CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 8, 2013

Bitterness In You Bab 7


Bab 7

AKU rasa Abang Afeeq dah banyak berubah. Dia dah tak macam dulu lagi. Bila keluar berjalan dengannya aku tak rasa yang aku tengah keluar dengan Abang Afeeq sebab dia layan aku dengan baik sekali. Ke selama ni aku tak sedar perangai Afeeq Khalish memang begitu?
Setakat ni hari-hari dia ke rumah kediaman kami sekeluarga lepas tu ajak aku tengok wayanglah, main bowlinglah, karokelah… yang penting semuanya dia sponsor. Mungkin dia tersangat free tak ada kerja sehingga membuatkan dia tersangat rajin hendak mengganggu aku saban hari sampai aku tak sempat berfikir masalah lain.
“Afeeq tak datang hari ni?” soal ma ketika aku tengah duduk bersantai di tepi kolam. Sekali pintas aku lihat wajah ma sedang khusyuk menjahit manik-manik di lengan baju pengantin.
“Datang je. Kacau Rian kat kedai tadi sambil tolong sikit-sikit.”
“Rajin pula dia tolong Rian kat kedai.” Komen ma tanpa nada. Aku jungkitkan bahu tanda turut tidak tahu angin apa yang melanda Afeeq Khalish itu.
“Adif ada contact Rian?” soal ma beralih kepada Adif. Sekali lagi aku menjungkit bahu. Ma melemparkan pandangan ke wajahku.
“Dia tak contact?” soal ma lagi meminta kepastian. Aku diam tidak menjawab.
“Kalau dia serius mesti dia contact Rian…” ma cakap sambil buat muka tengah berfikir panjang. Senyuman terukir sedikit di bibirku.
“Ma suka kat dia?” aku tanya sebab nak tahu kenapa ma beria-ia pasal lelaki seorang ni. Ma senyum kecil dan mengangkat keningnya sedikit.
“Rian tak suka?”
Wah. Jenis soalan apa ma lempar pada aku ni? Kira soalan perangkap ke apa? Aku terus pandang ke arah lain takut ma berjaya menghidu segala rentak hatiku saat ini.
“Ma kalau boleh nak dia serius dengan Rian. Ma suka budak tu. Lagi cepat nikah lagi bagus sebab Rian pun dah sesuai umur menikah.”
“Ma, tak cepat sangat ke ma fikir pasal nikah? Rian belum bersedia lagi la…” ucapku separuh menggelabah.
Dari dulu kalau nak berbincang soal hati dan perasaan malah soal nikah-kahwin ni, aku memang tak akan berbincang dengan ma. Dengan dia orang Nur pun aku segan apatah lagi dengan ma dan ayah.
“Rian malu tapi mahu ke?” usik ma sambil tersengih menampakkan barisan giginya. Aku terus menggeleng laju.
“Taklah…” aku pandang ma semula. “Cuma Rian belum sedia kahwin lagi.”
“Adif tak ajak kahwin?”
Err…
“Ma ingat dia dah ajak Rian kahwin…”
Ma ni macam tahu-tahu aje. Aku capai cawan air teh dan meneguknya lambat-lambat. “Dia ajak…” terasa seluruh sarafku jadi kaku setelah mengeluarkan kenyataan itu.
Ma memandang wajahku penuh makna. “Alhamdulillah…”
“Ma rasa dia serius ke?”
“Rian tak rasa Adif serius ke?”
Ma… rintih jiwaku yang semakin libang-libu. “Dia serius. Tapi Rian macam tak percaya sebab benda ni berlaku tiba-tiba. Terlalu cepat ma…” luahku dari sudut hati yang paling dalam. Betul sekarang aku mula tersentuh tetapi jika dikira-kira lamaran itu terlalu singkat bila dikenang pertemuan kami yang baru beberapa kali.
“Rian tak yakin pada Adif?”
“Err…” aku pandang wajah ma sekilas. Ma ketawa kecil. “Rian nak dia tapi Rian tak yakin pada dia ke?” ma mengusik lagi.
“Ma ni… Janganlah cakap macam tu. Rian belum lagi terdesak sampai nak sangat kat dia tu.” Rungutanku tergetus jua tatkala hati tersentuh kecil. Rian nak dia tapi rian tak yakin pada dia? Kut pun tak ada ayat lain tapi dengar ayat macam tu terasa aku tersangatlah desperate mahukan Adif. Dengarlah ma, walaupun anak ma ni pemalu dan agak kurang bersosial tapi taklah sampai langsung tak laku di pasaran…
“Ma tak cakap Rian terdesak…” uji ma dengan tawa yang semakin berentak. Aku memuncungkan bibir tanda berjauh hati.
“Sekarang ni anak ma siapa? Rian ke Adif cuba cakap!”
“La, ma usik sikit pun dah merajuk? Rian… Rian… Tapi ma cakap kat Rian, ma suka kat Adif. Kalau Rian dan Adif menikah awal pun ma tak ada bantahan. Lagi ma suka sebab ma tengok Adif tu lelaki yang bertanggungjawab untuk anak ma. Lelaki kalau sudah bersungguh-sungguh tandanya dia serius. Ma terus teringat ayah Rian bila tengok Ahmad Adif… Dia orang sebiji je. Dulu ayah Rian pun workholic tapi bila jumpa ma dia punya kerja entah terbang ke mana, ma la orang yang paling dia puja…” ma cakap sambil tersenyum lebar.
Sedikit sebanyak perasaanku jadi lega. Oh, itu sebabnya ma beria-ia nak kan aku dengan Ahmad Adif. Ingatkan dia sudah dapat menghidu perasaanku… Tapi betul ke Adif mirip ayah? Kenapa selama ini aku tidak pernah perasan?


ADA orang tu diberi cuti tapi dia cuti lebih daripada hari yang ditetapkan. Hendak dimarah tapi kasihan.  Aku tak pasti apa masalah si Khairi ni. Mengeluh sekejap sebab tak pernah aku kerja sorang-sorang macam ni. Kak Ha pun ma dah ambil balik untuk tolong kat butik baru sebab kat sana lagi banyak pelanggan.
“Apasal tayang muka 14 sen?”
Aku terperanjat dengan teguran itu. Cepat-cepat menoleh ke belakang apabila aje bahuku menjadi sasaran tepukan insan bertuah seperti Afeeq Khalish.
“Tak reti bagi salam ke?” soalku geram. Abang Afeeq tersengih lebar seperti tidak memahami gelodak hatiku yang tengah berapi saat ini.
“Garangnya. Marah siapa ni?” Abang Afeeq berlalu menjauhiku dan selamba mengambil tempat dudukku di kaunter pembayaran. Tangannya disilang ke belakang kepala lagak seperti bos besar.
“Marah Abang Afeeq la! Orang tengah elok-elok kemas stok dia pergi kejutkan pulak,” marahku walaupun suara sudah mula jatuh rendah. Abang Afeeq mengangkat keningnya seraya tersenyum kecil.
“Sebelum Abang Afeeq kejutkan Rian, Rian dah buat muka tau? Jangan tipulah…”
“Hah, pandai-pandai aje Abang Afeeq buat kesimpulan. Rian okey mana ada marah kat sesiapa.”
“Rian ni sejak Abang Afeeq balik dari oversea, kuat marah-marah ye? Sejak bila Rian jadi pemarah cuba cerita pada abang.”
Aku tercebik kecil melihat Abang Afeeq seperti cuba menyebarkan aura mengayat dia tu. Bukan tak tahu pakwe seperti Abang Afeeq bergantung handsome dengan kaya dia lepastu boleh menebar sayap merata-rata bagai dunia dia yang punya, tapi dia tunjuk sikap romeo di depan aku agak-agak kalau aku dirakam bagi dengan mak bapak dia boleh dibuang ke Kemboja tak ye?
“Abang Afeeq balik dari luar negara perangai semakin hampeh dan miang agak-agak kenapa ya?” soalku tanpa riak. Pecah tawa Abang Afeeq memenuhi satu ruangan kedai ini. Lama dia tertawa sehingga membuahkan senyuman kecil di hatiku.
“Rian nampak Abang Afeeq miang ke?”
“Lebih kuranglah…” jawabku memalingkan muka untuk menghadap semula patung yang tengah aku kemaskan saat ini.
“Abang Afeeq miang kat Rian sorang je…” dia cakap dengan nada rendah.
“Ha?” aku membulatkan mata kembali memandang wajah Abang Afeeq dengan renungan tidak percaya.
“Yelah, Abang Afeeq kan belum ada buah hati jadi pinjam kasih Rian Aulia tak boleh ke?” dia menuju ke arahku lalu meletakkan dagunya ke bahuku tiba-tiba. Aku terkejut dan spontan menolak tubuh Abang Afeeq. Okey, ini gila! Gila pun tak macam ni!
Mendengar tawa Abang Afeeq untuk kali kedua tidak bisa menghilangkan gusar di hatiku. Aku memandang wajah Abang Afeeq penuh tanda tanya. Kenapa mesti dia lakukan benda-benda macam ni pada aku? Kenapa selalu sangat dia ke kedai aku sejak akhir-akhir ini? Dia nak try test market dia kat aku ke apa? Tolonglah tolong jangan bermain api denganku sebab aku betul-betul tak boleh nak terima Abang Afeeq yang macam ni!
“Abang gurau je la…” serentak itu dia mencubit pipiku kedua-dua belah sehingga menyebabkan aku menepis tangannya kuat.
Abang dah? Hilang mana Afeeq nya? Kalau dia suruh aku panggil dia abang je memang kelautlah jawabnya. Malam ni juga aku buat report kat Auntie Meera!
“Abang Afeeq dah gila ke?!” aku terjerit nyaring memarahi dirinya yang lepas laku.
“Assalamualaikum…”
Aku dan Abang Afeeq menoleh serentak ke pintu utama kedai. Saat itu aku rasa nak buat-buat pengsan terus sebab muka Adif walaupun bersahaja, bukankan jatuh saham bila aku nampak mesra dengan lelaki lain? Merah wajahku menahan amarah dan malu yang menjadi satu.
“Mengganggu ke?” soal Adif melihat kami terpaku tanpa menjawab salamnya. Abang Afeeq menggaru kepala sebelum memandang wajahku.
“Kenalan ke?” soal Abang Afeeq. Aku tunduk aje tak ada hati nak menjawab.
“Saya pergi dulu. Rian nanti saya mesej awak.” Adif cakap sebelum merenung tepat ke wajah Abang Afeeq. Abang Afeeq diam aje seolah-olah hilang dari realiti.
Melihat Adif sudah pergi, Abang Afeeq memandang wajahku dalam-dalam.
“Pakwe?” teka Abang Afeeq. Aku diam aje sambil berpura-pura sibuk dengan kerjaku.
“Pakwe ke peminat?” tanya Abang Afeeq lagi mencerlung ke wajahku.
“Bukanlah. Dah la Abang Afeeq pergi balik jangan kacau Rian lagi…”
“Rian tak suka Abang Afeeq datang?” dia bertanya seolah-olah tersinggung dengan apa yang telah aku katakan.
“Bukan tak suka, mood Rian tak best la hari ni. Esok-esok kalau Abang Afeeq datang kita keluarlah sama-sama. Tapi hari ni Rian nak duduk sorang-sorang,” ucapku cuba mengambil hatinya.
“Kalau tak suka cakap je Rian, Abang Afeeq pergi sekarang juga.”
Dan tiba-tiba aje Abang Afeeq keluar dari kedai tanpa memandang aku lagi. Keluhan terlepas dari bibirku. Bukan kerana Abang Afeeq yang merajuk setelah berkali-kali aku beri layanan buruk, tapi fikiranku lebih jatuh kepada Adif. Adif tadi menyaksikan apa yang terjadi antara kami, dia tak marah ke? Paling tak pun cemburu takkan langsung tak ada?
Aku menggigit bibir sendiri. Jangan nak perasan sangatlah Rian, dia melamar bukan bermakna dia jatuh cinta.
Selepas waktu tengah hari aku semak telefon, terdapat satu mesej daripada Adif.
I’m here.
Bila aku semak masa dan tarikh dihantar, sahlah sebelum pukul 11 tadi. Maknanya sebelum dia singgah kat butik ni tadi. Dan maknanya juga, aku kena menyesal sebab tak tengok telefon bimbit pagi tadi. Yang pasti malam itu aku jadi gelisah merenung mesej yang dihantar oleh Adif berkali-kali.