CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 29, 2012

Butterfly 4




MELIHAT Aminul yang sedang mencuci kereta, cepat-cepat Sara melangkah ke ruang yang agak berdekatan dengan Aminul walaupun terpisah dengan tembok tinggi, kepala aje yang menampakkan Sara ada di situ.

“Minul. Kejap. Ke rumah aku… Kita study sama-sama. Tak masuklah bab-bab perniagaan dalam otak…” rungut Sara, tangan dua-dua pegang dinding tembok. Aminul menoleh sebentar. 

“Tak nak.”
La pulak… Sara kerut kening. “Kenapa tak nak?” kan dah keluar soalan tak logik…
“Malas…”

“Malas apa?”
Aminul tak jawab. Tekun gigih mencuci kereta walhal benda dah habis cuci. 

“Aminul, kau tak datang rumah aku, aku turun masuk rumah kau…” ugut Sara.
“Rumah aku tak ada orang.”

“Maka?” soal Sara peluk tubuh. Tak puas hati sebab Aminul tiga hari tak melayan dia sudah. Tiga hari tau!

“Maka kau tak boleh masuk ke rumah aku.” Jawab pun nada selamba badak. Mana ada orang lelaki hati batu macam Aminul kan? Tu pasal ada kalanya Sara terasa nak hempuk muka Aminul dengan batu-bata. 

“Jadi, kaulah datang ke rumah aku… Bukan buat apa pun, takat belajar sama pun tak nak. Kedekut ilmu.” Sara juih bibir. Aminul tutup pili paip.
“Aku bukan cikgu kau. Kalau nak belajar, carilah Dayyan kau tu.”
“Laa… jealous rupanya kau Minul…”
Wajah Aminul membahang. Macam kena perli aje aku ni? 

“Kartun lah kau. Tak teringin aku nak jealous…” Aminul naik ke rumahnya.  Tak peduli lagi dah Sara yang bercekak pinggang menanti jawapannya.

“Minul! Kalau kau tak turun ke rumah aku dalam kiraan 10 minit, aku tak nak tumpang kereta kau sampai bila-bila dah. Bye.”
Sara terus masuk ke rumah juga. Kerek punya mamat Aminul. Ingat dia hot stuff sangat ke terpaksa merayu-rayu setakat nak ajak lepak kat rumah. 

Memanglah Aminul tu, hati batu. Teringat kali pertama dia tengok Aminul dulu kat sekolah, boleh kira dia dulu yang memulakan perkenalan, persahabatan pun dia yang mulakan. Harapkan Aminul tu, sampai bila-bila pun tak akan nak bertegur-sapa biarpun rumah sebelah menyebelah. Dulu dia ingat Aminul sombong sangat… nampak hati iras-iras macam batu. 

Tapi mengenali lelaki itu dua tahun lebih, Sara sedar Aminul suka bersendirian. Aminul mana pernah terjerumus ke dalam dunia percintaan sebab dia pemalu gila. Kononlah… Tengok perempuan pun sebelah mata aje. Suruh berkenalan dia balas dengan cakap, ‘malu..’, padahal mengaku ajelah memang Aminul tak pernah berminat nak berkawan dengan perempuan.
15 minit Sara ternganga tengok televisyen. Seronok menonton kartun Sponge Bob padahal buku berselerak aje atas meja. Pintu diketuk dari luar tiba-tiba.
Sara terus berjalan buka pintu walaupun mata tetap menatap kaca tv. 

Melihat Aminul yang terpacak di depan rumahnya sambil memegang bermacam-macam jenis buku membuat rahang Sara hampir terjatuh. Tadi kata tak nak datang?
“Nak ke mana?” soal Sara spontan.

“Kata nak belajar…” Aminul masuk tanpa dipelawa. Sara melihat sekadar geleng kepala. Aminul-Aminul…