CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 26, 2012

My Iron Girl, Romantiknya! Part 3




Part 3: Hi!









“KEREK gila minah tu!” Suara Adif disambut gelak mereka berempat. Siap tunjuk penumbuk. Hish. Adif geleng-geleng kepala.

“Ben, kau kenal ke tak dia?” Tanya Harris menolak bahu Naqiuddin. Naqiuddin terus angkat bahu.

“Aku? Kenal dia? Wei, taste aku high class la...” Balas Naqiuddin mendabik dada. Masing-masing tercebik mendengar kata-kata Naqiuddin.

“Kalau betullah kau jantan, aku cabar kau tackle minah tu!” Adam angkat-angkat kening kepada rakan-rakan yang lain.

Adif petik jari. “Good idea!”

Naqiuddin tercengang-cengang. Mampus la! Gerenti failed punya kalau nak mengorat minah ganas macam si Dhia .... Dhia Wardina! Haish... Kawan-kawan dia tak tahu kes Dhia Wardina simbah muka Naqiuddin guna teh tarik kat kedai mamak. Kalau tahu, confirm jadi bahan ketawa. Ye lah mamat hottotot macam dia, kena simbah dengan teh tarik? Wow... Naqiuddin geleng kepala laju-laju.

“Weyh, kau orang biar betul? Kita genglah! Apesal kau orang nak kenakan aku pulak?” Tanya Naqiuddin kerut dahi. Inilah yang dinamakan, takde kerja mencari naya.

“Kalau kau jantan, kita orang nak tengok kau bawa minah kerek tu sempena sambutan hari jadi mak aku.” Cabar Harris. Naqiuddin terbeliak.

“Aku tak naklah! Gila ah kau orang. Kau ingat dia tu anak kucing ke sampai nak buat pertaruhan? Tak naklah! Kalau suka tu, biar datang dari hati. Sat kalau aku tackle dia lepas tu dia sangkut, tak ke naya? Kau nak bertanggungjawab??” Tanya Naqiuddin memandang tepat ke arah Adam.

Adam tersengih sambil geleng-geleng kepala. Walawei, minah kerek macam tu? Mampus la aku kalau terpaksa bertanggungjawab kat dia... Bagi free pun dia tak hingin. Taste dia tu macam Tania. Lemah lembut, sopan santun, sedappp mata memandang...

“Alah, aku fikir dapatlah kita tengok pertunjukkan hebat masa kini. Tapi Ben tak naklah pulak. Mana la tau, tiba-tiba Ben dengan minah tu tersangkut betul-betul... Mesti syok...” Harris buat muka kecewa.

“A’oh. Nak tengok juga kehebatan Ben mengorat ye dak?” Adif ikut mengeluh.

Naqiuddin pejam celik pejam celik mata. Tak tahu nak cakap apa. Kalau perempuan lain, kut la dia sanggup. Tapi ini minah Dhia Wardina yang ganas semacam tu? Aku masih nak hidup lama-lama.





HADIRA duduk di atas meja bilik kuliah dengan lagak gangster abad ini.

“Kau orang nak tahu?” Tanya Hadira memandang satu persatu wajah di hadapannya. Lima orang itu terangguk-angguk cemas. Nak tahu apa?

“Madam Anne suruh aku jadi watak utama dalam pementasan drama dia...” Hadira tersengih lebar sambil menggosok-gosok hidung dia. Bangga tak ingat.

Lima orang itu ternganga tak percaya.

“Kau? Jadi hero ke heroin?” Tanya Sharron kuat. Hadira memandang wajah Sharron dengan mata yang terbeliak.

“Heroin la bongok!” Hadira sekeh bahu Sharron. Nak sekeh kepala tapi rasa macam tak elok pula main-main kepala orang. Bapak aku kata kurang ajar.

“Biar betik Dee... Kau nak kencing kita orang hidup-hidup ke?” Tanya Tia kerut kening.

Bukan boleh percaya si Hadira ni. Hari tu dia pernah kena tipu hidup-hidup. Kononnya Hadira nak buka bisnes butik sendiri. Keayuan gitu. Heh. Dia juga yang bodoh percaya dengan Hadira. Kerja paling sesuai untuk Hadira ialah angkat batu-bata kat tempat pembangunan belakang universiti. Ha, yang itu memang tak syak lagi sebab Tia pernah nampak Hadira buat kerja part time simen menyimen rumah baru jiran baru Hadira sendiri.

“Tia, kau tengok muka aku ni macam muka tengah menipu ke?” Tanya Hadira membulat mata. Tia mencebik. Macam boleh pakai muka Hadira tu... Berlakon je lebih.

Shima terkebil-kebil menonton lagak Tia. Banyak-banyak orang, Tia aje paling berani dengan Hadira. Yang lain semua jadi tikus mondok bila berhadapan dengan Hadira. Takut lebih. Lagi satu, Hadira tak pernah nak jentik Tia walaupun mulut Tia longkang nak mampus menjawab kata-kata Hadira. Kalau orang lain, dah kena sekeh, kena pijak pun ada. Paling seriau bila Hadira baling buku Hubungan Etnik yang berat sekilo kat dalam bilik kuliah kepada Tiara sebab cuba bermain mata dan mengorat BEKAS pakwe Tia, si Izlan tu. Nasiblah jugak Tiara sempat mengelak.

“Kau terima ke?” Tanya Wawa tiba-tiba.

“Terima apa?” Mata Hadira jatuh kepada Wawa.

“Madam Anne, jadi heroin?”

“Bukan Madam Anne la yang jadi heroin. Tapi aku!” Ucap Hadira laju-laju. Haish. Bengap juga kawan-kawan dia ni.

“Of course la kau. Kau terima ke tak?” Tia menyampuk. Hadira memuncungkan bibir. Terima tak? Tak terima? Terima tak?

“Entah. Aku belum fikir lagi. Aku rasa aku nak tengok siapa hero dia dulu.”

“Apa tajuk drama tu?” Sharron excited.

“Jeng.. Jeng.. Jeng..” Hadira tersengih-sengih lebar.

“Cepatlah!” Tia dah mula buat muka bosan.

“Puteri.... Duyung!” Hadira julang tangan ke atas. Masing-masing berpandangan.

Bhahahaha...

Satu bilik kuliah dipenuhi hilai tawa lima orang kawan-kawan Hadira. Biar betul puteri duyung? Jammed rasa otak sebab imagine si Hadira jadi duyung.

Ini bukan group study dah...




IZLAN tergopoh-gapah mengejar langkah Hadira.

“Dee!” Panggil Izlan kuat. Hadira menoleh. Terpandang aje muka Izlan, dia dah kepal penumbuk.

“Dee, kau dah salah faham hari tu.” Ucap Izlan termengah-mengah di hadapan Hadira. Hadira buka mata besar-besar.

“Apa yang salah, apa yang faham? Cakap!” Tempelak Hadira. Izlan kerut-kerut dahi. Kenapa benci sangat Hadira kat dia?

“Aku putus dengan Tia sebab...”

“Sebab apa?!”

“Sebab kita orang dah macam tak ada perasaan antara satu sama lain...”

Pentipu! Tia nangis-nangis jumpa aku tau tak?” Hadira menjengil mata. Izlan tercengang-cengang. Tapi... Tia sendiri datang kat dia minta putuskan hubungan... Bukan dia yang bersalah.

“Tia sendiri kata kat aku, a love without feeling, such a rainbow without colour. Aku nak buat apa lagi kalau dia tak nak aku?” Tanya Izlan mengetap bibir. Hadira terkebil-kebil. La ya ke?

“Ah! Aku tak peduli. Kau tetap salah!” Hadira melangkah laju. Nanti kau Tia, buat malu mak bapak aku je!

“Dee...” Izlan tarik tangan Hadira. Spontan pula tangan Hadira kasi pelempang kat bahu Izlan. Izlan menyeringai kesakitan sambil memegang bahunya kuat-kuat. Kening Izlan turut bertaut menahan sakit.

Hadira terlopong tapi lepas tu dia buat selamba. Alah, sakit sikit aje tu... Mengada lebih la Izlan. Hadira terus berlari laju-laju meninggalkan Izlan sendirian.

Naqiuddin memandang dari jauh dengan wajah tak percaya. Gila la minah ni. Lelaki bukan main handsome, tinggi kacak ala-ala pramugara Air Asia boleh pula dia lempang macam tu sekali?

Dari raut wajah si hero macam hero tengah mengorat. Dari raut wajah si heroin, macam heroin tu naik angin sebab tak suka hero kacau dia. Wuishh... Nasib baik dia tak terima cabaran beruk-beruk berempat tu tengah hari tadi. Kalau tak, mesti dia turut merasa kena pelempang tangan Dhia Wardina. Alooo.. Ngerinya!

Naqiuddin garu-garu kepala sendiri.




HADIRA melompat-lompat riang masuk ke dalam bilik drama. First time woo... First time dia kena offer jadi watak utama! Glemer la lepas ni nama Dhia Hadira. Hua hua hua...

“Hadira you dah sampai? Awal juga. Good... Good... Saya suka orang yang menepati masa. Take your sit now.” Madam Anne menyambut kedatangan dia dengan wajah manis.

Hadira tersengih lebar. Wuwuw... Kena puji...

Tapi sengihan Hadira mati saat terpandang ramai student dah duduk tercongok memandang dia. Ciss! Kena perli.

Hadira ambil tempat duduk di sebelah seorang lelaki yang sibuk membaca skrip. Hadira kembali tersengih bila mata Madam Anne menyapa wajahnya.

Sorry la...’ Sempat pula Hadira bermain mata dengan Madam Anne. Madam Anne hanya mampu menggeleng-geleng kepala. Serabut sungguh si Hadira ni.

Dee, ini skrip dan baca dulu.” Madam Anne hulur kertas saiz A-4 tertulis besar kat tengah-tengah ‘Pementasan Drama Malam Muzikal’ Perghh! Hadira rasa macam kat alam fantasi.

Hadira buka dan baca satu-satu ayat.

‘Puteri duyung selamatkan putera dari kapal yang karam’.

Eh, ini macam cerita budak-budak tadika je? Hadira belek kat muka surat paling belakang.

“La! Apasal aku kena mati pula last-last??” Volume suara Hadira tinggi sikittt aje tapi satu bilik dah pandang dia. Ada yang menyambut dengan ketawa, ada yang membalas dengan rengusan, ada pula manusia-manusia dengki sempat membebel-bebel begini bunyinya, ‘perasan la jadi watak utama.’

“Kau?”

Hadira menoleh orang sebelah.

“Apa kaw kaw?” Tanya Hadira gangster.

“Perempuan hati besi??” Lelaki itu cakap macam cakap dengan diri sendiri. Hadira tunjuk muka dia.

“Hati besi?” Hadira terkebil-kebil. Sejak bila pula hati dia jadi besi?

Tiba-tiba Hadira terperanjat besar.

“La! Mamat kopi apa kau buat kat sini?!” Kali ini volume suara Hadira naik mendadak macam nak pecahkan satu bilik drama.

Madam Anne speechless. Menyesal dia pilih Hadira masuk dalam pementasan drama.















10 Komen untuk Cik Rin:

nim

next pls *ala mandur*

haha...

RinsyaRyc

nim - rileks-2 .. x laghort .. thanks komen ya ! Syg awak :) Muah <---bagi kiss sikit .

zeehan

waiting!~ :)

RinsyaRyc

zeehan - okay zeehan :') Thanks tau! ^___^

Anonymous

saya sedikit confius di sini..nama sebenarnya Dhia Hadira atau Dhia Wardina??

RinsyaRyc

Anonymous - Dhia Hadira . tapi pakwe sorg tu salah ingat ... Dia main sebut Dhia Wardina . ha ha .. Thanks ya bagi komen ~ ^_^

azmawani ibrahim

bes2...excited nak bace next entry pulak..pe la yang akan jadi nanti ye....>,<

RinsyaRyc

thanks azmawani ^__^ hi hi . tunggu ya .. tgah terlalu sibuk . uhuk ~

Anonymous

bes la.. cpt2 la smbg. he2

Syaza Nadiah

Lawak la si Hadira tu . Selamba je sikap dia . Haha . Best !