CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 2, 2012

Kuli Rumah Untuk Dia 3

BAB 3

KAKU. Minn tunggu kata-kata dari bibir Tengku Arshad dengan hati yang berdebar-debar. Bila diamati, Tengku Arshad taklah nampak tua sangat. Hensem pun ya. Nak kata strict tu macam tak tepat pulak tapi cukup untuk membuat Minn boleh ketar lutut bila ditenung lama-lama.

“Tinggal kat mana selama ni?”

“Kat kampung encik...” Minn jawab laju. Nervous kut. Paling-paling benda yang dia fikir saat ini adalah dia nak sangat-sangat dapat kerja kuli rumah keluarga Tengku Arshad. Sesekali dia jeling ke arah seorang wanita separuh abad yang berdiri di sisi sofa tempat Tengku Arshad duduk. Nampak rapat hubungan dia orang ni tapi tak mungkin bini Tengku Arshad sebab perempuan tu gaya pakaian agak-agak nak sama dengan si Minah, pembantu rumahnya.

“Kampung awak kat mana?” Tengku Arshad mula kerut dahi. Minn dah naik gelabah. Apa dia nak jawab sekarang? Seram sejuk tangannya. Si Syuh dah blah pun lepas turunkan Minn di depan rumah Tengku Arshad. Ada ke kawan macam tu? Ikutkan hati dia nak seret aje si Syuh masuk ke dalam rumah mewah ini tapi Syuh kata papa dia dah call suruh masuk kerja awal sikit sebab ada meeting. Alasan!

“Kat... err...” Minn terpejam celik tanpa arah.

“Kat Melaka?” sampuk Tengku Arshad tiba-tiba.

“Err?” orang tua tu mesti baca dari IC si Minah. Minn mana pernah pergi Melaka. Setakat Negeri Sembilan tu pernahlah dah namapun anak jati KL. Dari kecik sampai besar panjang duduk kat KL.

“Jangan takut dengan saya... Saya ni manusia jugak macam awak. Cemas aje saya tengok awak dari tadi.”

Tengku Arshad gelengkan kepala sambil tergelak kecil. Minn tertunduk pandang lantai. Dia pijak-pijak jari kakinya sendiri. Terasa nak hantuk kepala kat dinding, stress!

“Ni IC awak yang betul ke? Muka nampak lain je... Muda lagi. Umur dah masuk 30-an. Lagi satu, awak memang asal dari Melaka ke? Jauh juga awak cari kerja ya? Kenapa tak cari kerja kat Melaka aje?” Tengku Arshad memandang muka Minn tajam. Minn telan air liur kelat. Banyak gila soalan pak tengku ni. Mampus nak kena jawab satu-persatu!

“Seperti yang ada kat IC saya tu, umur saya 30 dan saya memang asal dari Melaka... Err... Tinggal kat KL dah lama dah dengan kawan-kawan.”

Belasah ajelah! Minn Alia keluh nafas sedikit. Nasib baik dapat jawab.

“Oh... Dulu kerja apa?” dalam hairan-hairan Tengku Arshad menyoal lagi. Nak percaya ke muka macam Minn Alia ni umur 30-an. Kalau 20-an tu boleh terima akallah jugak. Nampak sangat budak. Lagi satu dia tengok dalam gambar si Minah ada tahi lalat di pipi kanan, tapi yang kat depan dia, si Minah tak ada tahi lalat sebijik pun. Ke dia cover tahi lalat dia tu guna tepung beras yang bertempek kat muka tu?

Terkial-kial Minn cari jawapan. Kepala yang tidak gatal digaru pelan. Dulu kerja petani? Petani apa ke benda sentuh padi pun tak pernah... Sayur kangkung pernahlah sekali masa dia tolong si Syuh belajar masak. Itupun setakat ikut sentuh belek je. Tak de nak potong-potong lagi jauh nak goreng-goreng. Arkitek? Engineer? Jangan buat lawaklah Minn... Kalau betul engineer sejati tak de sengal nak minta kerja jadi PR aka pembantu rumah kecuali Minn Alia sebab perangai kesengalan tu dah terserlah lama. Kalau tak, takkan dia nak enjoy masuk pub dengan geng-geng budak rambut karat masa kat Ohio dulu walaupun tau benda tu HARAM. HARAM okey! Sekarang ni rasa menyesal pulak sebab pernah jejak kaki ke tempat-tempat yang syaitan segala iblis suka tu. Menyesal sikit ajelah... Nak-nak lagi jiwa Minn Alia tak sampai seru untuk beribadat. Dia masih muda. Ibadat kena tengok muda dan tua ke?

“Minah?”

Minn Alia tersentak. “Err... Ya encik?” ketar suaranya cuba ditelan sendiri. Kalau boleh tak naklah nampak gabra sangat walaupun setakat 30 minit dia berada di depan pak tengku ni dah boleh luruh rambut jawab soalan-soalan cepuperak ala-ala soalan perangkap last paper masa kat Ohio University dulu.

“Dulu kerja apa?” soalan ulang tayang.

“Kerja... Kerja cleaner encik...” tergagap Minn Alia jawab soalan. Tengku Arshad letak segala sijil SPM dan sijil beranak beserta IC Minah di atas meja. Lelaki separuh abad itu menilik jam sejenak sebelum anak matanya jatuh semula ke wajah Minn Alia.

“Saya dah lambat ni. Awak boleh minta tolong Kak Nur untuk guide kerja-kerja yang awak boleh lakukan.” Tengku Arshad ambil briefcase di sebelah sofa dan berdiri menghadap Minn.

“Saya tengok muka awak masa kecil kat IC tu tak berapa nak sama dengan muka awak sekarang. Mungkin awak guna bedak banyak sangat sebab tu tak dapat cam kan? Walau apapun, selamat datang ke Villa Cahaya kami. Kak Nur, saya pergi dulu. Minah, tengah hari ni awak mulakan kerjalah ya? Kak Nur tolong tunjuk kat Minah ni rumah Kak Nur...” tenang Tengku Arshad berbahasa. Tapi taklah membuat hati Minn Alia tenang sama. Biar betul muka dalam IC dengan muka sekarang ni tak sama? Yelah kut, si Minah tu hitam legam, aku ni putih berseri-seri. Nasib baik Tengku Arshad tak tanya lebih-lebih kalau tak, gerenti terkuncing jugak aku kat sini.... Keluh Minn Alia kecil.

Tengku Arshad menapak keluar dari rumah. Minn Alia terduduk di sofa. Baru sekarang kakinya berasa kejang sebab lama sangat duk tercegat di ruang tamu. Badan pun terasa penat angkara berdiri tegak seperti tunggul kayu.

“Err... Minah, makcik rasa baik kamu ke rumah belakang dulu. Penat je makcik tengok.”

Minn Alia terus berdiri. Lupa yang Kak Nur masih wujud di ruang tamu dan yang pasti dia hampir-hampir hilang ingatan yang dia hanyalah setakat kuli rumah di dalam banglo mewah ini. Ingat bos ke nak duduk kat sofa harga beribu-ribu buatan dari Italy? Minah pun tak pernah nak sentuh sofa rumah babah, ambil contoh dari Minah aje senang sebab kadang-kala Minn Alia ada juga bodohnya walaupun sijil dicetak dari universiti luar negara.

“Selamat berkenalan makcik, saya Minn...”

“Ye makcik tau kamu Minah.”

Minn Alia terkebil-kebil melihat Kak Nur berlalu tanpa mengendahkannya. Dua minit kemudian Kak Nur menghampiri Minn dengan segugus kunci di tangan.

“Bilik kamu yang nombor dua sebelah kiri ya? Makcik tinggal sorang je kat rumah tu... Pergilah, makcik ada benda lagi nak buat kat dapur tu.”

Kak Nur masuk semula ke dalam dapur membiarkan Minn Alia terkial-kial seorang diri. Minn Alia garu kepala pandang kunci lama. Err... Terasa kedatangannya tidak dialu-alukan. Tak ke?

Minn Alia melangkah lemah menarik beg baju menuju ke belakang rumah. Taklah belakang sangat, boleh kira tepi sikit tapi mungkin rumah ni tak terdedah kepada orang luar jadi dipanggil ‘rumah belakang’.

Rumah tu okey je. Kira okeylah sebab makcik tu, err... Kak Nur tu pandai mengemas. Nampak macam bukan rumah PR. Kemas dengan sofa, meja, televisyen, dan perabot-perabot lain. Televisyen walaupun tak sebesar milik televisyen rumah utama, tapi setakat nak tengok bola syok jugak. Ada tiga buah bilik dan Minn buka semua pintu-pintu bilik tersebut. Bilik Kak Nur sebelah kanan yang pertama sekali. Minn tengok Kak Nur punya bilik simple tapi nampak selesa.

Dan bilik Minn, sebelah kiri... Kecik ah bilik ni, bilik kanan tu lagi besar... Kak Nur ni sengaja tak nak kasi dia yang besar punya. Hish. Kedekut namampos! Gerutu Minn di dalam hati. Minn letak beg di dalam biliknya dan duduk di atas katil. Tekstur katil tak macam katil dia kat rumah babah tapi bolehlaaa.... Kan dulu Minn juga yang berjanji sebelum ni yang teruk-teruk mana pun tempat kerja dia, kena teruskan juga sebab inilah satu-satunya kerja yang berjaya dia apply. Nak cari kerja lain dia tak reti, alih-alih Syuh yang carikan. Tapi Syuhada Yasmin kira haprak jugak sebab dengan geng sesama geng dia boleh carikan kerja yang serendah-rendah pembantu rumah. Kurang asam!

Mata dia pejamkan dan cepat aje Minn tertidur di katil barunya. Dia bermimpi, ada seekor katak menjadi puteri. Tapi dia ni kira versi puteri menjadi seekor katak. Elok-elok jadi penganggur terhormat pergi merayu jawatan PR. Hailaaa....



TENGAH HARI Kak Nur balik ke rumah. Nasib baik masa tu Minn tengah menghadap sajadah. Dibuatnya masa tu masih terlentang di atas katil, mau makcik keluar tanduk lepas tu. Selepas makan tengah hari berdua, Kak Nur kata dia tak balik ke rumah besar sebab kepala tengah migrain. Kesian lihat muka Kak Nur pucat.

“Makcik tak nak ke klinik ke?” Minn tunjuk muka prihatin. Budak baru kena tunjuk muka baik sebab kalau tak dia sendiri yang susah. Kak Nur geleng kepala.

“Tak pe makcik makan ubat lepas ni. Tapi Minn tolong tengok-tengokkan rumah Tengku ya, takut ada orang jahat datang...”

Minn garu kepala. Orang jahat? Takkan la... Kan ada pak cik guard kat depan rumah?

“Lagi satu, tolong mop kan lantai tangga kat rumah besar sebab makcik tak sempat nak mop tadi...”

“Boleh-boleh!” semangat Minn menjawab.

“Sampah tolong buang kat luar ya? Biasanya petang-petang lori sampah datang.”

Minn angguk.

“Makcik rehat dulu...” Kak Nur masuk ke dalam bilik dia.

“Kak! Nama akak siapa?” Minn cepat-cepat tanya. Senyuman dilebarkan dibibirnya. Kak Nur kerut dahi.

“Akak?” sepatah je keluar dari mulut orang tua tu. Minn angguk.

“Kak Nur...” ujar Kak Nur sambil ketawa kecil. Tak sangka pula budak Minah nak panggil dia Kak Nur. Kira kalau standart umur Tengku Arshad je panggil dia kakak. Yang anak majikannya tu pun dah terikut panggil dia sebagai Kak Nur. Si Minah ni mesti terikut-ikut Tengku Arshad jugak sebab Tengku Arshad tadi panggil nama dia Kak Nur. Beza Minah dengan umur dia pun dah cecah berpuluh tahun juga sesuai ke dipanggil Kak Nur?

“Oh, Kak Nur...”

“Minah jangan lupa sapu depan rumah juga... Tengku tak suka rumah yang selekeh walaupun kat depan rumah dia.”

Minn angguk saat pesanan Kak Nur meniti sebelum Kak Nur menutup pintu bilik. Minn capai beg sandang yang berisi tab Samsung Galaxy, telefon LG warna kelabu dan make up tepung beras dia tu.

Langkah disusun ke rumah agam besar dengan senang hati. Kalau boleh dia memang nak menetap dalam rumah agam tapi nak buat macam mana dah sendiri yang minta turun pangkat jadi pembantu rumah. Arghh! Minn hempas tubuh di atas sofa. Nak buat apa ya? Call Syuh? Sibuk kut dia? Mak? Babah? Kang banyak soal. Mirr Adriz? Buang tebiat ke nak call pakcik tu? Kang tak pasal-pasal kena sembur sebab kes Minn nak kerja ni pun dia belum lagi terbuka hati nak terima Minn Alia duduk kat rumah lain-lain bumbung dari family.

‘Jangan lupa sapu depan rumah juga... Tengku tak suka rumah yang selekeh walaupun kat depan rumah dia.’

Terbayang muka Kak Nur yang lembut tiba-tiba bertukar jadi garang. Minn berdiri spontan. Takutnya kalau kena marah! Ini ke perasaan Minah sebenar bila kena marah? Rasa menyesal pula sebab selalu meninggi suara kat si Minah tu.

Dengan langkah malas, Minn cari penyapu disudut dinding dan luar rumah. Tapi dah dekat setengah jam cari kat mana-mana pun tak jumpa-jumpa sampai dia sendiri naik tension.

Nak tanya siapa pasal tempat letak penyapu? Kak Nur ni pun satu juga tak kasi tau awal-awal mana letak penyapu dah tau nak suruh aku menyapu! Minn Alia merungut-rungut sendiri.

Ha! Apa kata call rumah aje?

Minn bergegas mencari telefon bimbit dan mendail telefon rumah. Telefon diangkat tak sampai 20 saat.

“Hello? Cari siapa?” suara lelaki kedengaran. Pantas Minn tutup talian. Babah? Abang? Biar betul dia orang ada kat rumah petang-petang begini?

Lima minit dia berkira-kira, Minn dail semula nombor telefon rumah babah. Kali ini telefon lambat diangkat.

“Hello? Ini rumah Tan Sri Ridhuan. Nak cari siapa?” kali ini dia kenal suara siapa. Gerenti Minah sebab mak selalu petang-petang ni mesti keluar dengan kawan-kawan dia.

“Minah, aku ni!”

“Maaf cik, Minah tengah buat kerja dia kat dapur. Kawan Minah ke ni?” suara itu membuat Minn tergamam. Mak?! Cepat-cepat talian telefon ditutup. Nahas kantoi! Minn Alia urut dada untuk mengurangkan rasa keterperanjatannya tadi.

Akhirnya Minn Alia terpaksa ke hulu ke hilir mencari sapu lantai sehingga naik ke tingkat atas. Tingkat atas hiasan dalaman agak mewah dengan pelbagai lukisan yang dilekat didinding. Mahal ni. Rumah dia pun ada juga lukisan tapi taklah setiap dinding kosong nak lekat dengan lukisan. Lagipun family dia buta seni. Tak tahu maksud dan makna kenapa orang nak melukis dan kenapa mereka beli jugak lukisan tu walhal taklah cantik mana. Baik letak gambar-gambar penghuni dalam rumah tu aje.

Salah sebuah bilik diletak sign board ‘no entry’. Ni bilik Tengku Arshad ke? Hampir nak tergelak Minn Alia membayangkan Tengku Arshad buat perangai macam budak-budak remaja sebaya dengan dia. Bilik aku ada sign board, ‘sleeping princess’. Setakat ‘no entry’ tak kelas la. Macam sign board bilik mayat.

Rumah agam begini besar tak ada stor ke? Eh, entah-entah kat stor ada penyapu tak? Bergegas Minn Alia turun ke tingkat bawah. Dia menuju ke ruang dapur sebab stor rumah dia kat belakang rumah tepi dapur. Tapi langkahnya mati apabila terpandang penyapu duduk elok kat tepi pintu. Dia tepuk dahi sendiri. Punyalah lama cari penyapu rupa-rupanya dekat situ aje!

Selepas menyapu bahagian depan rumah, Minn kembali ke dapur dengan menyanyi-nyanyi kecil. Terasa dia hebat sebab dapat settle kerja-kerja begitu. Senang aje pun... Taklah susah mana. Patut gaji Minah dikurangkan RM 200 lepas dia balik nanti. Plastik sampah dia di dalam bakul dia ambil dan kumpul. Nasib baik jumpa plastik sampah hitam di dalam kabinet bawah. Jenuh juga tercari-cari plastik besar untuk kumpul semua bahan buangan dalam dapur.

Setelah itu Minn buka peti ais. Ada air soya dalam botol. Untuk Tengku ke? Di atas meja tersedia masakan Kak Nur. Minn buka tudung saji. Hampir terjojol matanya melihat lauk-pauk kampung. Kecur air liur terbau ikan keli masak lemak yang nampak agak pedas. Siap dengan tempoyak, sambal belacan, ulam-ulaman dan sotong masak kicap yang tertutup rapi di dalam mangkuk-mangkuk. Minn telan air liur. Rasa nak makan semula walaupun dah makan kat rumah tadi. Makan kat rumah Kak Nur hanya ikan goreng dengan sayur campur. Tak kick langsung. Sah-sah Kak Nur antara jenis-jenis manusia tahi hidung masin. Kedekut!

Minn Alia cubit sedikit isi ikan keli dan terus masuk ke mulut. Nyummm... nyumm... sedap! Sekali lagi dia cubit. Cubit lagi sekali. Last-last dia ambil pinggan makan seekor ikan keli. Sedap gegila. Kalah si Minah masak! Lepas makan Minn bersihkan segala bukti-bukti pasal dia curi seekor ikan keli milik Tengku Arshad. Kalau Tengku tau, tak pasal-pasal gaji kena potong...

Tengku Arshad ni agak-agaklah kalau nak makan. Sorang je pun badan tapi ikan keli hampir nak enam ekor.

Minn ambil plastik sampah untuk membuangnya di luar rumah.

Masa pergi ke pagar tu, sempat dia tilik pondok guard. Tak ada orang dan dia pasti sangat-sangat pakcik pengawal keselamatan tengah curi tulang. Tak padan dibayar gaji, pergi curi tulang pula ye? Duduk aje pun kat pondok tu bukan disuruh pergi berkawat. Susah sangat ke? Ish ish ish... Minn geleng kepala.

Setelah membuang sampah, Minn melangkah menghampiri pagar ingin masuk ke dalam rumah semula. Tetapi langkahnya terhenti saat sebuah teksi berhenti di depan rumah mewah milik Tengku Arshad. Minn kerut dahi seribu. Tetamukah? Tapi tuan rumah tak ada kat sini.

Seorang lelaki berjaket kulit warna coklat dengan cermin mata hitam bergaya tersemat di hidung yang agak mancung keluar dari teksi itu. Minn ternganga luas. Mak ngaih! Bergaya seh... Hensem tak ingat. Rambut tegak macam landak style rockies tepi jalan dengan seluar jeans koyak kat lutut. Feewitt! My test! Minn Alia lupa diri.

“Err... En... Encik nak jumpa siapa ya? Di sini rumah Tengku Arshad,” tegur Minn Alia malu-malu. Hati saat ini tergoyah nak mati. Kalau diingat-ingat first crush Minn Alia dulu pun gaya semehak semendang selanga segala jenis ‘s’ ada. Tapi muka lelaki ni macam pernah dia jumpa je. Muka pan asia kut sebab tu familiar kat mana-mana.

“Saya nak masuk ke rumah ni.” Selamba lelaki itu bercakap. Siap peluk tubuh semasa pakcik teksi keluarkan beg pakaian dia. Potong 50 markah! Sombong konon... Minn cebik bibir.

“Yelah nak masuk pun saya kena tau encik nak jumpa siapa?” Minn tekankan suara. Lelaki itu tersenyum sinis. Mengada-ngada tukang gaji baru ni. Muka dahlah riuh dengan bedak tebal 10 inci...

“Ini beg encik...” pakcik teksi letak di tepi kaki lelaki itu. Lelaki itu senyum tipis sambil menghulur not RM 50.

“Lebih pakcik ambil.”

Pakcik teksi senyum sampai ke telinga mengambil duit dari tangan lelaki itu. “Terima kasih encik... Terima kasih...” pakcik teksi pergi, pemuda tu terus ambil beg dia nak masuk pagar. Minn Alia segera menahan langkahnya.

“Siapa nama encik?” soal Minn Alia keras. Tayang muka sombong jugak. Apa dia ingat dia aje boleh berlagak? Ini Minn Alia Tan Sri Ridhuan lah...

“Syakirul Hafiz.” Suara Syakirul Hafiz mengendur.

Minn Alia terkebil-kebil. Hensem gak nama dia. Sesuai dengan orangnya. “Saya Minn...” senyuman Minn terukir di bibir. Lembut.

Syakirul Hafiz berdehem kecil. Cermin mata yang hampir terjatuh dari hidung dia betulkan. Serius PR baru abah pelik gila. Dah pupus ke perempuan yang natural beauty kat dunia ni? Kalau cantik tak apelah bedak sebelas inci pun tapi rupa PR yang nama dia Minn kat depan Syakirul Hafiz dah serupa macam ayam masuk tepung celup. Kak Nur 10 kali ganda lebih ayu dari si tepung gandum tu. Lagi satu, baju Minn Alia cukup-cukup menyakitkan matanya. Apa ke jadah guna baju macam kain lap lantai? Rasanya kain lap lantai kat rumah abah lagi cantik dari baju PR baru ni.

"Boleh tak, nak masuk?" soal Syakirul Hafiz kembali serius.

Minn Alia garu leher belakang seolah-olah berfikir.

"Saya tak tahulah encik. Encik duduk luar dululah ya... Nanti saya call Tengku," terang Minn sambil tersengih kecil.

"Duduk sini?" Syakirul Hafiz tunjuk pagar. Muka dia naik merah sebab geram.

"Bukan duduk situ, tapi berdiri kat sini..." Minn tunjuk tanah di depan kaki Syakirul Hafiz. Suweii betul mamat ni. Orang suruh tunggu kat sini dia nak duduk atas pagar pulak, agaknya otak dia dah terkena kejutan elektrik kut?

Minn Alia masuk ke dalam pagar dan menutup rapat pagar rumah. Tidak dilupa dia kunci dengan mangga. Tak tahu siapa yang tengah pegang kunci tapi kena ikut nasihat Kak Nur tadi,

‘Tapi Minn tolong tengok-tengokkan rumah Tengku ya, takut ada orang jahat datang...’

Walaupun muka jejaka yang bernama Syakirul Hafiz tadi tak nampak macam orang jahat, tapi mana tahu dia spesis keturunan penyangak? Tengok dari penampilan ada ciri-cirilah sikit... Macam ketua kongsi gelap. Tapi serius muka Syakirul Hafiz cute gila.

“Weh makcik tepung! Buka pintu ni!” Syakirul Hafiz terjerit. Pagar digoyang-goyang kasar. Minn Alia toleh sambil jelir lidah.

“Tak nak... Tak nak... Panjatlah pagar tu kalau berani sangat!” Minn lari ke dalam rumah sambil ketawa terkekeh-kekeh. Best rupanya jadi pembantu rumah... Tak perlu nak control ayu ke nak control comel ke... Main belasah aje. Nak bersolek pun jarang-jarang.

Tapi si Syakirul Hafiz tadi, selamba badak je kutuk dia makcik tepung... Sebab sakit hati tu juga dia buat muka tak senonoh pergi buat gaya mengada cakap tak nak buka pintu pagar siap suruh pakwe tu panjat pagar. Minn bukan saja-saja nak guna bedak amoi, dia kena cover muka dia sebab kalau tak guna bedak, gambar dalam IC tu mentah-mentah jauh beza dengan muka Minn Alia sedangkan Minn Alia guna identiti si Minah nak dapat kerja. Kalau Minn cakap kat Tengku Arshad yang dia pernah eksiden lepas tu muka dia teruk, ada abang kaya tiba-tiba sponsor dia untuk buat muka, tak dramatik sangat ke ceritanya?


10 Komen untuk Cik Rin:

Bellaameera

Bestnyeeeee...... Wonder when is the moment when the truth will be reveal mesti epic kan......

eija

Hehe....klakar... Sbg cpt okey...

kak ida

kesian min..kenapalah ek dia nak menyusahkan diri berkerja sebagai PR sdgkan dia boleh kerja ngan papa dia..sengal juga minah ni kan..kelakar giler..wataknya...apa ek terjadi pada mamat tu..mesti panas membara..tak boleh masuk rumah..sdgkan itu rumahnya..mmg sengal betui min..ni mesti kena takzirah ngan mamat tu..

fairuz

best..nak lagi... :)

Anonymous

HEHEH...cite ni kelakar la..
tak sabar nak tunggu..
sambung cepat cikit..

RinsyaRyc

Bellaameera-
tu kena tunggu SH bersandiwara buat muka marah macam singa bila dah terkantoi. Wonder how minn handle the next situation . ahaks! (penulis pun kena duduk kasut dan tapak kaki Minn ALia.

Eija-
thanks ya.. :D , bab2 awal nak kasi kelakar sebab bab2 last nak kasi sedih2... ye ke?

kak Ida-
tulah nak cakap cerita macam ni nampak mustahil. tapi tak taula kalau betul-betul ada orang kaya yang pi menyusahkan diri nak jadi orang gaji...
SH ni ada rupa-rupa tawaduk sikit tapi kalau dia marah nampaknya rin kena imagine dia jadi singa jantan mengaum...

Fairuz- Thanks ^^ insyaALLAH next week update the new entry kalau smpat.. ":)

Anonymous- terima kasih... :lev:
insyaALLAH akan diupdate selagi tak kesuntukan idea. ^____^

MissxYana

wahh.. SH tu mesti buli min kaw2 kann? hehehe

RinsyaRyc

MissxYana - SH? Ahah... SH... senang lagi nak sebut. hahaha. teruklah jugak sbb perangai Minn pun bukan boleh percaya kan, jadi nak kata teruk tu x berapa nak padan. Si Minn agak-agak lagi jht dri SH tak? hihi

Unknown

lps ni mesti SH anti gila2 dgn MA. haha.

aisyah

Bendul btul si minn ni..