CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 19, 2012

Lelaki Versi Dia 3


BAB 3

PETANG itu aku dah bertenggek di depan rumah Auntie Zita. Bukan aku yang beria nak pergi okey... Ni semua gara-gara abang sengal aku yang tiba-tiba suruh Auntie Zita telefon sebab aku tak nak pergi. At last, aku terpaksa pergi juga. Mak aku dah bising tanya kenapa tak nak pergi walhal makan-makan doa selamat untuk cousin sendiri, bukan untuk orang lain. Tapi yang aku boleh tengok yang terpamer kat depan mata ni la, Auntie Zita macam tengah buat party. Tak mungkin orang pergi makan doa selamat sekadar pakai baju tak cukup kain tayang segala-gala jenis kulit kat depan mata. Suwei betul. Kalau aku tau, tak de aku nak datang sini. Lagi best bertenggek kat rumah tengok cerita Dragon Ball tv 9 pukul 7 petang.

“Win dah datang?” Auntie Zita bergegas mendapatkan aku dengan senyuman lebar. Akupun ikut senyum sambil menyiku Nafisa, housemate yang aku borong sekali pergi sini kononnya menambah suara untuk mengaminkan doa selamat.

“Dah auntie...” Aku dan Auntie Zita berpeluk sakan. Sampai kat Nafisa, dia salam je tu pun nak tak nak. Auntie Zita ni memang nampak kerek tapi dia baik. Orang yang baru dia nak kenal agak susah dia nak terima tapi kalau dia dah terima, dia asyik nak mengendeng kat orang tu aje. Contohnya paling senang aku la... Sampai rimas dibuatnya. Tapi dah namanya makcik sendiri aku nak mengelak buat apa? Jelas-jelas Auntie Zita tu kakak mak aku. Kadang-kadang aku pelik juga sebab mak perwatakan dia jauh berbeza dengan Auntie Zita yang segala-galanya nak up to date. Kalau nak bezakan aku dan Auntie Zita, rasanya Auntie Zita lebih cantik sebab muka dia havoc dengan make up. Untung la kan orang pandai berhias...

Housemate Win...” Aku senyum memperkenalkan Auntie Zita dan Nafisa. Nafisa buat muka comel dia tapi Auntie Zita tak layan. Rasa nak gelak pun ada.

“Come dear... Pukul 7 ni kita mula makan-makan. Sekarang ni tolong auntie ya...” Auntie Nafisa tarik tangan aku mesra. Akupun ikut langkah dia tanpa banyak soal.

“Aku cam ne?” bisik Nafisa kat belakang aku. “Ikut aje la.” Balas aku ikut berbisik. Nasib kau la Nafisa... Hari lain aku ajak kau tak nak tapi tiba-tiba hari ni kau excited nak ikut. Begini la keadaan dalam family aku. Hehehe...

Aku tolong Auntie Zita susun-susun pinggan mangkuk lap-lap sikit. Takut kotor masih ada walaupun dah disimpan dengan baik. Aku lirik ke arah Auntie Zita yang macam berminat dengan Nafisa. Kan aku dah kata, Auntie Zita ni kalau dah berminat dengan ‘sesuatu’, susah dia nak lepaskan. Tengok je la tak lama lagi ada jugak makwe yang terpaksa melekat dengan dia. Peluang aku nak menjauhkan diri tu banyak.

“Nama siapa?” tanya Auntie Zita merenung wajah Nafisa. Aku tengok Nafisa terkial-kial nak menjawab. Siap buat muka terkejut lagi tu.

“Nafisa...”

“Asal?” Tu dia! Makcik polis dah datang... Aku sengih sendiri. “Err... Kedah.” Jawab Nafisa nampak janggal.

Selesai aku kemas pinggan mangkuk, aku menapak menuju ke ruang tamu. Malas nak berkubang kat sini. Biarlah Auntie Zita menyoal siasat Nafisa sebab aku positif kalau Auntie Zita berminat dengan Nafisa, gerenti dia kenenkan anak dia dengan Nafisa. Untung la sebab anak-anak lelaki Auntie Nafisa semua handsome-handsome lagi banyak duit. Abang Wan Adree, Abang Wan Adif, Wan Aakif, semua standart belajar kat negara orang.

Ada dalam empat lima orang yang dah datang. Tu pun aku tak kenal. Semua perempuan dan baju tak payah nak kata apa dah. Seksi habis. Habis tu tak la tapi tak cukup sopan kalau ke rumah orang yang tengah nak baca doa selamat untuk anak-anak dia. Kawan Aakif la kut...

Aku naik atas menuju ke bilik aku untuk mengambil pakaian. Sebenarnya bukan la bilik aku tapi aku buat dah jadi macam bilik aku sebab setiap kali hujung minggu Auntie Zita paksa aku balik rumahnya. Sunyi katanya. Tapi sekarang, Auntie Zita nak gula-gulakan aku macam mana sekalipun aku tak nak.

Buka pintu bilik, aku terus ambil baju-baju aku yang tertinggal masuk ke dalam beg kain yang aku bawa dari rumah. Aku letak kat atas katil sebelum merebahkan diri di atas tilam empuk. Lepas ni rasanya tak ada peluang aku nak tidur atas tilam vono ni.

Waktu berganjak aku tak sedar. Apa nak sedar dia kalau aku dah tertidur macam badak kena sembelih hampir setengah jam. Bila aku dengar suara bising-bising dari luar baru aku celikkan mata. Ingat nak mengular lagi tapi bila terkenang ini bukan tempat aku, laju-laju aku kemaskan diri untuk ke tingkat bawah. Kesian kat Nafisa sebab aku tinggal dia seorang diri kat bawah tu.

Aku buka pintu bilik dan serentak itu mata aku terarah kat pintu depan bilik aku yang serentak terbuka juga. Terkejut. Aku tercengang-cengang melihat lelaki yang berpakaian t-shirt putih dengan seluar track yang juga memerhatikan aku dari atas ke bawah. Tak lama aku nampak dia tersenyum penuh makna.

“Mak aih! Gila serabut...” Aku terkebil-kebil pandang muka lelaki tu. Lelaki tu pun pandang muka aku semacam. Lama aku tengok baru dapat cam, Aakif Akmani! Aku ingat mamat bangla mana tiba-tiba sesat kat tingkat atas...

“Arwin.”

Oh, dia kenal aku lagi! Aku ingatkan dia dah tak kenal sebab 6 tahun lebih tu bukan satu jangka masa yang pendek lebih-lebih lagi aku yang dia tak berapa layan sangat ni.

“Hai.” Balasku bergegas turun ke bawah. Agak seriau sikit sebab muka lelaki tu bukan macam 6 tahun lepas. Well, rambut dia ala-ala menggerbang nenek kebayan dengan anting-anting kat telinga. Aku rasa la kan, ni mesti pengaruh luar negara. Seram la! Jatuh merundum perasaan aku yang memang dah tak nak minat dia jadi langsung tak teringin nak minat dia. Kalah mamat rockers tepi jalan.

“Win, mana kau pergi tadi?” Nafisa bergegas mendapatkan aku sebaik sahaja aku terjengul ke dapur. Aku tersengih aje. “Naik atas, kemas barang...” Balasku terus duduk di sisi Auntie Zita. Muka Nafisa masam mencuka. Tunjuk tak puas hati la tu kena tinggal sorang-sorang... Best apa melayan makcik aku yang cantik ni...

“Ada jumpa Wan?” soal Auntie Zita tiba-tiba. Aku angguk kecil sambil buat isyarat mata suruh Nafisa duduk diam tepi aku. Dia ni kalau tak silap firasat aku, macam nak cepat-cepat blah dari majlis je...

“Rambut dia panjang...” Aku dengar keluhan Auntie Zita. Aku senyum aje. Dah anak dia aku nak buat apa? Kalau anak aku lain cerita... Gerenti aku bantai guna penyapu rumah.

“Abang Wan sampai ke sini hari apa auntie?” soalku sambil menuang air dalam gelas untuk Nafisa. Saja nak kasi dia ‘reda’ sikit. Aku tahu hati dia tengah mencanak panas.

“Tiga hari lepas...”

“Oh...” Balasku sambil mengangguk kecil.

“Mama, cathering dah sampai.” Abang Wan Adree tiba-tiba masuk ke ruang tamu. Aku sekadar tersenyum kepadanya tanda hormat. Aku jarang-jarang terserempak dengan Wan Adree sebab dia ni doktor, kerja dia 24 jam kat hospital. Hari-hari on call sampai Auntie Zita merungut-rungut. Nanti kalau aku ada anak, aku nak suruh dia kerja kuli je. Kuli-kuli pun hari-hari boleh tengok muka dia.

“Auntie guna cathering.” Auntie Zita memberitahu aku. Tak perlu cakap pun aku dah tahu dah.

“Senang sikit nak siap.” Sambung Auntie Zita. Aku kerut kening. “Guna cathering dia orang tak sedia sekali dengan pinggan mangkuk?” soalku hairan.

“Nope la... Auntie minta guna pinggan mangkuk sini aje sebab dah lama tak guna. Tapi dia orang incharge bab-bab cuci nanti.” Auntie Zita berdiri dan berlalu menuju ke ruang tamu. Aku lihat pergerakan Auntie Zita dengan hujung mata tapi bila sampai ke mata Nafisa, aku telan air sendiri. Mak aih, garang gila!

“Aku nak balik la. Aku dah call teksi.”

Aku beristighfar di dalam hati. Apa punya kawan la... Tak ada kesabaran betul.

“Tapi majlis sampai pukul 9 malam la Fisa...” Aku pujuk dia. Dia kerut kening tahan marah.

“Aku ingat tadi kau dah balik sorang-sorang tinggalkan aku kat sini. Aku tak kira, aku nak balik.”

“Kau tak makan lagi...”

“Aku boleh beli kat mana-mana...” Sah Nafisa merajuk besar. Aku terkulat-kulat cari jalan nak pujuk dia tapi aku sedar Nafisa tak makan pujuk. Tahu sangat perangai dia tu.

“Nanti Auntie Zita tanya aku cam ne?” soalku lurus. Nafisa juih bibir.

“Lantak la kau nak jawab apa... Kalau kau masih nak kawan dengan aku, aku nak balik rumah juga.” Okey Nafisa memang brutal. Hari tu dia selamba badak mandremkan aku dapat nasib malang dan aku dah insaf. Tak nak cari pasal dengan dia lagi. Aku mengeluh kecil sebelum angguk kepala.

“Jumpa kat rumah nanti.”

Lepas tu Nafisa terus lenyap dari pandangan. Aku agak dia tak tahan la kut kena duduk kat sini lama-lama.

Tiba-tiba Wan Aakif masuk ke dapur. Masa tu tak ada orang lain dan aku dah mula panik. Ye la kalau dia ungkit balik kisah bertahun-tahun lepas, mau kena sorok muka aku kat bawah meja ni.

Dia duduk betul-betul kat depan aku sambil merenung wajahku. Matanya tak lepas menilik wajahku. Aku tak tahu nak lari kat mana lagi sebab aku dah mula rasa janggal gila berdepan dengan lelaki itu.

“Cutting A.”

Aku mendongak memandang wajah dia yang tersengih lebar ke arahku. What did he said?

Sekali-sekala mata aku terarah ke rambutnya yang paras bahu diikat kat belakang. For sure aku tak suka bakal suami aku nanti ada rambut yang panjang. Harap-harap jodoh aku nanti smart orangnya.

“Hi, I Aakif. You Arwin kan?”

Aku kerut dahi tak faham. Dia tengah nak buat drama di mana aku jadi watak heroin dan dia jadi hero lalu kami berlakon seolah-olah baru ketemu ke?

“Abang Wan apa khabar?” Aku dah malas nak layan perangai tak semengah dia. Lepas aku cakap begitu, aku nampak dia macam terkejut. Err... Aku salah cakap ke?

“So kita berdua ‘abang’ dan Arwin la ya?”

Sumpah aku tak faham apa yang dia tengah katakan. Aku kerut kening hairan.

Somehow taste I dulu sangat unik. Gadis kampung.”

Sretttt!!

Aku terpempan. Apa maksud Wan Aakif yang sebenarnya? Aku renung anak mata dia penuh tanda soal dan dia menilik aku tanpa melepaskan pandangannya.

“Abang Wan dah kenapa?” Aku pandang wajahnya dengan renungan ‘apa kau tengah merapu ni?’. Dia buat selamba malah matanya jauh menatap ke tubuhku pula.

“Arwin Raisha. Tunang I. Somehow, I nak tahu kenapa I dulu boleh sayangkan you. So weird.”

Aku terbeliak tak percaya. Apa dia cakap? Tunang dia? Helo, aku adik sepupu dia bukan tunang dia! Halusinasi betul Abang Wan ni. Dan bila masa pula dia pernah sayangkan aku? Yang aku perasan dia selalu buat tak layan bila terpandang aku dulu. Dan! Aku dah mula rasa lelaki ini annoying tahap pokok kelapa asyik ter’somehow somehow’. Berbulu telingaku.

“Suka hati Abang Wan la.” Aku berdiri menjauh dari tempatnya. Kalau boleh lagi jauh lagi bagus. Wan Aakif sekarang bukan Wan Aakif yang dulu.

“Wan mana?” Tiba-tiba aje Auntie Zita muncul di depan aku. Aku tunjuk ke arah dapur sebelum terus naik ke tingkat atas untuk solat Maghrib. Waktu dah nak masuk, aku kena mandi dulu.


0 Komen untuk Cik Rin: