CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 10, 2012

Kuli Rumah Untuk Dia 10



BAB 10

MINN ALIA meniarap di atas katil. Tab dibuka tapi otak merewang-rewang ke tempat lain. Hati tak berapa nak sihat selepas balik dari rumah Tengku Arshad petang tadi. Entah pasal Kak Nur kasi ceramah yang agak menyentap jiwa atau hati dah tersentuh dengan kelakuannya sendiri yang jauh dari tuntutan dan peraturan yang Maha Esa.

Dia online. Kurang lima minit, Minn Alia tarik nafas lega bila ternampak Syuh online. Chatting melalui muka buku aje sebab dia malas nak buka yahoo messanger.

Tangan menaip satu persatu ayat.

>Aku susah hati la...

>Hi beb! Lama tak dengar khabar? Awat susah hati pulak ni?

>Tah... Susah hati. Tak sedap hati.

>Apekes? Cer cite.... Mana tau aku boleh tolong!

Minn tala mata ke dinding. Nak luah pada Syuh? Tak usah kut. Syuh takkan faham gelojak hatinya. Paling-paling pun Minn juga yang pening kepala nak terangkan bila Syuh tau apa yang diresahkannya saat ini.

>Takpela... Aku ok.

>Tell me laaa... Jangan pendam sorang-sorang!

>Tak pe. Aku dah rasa lega sekarang. Kau tak yah risau la

>Tak pe ke? Kerja kau ok?

Minn berfikir sejenak. Taklah teruk sangat kalau Encik Syakirul Hafiz tak ganggu kehidupannya sebagai PR Tengku Arshad!

>Ok je. Akupun makin cantik sekarang ni. Hehe...

>Ngada kau Minn! Cantik ek guna baju orang gaji kau?

>Akupun orang gaji jugak.

>Tau takpa! Tapikan... If laa.. If la abang kau or babah and mak kau tau, kau nak buat apa?

>Next time aku fikir.

>Bijak.

>You know me.

>Piraahhh! Konfiden sakan. Eh, hujung minggu ni balik tak?

>Balik mana?

>Lama dah kau bertapa kat sana. Mintalah cuti barang sehari dua. Mak dan babah kau bising nanti!

>Minggu ni tak boleh, Kak Nur balik kampung~

>Olooo sian kau kena masak sorang-sorang...

>Bukan aku yang masak!

>McD?

>Hoho...

Sepi.

Minn tundukkan muka ke tilam menanti balasan dari Syuh. Selimut ditarik menutupi kaki dan bantal diatur di bawah kepala.

>Minn, sorry, aku gi toilet tadi!

>Aku ingat kau dah buat taik mata...

>Takdalah... So kau tak balik minggu ni?

>Tak... Akukan dah cakap... Kak Nur takda kat rumah....

>Nak outing dengan aku?

Minn kerut dahi. Keluar outing? Boleh ke?

>Tak rindu baju-baju kau?

Sekali lagi Syuh hantar chat. Cepat tangan Minn membalas dengan rasa teruja.

>Rindu!!!

Gila tak rindu! Dia rindu make-up! Rindu gincu... Rindu macam-macam! Paling penting, rindu kasut tujuh inci dia tu.

>Jom outing... Aku rindu kau! :P

>Serius ke ni weh?

>Aku hempuk kau ni kang. Dah aku ajak, mestilah aku serius!

>Yelah-yelah. Nanti aku tanya tengku.

>Walawei... Tengku... Kau dah bunyi macam pembantu rumah sebenar la Minn. Kah kah kah!

>Please laaaa.... Aku memang PR pun!

>Nasib baik sedar diri. Eh, hujung minggu aku datang ke sana tau.

>Kau tolong aku, bawakan kasut, baju, dan make up sekali.

>Sure why not?

Senyuman Minn memekar lebar di bibir. Wah, lama tak melaram! Rindu zaman-zaman kegemilangan seorang Minn Alia Tan Sri Ridhuan!

Tapi, bukankah dia teringin nak insaf? Baru je tadi perasaan kucar-kacir resah-gelisah selepas mendengar ceramah Kak Nur, sekarang dah berangan nak buat perangai lama. Ah... Kalau Minn tu, Minn juga. Mana pernah lari dari dunianya. Payah gila nak tinggalkan kasut-masut dan make-up pelbagai jenis tu walaupun muka dia tak perlu sapu make up pun dah cukup cantik.

>And one more, please bring my baby too.

>Ok set! Tak nak guna kereta aku je ke?

>I miss my baby.

Tersengih.

>Cehhhh! Haha, yelah nanti aku bawakan.

>Kau tanya sekali kat Minah, dia ada baju lagi cantik tak? Sebab aku rimas pakai baju dia tu. Macam baju orang kerja lombong je.

>Kau nak baju apa?

>Kebaya boleh?

>Gila!

Untuk malam ini, Minn Alia jadi tenang semula. Jiwanya yang tersentuh dalam tadi campak jauh-jauh dari jiwa. Biarlah dia enjoy dulu masa-masa mudanya! Hidup ni penuh dengan pelbagai nikmat duniawi dan Minn Alia terlalu sayangkan kenikmatan itu. Dalam otak Minn hanya tau berseronok tanpa sedar kenyataannya otak Minn hanya sekadar pinjaman dari tuhan dan perlu diperguna dengan sebaik-baiknya.

Buku Cecelia Ahern bertajuk PS, I Love You menjadi santapan minda sebelum memejamkan mata. Kan bagus kalau dia buka Al-Quran dan berqiam di tengah malam? Tak apa, ALLAH beri kelonggaran untuk kita menambah ilmu di dada. Ilmu ke? Ilmu English Language, ok lah kan?

Pukul 12.00 tengah malam, Minn Alia tutup buku dan padamkan lampu. Kelopak mata dia tutup tenang. Tidak sedar di rumah agam sana, Syakirul Hafiz gelisah keseorangan. Dan saat dirinya hampir dibawa mimpi yang panjang, hati Minn berdetak sesuatu...

“Subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil ‘azim... Ringan pada lisan, berat pada timbangan, ALLAH suka...”



SYAKIRUL HAFIZ letak tangan di atas kepala sambil berbaring terlentang memandang langit rumah. Semalaman matanya tidak mahu memberikan kerjasama. Pukul 4 pagi baru Syakirul Hafiz dapat terlelap. Pening kepala masih terasa sejak bangun Subuh tadi. Mana terfikir pasal PR baru abah yang comel-comel nakal, lagi pasal banyak benda yang misteri tentang Syaminah Kadir sampai dia termimpi-mimpi yang sebenarnya Syaminah menyamar jadi mata-mata syarikat lain yang ingin menjatuhkan company milik keluarga Tengku Arshad dan memalsukan pengenalan diri sebagai Minah. Dramatik, kan? Syakirul geleng kepala pelan.

Tapi Minah apply kerja guna IC Minah sendiri. Takkan Minah nak ambik IC orang lain dan menyamar jadi Syaminah Kadir setakat jadi kuli rumah? Baik lagi menyamar minta kerja kat company terus. Orang gila je buat kerja bodoh menyamar macam tu. Jadi sah-sah Minah tak da benda nak diragukan. Cuma perasaannya dan instict terlebeh sudah menilai Syaminah Kadir. Mimpi sekadar mimpi wahai Syakirul Hafiz!

Asalnya Syakirul setakat mengusik dan menyakat akhirnya dia juga yang terpinga-pinga sendirian bila Minah reti cakap orang putih walaupun sikit-sikit, tak reti ikan lagi satu hal. Dia dah search kat internet, tak da pun nama ikan bawal ada a.k.a ikan dudu. Mana tah celah peruk kampung yang panggil ikan bawal jadi ikan dudu. Tapi mana tau kan si Minah dan kawan-kawan dia je yang panggil ikan bawal sebagai ikan dudu?

Lagi pening kepala pasal andropaus. Ada ka patut?

“Andropaus tu sejenis penyakit yang mana spesies paus jantan tak mampu lagi nak mengawan.”

Huarrghhh! Terasa diri ini diperbodoh oleh kuli rumah peringkat SPM dapat 5E 3G yang membazirkan duit kerajaan nak kasi buku teks dan segala-segala free. Tah entah dapat derwasiswa dan RMT sekolah. Tapi setakat SPM abah kata tak menggambarkan apa-apa pun. Ada orang failed teruk dalam SPM, bila masuk bab-bab kerja, dia paling cemerlang, paling terel dalam semua hal. Betul ke tak, Syakirul tak tau.

Tapi, zaman sekarang ni, dalam televisyen semua benda kita boleh tau. Ilmu merata-rata bertabur. Macam iklan tu, ‘Otak burung unta lebih kecik dari matanya!’ Jadi tak mustahil Syaminah belajar bermediumkan televisyen dan bermatakan minda.

Syakirul Hafiz keluh nafas dalam-dalam. Rasanya dia boleh drop kemusykilan pasal Syaminah sebab PR abah tu kalau jumpa televisyen mata tak letak kiri kanan dah. Dapat ilmu-ilmu pasal benda-benda tu semua dari televisyen rumah kut. Lagipun Kak Nur pernah kata yang majalah di ruang tamu tu dah khatam dibaca oleh Syaminah.

Tua-tua baru rajin belajar. Muda-muda dulu mesti seronok main masak-masak dua puluh empat jam.

Syakirul tekan-tekan dahi untuk mengurangkan rasa mamai. Pagi ni kena pergi ke tapak projek nak pantau projek baru.

Dia bangun dari katil menuju ke balkoni sebelum turun ke tingkat bawah untuk keluar bekerja. Syakirul pejam mata. Terasa damai pagi-pagi, daun menghijau membelai naluri. Nafas diambil dalam-dalam dan dihembus perlahan. Syakirul jadi tenang.

Tapi sesaat lepas tu dia ternganga lebar di atas balkoni. Mata terbeliak luas dan kaki terasa nak terjun dari tingkat atas ke depan rumah meluru ke arah keretanya yang sedang di cuci Syaminah. Siapa dia berani sentuh barang-barang peribadi aku?!

Kaki Syakirul laju menuruni anak tangga. Siap ar Syaminah ni. Tak cakap apa-apa main aci redah usik Volvi, nama Nissan Fairlady berwarna silver kesayangan Encik Syakirul Hafiz.

Sampai diperkarangan rumah, dari belakang Syakirul dapat nampak jelas Syaminah tengah berlenggang-lenggok ke kiri dan ke kanan sambil memancutkan air paip ke atap keretanya.

“Olaaa! Sir gobang gosirr-sirr! Gulak-gulak Jawa-wa! Sirr abang naksirrr-sirr! Bila abang suka... Cewah!”

Syakirul tercengang. Berdangdut pula Minah pagi-pagi buta begini. Sekarang ni baru nampak ciri-ciri Minah ada ke-Indonesia-an sedikit campur ketuaan dan penuaan. Nampak macam orang tua tengah bergelek di tengah padang.

“Minah!!!” jerit.

Minn Alia terkejut besar dan terus menoleh ke belakang.

Busshhh!!

Muka dan tubuh Syakirul dibasahi air paip. Spontan Syakirul pejam mata rapat-rapat dan ketap bibir kuat. Hati dah berapi-api mengenangkan kecuaian Syaminah dalam menjalankan tugas.

Batang paip terlepas dari tangan Minn Alia dan cepat-cepat gadis itu menutup mulutnya yang terlopong luas kerana terlalu terkejut. Satu terkejut kerana dijerkah, satu lagi terkejut kerana dia tersiram air paip ke muka majikannya. Dan yang pastinya kejutan kali kedua itu lebih besar impaknya sehingga muka Minn Alia berubah pucat mendadak.

Bila Syakirul buka mata lambat-lambat sambil hadiahkan tenungan maut kepada PR nya, Minn Alia terus mencicit berlari ke depan kereta. Tangan dan kaki dah terketar-ketar menahan cemas di dada. Tak sangka muka Syakirul Hafiz yang dituduh semehak, selekeh dan sombong oleh Minn Alia itu ada aura naga!

Mampus aku!!

“Syaminah!!!” pekik Syakirul Hafiz marah.

Minn Alia pejam mata rapat-rapat dengan bibir tercebir-cebir. Kalau tak kenang dia sekarang ni Minn Alia dan kalau mengenang yang dia ni pinjam identiti Syaminah Kadir, sure air mata dah gerenti jatuh ke pipi. Tapi Minn Alia tetap Minn Alia yang tabah, kisah cengeng-cengeng dah tersimpan kemas dalam lipatan sejarah zaman kanak-kanak dan zaman remaja... mana boleh dia bertukar watak menjadi Syaminah yang sikit kena gertak dah berbaldi air mata...



DUA dalam satu. Mandikan kereta plus mandikan tuan punya kereta. Kalau nak ingat cara dia buat gelek depan mata Syakirul Hafiz, sikit lagi terasa nak terjun tingkat 11. Ingatkan pakwe tu masih berdengkur di bilik sebab Kak Nur kata tuan muda belum turun lagi walaupun jam dah menginjak pukul 9.00 pagi!

Tapi pasal kereta tu, dia rasa menyesal memandai nak basuh badan fairlady milik Syakirul Hafiz. Tadi dia nampak debu di depan kereta mahal tu jadi Minn tawarkan diri untuk cuci fairlady Syak. Lagipun dia sendiri rindu kat my baby nya. Sebab tu juga tangan Minn gatal nak sentuh fairlady Syakirul Hafiz walaupun dia punya baby pun jenama ‘batu’ Nissan. Oh my baby! Keluh Minn Alia kesal.

Minn Alia tunduk menekur lantai sambil berdiri kaku di atas karpet lembut milik keluarga Tengku Arshad. Tapi Minn Alia rasa karpet yang berbulu halus lembut dirasakan tajam mencucuk tapak kakinya. Dia tak betah ditenung tajam-tajam oleh sepasang mata helang yang tengah mencari mangsa di hadapannya.

Syakirul Hafiz dengan tuala tersangkut di leher dan rambut dah tak pacak seperti mula-mula tadi duduk tegang tanpa cakap apa-apa di atas sofa. Kalau boleh jadi The Hulk, sekarang ni jugak dia nak mengamuk. Siram tubuh dia satu hal, kereta dia apasal gatal sangat nak usik-usik?

“Sss.. Sorry encik...” terketar-ketar Minn Alia minta maaf. Tau dia bersalah dalam hal ini. Tapi siapa yang suruh Encik Syakirul Hafiz panggil nama dia dengan nada petir membelah bumi? Kak Nur pun boleh melatah bila dijerit macam tu sekali. Jahat-jahat Minn Alia, tak pernah lagi dia jerit nama Minah sampai pembantu rumah terkejut cicak gelabah macam Syakirul jerit nama dia. Nama dia? Err... Nama pinjaman sementara milik Minn Alia, lebih tepat kut?

Kadang-kadang ditilik perangai Minn Alia lebih kurang macam Syakirul Hafiz juga. Kira vice versa lah kan? Minn Alia boleh tahan cerewet. Baju cantik sila cuci guna tangan jangan nak campur dengan baju sesiapa. Minn Alia punya, jangan memandai nak campur-campur. Baju dia sensitif okey... Bukan macam baju Minah, berlubang sana-sini, koyak tampal balik. Teruk lagi baju Minah daripada orang gila.

“Kenapa cuci kereta saya?”

“Saya rajin tuan...” spontan dia jawab. Syakirul Hafiz senyum sumbing. Rajinlah sangat. Macam tak tahu Minn Alia tu tak reti buat kerja-kerja lain di rumah ni. Yang dia tau hanya sekadar mengemop, ambil baju dari ampaian, cuci pinggan, sapu lantai (itupun tak bersih), lap-lap meja, televisyen dan vacuum. Mana dia reti nak lipat baju, cuci baju, masak-masak... Semua tu Kak Nur yang buat.

“Lain kali, jangan sentuh kereta tu. Jangan masuk ke bilik saya, jangan pandai-pandai nak sentuh barang-barang saya. Jelas?” tegas.

Minn jatuhkan kepala. Angguk kepala pun tiga kali aje lepas tu kembali tenung mozek lantai. Kerek gila bos ni. Nak sentuh pun tak boleh... Macamlah dia sorang ja dalam dunia ni ada ‘batu’ Nissan!

Tapi lebih dari itu, hati Minn pedih dan rawan dilayan seperti pembantu rumah walaupun kenyataannya dia memang pembantu rumah keluarga Tengku Arshad. Tak boleh ke layan dia ni macam manusia normal? Kenapa perlu layan manusia normal dengan kasta-kasta tertentu? Orang gaji tak boleh nak sentuh barang-barang Encik Syakirul Hafiz. Noktah!

Minn terasa nak baling Syakirul dengan pasu bunga biar teleng sedikit kepala mamat keras kepala tu. Orang gaji lain rilek-rilek cool je sentuh barang majikan. Contoh terdekat Minah di rumah babah, tiap minggu tolong Minn Alia basuh baby supaya kekal berbau wangi. Sah-sah si Syakirul Hafiz jenis manusia taik hidung masin!

“Sekarang awak sediakan sarapan. Kak Nur rehat, biar awak yang buat kerja. Saya nak awak buatkan roti canai pagi ni. Dua keping jangan kurang!”

“Ha? Roti canai?!”

“Awak nak saya suruh buat nasi lemak dengan sambal kerang ke?” Syakirul jegilkan mata.

Muka Minn Alia berubah. Roti canai bukan macam roti bakarlah pakcik! Mana aku nak buat roti canai pagi-pagi ni?!

“Dah jangan buat muka sengal macam tu. Cepat pergi masak!” gertak Syakirul Hafiz. Minn melangkah ke dapur dengan perasaan berbelah bagi. Buat roti canai? Kena cari resepi kat tab lepas ni...

“Tunggu dulu!”

Minn tekan brake terus menghadap Syakirul Hafiz. Janganlah dia minta koko berry. Mana aku nak cari?!

“Mana awak belajar bergelek hah? Serupa macam orang gila!”

Ciss! Minn ketap bibir. Darah naik ke muka. Takkan dia nak jawab, hari-hari Kak Nur pasang lagu dangdut di rumah Tengku Arshad bila majikan-majikan mereka pergi bekerja sehingga dia pun enjoy tiru lagak Kak Nur yang eksotik dan lain dari yang lain tu? Maaaaluuuuuu!!!

Syakirul tahan gelak. Mujur tak tersembur air liur bila perkataan ‘gelek’ terkeluar dari mulutnya. Sumpah lawak! Lagi-lagi bila terbayang gelek Minn Alia yang tak berapa nak betul main goyang aje janji puas, hilang sekejap rasa marahnya. Tapi Syakirul tak tahu, Minn pernah jadi juara memenangi hati lelaki-lelaki saat dia menari di kelab-kelab malam di sekitar universitinya dulu. Tarian sek-sa Minn Alia 100 kali lebih mengancam!

23 Komen untuk Cik Rin:

Nor Syafika

Wahhhhhh best2...tak sabar nk tgu next n3...thanks rinsya :)

Makanan Kesihatan

hahhaah..lawak la minn ni, siap nyanyi lagu dangdut lg..

AnakPakZohar

ahahhaa.. sangat kelakar lah ... tersengih2 aku baca.,. aduiiilahhhhh

Cik Hani

kesiann tol syakirul hahaa xpasl2 free2 kne mndy skli hahaha

NurAtiZa

Minn gelek lagu dangdut!!!!hahahaXD

kak ida

pergh ..terbaeklah E3 adik ni..gelak sampai keluaq air mata..kantai ke nanti minah ni..bila dia buat roti canai..dah confirm ..dia tau minah ni..mmg failed memasak..kenapa dia suruh juga minah ni buat..mmg bersepahlah dapur tu jadinya..
Teruja pulak akak nak tahu..roti canainya nanti ..jadi apa ek..dan adakah semua perlakuannya akan diperhatikan oleh mamat poyo perasan bagus tu..musykil ni..dik..hope ada E3 lagi dik..U really made up my day with yr story..

Bellaameera

Min Alia nyeh ada2 jerr larr tauuu..... Roti canai tue blh buat ke? Or google jerrr???

Zananis Ali

hahaha... sumpah teringin gila nak tengok minah gelek... adesss... :P

dee

baru je 'marathon' n3 dari ari sabtu.puas sgt.best3x.....suka3x.....hihi

Unknown

woho...makin best!

sara

hahaha best sgt tks ye... Pagi pagi dah senyum

MissxYana

wahh.. mcm mna la dia gelek ek?
tp dlm2 dok syiok gelak.. sedih pulak chek rasa. sabar yaa minn.. kau tu dh jd org gaji.. adatla.. wekkss.. suka hati jaa yana nihh.. hihi

fallenmoon ( Liya Zafrina )

Hahaha! Lawak la Minn. Agaknya kalau SH tgk Minn yg sbnr, mau terlopong dia tu :P

mardihah

suka

RabaahJunaidi

1st time masuk blog Rinsya...
kmk suka... tambah2x citer ni, relax ajak.. memang buat org semua tertunggu sambungannya... :)

Salam Ramadan Mubarak Rins :)

Anonymous

ahahaha babe lawk gile kot..
komen sume ckp duk tersngih je bce entry nih..haha p mmg lawk kot..
adoii la M.A sorg nih..bru je aura nak tobat tuh menyusup dlm hati trus die menyimpang ke tmpt len ye..
M.A still M.A..hehe lmbt lg la kot bru btul2 aura keinsafan tu akan dipraktiskan..
dah SH termimpi da sal minah ni..tapi mimpi die sikit je lg na btul kot..memg bekerja kers otak si SH ni smpi mcm tu sekali impak si minah kadir..hoho..
ok so plan na tapau McD memg da hancus nmpk gayenye..si S.H mintak roti canai la plak..nsib bek si tabby ad kalo ta mmg hancus la roti tu kne canai..ke mmg hancus jugak even tabby n mr Goog da bg bantuan..911 mane y die na gune, minah, kak nur or syuh..haha takkn la si S.H ni y na ajar die buat plak kan..
thanks for this entry..seyes mmg gelak mulut terbukak bace..hehe..over plak..k till then..

~adda~

Anonymous

wahhh..best gilak crta mu sis Rins..bila nak kuar versi cetak??

amirah

waahhhh best2 cta KRUD..Sis Aireen, bila nak kuar versi cetak??xsabarnye..

amirah

waahhhh best2 cta KRUD..Sis Aireen, bila nak kuar versi cetak??xsabarnye..

Unknown

novel ni dah ade version cetak ke ???? tak sabar nak baca sambungannya .... syak belum kenal lagi sape minn aka minah tu oiiii .... HAHAHAA

Anonymous

laaaa.. dah stop ka citer nih??? ker dah ada versi cetaak nyer...

Anonymous

laaaa.. dah stop ka citer nih??? ker dah ada versi cetaak nyer...

Anonymous

novel ni dah terbit ke?u nder mna?