CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 7, 2012

Kuli Rumah Untuk Dia 8


BAB 8

KELAJUAN kereta 20 km/jam membuat Minn Alia kebosanan. Jammed gila kawasan ni! Tak pasal-pasal dia rasa mengantuk. Bukan salah Minn kalau dia nak tidur sehari suntuk sebab bila dia uzur aje, badan cepat terasa letih dan matanya cenderung terbayang bentuk fizikal katil 24 jam.

Mata ditalakan ke jalan raya sambil mulutnya menguap kecil. Sesekali Minn menggeliat untuk mengurangkan penat yang menguasai tubuh. Ni kira Kak Nur lagi sihat sebab Kak Nur tak pernah nampak letih walaupun umur Kak Nur menjejak angka 55. Hari tu Minn tanya Kak Nur berapa umur orang tua tu, sikit lagi Minn tak percaya sebab Kak Nur tak nampak macam perempuan umur 55. Masih nampak manis dan comel. Hihihi!

Minn sandar tubuh dan matanya di bulatkan sedikit. Tahan mengantuk. Nasib baik duduk kat kerusi belakang, taklah rasa segan nak buat apa-apa sebab Syakirul Hafiz pun nampak fokus bila memandu. Minn toleh ke arah Syakirul Hafiz melalui cermin pandang belakang. Lelaki itu sikit pun tak nak bercakap.

Minn juih bibir. Hailaa... Orang guna cermin mata hitam, tak taulah dia tengah tengok jalan ke tengok tempat lain ke...

Mata dipejam dan akhirnya Minn Alia tertidur tak sedar apa-apa.



“SREEETTTTT!!!”

Bupp!

Minn Alia terbongkang di kerusi penumpang.

Cepat-cepat dia betulkan duduk sambil mata terkebil-kebil terkejut. Jantung dah macam nak terlompat keluar. Eksiden ke?

“Dah bangun?” suara sinis milik Syakirul Hafiz membuat Minn Alia jadi tersentak.

Sekali pintas wajah Syakirul di pandang melalui cermin pandang belakang. Oh, rupa-rupanya lampu merah! Tapi sampaila nak buat brek kecemasan kan? Minn ketap bibir.

“Dah nak sampai ke encik?” soal Minn Alia mematikan kebisuan. Syakirul Hafiz membuka cermin mata hitamnya dari mata.

Dia pandang Minn Alia sebelum meneruskan pemanduannya. Bukan Minn yang nak duduk belakang tapi Syakirul yang beria suruh dia duduk kat belakang. Dia kata, tak ada hati nak duduk bersebelahan dengan kuli rumah. Kurang ajar je gaya. Macamlah kuli rumah bukan manusia, kan? Lain kali Minn Alia nak bawa Minah, PR babah pergi jalan-jalan. Sekali-sekala nak buat hati Minah yang dah kerja dekat 10 tahun kat rumah babah tu hepi. Taklah macam katak duduk bawah tempurung, asyik duduk dalam rumah aje. Keluar pun sebab nak beli barang dapur. Kesian...

“Tak tau.”

Yeuwww... Kerek!

Minn Alia sengetkan mulut. Tak boleh ke jawab, sikit lagi dah nak sampai atau jauh lagi nak sampai ni.... Tapi dia jawab; Tak tau! Tu je? Ni apa kes macam orang tak puas hati pada aku sejak dari pagi tadi? Aku ada buat salah lagi ke? desis hati Minn.

Tak sampai 10 minit, mereka berdua tiba di destinasi. Ketar lutut Minn tengok suasana yang agak sesak tu.

Bila keluar je, mulut ternganga luas. Hampir-hampir mata jadi juling sebab bau yang menyerbu ke hidung amat-amat-amat sadis.

Mata Minn tertala kepada suasana sesak di sebelah kiri. Tapi rata-rata tempat ni memang busy gila dengan penjual-penjual berteriak tanpa sebab. Tanpa sebab? Dorang nak jual ikanlah Minn...

“Ikan! Ikan! Sekilo lima ringgit!!”

Nak jual ikan pun kena buat pengumuman ke? Minn Alia naik hairan.

Rileks Minn... Rileks... Macamlah tak pernah tengok suasana meriah begini. Dalam tv tu ada je cerita orang pergi pasar ikan. Tapi tu pun dia tengok-tengok je, tak sampai lima minit tv ditukar channel sebab dunia Minn Alia tak pernah nak jejak kaki ke pasar. Kalau cerita tu melibatkan princess-prince bolehlah sikit dia nak layan.

“Nak berdiri kat sini sampai bila? Jom cepat. Lagi cepat beli lagi cepat kita balik...” tegur Syakirul Hafiz.

“Marah-marah je dari tadi. Encik ni dah kena andropaus ke?”

Terangkat kening Syakirul Hafiz. Apa ke benda istilah yang disebut oleh Syaminah? Dahlah dari tadi asyik tidur. Dibiarkan Syakirul sorang-sorang memandu macam pakcik drebar dia. Sengaja Syakirul tekan brake masa lampu merah tadi, biar padan muka Syaminah. Hampir-hampir tawanya pecah melihat muka kelat Syaminah sebab dahinya sudah menghentam tempat duduk depan sewaktu Syakirul tekan brake kecemasan.

“Apa andropaus tu?”

“Encik tak tau?” Minn Alia tahan gelak. Apakah? Kata anak tengku, belajar tinggi-tinggi... Andropaus yang gelemer punya sikit tu pun Syakirul tak tau! Melihat Syakirul geleng kepala, lagilah Minn Alia geli hati.

“Andropaus tu sejenis penyakit yang mana spesies paus jantan tak mampu lagi nak mengawan. Okey babai!” seperti lipas kudung Minn Alia melarikan diri.

Biji mata Syakirul Hafiz terjegil. Ada ke patut samakan aku dengan ikan paus yang dah nak menopaus?

Syakirul melangkah mencari kelibatan Minn Alia. Dah la kecik, lari laju pula tu. Kata umur nak dekat 30 tapi perangai kalah kanak-kanak tadika. Minah... Minah... Syakirul geleng kepala.

“Encik! Sini!”

Syakirul toleh ke kiri. Minn Alia tengah lambai-lambai dia di depan gerai ikan.

“Apa dia?” soal Syakirul setelah berdiri bersebelahan dengan Minn Alia.

“Cuba encik tengok ni...” dia tunjuk ikan. Syakirul kerut dahi.

“Ini mata...” komen Minn Alia mengurut-ngurut dagu dengan tangan kiri seolah-olah berfikir. Tangan kanan tunjuk mata ikan yang berwarna agak kemerah-merahan di depannya. Terbeliak je mata ikan tu. Entah-entah dia mati tak rela.

Syakirul Hafiz senyum sumbing. Mata aje pun... Semua orang tau ni mata ikan... Apeda....

“Ini hidungnya!” Syakirul Hafiz confident je tunjuk muncung ikan atas sikit dari mulut.

Minn Alia tersengih kelat. Ni hidung? “Excuse me saieerrr... Ikan ada hidung ke?” kening ditautkan. Syakirul dah mula tunjuk muka tak puas hati. “Awak tak percaya? Awak tak nampak ke ini hidung dia?” tangan Syakirul dah sentuh hidung ikan tu.

Minn Alia garu kepala. Biar betul ni hidung? “I guess this is not hidung... lubang untuk bernafas kut?”

Syakirul tercengang.

“Hah? Apa beza lubang dan hidung? Awak ni Minah. Dah-dah diam. Beli je ikan tu tak payah nak bertekak dengan saya pagi-pagi macam ni...” rungut Syakirul. Minn Alia julingkan mata. Dia yang ajak bergaduh, aku pulak kena diam...

"Ikan bawal yang mana satu?" bisik Minn Alia kepada Syakirul Hafiz.

"Agak-agaklah... Saya mana pernah pergi pasar.”

“Saya pun tak tau...” Minn Alia keluh kecil sambil baca semula listing yang Kak Nur kasi.

“Awak tu ada benda ke yang awak tau? Awak ada contoh tak?"

“Contoh?”

“Contoh ikan tu...”

Gila hape? Takkan nak beli ikan pun kena bawak contoh?

"Eleh, cakap je encik tak tahu..." Minn Alia lemparkan senyuman sinis. Dari tadi kutuk orang tak tau, walhal dia sendiri tak tahu jugak. Heh!

Syakirul Hafiz pula ketap bibir tahan geram.

Hatinya terusik apabila Minn Alia seakan-akan memperkecil kepandaiannya. Helo... Ini SH la. Walaupun sekadar lulusan universiti cetakan Malaysia, tapi dia merupakan salah seorang anak muda yang digeruni oleh banyak pengusaha di Kuala Lumpur. Lagi-lagi dalam bidang perhotelan.

"Yang awak tu, betul ke dah lama jadi pembantu rumah? Tengok gaya satu kerja pun tak reti buat. Jenis ikan pun tak tahu!" matanya mencerun ke muka Minn Alia.

Minn Alia tunjuk muka tak ada perasaan. Dia berjalan mendekati penjual ikan sambil tersenyum lebar.

"Boleh saya tahu yang mana satu ikan bawal?" soalnya penuh sopan. Nak dikira inilah kali pertama dia memecah duli-duli keluarga Tan Sri Ridhuan menjejak kaki ke pasar ikan yang baunya sumpah hanyir tak terkata!

"Ha?" penjual ikan itu tercengang. Ikan bawal pun tak tahu? Biar betul? Muka selekeh tang orang kampung tapi ikan bawal yang glemer tu tak tahu?

"Ikan bawal yang ni ke?" Minn Alia tunjuk ikan pari dengan penuh confident. Syakirul Hafiz jatuh rahang.

Sebabnya ikan pari lebih glemer dari ikan bawal dan dia cukup-cukup kamceng dengan ikan berkepala lebar tersebut. Dalam tv tu banyak cerita pasal ikan pari... Takkan PR abah satu ikan pun dia tak kenal?!

Dia tilik muka Minn Alia. Minn tak sedar mata Syakirul Hafiz jatuh ke wajahnya lama sebab dia sibuk gelak sana-sini bila penjual ikan tunjuk rupa ikan bawal. Syakirul Hafiz dah mula goyah. Dalam hati sibuk berteka-teki. Sure ke Syaminah ni umur 30 tahun dan sudah LA-MA berkecimpung dalam dunia kepembantuan rumah seperti yang diwar-warkan oleh abah dalam resume Syaminah Kadir?

Kalau betul, kenapa dia lihat Syaminah dari sudut lain. Hati dia begitu kuat menyatakan Syaminah tidak pernah bekerja sebagai pembantu rumah sebelum ini.

"Encik nak lama lagi ke duduk kat sini? Saya nak pergi tempat lain pulak..." suara Minn Alia memecah lamunannya. Syakirul Hafiz diam tanpa kata.

"Minah, jawab betul-betul. Awak guna wangian jenama apa?" Syakirul Hafiz tanya dengan nada serius. Minn Alia tercengang.

"Wangian?"

“Bau awak ni, bau orang kaya.”

Minn Alia gelabah. Dia terkebil-kebil sendirian. Takkan cepat sangat kut Syak dapat kesan siapa dia yang sebenar? Tak sampai sebulan pun dia kerja bawah Tengku Arshad... ada tiga bulan lebih lagi!

“Ni... Saya kutip dari tong sampah depan rumah majikan saya yang dulu... Cik tu selalu buang minyak wangi dia walaupun baru setengah je habis... Saya ni tak suka membazir... Err. Sebab tu saya kutip. Nama minyak wangi ni, Pure Poison. Encik nak cuba? Ada kat rumah!”

Cik majikan yang dia maksudkan tu sebenarnya dia sendiri. Siapa lagi yang hantu minyak wangi selain dia tapi baru separuh guna Minn Alia dah buang dalam basket sampah. Sebabnya dia nak guna duit pa & ma sebaik mungkin. Beli koleksi minyak-minyak wangi terbaharu tapi yang paling dia suka, Pure Poison. Sesuai dengan perwatakan Minn Alia sebelum bekerja sebagai pembantu rumah sebab dulukan dia hot stuff. Pergi mana-mana je mata lelaki jatuh pada muka dan badan dia. Nasiblah kan? Masa tu mana ingat dosa pahala sebab yang penting dia famous. Kalah model-model antarabangsa.

“Habis apasal orang gaji macam awak tak tau mana satu ikan bawal?” mata Syakirul mencerun. Masih lagi curiga.

“Sebenarnya dekat kampung saya nama ikan ni... Dudu... Ha... Dudu! Tu yang saya tak kenal bila baca Kak Nur tulis ikan bawal.. He he...” Minn Alia sengih. Dalam hati dah cemas tahap gaban. Harap-harap tuan muda tak soal lebih-lebih lagi sebab otak dia dah jammed tak tau nak jawab apa dah.

“Dahlah... Jom pergi.”

Syakirul melangkah meninggalkan Minn Alia menuju ke keretanya. Minn Alia hembus nafas lega. Hikkss! Seriusnya muka tuan muda... Hampir tercabut jantung Minn Alia tadi. Tapi kenapa Syakirul nak tanya soalan pelik-pelik macam tu?

Sewaktu berjalan melalui penjual ikan yang menjual ikan bawal tadi, sempat penjual ikan tu hadiahkan senyuman kat Minn Alia. Minn Alia sekadar jeling tak sambut pun senyuman orang tu.

Sebenarnya dia tak selesa guna selipar Jepun berjalan di public figure. Dia bekukan muka pun bukan sebab apa. Depan Syakirul Hafiz bolehlah dia berlagak bodoh, tapi nak berlagak bodoh di depan orang lain, terasa tak berbaloi dengan usaha.

13 Komen untuk Cik Rin:

Bellaameera

Well... I LOVE IT.... Nama ikan Dudu... Pepandai jer main hentam keromoh.... Pandai betullah si Min Alia nyeh..... Nasib baik ada idea nak menjawab soalan2 cepumas SH..... Tak sabar rasanya nak tau who's the first person that will find out dya punya secret...

Bellaameera

Well... I LOVE IT.... Nama ikan Dudu... Pepandai jer main hentam keromoh.... Pandai betullah si Min Alia nyeh..... Nasib baik ada idea nak menjawab soalan2 cepumas SH..... Tak sabar rasanya nak tau who's the first person that will find out dya punya secret...

Anonymous

ok name ikan bawal kt kg dudu..adoii la minn..x bleh bla tul la..
okeh SH sila siast sehabis baik k..
so hati tu takde la na pelik2 je kat syaminah tu..
minn ngan fishmonger pun na menyombong ke..ok now i do believe mmg kaki riak dia nih..haha..ta sedr diri tu bukan minn alia y fames p syaminah y reckless..hoho..

~adda~

Cik Hani

hahahaha hampir nak terkantoii ;)

Anonymous

Pepandai je Minn Alia hentam keromo nma ikan bawal nihh. Akk Rinsya Ryc novel ni novel online ke? Tumpang tnya sis ^__^

NurAtiZa

SH dah syak macam dah tu...hehehe

RinsyaRyc

Bellaameera -

Ikan dudu pun boleh... Yg SH tu pun terima aje jawapan dngan pasrah terasa nak kutuk dia kurang cerdik. kekeke...


Adda-

adoii _._ bila awak ckp gitu lagi la lawak~ hahaha. ye kat kampung tite nama ikan bawal nama dia ikan dudu.
SH hormon bertukar... dia still confuse lagi ni. hahaha~
Minn biasala, perasan dia kaya sangat, pakwe jual ikan pun dia nak kerek.
Lev your komen dear! ^^

Cik hani -

SH ada insticnt tiger. Dia dpt cium kepelikan makcik M.A , hahaha!

Anonymous-
Novel on9 ^^ hihihi...

NurAtiza -
SH lembab sikit. don't worry. :@

Anonymous

hahahaha..kelakaq giler lah ..best sesangat...

che`leen

bagus btul si mina, tak tau tanyalah kan..?
`di public figure`? mesti maksudnya tempat awam kan...

tp `public figure` biasanya merujuk kpd seseorg yg dikenali atau terkenal mcm celebrity..

PuAn yATi

adoiyai rin nye ayat2 sume xleh blah tol... beli ikn nk kene bwk cth???

kat sini, ikn dudu@ketutu tu ikan pari yg saiz kecik2, besar tapak tgn..

jwpn2 yg sgt bernas..#ke, level IQ MA dgn SH sama jer?? sorang terer kelentong, sorang terer wt soklan jerangkap samar..

best laa dear! ohsem tau..

StunningUmi

Hahaha ... Seriously la cite ni mmg lawak giler!.. blh gelak ngekek2 sorang2 dlm bilik.

Unknown

X sabar nak tau sape yg dapat tau identiti minn...

Anonymous

Aku gelak bagai nk rak bca ceta ni. Suka sgt la cra pengelolaan ayt n kdan..hahaha lucu tahap gaban.