CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 26, 2012

GLUE 1.





GLUE 1.

MANA BENDA ni? Masa-masa ni lah aku cari tak jumpa. Tadi pagi elok aje aku letak tepi pinggan mangkuk ni tapi ada jugak makhluk yang gatal pergi pindah-pindah barang aku. Dah lah tengah aku perlu benda tu. Geramnya!
"Mak, tak de la mak..." rungutku lantang. Mak kat dapur hanya jawab "La....."
Aku tension terus ke luar dapur, cari mak. "Mak ada letak tempat lain ke? Abeer sakit tekak ni..."
"Mana ada mak letak tempat lain. Cuba cari lagi...."
Hah kan? Mak ni memang tak nak bantu anak dia sendiri!
“Tak adalah mak…”
“Carilah. Tak cari mana nak jumpa. Sebab tu kut anak abang Adam lari tak sanggup nak bertunang dengan Abeer, Abeer kan pemalas…”
Pulak dah? Aku tengah sakit-sakit ni mak sempat ungkit cerita lama. Dan-dan aje tuduh aku pemalas walhal anak kawan dia tu yang ada makwe lain, sebab tu lari bila dapat tahu dia nak ditunangkan dengan Abeer Hannan ni. Kira lawaklah juga sebab aku dah fikir dah mesti kisah kita orang jadi macam dalam drama tv, kahwin paksa. Syok jugak kut. Tapi jodoh tak sampai. Pulak dia lari masa sehari sebelum kita orang ditunangkan. Aku bantai tergolek-golek ketawa bila mak kata pengantin lelaki aku dah lari. Masa tu umur baru je 18 jadi aku tak fikir panjang. Tapi bila dah umur 22 ni, tiba-tiba aje aku jadi kepoh semacam. Nak tengoklah juga muka tunang tak jadi aku tu. Agak-agak hensem ke tak? Kalau orang tu kaya badan pun boleh tahan macam Ian Somerhalder sungguhlah aku rugi berjuta-juta.
“Abeer cari ubat batuk bukan cari laki, mak…” meleret suara aku jawab kata-kata mak. Mak sengih aje.
“Kakak cari apa?” tiba-tiba makhluk bunian ni datang.
“Cari ubat batuk dia, ada nampak?” mak jawab bagi pihak aku. Dah aku pun malas nak jawab aku diam aje.
“Teruk ke? Dari petang semalam bising satu bilik sampai Ija tak dapat tidur…” Ija terus menuju ke dapur. Ohhh, salahkan aku pula dia tak dapat tidur walhal malam tadi aku tengok dia sibuk online facebook sambil tersengih sorang-sorang sampai pukul 3 pagi, tak gila ke namanya?
“Nah, Ija masukkan dapat peti sejuk pagi tadi… takut semut masuk.” Ija hulur ubat batuk Woods pada aku. Aku jegil mata. Punyalah dari tadi aku cari baru sekarang dia nak kasi? Nak kena ke apa Ija ni?
“Ambikkan sekali sudu!”
“Ambiklah sendiri, apa suruh Ija pula…” Ija dah tarik muncung.
“Orang minta tolong ambilkan pun liat semacam. Kalau Ija malas, nanti bakal tunang lari tau…” saja aku usik dia. Mak dah jeling-jeling aku dah.
“Yelah… yelah…” dia ambil juga sudu kat dapur tu sebab aku malas sangat nak angkat.
“Anak abang Adam mak tu sorang je ke lelaki?” soalku berbaur usikan.
“Kenapa? Dia ada abang sorang, tapi mak tak berkenan dengan abang dia…”
“Apa pasal pula?” aku kerut kening.
“Sebab abang dia tu macam tak reti hormat orang. Tak berkenanlah mak…”
“Ohhh…. Habis mak berkenan dengan adik dia yang lari tu?”soalku sambil mencapai sudu yang Ija hulurkan. Aku tuang sedikit ubat batuk ke dalam sudu dan sua ke mulut.
“Kisah lama Abeer. Kalau Abeer berkenan dengan abang dia, mak boleh tolong tanyakan. Tapi mak kasi tahu awal-awal abang dia tu tua 11 tahun dari kamu…”
Erk?!
Aku terbatuk kuat. Gila tua abang bekas bakal tunang aku!
“Kenapa mak? Kakak nak kahwin ke?” soalan Ija aku sambut dengan memukul lengannya. Dia menyeringai sambil pandang muka mak minta kena back up tapi mak buat tak tahu aje. Aku pun dah sengih panjang. Tu lah… ada mulut cakap hati-hati wehhh… Bila masa aku nak kahwin pula?



“ADA SORANG tu mamat, fuhhh… aku tengok hensem giler. Aku tegur dia tapi dia buat tak tahu aje. Sombong sangat. Mentang-mentanglah dia tu hensem.” Maya punya komen buat aku terasa nak gelak.
“Kau gedik kot?” Yelah lelaki sekarang ni mana nak melayan perempuan gedik. Dia orang dah bijak apa? Tapi tak tahulah masih ada lelaki yang tak berapa nak bijak pergi melayan perempuan gedik, itu aku tak berapa nak paham. Kalau cari teman tu carilah yang elok sikit, perempuan gedik perasan bagus bila dibuat bini kang naya jadinya. Lainlah kalau perempuan tu dah insaf, kan?
“Mana ada aku gedik. Aku just tanya, encik cari siapa? Sebab cara dia tengok sekeliling kafe tu macam tengah tunggu orang.” Maya siap muncungkan mulut.
“Dia ada lagi ke kat kafe?” aku angkat buku dan letak kat tangan sambil tangan sebelah lagi pegang kad pelajar.
“Ada kut…”
“Aku balik dulu, kau sambunglah studi.”
“Kau dah ke?”
“Dah… Aku lapar nak pergi kafe.”
Maya dah buat muka suspiciousnya pada aku. “Kau sengaja nak jumpa abang hensem tu eh?” dia angkat-angkat kening. Aku jegilkan mata. Apa punya sengal Maya.
“Tapi aku cakap kat kau, sumpah dia sombong.” Maya bisik. Aku sengih aje.
“Kalau muka dia handsome kalah Paul Wesley, aku tak kisah dia sombong tak ingat dunia…”
“Dah aku agak dah, kau gila balik kat Vampire Diaries…” Maya geleng kepala. “Tapi aku cakap kat kau, Paul Wesley pun kalah kat abang ni…” Maya sambung lagi. Aku senyum aje. Punya hensem abang tu sampai kalah Paul Wesley aku. Kalau betul Paul Wesley tu kalah, sah-sah aku kena lebih cantik daripada Nina Dobrev kalau nak mengurat Paul Wesley, kan? Entah apa-apa je Maya ni, betul ke tipu kehenseman Paul Wesley boleh sampai ke Malaysia.
“Aku pergi dulu. Kang kalau kau habis ulang kaji mesej aku. Pukul 2 ni sambung tutorial…”
“Haa…”
“Bye.”
“Bye…” Maya lambai tangan.
Aku bergegas menuju ke kaunter pinjam buku. Lepas scan buku yang aku nak pinjam, aku terus keluar cari beg yang diletak dalam loker kecil di luar perpustakaan.
Selepas aku simpan buku tu terus aku berjalan menuju ke kafetaria. Sungguhlah… Lapar gila. Dah la aku ni ada penyakit gastrik, pedih dah perut tapi sebab aku sibuk buat assignment Puan Monica boleh terlupa jam dekat pukul 1 petang.
Sampai kat kafetaria sempat aku mengintai mana satu abang hensem yang Maya cakap tadi. Adalah nampak seorang lelaki siap bercermin mata hitam dengan baju kemeja berbelang biru dan seluar slack tengah duduk kat meja tepi sekali. Hensem tu taklah. Tapi kira bergaya sebab budak maktab mana ada yang buat rambut spike berbelang dua, hitam dan perang. Aku pun tak tahu kat mana kerosakan celah mata Maya sampai lelaki macam kuda belang tu dia kata hensem.
Aku letak beg kat tepi meja kosong dan ambil beg duit. Bila nampak sekumpulan budak lelaki baru masuk kafetaria, cepat-cepat je aku jalan ke depan ambil nasi dalam pinggan. Malas kut nak terserempak kena beratur belakang budak lelaki ambil makanan. Lepas ambil nasi dan lauk, aku bayar.
Bila aku sampai ke meja aku, aku terasa pelik tengok lelaki yang Maya kata hensem tadi dah duduk kat meja yang aku letakkan beg aku tadi. Aku kerutkan dahi. Aku salah meja ke atau dia yang ambil meja aku?
“Awak tadi duduk sini?” aku beri dia soalan bodoh. Dah sah-sah tadi aku yang cop tempat ni dulu untuk makan.
Lelaki tu silang tangan dia atas dada.
“Tak kenal aku?”
Wah… tiba-tiba aje beraku-engkau. Aku kenal dia ke?
“Maaf, saya tak kenal awak.” Aku balas dengan nada hairan. Kalau dia tak tiba-tiba beraku-engkau, taklah aku hairan. Ni kenal pun tidak tiba-tiba dan tiba-tiba dia tanya kenal dia ke tak. Memanglah aku tak kenal. Baru pertama kali seumur hidup melihat abang kuda belang, macam dia ni.
“Tak kenal atau pura-pura tak kenal?” dia tanya selamba.
Aku kecilkan mata. Paul Wesley tanya aku pura-pura tak kenal dia lah… Nasib baik aku minat Ian Somerhalder lebih lagi.
“Betullah tak kenal. Tak pe la awak duduklah kat sini, saya cari tempat lain…” Aku ambil beg sandang aku dengan sebelah tangan lagi sambil jeling kat mamat tu.
“Aku pergi dulu.” Tiba-tiba dia berdiri dan pergi macam tu aje. Aih? Pelik gila dia tu. Aku tak jadi nak angkat. Letak balik beg sandang dan pinggan. Tapi lepas tu aku terlihat ada jam tangan atas meja makan tempat aku duduk. Paul Wesley tertinggal jam tangan dia ke? Alamak… Aku toleh ke belakang sampai ke luar kafetaria dia dah tak de.
Perlu ke aku letak jam tangan dia atas meja kaunter kafetaria? Tak pun letak kat HEP minta dia orang jagakan mana tahu kut-kut Paul Wesley datang semula ke maktab semata-mata cari jam tangan dia? Tapi tengok gaya Paul Wesley tadi, sah-sah bukan budak maktab. Muka dia nampak macam lelaki yang dah bekerjaya sebab dari atas rambut sampailah ke kaki aku tengok semua berjenama. Dan jam tangan ni pun, made by Rolex. Aku dah mati kutu tengok jam tangan tu.