CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 3, 2012

Kuli Rumah Untuk Dia 4




BAB 4

KELAKAR gila cerita Pink Panther. Mau tak berdekah gelak bila kucing warna merah jambu tu usaha bagai nak pecah otak untuk jaga budak kecil tapi budak tu asyik nak buat jahanam. Selama ni tak tergerak pun hati dia nak menonton cerita budak-budak yang entah zaman bila mula ditayangkan tapi hari ni terkecuali sebab dia betul-betul bosan duduk tercongok kat dalam rumah besar milik majikannya. Nak dikira dah lama Minn Alia tinggalkan zaman tengok kartun tapi dia taklah buta sangat pasal kartun-kartun. Pink Panther sampai sekarang masih lagi masuk carta antara kartun-kartun terglemer. Respek la... Dulu masa Minn kecil-kecil dia tonton Dragon Ball aje. Tu pun sebab Mirr Adriz hantu Goku.

Pukul 3.30 petang Minn dengar pintu rumah dibuka. Laju dia angkat punggung. Bulat matanya terpandang Kak Nur masuk ke dalam rumah dan di belakang Kak Nur ada seorang lelaki yang dia jumpa di luar gate tadi mengekori langkah Kak Nur dengan muka yang kelat.

“Ka... Kak Nur...” tergagap Minn Alia sambil menghampiri mereka.

“Kenapa tak kasi tuan muda masuk rumah tadi?” soal Kak Nur geleng kepala. Serentak itu mata Minn Alia jatuh ke wajah ‘tuan muda’ yang dimaksudkan oleh Kak Nur. Terangkat keningnya. Dia ni? Tuan muda? Biar betul!

“Tu... tuan muda?” gagap dah kuasa lima belas tak dapat nak tolong. Tadi tu...err.. Fikiran Minn menerawang pada peristiwa yang baru berlaku beberapa jam tadi. Agak-agak tuan muda marah tak dia buat perangai main tarik-tali tu ek? Minn ketar lutut.

“Anak lelaki Tengku Arshad...” Kak Nur hela nafas berat sambil geleng kepala. ‘Tuan muda’ campak beg pakaian ke kaki Minn Alia dan terus hempas tubuh ke atas sofa. Televisyen dimatikan dan matanya tajam tenung Minn bagai nak makan.

Minn telan air liur. Anak lelaki Tengku Arshad? Mampus aku! Terbayang-bayang lagaknya tadi siap jelir-jelir lidah buat gaya mengada didepan ‘tuan muda’ rumah ini. Janganlah pasal dia tak kasi tuan muda masuk rumah, dia kena buang kerja pada hari pertama. Hari pertama kena buang kerja wajiblah menangis tiga hari tiga malam walhal Minn sendiri yang tandatangan kat kontrak perjanjian, dia ada percubaan selama empat bulan!

Cermin mata gelap lelaki itu diletak di atas meja.

“Kak Nur masuk dulu. Saya ada benda nak cakap dengan pembantu rumah baru.”

Tegas suara Syakirul Hafiz. Wajah Minn Alia ditenung macam singa kelaparan. Bukan sekejap dia tunggu kat luar tu. Dekat satu jam! Mau hati tak mendidih sebab orang gaji biol ni lah dia kepanasan di luar! Siap duduk kat tepi pagar sebab tak dapat masuk padahal Villa Cahaya tu rumah dia sendiri...

Dia call rumah dekat nak sepuluh kali tapi tak ada orang yang angkat. Nasib baik Kak Nur masa nak masuk ke dalam rumah agam ternampak muka Syakirul Hafiz yang beraura lain dari hari yang lain. Tak ada kelembutan pada riak mukanya. Selama ni Syakirul Hafiz tak pernah pula buat muka masam depan Kak Nur tapi hari ini dia pecah rekod.

Kalau ikutkan hati, nak aje dia call teksi untuk masuk check in ke dalam hotel. Dahlah baru balik, penat, PR buat hal pulak! Rasa nak tenyeh je batang hidung Minn Alia biar tahu diri. Paling Syakirul Hafiz rasa bengang, masa Minn Alia jelir lidah. Nak makan pelempang ke apa? Dia fikir dia tu cantik sangat?

“Akak masuk dululah. Bincang elok-elok...” pesan Kak Nur sambil menepuk bahu Minn Alia sebelum berlenggang masuk ke dapur. Minn Alia dah buat muka mendung. Nak kena marah ke ni?

“Nama kau siapa?” soal Syakirul Hafiz memeluk tubuh. Badan dia sandar ke sofa dan matanya tajam memamah setiap inci wajah Minn Alia. Macam familiar je perempuan ni. Tapi tak pernah pula dia terjumpa mana-mana perempuan yang menggunakan bedak muka secara berlebih-lebihan kalah pontianak harum sundal malam.

“Minn... Syaminah binti Kadir. Tapi encik boleh panggil saya Minn ajelah ya...” Minn Alia tersengih-sengih sambil memintal baju t-shirt lusuhnya. Syakirul Hafiz yang ternampak perlakuan Minn Alia terasa menyampah pula. PR selekeh tahap kuasa kambing hutan macam Syaminah ada hati jugak nak malu-malu.

“Suka hati akulah nak panggil kau apa. Beruk ke, monkey ke, badak sumbu ke...”

“Tak baik encik menggelar manusia dengan nama-nama binatang...” Minn Alia menegur. Ada ke muka dia yang cun disamakan dengan badak sumbu? “ALLAH marah...” dia sambung lagi. Syakirul Hafiz ketap bibir tahan jiwa.

“Pandai kau menjawab ya? Aku tak suka kau! Lepas Tengku Arshad balik nanti, tahulah nasib kau. Berlagak macam tuan rumah. Kalau perangai kalah samseng tepi jalan, tak usahlah nak berangan duduk rumah ni. Kalau kau tak tahu aku ni tuan rumah, tak boleh ke kau anggap aku sebagai tetamu? Sepatutnya sebagai orang gaji, tetamu yang datang tu kena layan elok-elok. Ini tidak, siap buat perangai menggedik tak sedar diri! Kau ingat kau tu cantik sangat ke?!”

Erk?

Mata Minn Alia terpejam celik didepan Syakirul Hafiz. Ini sudah lebih... Cara dia cakap tu macamlah aku ni teruk sangat... Minn Alia gigit bibir cuba bersabar.

“Saya ikut pesanan Kak Nur supaya jaga rumah takut ada orang jahat masuk...” Minn Alia melembutkan suara. Dia sedar yang dia sekarang ni pangkat hanya ‘kuli rumah’ jadi tak bolehlah nak ajak laki kurang ajar ni bergaduh. Kena sabar...

Nak difikir-fikir, mana pernah Minn Alia Tan Sri Ridhuan tahan kena maki-maki. Daripada dia kena maki, lebih baik dia maki orang!

“Alasan... Mengaku je kau jenis spesis keturunan biadap...” sinis kata-kata Syakirul Hafiz. Marahnya masih bersisa walaupun dia sedar Minn Alia cuba mengalah dengan sikap kurang ajarnya. Nak-nak lagi bila terbayang lenggok Minn Alia ketika meninggalkannya di luar pagar rumah tadi.

“Encik marah saya?” Minn Alia tanya. Syakirul Hafiz diam. Matanya dilontar ke arah lain tanpa mahu memandang wajah Minn tanda hati lelaki itu masih berbekas rasa marah. Minn Alia mengeluh kecil.

“Saya tak kisah kalau encik nak marah saya. Tapi keturunan ni, tak usahlah nak ungkit-ungkit ya encik? Saya minta maaf pasal tadi...” tiba-tiba dia minta maaf. Kira boleh masuk dalam buku sejarah sebab inilah kali pertama Minn Alia Tan Sri Ridhuan merendah diri minta maaf kepada orang lain.

Syakirul Hafiz termenung sebentar sebelum wajah tegangnya beransur tenang.

Make sure jangan buat perangai tak senonoh lagi bila ada orang datang ke rumah ni.”

Minn Alia terangguk-angguk. Hati dia bengkak tapi kena ikut juga cakap Syakirul Hafiz sebab dia tuan punya rumah. Kalau ini rumah babah, sah-sah Syakirul Hafiz dah kena lempang dengan kaki Minn Alia.

“Sekarang bawa beg aku naik ke atas. Letak depan bilik yang ada perkataan ‘no entry’. Jangan memandai nak masuk bilik aku!” Syakirul Hafiz tunjuk beg dia yang tersadai di sisi kaki Minn Alia. Dia pejamkan mata sambil mengurut-urut leher belakangnya. Penat!

Minn Alia tersenyum senget. Ohmyenglish... inikah perasaannya ketika menjadi orang gaji? Terasa diri ini berada di peringkat paling bawah boleh dipijak sesuka hati. Muka Minah kat rumah babah terbayang di ruang mata. Kesian.

“Baik encik...” Minn Alia jawab dengan nada yang lemah. Dia capai beg milik Syakirul Hafiz di tepi kakinya dan melangkah ingin menuju ke tingkat atas. Sebelum tu sempat dia betulkan rambutnya yang agak menggerbang jatuh ke pipi. Gaya rambut memang epik, dia sendiri yang pilih. Tapi sampai hati pulak si Syuh komen rambut Minn sama style dengan witch kat tengah hutan!

Syakirul Hafiz memerhati cuma. Dari atas dia perhatikan sampai bawah. Otak tetap gagal menghadam kenapa minah sengal tu perlu buat style ala-ala muka orang gila kat Tanjung Rambutan.

“Eh, kejap. Aku nak ambil barang kat dalam beg tu,” sampuk Syakirul Hafiz tiba-tiba. Minn Alia berhentikan langkah dan kembali menuju ke arah Syakirul Hafiz. Beg diletak berhampiran kaki Syakirul dan Syakirul membuka beg pakaiannya selamba tanpa sedar bila dia menunduk, kepalanya begitu hampir dengan lutut Minn Alia.

Sebuah kotak berbalut cantik dengan reben comel dikeluarkan dari beg. Minn Alia kehairanan. Dalam hati dah nak perasan yang tuan mudanya nak kasi hadiah pada dia. Tapi tak mungkin kut sebab daripada beri hadiah tu untuk Minn Alia, lebih baik beri pada orang gaji lama aka Kak Nur.

Setelah Syakirul Hafiz menutup semula begnya, dia menyerahkan beg pakaiannya kepada Minn Alia.

“Bawa naik atas.” Syakirul Hafiz mengarah. Minn Alia teragak-agak nak mencapai beg pakaian lelaki itu. Melihat Syakirul Hafiz tiba-tiba berdiri, dia berundur beberapa langkah untuk memberi laluan sebab kat depan sofa ada meja tamu. Takkanlah tuan muda nak melompat untuk melepasi meja ruang tamu pulak, kan?

Syakirul Hafiz berjalan lurus. Setelah beberapa langkah dari Minn Alia, Syakirul Hafiz menghentikan langkahnya. Minn Alia ditenung hairan.

“Kau guna minyak wangi ke?” dia kerut dahi. Minn Alia terkesima. Serta-merta dia cuba menghidu tubuhnya.

Syakirul Hafiz melangkah mendekati Minn Alia dengan penuh curiga. Mukanya didekatkan pada bahu gadis itu dan menghidu penuh teliti.

“Ishh... Ishh! Ke-kenapa encik ni?!” Minn Alia menjauhkan diri. Cemas tiba-tiba.

“Kat mana kau beli minyak wangi?” Syakirul Hafiz tenung mata Minn Alia tajam. Minn Alia membundarkan mata. Ah, sudah! Kang tak pasal-pasal kantoi beli minyak wangi harga beratus ringgit.

“Encik jangan nak sibuk! Walaupun encik sedikit hensem, tapi saya takkan bagi can kat encik ya... Ingat tu!”Minn Alia keraskan suara berharap Syakirul Hafiz gerun pada amarannya. Syakirul Hafiz tersenyum senget. Sedikit hensem? Tak cukup hensem lagi ke aku ni? Nak aje dia sekeh kepala orang gaji baru abah. Main aci belasah bila bercakap!

“Tanya beli minyak wangi kat mana pun dah marah...” gerutu Syakirul Hafiz. “Macamlah wangi sangat!” Syakirul Hafiz tolak dahi Minn Alia kuat sehingga kepala Minn Alia terdongak ke atas. Minn bulatkan mata.

“Berdosa tau nak cium perempuan...” tegur Minn Alia semakin menjauhi lelaki itu penuh curiga. Syakirul Hafiz melototkan mata. Lain yang dibuat lain pula interpretasi data kepala si Minah!

“Kau ni retarded ke hape? Bila masa aku cium perempuan?! Lagi-lagi ayam celup tepung macam kau, euww! Tak selera!”

Minn ketap bibir. Hina sangat ke dia sampailah si Syakirul Hafiz tak berselera? Tahu tak M.A-Minn Alia punya ranking dalam Malaysia? Antara 50 orang perempuan tercantik di KL ok! Terasa nak sepak mulut Syakirul Hafiz yang tak pernah nak bayar tol kalau nak menyembur. Dahlah main tolak-tolak kepala orang macam tengah tolak bola keranjang. Seumur hidupnya, tak pernah ada manusia yang berani sekeh kepala Minn Alia. Ini setakat mamat semehak muka tak bernilai macam Syakirul Hafiz nak cari pasal dengan M.A, cari mati ke apa?!

“Encik cakap baik-baik ye... Walaupun saya ayam celup tepung...” nafas ditahan. Ayam celup tepung? Ciskek punya mamat! Muka Minn Alia naik merah. “tapi saya ada charm tersendiri! Saya normal tak pernah lagi masuk dalam golongan special education. Lainlah encik, tah entah masa kecil dulu duduk kat kelas pemulihan!”

Syakirul Hafiz tercengang. Macam ni ke gaya orang gaji bercakap? Kenapa Kak Nur tak pernah berbahas dengan dia ya? Agak-agak semua orang gaji tau sikit-sikit cakap bahasa Inggeris ke? Charm? Special education? Gilak! Kena report kat abah ni!

“Kau... Kau...” Syakirul Hafiz tak mampu nak sambung ayat. Anak mata dikecilkan ketika Minn Alia bercekak pinggang. Ahh! Minn lupa diri lagi! Pantang sangat sesiapa memandang rendah pada kecantikannya, mulalah naik angin satu badan.

“Apa kau-kau? Aku bukan kawan kau!”

“Sya-mi-nah! Otak kau kat mana? Aku ni tuan rumah!”

“Tapi aku lagi suka cakap satu bahasa dengan orang yang bercakap dengan aku! Setakat nak cakap dengan itik lembu tada hal! Sebab tu kalau kau lagi nak berkau dan aku, aku tak kisah... Lembu cakap dengan lembulah bro! Kalau sorang cakap saya-awak, sorang cakap aku-kau, serupa macam lembu bercakap dengan kucing. Aku ni jenis yang bercakap dengan sesama spesis. Ada paham?!” mata dicerlungkan. Muka digarangkan. Minn Alia tak sedar Syakirul Hafiz dah terjatuh rahang.

“Apa kau merepek ni?”

“Aku merepek pasal lembu-itik-kucing! Susah sangat ke nak paham?”

“Ok-ok! Awak angkat beg saya ni kat atas!” Syakirul Hafiz jerkah sambil angkat beg di atas sofa dan ditolak ke muka Minn Alia kasar.

Minn Alia ditinggalkan cepat-cepat sebelum pergaduhan jadi panjang. Penat baru balik dari kerja satu hal, dapat pembantu rumah pelik satu hal. Harus mandi bunga malam ni takut kena badi buruk dari Langkawi!

“Kak Nur! Si Minah tu asal dari mana? Betul ke dulu dia bukan dari anggota kongsi gelap?” tanya Syakirul Hafiz laju. Masih terkejut sebab PR baru abahnya selamba main aci belasah je masa menempelak dirinya tadi.

“Yang Syak gelabah sangat tu kenapa? Ada apa-apa dengan Minah ke?” Kak Nur usik. Bukan dia tak nampak lagak mereka berdua tadi. Saja dia nak lihat seberani mana si Minah tu jadi serangga perosak hidup Syakirul Hafiz.

“Eh, Kak Nur ni... Mana ada! Tapi dia tu garang semacam!” Syakirul Hafiz letak kotak hadiah di tangannya di atas meja makan. “Untuk Kak Nur...”

“Apa ni?” soal Kak Nur senyum lebar.

“Adalah... Khas untuk Kak Nur... Nak makan boleh?” Syakirul buka tudung saji. Kak Nur angguk aje.

“Kak Nur tengok Minah tu ok aje. Tapi yang peliknya, sejak bila Syak reti nak cari gaduh dengan orang ni? Selalu penyabar aje tiba-tiba hari ni jadi pemarah pula...” tanya Kak Nur tegur lembut. Bibirnya menyembunyikan senyuman saat ternampak wajah Syakirul Hafiz bertukar menjadi keruh.

“Kak Nur jangan fikir bukan-bukan...”

“Yelah... Dah makanlah. Nanti gastrik susah pula.”

“Syak bukannya apa, si Minah tu luar biasa sikit. Tak sama dengan orang lain...” komen Syakirul Hafiz.

Kak Nur jungkit kening. “Dia luar biasa?”

“Hmm... Lagipun Syak perasan dia guna minyak wangi.”

Masing-masing terdiam sebentar. Kak Nur tenung muka Syakirul Hafiz, Syakirul Hafiz tongkat dahi dengan tangan.

“Salah ke guna minyak wangi?” soal Kak Nur. Selama ni dia guna minyak wangi tak pernah pula budak bernama Syakirul bising.

“Tak...” dia keluh kecil. Macam mana nak terang ya? Dia rasa si Minah guna minyak wangi jenama mahal sebab bau minyak wangi tu pernah dia hidu dan yang pastinya bauan Minah bauan glory. Terasa sedap dan menimbulkan rasa sensasi. Tapi tak mungkinlah pulak PR dapat beli minyak wangi mahal-mahal... Tak logik!

“Syak rasa dia tak sama dengan orang lain?” Kak Nur meminta kepastian. Syakirul angguk lambat-lambat. Kak Nur tersenyum kecil. Hati anak muda di depannya itu sudah tersentuh dengan kehadiran Syaminah kah?

Hakikatnya kat ruang tamu si Minn Alia atau mungkin boleh dipanggil Minah dah ketuk dahi dengan beg pakaian Syakirul Hafiz. Kalau setakat melawan kecil-kecilan tu tak apa tapi mana mungkin Syakirul Hafiz duduk diam setelah mendengar apa yang terkeluar dari mulutnya. Aih! Bodohnya dia...


10 Komen untuk Cik Rin:

Anonymous

gagap kuasa 15 tu cmner nak kira?
lawak la si minn ni..da mcm big bos pulak

Aalia Shahira

seriously best cik rynn..tak sabar nak tgk syak nak buat apa kat minn tu.hehe

aisy

hahaha..brani btul minn ni

NurAtiZa

Minn Alia hampir je nak kantoi....#^_^
Terkejut tuan rumah dengar orang gaji speaking...hahaha XD
yang tak boleh blah,macam manalah Minn Alia ni pakai minyak wangi mahal pulak ni...hehehe :P

idA

habisla min..jgn terkantoi dah..satu lakaran yg sungguh menarik dan teruja nak tahu..bila minah membersihkan diri dan terkantoi ngan mamat perasan bagus tu..

Anonymous

terbaik aah. makin syok dah story nih. thumbs up aah untukcik penulis. cecepat smbg ek, makasih

RinsyaRyc

Anonymous -
gagap kuasa lima belas ni sebijik macam nak start motor tapi asyik tak dapat.. kut? keh3... Minn tak biasa lagi tu kak... kang kalau dia biasa, kalah kak nur skill PR dia~

Aalia Shahira -
SH ni jenis lemah sikit... setakat Minn Alia nak handle, guna jari pun boleh...

aisy -
Minn tu terlebih berani. Kalau tak, tak de nya dia nak berani pegi masuk pub dolu-dolu ~ Kira sifat semula jadilah nak cuba benda-benda baru...

NurAtiza-
cerr teka dia guna minyak wangi apa? hik3

kak Ida-
membersihkan diri tu sama waktu dngan cuci mukakan? keh3... SH gerenti tangkap cintan. Minn Alia tu boleh tahan comel jugak~ dh la perangai aci belasah x ingat dunia...

Anonymous-
thanks awak :) insyaALLAH akan dismbung...

Anonymous

haha..kelakar la..
sambung lagi

MissxYana

kantoii la mnyak wangi tuh.. dia pakai mnyak wangi apa rin?
nak beli la,,:P

aisyah

Minn...minn....x gaya kuli dh ni