak minta Rian tolong ma hidang airlah,” ma jawab dengan nada selamba sambil mengisi cawan-cawan kosong di atas dulang.
Aduhai ma… Kenapalah ma buat macam ni? Mana la aku nak letak muka aku ni menghadap Adif tu. Mungkin sampai sekarang ni ma dan ayah nak jodohkan aku dengan Adif walhal sebenar-benarnya Adif tu sedikit pun tak berminat dengan diriku. Kalau dia berminat mesti awal-awal lagi dia usaha nak berjumpa denganku. Tiba-tiba aje aku rasa menyesal turun ke tingkat bawah. Kalau tahu awal-awal lagi aku bertapa aje dalam bilik tadi.
“Bibik tak de ke ma?” soalku pelan. Ma terus tunjuk pintu dapur.
“Dia buat cucur kat dapur…”
“Kenapa ma panggil Rian turun ke bawah tadi?” aku menyoal ma semula sebelum melarikan anak mata ke wajah Adif yang sedang berbincang sesuatu dengan ayah. Serius aje gayanya.
“Kan nak berkenalan? Ma panggil Rian ke bawah supaya dapat berjumpa dengan Adif…” bisik ma dengan wajah yang bercahaya. Alamak double bala dah ni. Kenapa dia orang buat aku macam aku ni desperate sangat nak dapat kekasih?
“Ma please?” keningku bertaut tanda tidak senang hati. Ma tarik tanganku dan menggelengkan kepalanya sedikit.
“Dia baiklah Rian. Ma suka pada dia,” bersungguh-sungguh ma cakap padaku. Ya ALLAH masa ni aku rasa nak melenyapkan diri dari bumi barang sejam dua.
“Ma, Rian tak de pun mengharap apa-apa pada dia tu. Rian boleh cari sendirilah,” ucapku dengan nada menekan. Ma mengeluh perlahan, entahkan kecewa atau terkilan dengan apa yang aku cakapkan ni pada dia tadi.
“Hantar je air ni kat depan tu. Kalau Rian tak suka Adif tak pe la tapi sekarang ni air kena hantar kat depan sebab ma nak tolong bibik kat dapur,” ma hulur dulang kepadaku.
Cepat-cepat aku menyambutnya walaupun di dalam hati sudah berbisik perkara-perkara yang tidak enak. Melihat semula ke arah ayah dan Adif membuat darahku menyirap ke kepala. Entah-entah Adif perasan tak yang ayah dan ma nakkan dia jadi menantu keluarga ni?
Janganlah tiba-tiba Adif kena kahwin paksa dengan aku, sudah… Sebab kalau aku nak, boleh aje aku minta dari ayah untuk membuat sesuatu yang membolehkan Adif jadi suami aku sebab ayah ada segala-galanya.  Tapi sejahat-jahat aku pun tak adalah sampai nak buat drama Melayu macam dalam tv pergi paksa orang yang kita suka tunduk pada apa yang kita nak. Lagipun peringkat suka aku pada Adif tu tak de la sampai jatuh cinta sehingga membuat aku hilang akal pergi suruh ma dan ayah lamar dia jadi suami.
Dengan langkah yang berat aku mendekati ruang hadapan. Lambat-lambat aku melangkah ke sisi ayah dan terus menghidangkan air untuk mereka. Adif dan ayah berhenti dari perbincangan mereka sambil kedua-duanya memandang tingkahku seketika. Selepas aje aku hidang air, aku pun berdiri dan melemparkan senyuman kelat.
“Jemputlah minum…” pelawaku sambil mengelak renungan mata Adif. Terlalu segan untuk berhadapan dengannya lebih-lebih lagi setelah mengetahui hasrat ma dan ayah tadi. Belum apa-apa pun ayah dan ma dah plan benda mengarut sedangkan orang tu bukannya berminat dengan aku pun....
“Adif nak bawa Rian keluar lepas ni, Rian bersiaplah dulu…”
“Ha?” aku terkejut.
“Adif ajak Rian keluar makan, tengok wayang. Pergilah bersiap dulu jangan kasi Adif tunggu lama,” jawab ayah selamba. Aku terkebil-kebil seketika sebelum melemparkan pandangan ke wajah tenang Adif. Mamat mata sepet ni betul ke dia nak keluar denganku? Entah-entah ayah paksa dia tak? Adif tunjuk muka tiada perasaan sambil mengambil cawan yang berisi air teh di atas meja.
“Nak keluar ke mana?” aku bukannya menyoal sesiapa tapi lebih kepada menggumam pada diri sendiri.
“Keluar makan,” jawab Adif bersahaja. Terasa diriku semakin tidak disukai olehnya.
Aku pandang wajah ayah penuh tanda tanya. Kalau betul Adif terpaksa keluar denganku baik kita orang tak payah keluar langsung.
“Rian siaplah dulu..”
Arahan ayah itu membuatkan diriku jadi serba-salah. Akhirnya aku melangkah jua ke tingkat atas untuk bersiap-siap keluar dengan Adif.
Aku mengenakan blaus berwarna hitam dan seluar slack dipadankan dengan tudung yang juga berwarna hitam. Tiada semangat hendak bergaya kerana tiba-tiba aje aku rasa yang aku pun terpaksa keluar dengan dia.
Pinggan tak retak nasi tak dingin, orang tak hendak aku pun tak ingin. Wajah beku Adif bermain-main di ruang mataku sehingga membuatkan diriku sesak nafas untuk seketika. 





BAB 5
“ADIF tunggu kat luar tu,” ujar ma apabila aje nampak aku turun dari anak tangga. Ayah melemparkan pandangan ke arahku sebelum menyambung semula bacaannya.
“Apasal guna black dress pula ni Rian, gunalah baju yang ceria-ceria sikit. Sakit mata ayah tengok Rian pakai baju hitam satu badan.”
Aku menghampiri ayah dan menyalami tangannya sambil tersenyum kelat.
“Baju ni pun okey apa,” balasku sejurus menyalami tangan ayah.
“Jalan baik-baik,” pesan ma pula bila aku menghampirinya. Tangan ma aku capai dan cium sebelum tersengih kecil.
“Ma kalau Adif tak suka Rian jangan paksa-paksa dia datang sini lagi tau?”
“Mana pula ma paksa dia datang sini. Dia sendiri yang nak datang sini,” ujar ayah lalu melipat surat khabar di tangannya. Aku terkedu beberapa saat sebelum memandang wajah ma pula. Tiba-tiba aje terasa bersalah kerana sedikit-sebanyak kata-kata aku tadi bertujuan untuk meluahkan rasa tidak puas hatiku terhadap tindakan mereka.
“Adif datang sini bukan sebab ayah suruh ke?” soalku teragak-agak.
“Dia datang sini nak minta izin bawa Rian keluar. Kebetulan ada ayah terus dia buka kes baru untuk diselesaikan. Rian jangan fikir ma dan ayah paksa dia untuk terima Rian sudah. Kalau dia terima Rian, ayah bersyukur sebab dia lelaki yang baik tapi kalau dia tak terima itu pilihan dia. Ayah tahu Rian sukakan Adif, kan?”
Aku menjegilkan mata. Terkejut dengan fakta yang keluar dari bibir ayah. Malu terasa apabila ayah main serkap jarang menangkap perasaanku ini.
“Eh, mana ada Rian suka dia!” ucapku bersungguh-sungguh menafikan kata-kata ayah. Sungguh aku malu! Kalau difikir memanglah aku tiada perasaan kepada Adif lebih-lebih lagi kami tidak pernah berkenalan secara rapat. Cuma tidak keterlaluan sekiranya aku mengatakan yang aku juga meletakkan sedikit harapan, lagipun Adif tu boleh kira kacak dan menawan sesiapapun anak dara pasti tertarik dengan tingkahnya yang matang. Tapi sekadar tertarik sedikit itu aje ayah sudah menganggap anak dia ini suka pada Adif.
“Adif dah tunggu lama kat luar tu Rian,” tegur ma sambil menolak bahuku lembut.
Akupun berjalan keluar selepas meminta diri daripada ma dan ayah untuk keluar. Di dalam hati walaupun terasa segan dengan ma dan ayah, terbetik juga perasaan lega kerana apa yang aku sangka selama ini salah belaka. Nasib baik Adif rela hati keluar denganku dan bukannya atas kehendak sesiapa. Manalah tahu ayah keluarkan arahan mandatori supaya Adif bersetuju keluar denganku, pasti lain jadinya nanti.
“Hai…” itu aje yang mampu terkeluar dari bibirku setelah memasuki kereta Adif. Adif melemparkan senyumannya padaku.
“Kenapa tak tunggu kat dalam rumah aje tadi?” aku menyoal lagi untuk mematikan rasa janggal yang ada di sini.
“Perut awak dah tak sakit?” Mata Adif jatuh ke tubuhku. Cepat-cepat tanganku memeluk beg tangan ke riba sambil melontarkan pandangan ke arah lain. Banyak-banyak benda dia boleh soal kenapa dia tanya soalan yang membuat aku malu lima tahun?
“Tak…” jawabku dengan nada perlahan sambil bermain dengan jari-jemari. Walaupun segan itu ada tapi bengang juga ada. Takkan la dia fikir setiap kali ketemu denganku perut aku ni asyik meragam aje, kan? Kalau aku sakit perut tak mungkin aku nak turun keluar dengannya.
“Kita nak makan kat mana?” soal Adif lagi. Dia berdehem sedikit sebelum membelokkan keretanya ke jalan besar.
“Saya tak tahu,” jawabku jujur.
“Nak makan steamboat nak?”
“Emmm…” sengaja aku menganggukkan kepala berkali-kali tanda menghargai apa yang dia rancang walaupun dalam kepala ni dah cukup berterabur bila dia ada di sisiku. Kenapa terasa benar-benar janggal bersama dengannya ya? Hari tu masa dia hantar aku balik ke rumah aku rasa okey aje tapi kenapa hari ni jadi lain sangat perasaannya? Ke sebab dia tak jawab pertanyaanku tadi membuatkan aku terasa segan hendak berinteraksi dengannya?
“Kenapa senyap aje?” dia tanya sambil memandang wajahku sekilas sebelum kembali merenung ke atas jalan raya.
“Tak tahu nak cakap apa… Lagipun dah lama tak jumpa awak,” aku jawab jujur sambil tergelak kecil, cuba menutupi getar di hati.
“Jangan malu dengan saya, saya ni okey aje…” dia tersenyum seakan-akan cuba membawa suasana selesa di antara kami. Aku menghela nafas kecil untuk membuang rasa sesak di dada. Perlahan-lahan aku memandang wajahnya dalam keadaan yang lebih selesa.
“Awak kerja bahagian yang mana di bawah ayah saya?” soalku lambat-lambat.
“Saya? Ayah awak tak ada ceritakan ke saya kerja sebagai apa di syarikat dia?”
Mmmm…” aku menggelengkan kepala.
“Saya biasa-biasa aje, peguam syarikat ayah awak,”
“Oh!”
Sungguh luar biasa sebenarnya kerana aku langsung tidak terfikir dia bekerja sebagai peguam. Ingatku dia pengurus besar syarikat ataupun salah seorang staff ayah yang bekerja untuk membangunkan syarikat rupanya dia peguam syarikat.
“Jadi awak uruskan apa di syarikat ayah?” aku memanjangkan pertanyaan sekadar berbasa-basi.
Adif tertawa kecil. Sinis bunyinya. Walaupun aku sedikit sangsi bimbang benar-benar dia tidak menyukaiku, namun cepat-cepat aku matikan tanggapan negatif yang datang berbisik di hati. Mungkin memang cara dia gelak begitu kut? Takkanlah dia nak menyinis padaku sedangkan aku tak ada buat apa-apa masalah pun pada dia.
“Bahagian kewangan, masalah-masalah yang berlaku melibatkan undang-undang dan banyak lagi. Syarikat awak tu maju sangat…”
Aku blurr sekejap. Kenapa nada suara dia tu pelik ya? Kenapa seperti ada aje yang tak kena bila hal syarikat tu disebut dari bibirnya? Ke aku yang terlebih sensitif ni? Tidak mahu memanjangkan isu syarikat aku terus membuka siaran radio untuk menghilangkan kesepian di dalam kereta ini.
“Jadi kenapa lama sangat awak tak muncul? Selepas dua bulan baru datang ke rumah.”
“You expect me to come here for you?”
Aku terus diam selepas itu. Lebih baik agaknya aku diam aje daripada terkena berkali-kali dengan kata-kata Adif yang sedikit-sebanyak mengguris perasaanku. Wajahnya yang iras keCinaan satu ketika dulu mengundang minat di hatiku terus mati di hati. Tiba-tiba aje aku rasa nak balik ke rumah sekarang ni juga.


MELIHAT dia agak berselera memakan makanan yang ada membuahkan senyuman kecil di bibirku. Agaknya dia belum makan dari tengah hari tadi kut. Melihat dia menambah lagi daging ke dalam pinggannya membuat hatiku sedikit terusik. Lapar sangat ke sampai makan tak henti-henti begitu?
“Makanlah, tak kenyang kalau perhatikan saya aje…” tegur Adif dengan nada mengusik.
Aku mengangguk kecil sambil mengambil ketam yang sudah siap di rebus ke dalam pinggan.
“Kenapa kita keluar hari ni?” soalku di dalam berpura-pura sibuk membuka kulit ketam. Adif menoleh ke wajahku sekilas.
“Tak salah, kan?”
Alamak, aku nak balas apa ya? Setiap kali aku bercakap pengakhirnya pasti aku buntu hendak membalas kata-katanya. Oh mungkin sebab dia peguam jadi sebab tu juga setiap pertanyaanku dipatahkan begitu saja.
“Tak pun. Saja tanya,” ujarku sepatah-sepatah. Air orange yang diletakkan di dalam jag kutuang sedikit ke dalam gelas. Sebenarnya aku cemas menghadapi lelaki seperti Adif. Dia lari dari kebiasaan lelaki-lelaki yang pernah kutemui. Agak misteri walaupun nampak biasa aje. Adakalanya dia seperti menyukaiku tapi adakalanya juga dia seperti dingin terhadapku. Aku menghela nafas dalam-dalam cuba untuk menenangkan perasaan. Cool Rian… Cool
“Saya ajak awak keluar sebab tak ada teman nak diajak berbual. Lagipun ayah awak kata awak free hari ini…”
Ayah yang kata aku free hari ini… “Oh!”
“Awak tak suka ke keluar dengan saya?”
“Eh, tak de lah. Suka je. Lagipun saya free hari ini.”
“Manalah tahu awak tak sudi berkawan dengan saya. Awakkan anak orang kaya, saya ni anak orang biasa-biasa aje…”
Hal seperti inilah yang aku paling tak suka diungkit. Rian anak orang kaya, kita orang anak orang biasa-biasa. Sejak dari sekolah dulu selalu aje benda itu diungkit-ungkit sehingga menyebabkan aku disingkirkan daripada teman-teman yang lain.
“Saya pun biasa-biasa aje. Yang berharta ayah saya, saya ni tak ada apa-apa. Hari tu awak ada pergi ke butik saya ke?” tanyaku pelan apabila merasakan suasana menjadi sepi semula. Adif mengangkat muka dan merenung ke wajahku dalam-dalam. Matanya tiba-tiba aje menikam tangkai hatiku. Berdebar!
“Ye. Saya pergi ke butik awak tapi tak sempat nak tegur awak… Maaf.”
Cepat-cepat aku menggelengkan kepala. “Tak pe, it’s okay. Hairan aje sebab pembantu saya kata dia nampak awak tapi awak tak masuk butik untuk tegur saya.”
Adif tersenyum segaris.
“Saya nampak awak rapat dengan pembantu awak, saya pun segan nak tegur awak masa tu…”
Jadi betullah yang Khairi nampak yang Adif perhatikan kami lama di luar kedai Butik Puteri…
“Tak de lah rapat. Dia dah ada wife nanti wife dia serang saya pula kalau terlebih rapat,” aku bercakap sambil tertawa. Kononnya bergurau tapi dia tunjuk muka serius padaku.
“Maknanya awak tak ada apa-apa hubungan dengan that guy la?” soal Adif bernada serius. Aku terpinga-pinga buat seketika sebelum menggelengkan kepala.
“Dia pekerja saya aje, tak lebih tak kurang.” Jawapanku kali ini mengundang senyuman lebar dari bibirnya.
“Jadi hujung minggu depan kita boleh berjumpa lagi, kan?”
Aku pandang dia dengan muka tak faham. Dia fikir aku dan Khairi ada hubungan ke apa sebenarnya? Kalau betullah dia fikir aku ada hubungan dengan Khairi, alangkah lucunya!
“Awak nak ajak saya keluar ke mana?”
“Mana-mana yang awak selesa. Tengok wayang ke… Dinner ke…”
Aku lemparkan renungan ke wajah maskulin milik Adif. Ikhlaskah dia mempelawa diriku? Adakah ini titik permulaan antara aku dan dia? Bolehkah aku mula meletakkan harapan padanya? Persoalan-persoalan itu akhirnya termati dibenakku. Biarlah esok-lusa persoalan itu terjawab tapi bukan hari ini.
Bagiku sebuah hubungan adalah lebih baik untuk diketahui ketepatannya dari awal lagi. Tapi mengingati kata-kata Nur tempoh hari membuatkan diriku sedar kaum Adam ini berlainan sifatnya.
‘Lelaki tak suka kalau baru aje bertemu tiba-tiba perempuan sudah meminta-minta satu kepastian terutamanya tentang perhubungan kecuali dia memang dah suka kau lama. Take it easy. Just go with the flow.’
Aku melemparkan renungan ke wajah Adif sekilas.
“Kenapa?” soal Adif apabila dia perasan yang aku tengah memerhati tingkahnya Senyuman segaris aku lakar di bibir.
“Tengok wayang pun okey.” Chopstick di tanganku letakkan di atas meja. Cukuplah untuk hari ini. Kalau aku makan banyak lagi mesti lepas ni aku tertidur tak sedar diri.
“Hujung minggu ni saya telefon awak. Awak ada nombor telefon saya?”
Aku berkira-kira hendak menjawab tak ada tapi melihat Adif sudah pun mengeluarkan telefon bimbitnya membuat diriku sedikit teruja.
Dia menekan skrin telefonnya satu persatu tanpa menghiraukan diriku. Aku ingatkan dia nak beri nombor telefon untukku atau hendak mengambil nombor telefonku rupa-rupanya dia tidak berniat untuk berbuat begitu. Bermesej dengan seseorang mungkin?
“Awak tak angkat telefon?” tiba-tiba Adif menyoal.
“Ha?”
You did’nt answer my phone. Awak save la nombor saya tu, saya baru call awak tadi.” Dia cakap sebelum memasukkan telefon bimbitnya ke poket seluar. Aku terus mencapai beg tangan dan mengeluarkan telefon bimbit. Patutlah… Aku set ‘meeting’ langsung tak berbunyi atau bergegar.
Cepat-cepat aku simpan nombor telefon Adif di dalam kotak memori.
“Siapa nama awak tadi?” soalku spontan. Sebenarnya bukan aku tak tahu tapi entah kenapa mulut ni gatal bertanya. Adif menjungkit kening apabila aku tanya dia begitu.
“Ahmad Adif…” dia jawab satu persatu seakan-akan cuba meminta ingatan memoriku memahatkan namanya di situ.
Dalam diam aku berdebar mendengar dia menyebut namanya itu. Walaupun beria-ia aku tepis perasaanku akhirnya aku sedar yang aku perlu membuka pintu hatiku buat kali ini.
“Macam mana tahu nombor saya?” soalku lambat-lambat.
“Saya minta dari ayah awak tadi. Tak salah, kan?”
“Tak…”
Dia tersenyum kecil, melemparkan renungan tajam matanya padaku. “Saya suka wanita yang berani. Awak tak takut untuk mengambil risiko di hadapan.”
“Ha?” Lagi sekali perkataan ‘ha’ keluar dari bibirku.
“You don’t know what will happen in the future. Yet you still accepting me to be your friend..”
Apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Adif? Begitu rumitkah perkenalan pertama kami? Aku jadi tidak faham dengan apa yang bakal terjadi seperti yang dikatakan oleh Ahmad Adif. Melihat dia masih berselera memakan hidangan yang ada membuat diriku semakin terpinga-pinga.
Just go with the flow, Rian… Just go with the flow…. Jangan sampai dia rasa terpaksa. Aku berbisik pada diri sendiri, memujuk supaya lebih bersabar menghadapi lelaki seperti Adif ini.


“JADI kau dah simpan nombor telefon dia?” soal Rina bersemangat sebelum merampas telefon bimbit yang ada di tanganku. Tak sempat pun aku nak halang perbuatan dia, Rina sudah tercari-cari nama-nama kenalanku.
“Ahmad Adif…” Rina menyebutkan nama itu sambil matanya meliar jatuh pada nama-nama kenalanku yang terpapar di skrin telefon bimbit. Dia tunjukkan kepada kami bertuga nama Ahmad Adif yang terpapar di skrin telefon bimbitku sebelum menyerahkan semula telefon itu padaku. Hujung minggu seperti ini selalunya kita orang akan melepak di rumah Rina atau Mun tapi entah kenapa tiba-tiba aje Mun minta kita orang bertemu di restoran.
“Menurut akulah Rian, dia berminat pada kau. Dan kau pula 100% positif ada hati pada dia!”
Tersedak aku jadinya. Wajah Mun aku pandang dengan wajah tak percaya. Biar betul dia orang ni tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa perli!
“Tak la 100%. Kau ingat aku desperate sangat ke?” soalku dengan suara meninggi. Bukannya marah pun tapi entah kenapa tiba-tiba aje aku rasa tak puas hati.
Chill Rian… Chill. Tak baik marah-marah nanti cepat tua. Kau terima aje pendapat Mun tu sebab aku rasa pun memang kau dah tertarik habis pada Mr. Adif encik peguam kita tu!” Tawa Mun dan Rina pecah menjadi satu. Hanya Nur aje yang buat-buat tak tahu masih lagi menjamu selera sambil memerhatikan tingkah kami bertiga.
“Kira menjadilah blind date mak cik Rian kita ni!” Mun teruja mengenyit mata padaku.
“Belum apa-apalah. Kau orang ni over gila. Entah-entah dia tak suka aku pun!” aku balas dengan jawapan selamat. Rina dah bantai gelak siap tepuk-tepuk bahuku tak sedar beberapa orang dah jeling-jeling kita orang. Ye la sini bukannya rumah pun dia boleh nak bantai gelak suka hati dia. Sini restoran umum jadi kalau dia gelak sikit pun orang kat meja sebelah dah terganggu konsentrasi.
“Jadi betullah kau suka dia dan yang masalahnya kat sini kau tak pasti dia sukakan kau ke tidak?” soalan perangkat dari Rina lagi. Aku hela nafas dalam-dalam walaupun dalam hati berbara juga mendengar usikan demi usikan Rina yang tidak sudah-sudah dari tadi.
“Ingat je apa yang aku cakapkan, Rian… Kau cool aje jangan mudah tertangkap yang kau berminat dengan dia. Senang aje nak deal dengan lelaki sebenarnya,” Nur menyampuk. Aku tercengang sekejap mendengar kata-kata Nur.
“Cayalah kau Nur, tak ada boyfriend tapi bab-bab macam ni kaulah yang jadi sifu kita orang.” Rina cakap macam tu sebab dulu dia selalu menuntut ilmu daripada Nur.
Nur kalau dilihat secara halus disebalik air muka dia yang tenang, sifat dia tu agak sedikit keras. Pembawaan dirinya juga tampak yakin dan mungkin sebab tu juga banyak lelaki tertarik padanya. Berbanding antara kami bertiga, Nur lebih berfikiran terbuka dan matang malah tidak keterlaluan sekiranya dianggap sebagai wanita yang berkerjaya hari ini. Sedikit pun tidak bergantung kepada sesiapa. Kalau aku lelaki, mesti aku tertarik pada Nur juga.
Just be yourself. Follow the flow. Jangan jadi orang lain bila kau nak dia jatuh hati pada siapa diri kau sebenar. Bila kita berpura-pura baik dan innocent, tak mustahil satu hari nanti bila kau tunjuk perangai sebenar kau dia akan lari…”
“Weh Nur, setahu aku memang Rian ni jenis yang baik dan innocent. Mana pernah dia berpura-pura jadi baik pun…” Rina menegur. Nur tersengih kecil sambil memandang wajahku tanda dia menyedari kesilapannya kali ini.
“Aku bagi perumpamaan ajelah. Tu pun korang dah serius…” Nur gelak. Akhirnya kami pun tergelak sama.
Bukan senang nak ada teman-teman rapat seperti mereka. Untuk berkongsi duka dan suka bukan mudah… Kawan itu tinggi nilainya apabila kita berada dalam situasi-situasi tertentu kerana hanya mereka yang mampu menyelami apa yang tersirat di dalam hati. Melihat wajah seorang demi seorang mereka membuat aku rasa lebih dihargai.
“Tak lama lagi Rian dah ada pakwe, kita tunggu Nur punya giliran pula…”
Cepat-cepat aku cuit tangan Mun bila dia cakap macam tu. “Eii, belum confirm lagi jangan nak buat gosip pula..” ujarku separuh bimbang.


Saturday, January 12, 2013

Bitterness In You *BAB 3*







BAB 3
SEUSAI mengemas sedikit bilik tidur, aku terus bersiap untuk ke butik ma hari ini. Padanan baju kurung berwarna pink light dengan tudung berwarna merah jambu diadunkan dengan warna putih ditengah-tengahnya membuat diriku tampak lebih  ringkas dan matang dari biasa. Yelah biasanyakan aku selalu mengenakan seluar jeans dan blaus aje tapi hari ini berbaju kurung pula, rasa diri sendiri ayu pun ada.
Sebaik aje aku melangkah ke ruang tamu, aku lihat ma dan ayah sedang duduk di ruang meja makan rumah. Jarang-jarang ayah makan pagi di rumah sebab selalunya dia akan terus pergi ke pejabat untuk makan di sana dengan staff-staff rapatnya. Akupun terus mengambil tempat duduk di sebelah ayah sambil mengenyit mataku kepada ayah. Ayah terus mencemikkan muka apabila aje aku buat begitu. Ma dah tergelak-gelak melihat reaksi ayah dan terus menepuk bahuku lembut.
“Kerja okey?” soal ayah memandang wajahku sekilas sebelum mencicipi secawan teh sambil berdehem kecil.
“Okey je ayah. Lagipun kerja kat butik ma bukan susah mana pun,” aku bagi komen selamat sebab kalau aku cakap tak okey karang ada pulak dia buat keputusan untuk paksa aku masuk ke syarikat dia tu. Ayah kalau dia dah nak paksa memang dia paksa punya sampai kita ikut cakap dia, tapi nasib baik juga aku ni pun perangai ala-ala ayah. Pakatan degil sedunia kata ma.
“Mana tak okeynya saya kasi dia elaun lebih, bang oi,” ma back-up aku. Siap banggakan diri sendiri sebab beri aku elaun lebih pula tu.
Aku pun sengih aje malas nak balas kata-kata ma sebab ma cakap dengan ayah, lainlah kalau ma cakap dengan aku. Aku memang begitu orangnya. Selagi orang lain tak cakap dengan aku, terasa berat sikit nak menyampuk risau dikatakan sebagai penyibuk. Tak gitu?
Aku ambil roti kahwin yang ada dekat pinggan dan terus ambil air milo yang ma hulur kat aku. Aku sorang je yang minum milo dalam keluarga ni sebab ayah dan ma suka the panas tak de gula. Diaorang kata bila kita dah tua kena jaga makan tak boleh manis sangat risau nanti terkena kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan adik-beradik penyakit-penyakit tu. Seteguk air milo kutelan.
“Dah ada pakwe belum?”
Hampir-hampir aku nak tersembur air milo apabila aje mendengar pertanyaan ayah tu. Ma dah tepuk bahu ayah kuat.
“Abang ni, kecik hati Rian nanti.” Ma jeling ayah.
Aku membulatkan mata sebab tak percaya ayah boleh beri soalan maut macam tu sekali kat aku. Bila orang lain yang bertanya tak apa lagi tapi ni ayah yang tanya mau aku letak kat mana muka lepas ni? Malulah bercerita pasal pakwe-pakwe kat ayah sendiri. Takkan nak cakap yang hari tu aku tertarik dengan seorang lelaki ni tapi tak ada nombor contact dia pulak, kan? Teringat ekspresi wajah lelaki yang aku temui beberapa hari lepas di shopping complex butik ma tiba-tiba.
“Dah tu sampai sekarang tak ada kekasih lagi? Nak kahwin dengan siapa pula budak ni nanti, bukan boleh bagi muka kat dia. Tiba-tiba aje dia bawa lelaki entah apa-apa dalam rumah ni kan masa depan dia sendiri yang rosak,” ucap ayah selamba. Aku menggigit bibir sebab sedih bila ayah cakap macam tu. Macam la test aku ni teruk sangat…
Kalau ayah nak carikan calon untuk aku pun aku okey aje bukannya ada masalah pun. Lagi aku suka tak perlu bersusah-payah mencari calon.
“Abang janganlah perli Rian. Kalau abang ada calon abang kahwinkan ajelah Rian dengan dia. Rian tu dengar cakap kita bila masuk part-part jodoh ni. Hari tu kan abang ada cakap kat saya yang abang berkenan dengan seorang budak lelaki di syarikat abang tu?”
Tiba-tiba aje ma masuk topik lelaki yang nak dijodohkan dengan aku. Terasa pijar mukaku bila ayah terus-menerus merenung wajahku seakan-akan ingin mengetahui sesuatu.
“Betul ke Rian tak kisah?” soal ayah tenang. Akupun telan roti kahwin sampai rasa tak terkunyah roti tu kat mulut.
“Abang kenalkan ajelah kat Rian. Kalau secocok bolehlah kita teruskan plan,” ma cakap penuh semangat. Aku tercengang aje pandang dia orang berdua silih berganti. Malu ada, segan pun ada. Jadi sebelum ni ma belum lagi berbincang pasal hal yang kita orang bincang kat laman luar hari tu lah pada ayah? Nasib baik je aku tak tanya terus pada ayah pasal bila baru boleh aku keluar blind date dengan lelaki yang ma ceritakan hari tu kat aku.
“Ma, ayah, Rian nak turun kerja ni. Nanti-nanti kita lepak lagi ya?”
Bergegas aku menghabiskan air milo dan roti kahwin tapi sengaja jeling aku pula. Buat tanda isyarat suruh aku duduk sampai ma habis cakap dengan ayah.
“Budak Adif tu yang abang cadang nak jadi menantu. Betul ke Rian nak?” suara ayah sudah naik sedikit. Akupun menggelabah tak tentu pasal bila ditanya begitu.
“Ri… Rian dah lambat ni.” Sebenarnya aku nak cakap ‘Rian nak aje,’ tapi tak boleh… Suara bagai tertelan di anak tekak aje rasanya! Mendengar nama Adif disebut oleh ayah dah cukup membuat bulu romaku menaik kerana terasa sesuatu yang misteri mengalir di seluruh adrenalin. Biar betul kau Rian, desperate nak kahwin sangat ke sampai belum bertemu empat mata pun sudah terasa berdebar-debar?
“Kalau nak jumpa ayah boleh aturkan dengan dia. Esok lusa kalau nak hari ini pun boleh.”
Biar betul ayah ni? Persoalannya lelaki tu nak kat aku ke tak? Macam boleh je hari ini jumpa esok lusa dah happy ending.
Melihat aku yang menggaru hujung kepala dengan rasa serba-salah sudah membuahkan senyuman kecil di bibir ma.
“Dia naklah tu. Siapa yang tak nak kahwin kan bang? Tengok muka dia pun dah merah menyala.” Sengaja ma usik aku.
“Rian dah lambat nanti kita berbual lagi ya? Okey ayah, bak tangan Rian nak salam!”
Bersungguh-sungguh aku tarik tangan ayah untuk menyalaminya dan bergegas menyalami ma yang duduk di sebelah aku.
“Rian jalan elok-elok,” pesan ayah lembut. Akupun angguk kepala sambil menoleh ke arah ma sekilas, kenyit mata lagi dan disambut oleh gelengan kepala ma.
“Nakal betul Rian ni, macam budak-budak…” komen ma setelah aku berada jauh dari mereka. Aku yang mendengar terus tersengih kecil. Kalau bukan anak tunggal ma dan ayah yang memeriahkan rumah siapa lagi yang mampu membawa senyuman di bibir mereka, ye tak? Lagi pula aku ni memang suka kalau dia orang happy.


AYAH kata Adif namanya. Mulalah aku fikir yang bukan-bukan lepas tu. Siap nak call Tija aje tanya pasal ‘Adif’ adik-beradik pakwe dia tapi berapa banyak orang la kat dunia ni nama Adif. Pakwe dia nama Wan Adree, sah-sah ‘Adif’ yang tu nama Wan Adif juga. Nak call ayah segan pula jadi terpaksalah aku hidup sehari suntuk ni dengan persoalan-persoalan yang tidak berjawab. Nasib baik Khairi ada jadi taklah aku terus hanyut duk berfikir pasal bakal suami aku tu. Nak cerita kat kawan-kawan pun tak boleh, kalau tak jadi kang buat malu keturunan aje nanti.
“Sakit perutlah Khai…” aku mengadu sambil memicit hujung dahi kuat. Tiba-tiba aje sakit perut datang dengan rasa nak muntah-muntah. Khairi pun pandang aku semacam.
“La Rian, you mengandung ke?”
Aku tersengih kecil. Tak memasal aje Khairi cakap aku mengandung. Bukannya dia tak tahu yang aku ni belum berkahwin plus single lagi…
“La Khai, you tak tahu ke I dah mengandung lima bulan,” usikku selamba.
“Biar betul you ni Rian?”
Spontan aje mata Khairi jatuh bahagian perut aku.
“Dahlah, I sakit perut betul tak ada masa nak bergurau,” tegurku sambil berjalan menuju ke arah tempat dudukku. Kepala aku letakkan di atas meja dengan dahi yang berkerut-kerut. Tiba-tiba aje terasa memulas ni apa kena pula?
“Yelah you kata sakit perut tapi you picit dahi pulak… Buat suspen I aje,” Khairi mencebikkan bibirnya.
Rasa nak jawab je yang sakit aku ni bukan sekadar sakit perut, tapi rasa nak muntah dan pening kepala pun tiba-tiba datang juga. Tak larat nak bercakap aku terus gigit bibir dan pejam mata cuba menenangkan diri sendiri.
“Masuk angin kut?”
“Tak tahu,” jawabku ringkas sambil menelan air liur bila merasakan perut seolah-olah dipulas-pulas.
“Nak pergi hospital ke?” soal Khairi cemas. Mungkin juga sebab dia nampak muka aku bertukar pucat jadi dia pun sibuk nak menggelabah.
“Assalamualaikum,” tiba-tiba aje satu suara menegur dari belakang. Oleh sebab aku tak larat nak buka mata jadi aku biarkan Khairi yang jawab salam tu sambil buat isyarat tangan menghalau Khairi supaya Khairi boleh melayan pelanggan yang datang.
“Waalaikumsalam, ya encik nak apa?”
Aku dengar suara Khairi dah ala-ala bini dia nak terberanak pun ada. Berantakan je bahasa dia. Ada ke patut pelanggan datang dia tanya nak apa… Dah sah-sah kedai ni butik mestilah orang tu cari baju.
“Kenapa dengan dia?”
“Oh, bos sakit,”
Sipi-sipi aje aku dengar tapi aku cukup sedar dia orang tengah berbual pasal aku. Perlahan-lahan aku tukar posisi kepala ke dinding risau kalau-kalau orang tu ambil gambar aku masa aku tengah darurat ni tak ke bawa malu dikemudian hari? Sebenarnya aku takut orang yang tak dikenali tengok muka aku yang tengah dalam keadaan serabut ni..
“Ye ke? Sakit apa?”
La dia pergi sibuk pasal aku apasal pula? Pergilah cari baju yang dia nak, bukannya dia kenal aku pun.
“Sa.. Sakit perut.” Khairi ni pun satu yang dia pergi bagitahu masalah aku pada custumor apa bijak punya staff.
Akupun sedaya-upaya angkat kepala cuba melemparkan pandangan ke arah dia orang. Sudahlah aku sakit Khairi pula tak reti buat macam biasa kalau macam ni baik pergi halau aje pelanggan tu.
“Khai, I balik dulu you jaga butik ya.” Aku terus angkat beg tanganku tanpa menunggu lagi.
“Hai, saya Adif. Encik Syah suruh saya jumpa awak. Sakit ke?”
Ha?
Sesaat aku tercengang sekejap. Pandang lelaki tu dari atas ke bawah dan tiba-tiba aje aku rasa nak menyorok di bawah meja. Kenapakah ayah tak bersimpati dengan aku pergi hantar Adif secara tiba-tiba begini? Sekurang-kurangnya kalau ayah telefon dulu bolehlah aku buat persiapan rapi tapi dia datang masa aku tengah duduk dalam alam lain jadi aku terus blank tak tahu nak cakap apa.
“Kalau sakit biar saya hantar ke klinik.”
“Eh, tak apa…” aku terus mengelak. Baru kenal berapa minit aje takkan aku terus ikut dia, kan? Lagipun betul ke dia ni Adif kalau dibuatnya orang jahat bagaimana? La Rian, dah sah-sah dia kata Encik Syah yang hantar dia ke sini untuk berjumpa takkan ayah terlebih bijak sampai sanggup pergi hantar orang jahat untuk bertemu denganku?
“Saya hantar awak lagipun pekerja awak seorang aje di sini jadi dia tak boleh nak hantar awak ke klinik, kan?”
Pandai aje dia bercakap. Aku pun tenung ke mata Adif tu. Macam pernah aje jumpa mata sepet tu. Tiba-tiba aje aku teringat lelaki yang duduk di Restoran Ayam Penyet kat bawah ni beberapa hari yang lepas. Dia ke tu? Dialah tu sebab aku masih ingat dengan jelas wajah lelaki itu. Lelaki yang meninggalkan impak ke atas diriku kerana penampilannya yang amat memikat hati.
Melihat dia mengambil beg tanganku selamba menjadikan aku tidak punya pilihan lain selain daripada mengikut langkahnya.
“Jom cepat. Nanti awak pengsan ke apa ke susah saya nak jawab pada ayah awak,”
Dia tahu aku panggil ayah tu ‘ayah’. Dia memang rapat dengan ayah agaknya. Aku pandang ke arah Khairi yang tengah tunjuk muka blurr.
“You jaga kedai macam biasa. Nanti petang kalau dah elok sikit I turun balik,” aku pesan padanya. Khairi angguk kecil sebelum memberi ruang untuk aku melangkah bersama-sama dengan Adif yang baru aku kenali. Sempat aku mengambil telefon bimbit di atas meja. Aku lihat ada mesej masuk dari ayah.
‘Dah jumpa Adif? He is the best man yang pernah ayah jumpa. Ayah beri dia cuti dan suruh dia jumpa dengan Rian tadi.’
Aku pun tekan butang delete mesej lepas tu. Rasa kaki tak pijak bumi.


DUDUK dalam kereta dia rasa seksa aje. Nak matikan aircond pun segan. Menyesal ikut aje dia tadi walhal kan lebih elok kalau terus naik kereta aku sendiri? Mungkin dia nampak aku menggigil jadi dia ambil blazer kat belakang kerusi dia dan diberikannya padaku. Teragak-agak aku nak sambut. Yelah baru aje kenal tiba-tiba berkongsi blazer rasa pelik pula.
“Pakailah…” dia cakap dengan nada mendatar. Aku pun ambil blazer tu dan meletakkannya di atas tubuhku.
Perlahan aku palingkan muka. Sakit sangat perut ni terpaksa menahan aje walaupun sebenarnya betul-betul nak pergi toilet.
“Cuba awak berhenti depan tu, saya nak pergi tandas sekejap.” Akhirnya aku cakap juga bila ternampak stesen isi minyak di depan.
“Sekejap ya,” dia pun belokkan kereta ke stesen tu. Sampai aje kat tepi kedai aku terus buka pintu kereta dan pecut ke toilet.
Sebaik aje buang hajat aku dah blurr balik. Aku basuh muka puas-puas sebelum keluar dari bilik kecil tu. Malu sangat-sangat kat Adif. Pertama kali berjumpa dah jadi macam ni, habislah saham aku jatuh.
Sorry,” ucapku sepatah sebaik saja masuk ke dalam keretanya. Adif pun angguk kecil sebelum membuang senyuman bergula dia tu. Sikit lagi aku terlepas pandang tapi sebab aku tertengok dia senyum tu buat jantung aku berentak laju.
“Tak pe, awak tengah sakit.” Dia jawab dengan nada datar seperti tadi juga. Agaknya dia tak suka aku kut? Yelah lelaki mana nak suka dengan perempuan yang pertama kali jumpa buat muka toya macam aku ni. Patutnya kena berlagak ayu tapi oleh sebab masa tu aku gagal buat muka ayu jadi kena redha ajelah kalau dia reject aku nanti.
“Boleh terus hantar ke rumah saya?” pintaku kepadanya. Adif menoleh ke arahku sekilas seakan-akan tidak bersetuju.
“Tak pe kat rumah lebih selesa. Lagipun masuk angin aje, doktor bukan boleh keluarkan angin kat perut saya…” aku pujuk dia. Tapi lepas tu aku nampak Adif dah tersengih menampakkan giginya. Sakit ke dia ni? Boleh masa aku tengah serius dia senyum tiba-tiba.
“Memang doktor tak boleh keluarkan angin awak tapi dia boleh beri ubat atau suntikan pada awak,”
Lagi la aku tak nak bila kena suntik.
“Tak pe housemaid saya pandai mengurut. Awak hantar saya balik rumah ajelah ya? Awak tahu tak alamat saya?” Housemaid aku pandai mengurut tang bila pun aku tak tahu. Yang pastinya aku tak pernah nampak bibik mengurut mana-mana orang. Bila dah tak nak tu seribu alasan kita akan beri pada orang lain, kan?
Dia sekadar mengangguk kecil. “Betul tak nak pergi klinik?” soalnya lagi.
“Tak pe awak hantar aje kat rumah saya,” balasku lambat-lambat. Harap sangat dia tak paksa aku ke klinik macam ayah dan ma.
Tapi aku hairan macam mana dia boleh tahu alamat rumahku padahal selama ni tak pernah pun nampak dia bila kita orang ada rumah terbuka atau party apa-apa. Bila aku tengok muka dia dari tepi macam ni baru aku teringat sorang mamat yang duduk tenung kita orang Tija masa majlis abang dia kahwin. Dialah orangnya! Kat Restoran Ayam Penyet tempoh hari pun dia. Agaknya selama ni dia ada hanya aku aje yang tak perasan kewujudan Adif agaknya.
Sampai aje diperkarangan rumahku, aku terus melepaskan seat belt dan menarik blazer yang tersangkut kemas di bahuku.
“Nama awak…” sengaja aku leretkan suaraku. Dia pun pandang wajahku sambil tersenyum segaris.
“Adif, Ahmad Adif.”
Oh! Bukan Wan Adif lah ya? Kalau Wan Adif mestilah si Tija awal-awal dah cakap kat aku masa kita orang tengok dia masa kat majlis nikah Syakirul Hafiz hari tu. Banyak Adif rupanya dalam dunia ni. Walaupun aku seronok sebab dapat berkenalan dengan dia tapi aku sedar yang dia berkemungkinan tidak berminat dengan perempuan macam aku ni. Aku ni biasa-biasa aje, dia pula dalam kategori kacak berkebolehan. Bayangkan aje lelaki ni adalah calon yang ayah pilih, mesti dalam kalangan orang-orang hebat juga dia ni.
“Terima kasih sebab sanggup hantar saya balik ke rumah.” Aku hulurkan blazer pada dia. Adif sambut dan campak ke seat belakang selamba. Sebenarnya aku nak tanya nombor telefon dia tapi malu punya pasal baik batalkan niat tu aje. Tak pasal-pasal kena cop perempuan gatal pula kang, buat malu empat keturunan pulak.
“Tak apa. Lagipun awak sakit tadi.”
“Saya masuk dulu. Lain kali jumpa lagi,” ucapku lembut. Ayat selamat supaya ada peluang untuk kita orang berjumpa balik tapi lepas aku cakap macam tu tiba-tiba terasa menyesal pula. Dia beriak tenang sambil mengangguk. Nasib baik juga dia tak hairan dengan perangai aku yang agak menggelabah ni.
“Jaga diri baik-baik,” pesannya sebelum aku menutup pintu. “Nanti kalau ada masa kita jumpa lagi. Janji temu hari ini tak dikira sebab awak sakit.”
Dia cakap macam tu sebelum pecut keretanya. Aku pun dah terjatuh rahang. Dia tak reject aku bulat-bulat, kan?


“APASAL balik awal?”
Aku ingatkan ma tak ada kat rumah tapi rupa-rupanya dia tak pergi mana-mana untuk hari ini. Aku sekadar geleng kepala sebab tak berminat nak menjawab.
“Rian sakit ke?” soal ma hairan.
“Taklah ma… Rian okey je. Rian naik tingkat atas dulu,” aku meminta diri. Ma pun angguk kecil.
“Ada jumpa Adif tak tadi?” soal ma sebelum aku melangkah ke anak tangga.
“Ada sekejap.”
“Okey tak dia?” Ma dah mula excited dah...
Aku hentikan langkah sambil berpusing menghadap ma semula. “Belum tahu lagi ma, jumpa sekejap aje sebab Rian nak balik rumah, sakit perut.”
“Rian sakit perut? Tadi kata okey?” soal ma cemas.
“Sakit perut sikit, salah makan kut tengah hari semalam…”
“Rian makan kat mana sampai sakit perut? Nanti ma suruh bibik hantar air suam untuk Rian. Rehatlah dulu takut melarat pula nanti. Dah pergi klinik ke belum?” soal ma lembut. Alamak ma dah tanya pasal klinik pulak
“Sakit sikit je ma bukannya parah pun. Nanti kalau Rian rasa tak selesa kita pergi klinik ye? Ma jangan risau. Minta bibik beri ubat sakit perut sekali ma, ya?”
“Hmm..Yelah. Hati-hati naik tangga tu,” ma pandang wajah aku dengan riak yang agak bimbang.
Ma memang begitu. Dari kecil sampai aku dah besar panjang ni pun dia tatang bagai minyak yang penuh. Mana boleh orang lain nak melukakan perasaan dan hati satu-satunya anak dia ni. Bila fikir macam ni baru aku terasa sikit yang aku ni anak orang kaya manja seperti yang selalu ditayangkan kat dalam drama tv.
Sewaktu merebahkan diri di atas katil, aku terus mencium sedikit baju kurungku. Masih berperisa bauan blazer milik Adif tadi. Aduhai menyesal rasa hati tidak menyatakan namaku kepadanya tadi. Lupa.
Ke memang dia dah tahu namaku siapa?