Butterfly 8 – End
“SARA, Aminul kat depan tu… Tak nak bertegur ke? Minggu depan
dia dah nak fly ke Jepun.” Puan Iris bertanya.
“Tak nak lah.
Malas.” Jawapan Sara membuat Puan Iris menggeleng kepala. Punya selamba nada
budak ni bercakap walhal dulu mereka berdua bukan teman paling rapat di dunia
ke? Apa kena entah budak berdua ni gaduhkan sampai sekarang tak bertegur sapa.
“Kenapa pula tak
nak? Pergilah tegur dia… Sampai bila Sara nak terus bermasam muka dengan
Aminul?” soal Puan Iris lagi.
Sara angkat bahu.
‘Entah!’ hati menjawab juga. Dah dekat 5 bulan duduk kat Sarawak, balik aje ke
rumah tengok muka Aminul sekali pun tak pernah. Asal nampak kelibat lelaki itu
terus Sara pecut masuk rumah. Entah kenapa dia buat begitu pun dia tak pasti.
Takut pada Aminul? Malu? Benci?
“Nanti jangan
menyesal ya Sara ya…” Puan Iris bergurau cuba menguji perasaan Sara. Berjauh
tandanya rindu-rinduan.
Sara mampu ke
rindu pada Aminul? Oh, Sara pasti rindu pada Aminul, cuma Aminul aje yang tak
pernah rindukan Sara. Rasa rajuk masih lagi menusuk dalam hati bila
terkenangkan Aminul yang tak pernah bersungguh pada Sara.
Seingat Sara,
mula-mula mengenali Aminul dia terus tegur Aminul. Seminggu kemudian Sara
mengaku pada Aminul yang dia dah fall in love. Kepada Aminul.
Aminul tak kasi
respon sehingga berbulan-bulan. Akhirnya mereka jadi teman tapi mesra aje
sehingga Sara mula buat hal yang kononnya menyukai Dayyan. Tapi betullah Aminul
langsung tak ada perasaan pada Sara. Okey, fine. Sudah tiba masanya let go
perasaan budak-budak Sara. Cinta monyet Sara. Kadang-kadang Sara terasa
memperbodoh diri sendiri sebab masih merindui Aminul. Like oh gross! What I am
doing for the years with that budak nama Aminul bla bla!
Now, Sara Suhaila
rasa Aminul sangat menjengkelkan. Come’on lah, banyak lagi lelaki macho di
UNIMAS… Yang bakal-bakal doktor, yang bakal-bakal engineer… Aminul nak ke
Jepun? Sara tak kisah. Case closed.
Sara bergegas
naik ke atas menuju biliknya. Air mata disimpan ditahan-tahan. Masuk ke bilik
terus mengunci dari dalam. CD Backstreet Boys dipasang dengan volume paling
lantang.
Sara hempas tubuh
di atas katil sambil menutup mata rapat. Lirik lagu dihayati satu persatu.
Baby
you deserve much better
What's the use in holding on
Don't you see it's now or never
What's the use in holding on
Don't you see it's now or never
Beauty.
“KAK SARA… he asked you for- forgiveness…” May cakap. Sara toleh
sekilas. Bahu diangkat perlahan-lahan sebelum jatuh semula.
“Betul ni…” ucap
May lagi bila melihat wajah selamba Sara. Takkan kut Sara tak percaya cakap dia?
“Akak okey je.
Dah maafkan dia lama…”
“Then why you two
act like stranger?” May garu kepala.
“Just and just,”
balas Sara pendek. Wajah May yang semakin blurr dipandang sekilas. “I don’t
know how to talk to him. And he don’t want to talk to me too.”
“Kak Sara masih
marah?” soalan May tidak terjawab. Sara tuang air di dalam gelas dan hulur pada
May.
“How’s your
preparation for SPM?” Sara cuba tukar topik.
“Nothing much.
Belajar-belajar-belajar. Macam Kak Sara dulu la. May nak ikut abang terbang ke
Jepun at least tahun depan lepas SPM.”
Oh! Sara terlupa
adik-beradik ini tersangat rapat. Di mana ada May, di situlah Aminul ada.
“Baguslah tu…”
senyuman menghiasi bibir.
“Hari Ahad abang
dah fly ke Jepun.”
Jeda.
Sara malas nak
cakap apa-apa. Dah May yang beritahu, bukan dia yang terhegeh bertanya, kan? Lagipun
Sara tau daripada Puan Iris. Harapkan Aminul yang cakap, hujan batu pun belum
tentu.
“Thanks for the
drink…” May angkat gelas sambil kenyit mata. “Sedap air akak buat.” Pujian May
membuat Sara tersenyum kecil.
“Kak, May nak
balik dulu. May nak study Chemistry sikit lagi hari ni.”
“Oh…” Sara angguk
kepala tanda memahami. May tolak kerusi meja makan ke belakang sambil berdiri.
“Surat dari
abang.” May tiba-tiba keluarkan sampul surat di dalam poket. Hampir jantung
Sara terlompat melihat sampul surat itu. Daripada Aminul Khusairy? Biar betul?
Tangan Sara
separuh menggigil mencapai surat di tangan May.
“Okey, May pergi
dulu kak. Kirim salam dengan pakwe kat Sarawak yang handsome-handsome bila akak
terbang balik ke UNIMAS ya?” May gelak kecil dan mula menghayun langkah keluar
dapur.
“Ah, satu lagi…”
May pusing semula tubuh menghadap Sara Suhaila. Sara yang tunduk merenung surat
tadi terus menala mata ke arah May. May tersenyum lebar.
“Tu…” May tunjuk
kepada Sara. Sara angkat tangan meraba rambutnya. “Abang yang kasi, kan? Look sweet
in you… the butterfly and your hair… beautiful.” May tersengih nakal sebelum
menghilang di mata Sara. Sara terkesima bila tangannya tercapai klip rambut
kecil dicelah-celah rambut yang berbentuk rama-rama. Ini ke yang nampak manis
tu?
Dada Sara
berdetak laju. Pasal klip, pasal surat, kenapa perlu hari ini bayangan Aminul
kembali menerpa ingatannya?
Sara urut
belakang lehernya perlahan sebelum menyandar tubuh di kepala kerusi. Surat
dibuka dari sampulnya.
To Sara;
I’m sorry.
Really-really sorry. Hari Ahad ni, boleh kau hantar aku ke airport?
I meant it. I’m
sorry for everything… And I miss you.
A.K
Sara pejam mata
rapat-rapat. Dia bermimpi kah?
10 KALI fikir pun tak boleh buat hati Aminul tenang selagi tidak
mendapat jawapan daripada Sara. 10 kali juga terasa jalan buntu juga yang
terpaksa dia hadapi. 10 kali juga otak terus jammed terasa nak hentak kepala ke
dinding.
Sara masih marah?
Sara dah baca surat tu ke belum? Ke Sara koyak terus campak ke dalam tong
sampah?
Betul Aminul
pedih bila Sara seakan-akan mengelak dari bertemu empat mata dengannya setelah
kembali dari Sarawak dua minggu lepas. Betul Aminul terasa semakin jauh dari
Sara sedangkan selama ini hanya Sara yang berada di sisinya, yang menjadi teman
rapatnya, yang seakan-akan memahami dirinya lebih daripada orang lain.
Sara faham ke
perasaan Aminul? Sara tahu ke Aminul tak ada orang lain selain daripada Sara
Suhaila? Sara tahu tak Aminul sayang kat dia? Ke Sara dah tak nak berkawan
dengan Aminul lagi?
Aminul mula
menyesal sebab main tuduh tentang kes jawatan ketua pengawas tempoh hari… Dan
lebih menyesal kerana tidak terus memberikan jawapan sewaktu Sara meluahkan
perasaannya pada Aminul dahulu. Aminul tunggu Sara tanya jawapan tentang
perasaan Sara, tapi sejak Sara luahkan cintanya sekali itu, sejak itu Sara
seperti terlupa nak tanya buat kali kedua walhal Aminul menunggu dan menunggu
soalan daripada Sara, ‘Pasal aku suka kau, apa jawapan kau untuk aku?’
Lucu ke kalau
lelaki yang menunggu perempuan untuk memulakan langkah pertama dalam
perhubungan?
Ya Aminul tahu
silapnya. Dia lelaki, patutnya dia lebih berani untuk approach Sara, untuk
pujuk Sara, untuk meluahkan perasaannya pada Sara. Tetapi Aminul tetap Aminul.
Mimpilah kalau Aminul yang terkejar-kejar Sara cakap ‘I love you, Sara…’ atau
‘I’m sorry, Sara…’
Malu satu hal,
takut Sara menolak satu hal. Sedangkan jelas-jelas Sara yang terlebih dahulu
meluahkan perasaan padanya, ye tak? Dan pasal yang meminta maaf tu, bukan
Aminul tak nak minta maaf. Tapi Sara yang beria menjauhkan diri sehingga Aminul
hidup bersama fikiran bahawa Sara sudah benci gila pada Aminul Khusairy. Okey,
tak payah nak salahkan sesiapa hatta Sara sekali pun kalau dah diri sendiri
yang tak nak usaha.
Tapi surat hari
tu bukan usaha ke Aminul? Punya berat hati nak wakilkan May yang tengah
struggle study untuk ketemu Sara, tapi Sara tetap juga tak muncul untuk hantar
dia ke airport. Sedih tahu?
Abaikan hantar ke
airport, kalau Sara setakat jenguk dia di airport ni pun dah cukup baik dah.
Dalam hati masih mengharap walaupun bagasi dah selamat masuk semasa check-in
tadi.
“Kak Sara busy
kot…” tiba-tiba suara May mencelah. Aminul diam aje tak bersuara. Entah sedih
kena pergi jauh dari family atau sebab Sara tak hantar ke airport hari ini, May
pun tak pasti.
“May tak yakin
kalau abang percaya, tapi May betul-betul rasa yang Kak Sara masih sayangkan
abang.”
Aminul ukir
senyuman kelat. “Abang okey aje…” kepala May disentuh lembut.
“Betul okey?
Macam tak aje ni… Muka muram tak ceria langsung.”
“Betullah…”
Aminul tersenyum lebar. Cuba memendam perasaan.
May ikut
tersenyum. Ala, sejauh mana Aminul cuba tipu tentang apa yang dirasakannya,
sejauh itu May dapat baca hati seorang abang. Semua orang pun cakap May mirip
abangnya. Mirip wajah, mirip tingkah laku, mirip kata-kata… Jadi tak susah nak
menebak apa yang ada di hati Aminul Khusairy.
“Dah calling dah.
Tengok jam…” May tunjuk jam di tangannya. Aminul angguk kecil.
Puan Hasanah
angguk juga sambil terus memeluk bahu Aminul. Anak ini, dari kecil sehingga
besar panjang ada di depan mata. Sungguh, berat hati nak lepaskan dia.
“Abang…” May seru
sewaktu satu keluarga mereka berjalan ke arah pelepasan ruang imigresen
penerbangan antarabangsa. Aminul memandang wajah Sara.
“Tu..” May tunjuk
ke sebelah kiri. Ada Sara Suhaila. Tengah senyum. Dan melambai.
Antara sedar dan
tidak, Aminul melangkah mendekati Sara.
Bila berhadapan
kedua-duanya hilang suara. Sara tertunduk dengan kotak di tangan.
“Sorry lambat...”
ucap Sara perlahan.
“Tak pe. Dah
datang pun kira okey.” Balas Aminul, juga pelan.
“Dah baca surat
tu..” Sara pandang wajah Aminul. Aminul tenung wajah Sara. Lama. Banyak masa
terbazir begitu sahaja dan Aminul baru tahu Sara semakin cantik, semakin manis,
semakin bijak bergaya.
“Kau maafkan aku
tak?” dia tanya. Sara tersenyum kecil.
“Kau rindu aku
tak?”
Jeda.
“Kalau aku kata
aku rindu?” bergetar suara Aminul. Sara dah mula gelak.
“Aku tunggu kau
balik ke sini lagi.”
“Janji?”
Sejak bila Aminul
pentingkan janji?
“Nah… Hadiah.”
Sara hulurkan kotak di tangan, tidak menghiraukan pandangan Aminul yang sedang kehairanan.
“Ada muffler
dalam ni.”
“Muffler?”
Suasana airport
yang semakin sibuk tidak mengganggu Aminul dari terus memandang Sara Suhaila
seorang. Biar pun bising, hanya suara Sara aje yang kedengaran.
“Pakai bila musim
sejuk nanti..” Sara menjauhi Aminul selangkah bila menyedari lelaki itu terlalu
hampir dengan dirinya.
Aminul mengangguk,
mengerti.
Pengumuman
penerbangan ke Jepun sekali lagi kedengaran.
“Aku dah nak
pergi.”
“Bye...” Sara melambai
tangan.
“Klip rambut yang
aku beri ke?” mata Aminul terarah ke hujung rambut Sara yang beralun lembut.
Sara senyum aje, tidak menjawab.
“Cepat pergi,
nanti tertinggal flight.”
“Sara...”
“Pergilah, nanti
emel aku bila dah sampai...” Sara menyampuk.
“Aku pergi dulu,”
pinta Aminul dengan wajah tenang. Sara melambai lagi, Aminul pusing tubuh ke
belakang dan melangkah sedikit demi sedikit. Selepas beberapa langkah Aminul menoleh
semula. Dia nampak mata Sara sudah mula memerah. Sudah hampir berbulan mereka
berlagak seperti orang asing, banyak benda yang ingin dikatakan tetapi masa
semakin mendesak apabila melihat barisan yang beratur untuk scan imigresen
semakin pendek.
“Sara, ingat tak
masa kau bagitahu aku, kau suka aku?”
Sara tergamam.
Aminul ingat lagi ke? Lahaulaa janganlah ingat benda tu lagi. Buat malu sedunia
aje!
“Aku pun suka kau
jugak...”
Dupp!
Sara terasa
dunianya berpinar. Hati terasa tergawang-gawang. Sara, tak mimpi, kan? He.
loves. me. too!
Mata terus
melekat di wajah Aminul, tidak mahu melepaskan lelaki itu pergi jauh tetapi
Aminul tetap kena juga pergi meninggalkan dirinya. Alhamdulillah. Dia pun suka
aku, dan aku bukan bertepuk sebelah tangan lagi.
Senyuman Sara
Suhaila melebar ke pipi.
.The End.
4 Komen untuk Cik Rin:
Best
mini novel rpnye..hehe..nice yo!!
like!like!like! ;D
comelll! hahahaa, bhagie je bce cte ni :D
Post a Comment