CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 19, 2012

Lelaki Versi Dia 1




BAB 1

“JOM main kahwin-kahwin…” Ajak Syiha apabila terpandang Wan Aakif Akmani yang baru saja menapak menuju ke arah mereka. Hatinya berbunga riang.

“Jom!!” sambut Arwin Raisha kuat. Turut seronok melihat kelibatan Wan Aakif Akmani.

“Abang Wan jadi suami la…” Syiha tarik tangan Wan Aakif Akmani.

“Win nak jadi isteri!” Arwin Raisha berlari di sisi Wan Aakif Akmani.

“Win! Aku nak jadi isteri… Kau jadi orang gaji!” Syiha tolak tangan Arwin kuat sehingga Arwin hampir terjatuh.

“Tapi Win isteri Abang Wan!” bibir Arwin bergetar. Matanya mula kemerahan. Wan Aakif Akmani mendengus kecil.

“Kalau nak main kahwin-kahwin, ajak orang lain… Aku nak main dengan Izz.” Wan Aakif Akmani mula melangkah pergi. Syiha mengetap bibir geram.

Mata Syiha mencerlung ke arah Arwin. “Kau punya pasallah ni! Abang Wan tak nak main dengan aku!”

Arwin tercebik-cebik menahan tangis. “Tapi Win isteri Abang Wan…”

“Mana ada?! Aku la isteri Abang Wan!”

“Win dulu yang jadi isteri Abang Wan…” tangisan Arwin mula kedengaran. Syiha ikut menangis sama.

“Kenapa ni?” Izz Harraz muncul ke depan rumah dengan menjinjit kasut bolanya dengan kerutan di kening.

“Abang Izz, Syiha jahat!” Arwin mengadu sambil berlari mendapatkan Izz Harraz. Izz Harraz menoleh ke arah Syiha garang. Budak perempuan ni asyik mengganggu adik aku aje!

“Apa kau dah buat dengan adik aku? Hah?!” Tempelak Izz Harraz. Syiha yang terkejut terus berlari ke rumahnya bersebelahan dengan rumah Izz dan Arwin. Izz tersenyum puas. Tahu takut...

Dari dulu memang dia tidak menggemari Syiha kerana budak perempuan itu terlalu banyak bercakap. Sekali dia datang, bising satu dunia! Rasa nak cilikan mulut dia pun ada! Pasal dia kena tuduh mencuri buah mangga Pak Aji dulupun disebabkan mulut Syiha yang suka menfitnah.

“Ha, Syiha dah lari. Lain kali jangan main dengan dia lagi… Abang Izz nak pergi padang dengan Wan, Win jangan merayau-rayau. Duduk rumah dengan mak.”

“Abang Izz, Win ikut?” Arwin tunjuk muka kasihan.

“Tak boleh Win….”

Sekali lagi sendu Arwin kedengaran. “Win nak tengok Abang Wan…”

“Oh… Jadi inilah kes dia? Suka dengan Abang Wan ek?” Izz Harraz menggeleng kepala kecil. Adoii… Budak-budak pun dah reti main cinta-cinta…

“Win isteri Abang Wan...” suara tangisan Arwin mula kedengaran. Izz Harraz tercengang. Apa dah jadi ni? Budak baru umur 8 tahun dah nak menggatal kat pakwe umur 12 tahun? Gila!

“Oi Izz! Lambat lagi ke? Kang aku blah kau bising pulak!” suara Wan Aakif Akmani mencelah di hujung jalan. Izz terkebil-kebil.

“Weyh Wan... Kau punya hal lah ni! Adik aku tangkap cintan dengan kau lah bro...”

“Aku peduli apa? Dah la wey. Aku blah dulu.” Wan Aakif Akmani berjalan dengan selamba menjinjing kasut bola. Izz Harraz mengeluh kecil. Arwin yang sedang menangis ditepuknya berkali-kali sebelum dia turut pecut ikut langkah sepupunya si Aakif ke padang bola sepak.


0 Komen untuk Cik Rin: