CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 4, 2012

Kuli Rumah Untuk Dia 5



BAB 5

KELUAR dari rumah dia terus tayang muka cuak. Sebentar tadi dia terkejut melihat jam sudah menginjak pukul 8 pagi. Kak Nur awal-awal dah blah tak tinggal pesan. Sampai hati Kak Nur tak kejutkan dia sebelum turun kerja. Bukannya jauh bilik Minn dari bilik Kak Nur, jerit aje nama sudah. Tu la pasal terlajak tidur subuh tak ke mana, kerja tah ke mana. Ini baru hari kedua jadi orang gaji bukannya 10 tahun berkepuk kat rumah agam Tengku Arshad tapi Minn Alia dah mula tunjuk perangai besar kepala. Kira ok lah sebab kalau kat rumah belum jam 9 lebih kirim salam je nak tengok Minn Alia bangun awal.

Jejak kaki ke ruang hadapan rumah, kereta Tengku Arshad tak keluar lagi. Maknanya bos besar belum pergi kerja. Minn Alia tak jadi ikut jalan depan. Taknaklah terserempak dengan Tengku, kang dibuatnya dia sambung semula temu ramah kelmarin mau pecah kepala cari idea menjawab soalan-soalan trick tahap nak buat PhD.

Minn Alia buka pintu dapur dan senyap-senyap masuk ke dalam rumah tanpa sedar ada seorang lagi makhluk berdiri di tepi sinki memerhati tingkahnya tajam. Masuk senyap-senyap tu maksudnya masuk sambil jingkit kaki dan bongkokkan badan sedikit sambil melangkah dengan mata penuh waspada meliar ke ruang tamu melalui pintu dapur. Konon tak nak kantoi yang dia masuk kerja lambat pukul 8.30 pagi padahal sepatutnya kena masuk kerja pukul 7.00 pagi.

Minn letak beg sandang di atas meja dengan kepala dipanjangkan ke ruang tamu. Dia lihat Tengku Arshad keluar rumah dari pintu depan sambil diekori oleh Kak Nur. Fuhh... Minn letak tangan atas dada. Lega!

“Hek erm!”

“Oh mak! Eh mak! Eh awak!” Minn Alia melatah terkejut mendengar deheman di belakangnya. Minn toleh ke belakang dan hampir terlompat melihat Syakirul Hafiz memeluk tubuh memandang dirinya sinis.

“Pertama, kurang ajar pada tuan rumah a.k.a majikan. Kedua, tengok televisyen pada jam bekerja menandakan pemalas! Ketiga...” mata Syakirul Hafiz terjegil ke arah Minn Alia yang berdiri terkebil-kebil. “Lambat datang kerja! Awak ni betul nak kerja ke?!” tempelak Syakirul Hafiz kasar.

“Err...” Minn Alia telan air liur sendiri. “Nak encik,” balas Minn lemah. Ingatkan dah cukup perfect dah dia punya skill berpura-pura. Tapi setiap kali dia tunjuk skill berpura-pura, mesti lelaki semehak ni jugak yang kantoikan. Hadei!

“Kalau nak, make sure ini kali terakhir awak datang lambat! Next time if you’re late, siap sedia untuk di fire. Faham?”

Paham encik...” pagi-pagi dah kena marah. Terasa nak hentak kepala kat dinding.

Syakirul Hafiz jungkit kening. Paham pulak budak ni? Agak-agak kalau aku cakap orang putih 100% dia faham juga ke? Dia ketap bibir. Biar betul abah ambil PR secanggih ini? Tiba-tiba Syakirul Hafiz terasa confuse. Teringat kata-kata abahnya semalam yang mengatakan si Minah tu orang kampung dan tak ada pendidikan sangat. SPM bukan setakat failed, tapi dah sampai tahap otak kena serang virus bodoh. 5E 3G! Sepanjang-panjang dia hidup di muka bumi selama 28 tahun, tak pernah lagi Syakirul jumpa orang sebodoh itu. Kejam sungguh Syakirul Hafiz. Main belasah cap orang lain ‘bodoh’! Bodoh-bodoh pun manusia juga. Kalaupun bodoh, ada keistimewaan yang ALLAH kurniakan. Keistimewaan... contohnya Syaminah tahu cakap orang putih? Walawei, dah budak tu ambik SPM, takkan tak tau langsung sepatah haram perkataan orang putih kot?

“Err... Sebenarnya encik, saya langsung tak faham apa yang encik maksudkan...” Minn Alia tersengih lebar.

“Awak tak faham?” soal balik walaupun orang tu dah bagi tahu. Minn Alia angguk.

“Manalah saya faham kalau encik cakap orang putih. Saya ni tau sikittt aje cakap orang putih!” dia tekan perkataan sikit dengan nada bersungguh-sungguh. Minn Alia tahu Syakirul Hafiz sudah mula mencurigai dirinya. Dia tak boleh biarkan mamat semehak tu kantoikan identitinya sebagai ‘Syaminah’ awal-awal lagi!

“Itupun saya belajar dari ohmyenglish!” Minn tersengih-sengih. Syakirul Hafiz herotkan bibir. Dah agak dah...

“Buang masa aje melayan perangai sengal awak. Saya cakap tadi, sekali lagi awak datang lewat, kita orang tak akan teragak-agak nak buang awak kerja. Ada faham?”

“Sampai hati encik cakap macam tu. Saya ni orang susah, takkan encik nak buang saya dari bekerja kat rumah ni? Lagipun walaupun saya setakat orang gaji, saya manusia biasa juga yang selalu buat silap...” Minn Alia tayang muka sedih. Berdrama tiba-tiba.

It’s up to you. Semua orang kena ada disiplin bila bekerja. Saya tak suka orang yang curi tulang atau tidak amanah semasa menjalankan tugas.” Syakirul Hafiz tegas.

Minn Alia terdiam. Dalam diam dia kagum dengan pendapat orang muda seperti Syakirul Hafiz. Walaupun semasa bercakap lelaki itu tunjuk muka expressionless ala-ala kerek, tetapi Minn nampak dia begitu serius dengan apa yang dia cakapkan.

Tapikan, pak guard depan rumah tu tak kerja pun... Asyik curi tulang! Ada Syakirul sound? Entah-entah Syakirul Hafiz dah anti tahap tak boleh tengok muka Minn terus nak cari gaduh, kan?

“Baik encik...” kepala ditunduk tanda dia akur dengan arahan Syakirul Hafiz. Apa-apapun lelaki itu adalah ketuanya sekarang jadi dia kena jaga adab sebab takut-takut angin kelmarin datang semula. Kali ini kalau dia pergi bantai Syakirul Hafiz dengan ayat-ayat ‘chenta’ dia tu, mau kena pancung!

“Good girl...” ucap Syakirul tidak bernada. Selamba dia melangkah keluar dari ruang dapur. Sempat lelaki itu menyapa Kak Nur yang baru nak masuk ke dapur. Dalam diam sebuah senyuman tersungging di bibir. Macam best je mengusik PR baru abah... Macam-macam hal!

Minn Alia yang masih berdiri di depan meja makan tercengang. Good girl? Ingat dia apa? Budak kecik umur lima tahun ke?

Tapi nasib baik mamat tu rasional tak pergi marah-marah sebab dia lambat. Minn tahu diri dia salah dalam hal ini. Tapi sumpah terasa nak mati terkejut bila Syakirul Hafiz tadi menegurnya dari belakang... Kantoi gila...

Yang pasti malam ni kena set up alarm telefon supaya mata boleh terbangun. Minn Alia menguap kecil. Alamak... Masih mengantuk...

“Minah, bersihkan ruang tamu... Lepas tu tolong lap cermin-cermin dalam rumah ni.”

Minn Alia angguk cuma. Hailaa... kerja... kerja... Malasnya nak angkat punggung. Tapi mengenangkan Syakirul Hafiz yang tadi hanya memakai t-shirt hitam dan seluar tidur tanda lelaki itu tidak akan keluar rumah sekurang-kurangnya sampai ke tengah hari, Minn Alia gigit bibir. Kena tunjuk rajin...



‘SH, kau kat mana?’

‘Kat mana-mana...’

‘Kau jangan nak buat lawak antarabangsa eh. Kau punya proposal tak submit lagi kat aku.’

‘Riz, aku emel je kat kau. Hari ini aku tak turun kerja. Badan penat...’

‘Suweii la kau. Mentang-mentang anak bos, selamba cucur escape kerja.’

‘Kau jeles.’

‘Blah la...’

‘Sah kau dengki.’

Tiada lagi balasan sms daripada Adriz. Telefon bimbit dicampak ke tepi. Cadar katil dia betulkan dah akhirnya dia duduk diam di depan laptop.

Dicampak t-shirt hitam ke dalam bakul baju kotor semasa menunggu emel loading. Setelah menekan butang send, Syakirul Hafiz masuk ke dalam bilik air dengan tuala disangkutkan ke leher.

Setelah mandi lima minit, dia keluar dari bilik air sambil bersiul kecil. Baju t-shirt denim warna coklet tua dengan jeans berwarna biru gelap disarung kemas pada tubuh sasanya. Setelah itu Syakirul Hafiz terbaring di atas katil. Tab didekatkan ke muka.

Mesej Adriz baru masuk.

‘Keluar malam ni. Aku belanja.’

Syakirul Hafiz cebik kecil. Tadi dengki sekarang nak rasuah pula?

‘Apesal?’ Syakirul balas.

‘Aku bosan kat rumah. Adik aku tak ada...’

‘Adik kau pegi mana?’

‘Kerja... Dia duduk rumah kawan. Bosanlah aku kat rumah...’

‘Nak keluar ke mana?’

‘Minimos... Kita cari aweks cun!’

‘Aku dah ada awek kat rumah...’

‘Jgn loyar buruk! Kak Nur tu dah tua nak buat bini...’

‘Ada lagi sorang. Cute. Muka putih...’

Terbayang di matanya wajah masam-masam manis milik Syaminah. Dia tergelak kecil. Minah tu lawak pun ada. Semalam-malaman dia asyik terfikirkan pasal Minah. Yang paling tak tahan, Minahlah perempuan pertama yang paling rock yang pernah dia jumpa. Siap bro segala lembu Minah tu sebut. Terkejut jugak Syakirul ditempelak begitu sekali oleh Minn Alia.

‘Aku nak tengok!’

‘Lusa-lusalah... Tapi sure ke nak pegi party tu?’

‘Bukan party haram weh...’

‘Memanglah bukan. Ada aku cakap haram?’

“Astaga Minahh!!” jeritan di luar sana membuat Syakirul terduduk di atas katil.

Syakirul melangkah keluar dari bilik. Dari tingkat atas dia ternampak Syaminah basah kuyup terbongkang di atas lantai rumah sambil mengaduh kuat.

“Kenapa ni?” Syakirul bergegas turun ke bawah.

“Akak suruh dia mop lantai, dia bawa air satu baldi penuh ke ruang tamu... Bila dah terjatuh dah jadi macam ni lah Syak... Akak minta maaf...” Kak Nur ambil baldi yang tergolek di sisi meja tamu dengan nada gelabah.

Syakirul melangkah mendekati Minn Alia yang masih menyeringai kesakitan memegang kaki.

“Ok ke?” soalnya cemas. Minn Alia angguk kecil walaupun dalam hati dah nak meraung-raung.

“Jom ke hospital....” tubuh Minn Alia diangkat sebelum gadis itu memberi apa-apa persetujuan. Minn Alia terjerit semakin kuat.

“Tak payah! Tak payah!”

Syakirul Hafiz ketap bibir dan mencempung tubuh Minn Alia untuk duduk di atas sofa. Lantai banjir dengan air dan yang pasti muka Minn Alia dah naik merah menahan tangis. Kak Nur pula sibuk menyapu air yang melimpah ke pintu.

Syakirul Hafiz tenung buku lali Minn Alia. Merah dan lebam.

“Buat apa bawak air satu baldi? Nak mop lantai, letak air sikit je dalam baldi sekadar nak basahkan mop. Dah terseliuh macam ni pulak...” Syakirul tarik kaki Minn Alia sedikit dan mengurutnya pelan.

Minn Alia menyeringai kesakitan. Baru dua hari kerja dah kecoh satu dunia... Bukan nak mudahkan kerja Kak Nur, menambah kerja lagi ada!

Ketika Syakirul terasa bahunya digenggam kuat, dia mendongak memandang ke wajah Minn Alia. Tak sampai sesaat dia terpaku tanpa kata. Muka Minn yang basah diperhatikan dalam-dalam. Muka putih kemerahan, hidung dan bibir terletak elok, mata coklet tua cantik. Betul ke Minah PR abah ni umur dekat nak 30 tahun? Apesal nampak muda sangat?

“Maaf terpegang awak...” ucap Syakirul Hafiz gelabah. Terpegang? Bukan sengaja ke dia angkat Minn Alia tadi? Tapi serius dia tak fikir yang kotor-kotor masa tu. Niat Syakirul hanyalah nak selamatkan Minn Alia semata-mata tanpa berfikir yang Syaminah ni perempuan single dan bukan mahramnya...

Sebenarnya Syakirul Hafiz cuba melayan Minah sebagai kakak macam Kak Nur tapi nampak gayanya tak jadilah... Hubungan Syakirul Hafiz+ Kak Nur = kakak dan adik. Hubungan Syakirul Hafiz + Syaminah = kosong. Tak ada apa-apa lagi.

Minn Alia serius comel tanpa make up tebal bertempek kat muka. Kalau kemaskan muka tu sikit, mesti lagi comel. Aku tengah puji Minah ke? Adoi SH! Kenapa dengan kau ni? Jatuh chenta dengan Minah merangkap pembantu rumah sendiri ke? Haru!

Dan tanpa sedar perlakuan Syakirul Hafiz tadi menimbulkan getar di hati Minn Alia. Erkk.. Sweet jugak mamat spike ni ya... Siap sudi dukung PR sendiri.

Arggg! Takkan setakat itu aje aku dah cair kut? Boleh blah la! Min Alia tertunduk pegang kaki. Menyesal pula dia bawa air satu baldi. Kesian Kak Nur terpaksa mop berabis lantai rumah...

“Lain kali hati-hati...” tegur Syakirul Hafiz tiba-tiba.

Mata Minn Alia tajam terarah Syakirul Hafiz lagak macam lelaki itu aje yang bersalah. Melihat Minn Alia tidak mempedulikan dirinya, Syakirul Hafiz segera membantu Kak Nur mengeluarkan air yang bertakung di lantai ke luar rumah.

‘Penyibuk!’ bisik hati Minn Alia panas. Tiba-tiba rasa nak marah.



“MINN dah ok?” tanya Kak Nur perlahan. Minn Alia senyum kecil. Tak ada hati nak senyum lebar-lebar lepas apa yang dah berlaku.

“Nanti lepas Isya’ akak tolong Minn urutkan kaki eh?” Kak Nur tepuk bahu Minn Alia. Kesian juga dia melihat Minn yang seakan-akan memendam hati sedari tadi. Bukannya dia nak marah Minn pun pasal hal budak tu dah tumpahkan air satu baldi dalam rumah...

Tapi bila melihat Minn sedari tadi diam, tahulah Kak Nur yang Minn Alia masih lagi marah. Marah tak marah benda dah jadi... Bukan boleh undur balik pun masa. Kak Nur tak reti nak pujuk-pujuk orang lagi-lagi bila dia tak tahu sebab apa budak Minah ni merajuk sakan.

“Tak payahlah kak...” Minn geleng kepala.

“Tak sakit?”

Lagi sekali geleng kepala. Minn bukan macam sesetengah perempuan sakit sikit pun nak mengada-ngada minta perhatian. Setakat ni dia tak marah lagi. Cuma terasa bengang teringat lirikan mata bersahaja Syakirul Hafiz.

“Akak nak masuk bilik dulu, solat Isya’.”

“Terima kasih kak...”

“Hmmm... Rehatlah dulu...”

Setelah pintu kamar ditutup, Minn hela nafas panjang. Tiba-tiba terasa nak letak jawatan...

.




-cer teka apa sebenarnya bermain di dalam otak Minn...

4 Komen untuk Cik Rin:

Anonymous

loh asal lak kk nur tu bengang bile si SH tu pndg minn..takkan die ad hati kat SH kot..adess..
hehe SH da jtuh ht kt min..auww sweet u..

Aziela

Tiba2 dia rasa dia nak jatuh cinta...?

idA

akak rasa comelnya minah ..bila kena sergah dik mamat poyo tu..giler kelakar ..
kesiannya siminah tu..budak yg hidup senang tetiba kena megemop lantai..tak ke haru..mana lah minah tu..tahu apa nak buat..awat dia tak give up saja..dan kerja ngan ayahnya..kalo lah abang..ayah dan bondanya..tahu..tak masak ke..dia nanti..
overall citer ni mmg best..

AmyMyra

Best! Update lagi please cik writer ^o^