CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 21, 2012

Butterfly 1





“Kurang tawar…” mata Aminul jeling ke wajah Sara.

“Kurang tawar? Boleh kasi aku ayat senang sikit tak?” naik juling mata nak hadam ayat Aminul seorang.

“Terlebih masin, terlebih gula… Kau dah kenapa belajar masak?” sungguh dia hairan. Setakat Sara masak mee maggie dia boleh terima. Tapi ni… Mata jatuh ke atas lauk kari ayam yang dah serupa macam kari katak. Hijau tak hijau, mana entah dia dapat resepi menghijaukan kari ayam tu.

Sara garu hujung dahi. Terlebih masin? Terlebih gula? Ya ke? Kari ayam dicicip sedikit. Tak pun! Sedap jer ni? Ke Aminul sengaja menguji iman kesabarannya?

“Suka akulah nak belajar masak. Kau kisah apa?” soal  Sara meletakkan sudu di tepi mangkuk. Nasi disenduk. Tak kiralah kalau orang lain tak nak makan, dia nak makan. Dah dia yang masak, kan?

“Kau buat apa?” Aminul tanya bila Sara kaut kuah kari ke dalam pinggan. Cemas.

“Aku nak makanlah…”

“Tak takut mati keracunan makanan?” Aminul angkat kening kiri. Mencerut muka Sara mendengarnya.

“Choyyy! Kau fikir aku masukkan bisa ular tedung ke dalam kari ni?”

Aminul tersengih spontan. Dalam hati dah jawab kat Sara, tau takper…

“Dah kau pergi balik lah. Datang rumah aku pun menyemak aje.” Sesudu dimasuk ke dalam mulut.

Aminul angkat bahu. “As your wish…” senyuman terukir di bibir dan dia terus tarik kerusi ke belakang. Sara ni pun, dia juga yang jemput, dia juga yang halau. Dah tau sangat perangai yoyo tang bodoh sombong kerek nak gila si Sara Suhaila. Nasib baik May adiknya jenis yang baik-baik cakap pun main sebiji-sebiji sopan. Kalau Sara jadi adiknya, dah tentu tiap hari makan pelempang.

“Esok sekolah, kau punya turn eh…” sempat Sara berpesan sebelum Aminul menghilang diri dari dapur.

“Aku ke? Hari Jumaat lepas dah aku, takkan esok aku lagi?” langkah Aminul mati di depan pintu. Kening bertaut tanda tak puas hati.

“Kereta aku takde minyak…”

Aminul tepuk dahi. Sah-sah menipu… Dasar kedekut!

“Esok pukul 6 pagi…” Aminul kuatkan suara sebelum terus hilang dari pandangan mata Sara. Sara hampir tersedak mendengarnya.

“Pukul 6 pagi gate sekolah baru nak bukak lah woi!” jerit.









p.s: cerita buang gian -  

3 Komen untuk Cik Rin:

Anonymous

butterfly ker strawberry kere.. gue layannnn!

nursyafika

waaaa best jugak,,, aireen plisss sambung kuli rumah utk dia...

RinsyaRyc

anonymous- kekeke, strawbery boleh makan, sedap, butterfly pandang ajerr. tak pe la kan?

nursyafika - KRUD stuck sbb terlampau busy yg entah apa nak ckp smpai on9 pun kena curi masa. sob3. Kut entry pun kemain pendek gilerrr mcm x cukup protein. hohoho..