TELEFON bimbit ku
masukkan ke dalam beg galas. Malas benar aku nak turun petang ni ikut ibu ke
tempat kawan dia. Kata ada orang nak berkenalan dengan anak perempuan dia yang
umur 29 tahun ni. Mata tak boleh pejam dari semalam. Ni kira lamaran kea pa?
Tapi Mun, sila jangan perasan awal. Kut-kutlah memang ikhlas berkenalan setakat
anak kepada ibu, kecewa juga tak berlagu. Iyalah, dah 29 tahun juga aku tunggu
jodoh tak kunjung tiba. Nak mengharap dah malas sangat.
“Nanti jaga perangai tu kat
rumah orang, jangan duk gangster macam selalu.”
Aku sengih kecil. Aduh
ibu, anakmu ni dah sedia ganas. Takkan nak tiba-tiba jadi pemalu dan sopan
santun, Nampak benarlah kehipokritannya di situ.
“Kenapa dia orang yang
tak pergi sini, bu? Kenapa kita yang pergi sana?” Aku tanya seraya mengenakan
sneaker di kaki.
“Ibu dah kata pakailah
sandal elok sikit. Aduhai, kerja bukan main lagi jururawat.” Ibu membebel buat
kali yang 11 ribunya. Aku tak nampak pun cacat cela kasut ni tapi sebab ibu dah
Tarik muka masam, nak tak nak masuk juga sandal dua inci kat kaki. Ibu
tolonglah terima anakmu ini seadanya. Takkan aku nak jadi Kak Rinah yang melawa
24 jam sampai tidur pun pakai make up juga?
“NI lah, Munisyairah,
anak kami, Naila.”
“Oh, cantik orangnya.”
Okey nak tercekik dah.
Aku macamlah buta tak Nampak Mak Cik Naila pandang aku seperti tak pernah
tengok orang.
Aku tunduk-tunduk kecil
aje sebab tak tahu nak buat apa dah. Nak salam dia tadi sudah, nak sengih pun
sudah.
“Kecil dulu gemuk
budaknya. Sekarang dah kurus melidi.” Komen Mak Cik Naila sambal terkebil-kebil
tengok aku. Sempat lagi aku berfikir, kecil dulu aku pernah jumpa dengan mak
cik ni ke?
Ibu dah menyiku suruh aku
berucap sepatah dua.
“Hii… Dulu tu kuat makan
mak cik.” Entah apa merepek keluar dari mulut.
“Tu ha, si Syafiqi baru
balik. Kawan Mun masa kecil-kecil dulu.
Ingat tak?” tanya Mak Cik Naila sebaik
mendengar bunyi kereta memasuki perkarangan rumahnya.
Aku jujur aje geleng
kepala tak ingat.
“Bergaduh aje dengan Mun
masa kecil dulu. Balik ni pun mak cik paksa dia, katanya sibuk kerja. Apalah
salahnya balik rumah raya-raya ni.” Mak Cik Naila geleng-geleng kepala dan
matanya beralih ke arah ibu pula. “Dua hari aje dia balik rumah ni, kak masa
hari raya pertama kedua. Lepas tu elok dia balik ke Putrajaya, beraya dengan
kawan-kawan katanya. Pening saya!” Sambung Mak Cik Naila kepada ibu.
Aku terus pandang ke arah
pintu rumah sebaik saja terdengar suara lelaki mengucap salam. Seorang lelaki
boleh tahan kacak berkulit putih dan bermata bundar masuk ke rumah dengan
senyuman. Wow!
Aku dah buka mata
luas-luas. Inikah dia Syafiqi? Untunglah aku setuju ikut ibu menjejak kaki ke
sini hari ni!
Tiba-tiba seorang lagi
lelaki masuk ke rumah. Muka dia macam penagih dadah pun ada. Aku malas nak
pandang lama sebab takut mata ni tercemar dengan muka sampah masyarakat.
“Tetamu ke?” tanya mamat
berkulit putih melepak dengan senyuman menawan. Mak aihhhh berdebar pula
jantungku ni. Oh tolonglah Tuhan, jadikan dia jodohku di bulan Syawal yang
penuh berkat ni…
Mata dah jeling-jeling.
Tapi tak cun sebab terjeling kat mamat yang tak berapa senonoh tepi dia tu.
Mata tajam pula pandang aku dari atas ke bawah, alamak seram!
“Ha’ah. Ni la mak cik
yang umi cerita hari tu. Mak Cik Sofiya dan anak dia, Munisyairah. Amin dan
Syafiq berdua aje datang?”
Dua-dua pun angguk
kepala.
“Ni anak saya, Syafiqi.
Yang ni kawan Syafiq, Amin. Amin ni selalu ke rumah juga bila cuti pendek sebab
rumah dia di Sabah. Orang Sabah.”
Aku pandang jari telunjuk
Mak Cik Naila dengan mata terbeliak. Terbeliak sikitlah, mana boleh nak
terbeliak banyak kat depan ibu. Nanti kena sepak oleh ibu pula.
Aku macam nak ajak ibu
balik aje bila tahu si Syafiqi tu adalah mamat yang pakai seluar jeans koyak
rabak dengan baju t-shirt longgar gila dan rambut kalah penyapu lidi. Oh,
tolonglah!
“Munisyairah?”
Aku muncung bila Syafiqi
sebut nama aku dengan bibir dia tu. Husy, minta jauh-jauhkan dia jodoh aku. Tak
bolehlah nak match orang gangster macam aku berganding dengan orang rock macam
dia. Paling cun, gangster macam aku, ganding dengan si handsome guy sebelah
Syafiqi tu. Apa nama dia? Amin?
“Wah, dah putih pula
sekarang ni! Kau makan apa? Qu Puteh?
Aura white?”
Aku hampir tersembur air
liur.
“Dulu kau gemuk pendek
aje. Macam mana kau boleh kurus gini?” Dia gelak bagai nak jatuh langit kat
atas.
Aku pandang ibu dan Mak
Cik Naila silih berganti. Kenapa dengan budak Syafiqi ni, dia gila ke? Gitulah
agak-agak bicara hati aku yang paling dalam. Tak faham bila lelaki itu sibuk
nak mengumpat masa silam aku. Mujur kat dalam rumah, kalau kat luar rumah dah
awal budak ni kena pelempang dara Munisyairah!
“Eh, paling best dah
bertudung. Dulu rambut macam sabut kelapa!”
Ya ALLAH ya Rabbi
sabarkan hati aku di hari yang mulia ni.. Baru tujuh hari raya, Mun. Mohon
mengelak dari berbuat dosa semasa hari orang tengah bermaaf-maafan ni…
“Syafiqi, janganlah buat
perangai macam tu,” tegur Mak Cik Naila serba salah. Nak biru dah muka orang
tua tu.
Ibu pun Nampak tak senang
duduk.
“Ni ke yang mak cik kata
hari tu? Calon bakal isteri Syafiq?” tanya Amin memandangku.
Telan air liur pahit dah
aku.
“Tapi nampaknya encik ni
tak suka saya pula.” Aku bedal terus-terang. Malas nak berselindung.
“Eh, siapa cakap tak
suka? Sukaaaa sangat.”
Kaki dah hampir nak tegak
berdiri bila Syafiqi cakap dengan nada yang kuat. Aku pandang ibu dengan muka
yang sedih sangat.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sebab sudi komen... =)