CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 8, 2012

Lelaki Versi Dia 50 (is teaser)






“Tak kisah. Win okey je. Tapi Win nak tanya, ada benda lain lagi ke yang Win tak tahu pasal abang? Yelah abangkan hidup kat luar negara bertahun-tahun...” ayat aku terhenti. Aku lontarkan pandangan ke arah dia untuk menanti jawapan tapi Wan tak jawab apa-apa.
“Jom sayang...” Dia buka pintu kereta. Aku terpinga-pinga.
“You are not answering my question?” Aku tarik tangan dia bila dia nak melangkah keluar. Wan Aakif toleh ke wajahku. Sedetik, dia tarik tangan dia semula.
Aku terpaku.
“It’s not important sayang. Come... Kita kejar masa.” Wan jawab selamba sedangkan hati aku saat ini telah menanti masa untuk retak. Jiwaku terumbang-ambing kerana dimamah perasaan curiga. Bagaimana untuk aku merasakan bahagia sedangkan Wan Aakif Akmani saat ini sangat jauh dari diriku, langsung tidak kukenali berbanding Wan Aakif yang dulu?
"You're hiding something, dont you?" aku soal dalam perasaan kalut.
Kalut melihat reaksi dingin Wan Aakif Akmani. Kalut juga kerana lelaki ini sudah pun bergelar suami aku dan dia masih mempunyai sisi yang tidak pernah aku lihat selama ini. Melihat mata beku Wan Aakif terpanah pada mataku, aku tahu dia tetap kekal ingin merahsiakan segala-galanya yang pernah berlaku dalam hidupnya.

"Wan, I told you before, selagi awak ada rahsia daripada saya, saya tak boleh percayakan awak seratus peratus..." ucapku bersadur sindiran. Dia memandang wajah aku tajam sebelum mengukir senyuman tipis di bibirnya.
"Stop it Arwin Raisha. Its sound funny you called me- Wan. Dah jangan fikir banyak sangat, abang tak nak Win fikir yang bukan-bukan..." dia cakap selamba aje seperti saat ini dia dan aku sedang berbahagia walaupun hakikatnya aku tertekan hidup disampingnya. Tertekan dengan sikap misteri dia tu!
"Abang sembunyikan sesuatu dari Win, tapi abang tak nak cakap sekarang. It's ok. Tapi kalau Win dapat tahu daripada mulut orang lain dan Win dapat tahu abang had someone else back then..." aku putuskan kata. "You'll never see me again!" ucapku senafas dengan rasa sebak. Air mata tinggal hendak mengalir ke pipi saja melihat dia tiba-tiba mencengkam bahuku kuat.
"If you try to run away from me, you should do it before everything happens, Win. Jangan cabar kesabaran abang, sabar abang ada hadnya. Abang suami dan Win patut percayakan abang!"
"Tapi abang tak ada kata putusnya! Bagaimana Win hendak percayakan abang bila Win tak tahu satu benda pun pasal abang?!" suaraku bergetar di hujung kata. "You don't even love me why must I trust you? Why?" dadaku berombak menahan gelora yang mula memukul jiwaku.
Aku tentang renungan mata Wan Aakif walaupun inilah kali pertama aku melihat dia memberikan renungan yang membuahkan rasa takut pada diriku. Dan inilah kali pertama sejak aku bergelar isterinya, air mata tumpah ke pipi. Aku nak dia faham apa yang aku rasa, apa yang aku perlu tahu... Tetapi dia semakin menjauhkan diri. Salahkah aku untuk meminta dikasihi seikhlas hati oleh seorang suami?
"Degil sangat Win ni..." dia mengeluh seraya melepaskan tangannya di bahuku.
Aku teresak mendengar jawapannya. Tiba-tiba rasa marah menguasai diriku.
"You don't even love me..."
Aku terus mengorak langkah memasuki perkarangan rumah. Air mata jatuh berderai ke pipi tidak aku pedulikan walaupun aku tahu di rumah nanti aku bakal berjumpa dengan mama dan abang-abang iparku yang lain. Hati aku ni dah rosak.
Melarat kerana perangai Wan Aakif Akmani.







-Informasi : Kelab BJB akan mengadakan contest untuk review novel Biar Cinta Bertaburan karya Yusnida Tajudin (Kaki Novel). Untuk makluman, hadiahnya ialah BAKAL novel Lelaki Versi Dia (bakal je, jadinya tak tahu). Kalau dah baca Biar Cinta Bertaburan, bolehlah jenguk syarat-syarat pertandingan review novel BCB di bawah seliaan kelab Biar Jemari Berbicara. Terima kasih. :)



5 Komen untuk Cik Rin:

Yin Areesa

Argh..teaser???
rasa nak mencubit kian kuat!

kak ida

alahai..lama lagi ke..nak keluaq novel ni..rasa macam lambat giler..nanti war warkan kat kita org..akak nak book dulu lah ngan Aireen..ek..apa apa pun tahniah krn karya adik akan diterbitkan untuk tatapan kita nanti..

Ruunna Qizbal

best la nvl ni... :)

Sal

Best!pasti akan msk list nvl ni..
Tahniah dik Rinsya..

Unknown

Bab 17 takde ke? Saya tahu novel ni dah keluar kat pasaran tapi saya takdapat beli sebab mommy saya tak kasi. Tapi saya memang suka sangat2 novel ni and saya harap saya dapat baca sampai habis. But, saya dah cari dah kat mana saya boleh baca secara online and yang saya dapat semua takda full bab. Sedihnyaa :'(