CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 20, 2013

Bitterness In You Bab 11





“KAU dah buat persiapan semua sekali ke untuk esok?” Suara Mun nyata kebimbangan. Aku tersenyum kecil walaupun aku tahu yang Mun tidak akan dapat melihat senyumanku ini. Entah kenapa tiba-tiba dia menelefonku lewat malam semata-mata kerana persiapan untuk pertunanganku esok.
“Dah,”
“Aku minta maaf sebab tak dapat tolong-tolong kau…”
“Apa pula nak minta maaf? Ma aku yang upah orang sediakan semuanya. Kau ingat aku ni macam Nur ke kena kerah tenaga kita nak buat majlis?” Soalku sambil tergelak dengan nada ingin bergurau. Mun pun ikut ketawa juga selepas itu.
“Taulah kau nyonya besar. Anak orang kaya. Petik jari semua jadi asal poket penuh.”
“Aku tak macam tulah Mun. Berapa kali aku kena cakap kat kau orang?”
“Okay-okay sorry ya madam. Mulut ni nakal sikit tak pakai tol jalan. Ops, bakal madam..” Usikan selamba Mun mengundang rasa geli hati pada diriku. Mungkin betul yang ma nyatakan sejak semalam. Aku bertambah ceria sebab dah dekat nak bertunang. Tapi macam biasalah sejak malam kejadian aku dah Adif keluar sampai tengah malam baru balik tu mana pernah Adif telefon aku atau sms pun sekurang-kurangnya. Betullah bila berpakwekan dengan orang macam Adif kena tahan hati aje. Bukan boleh bercinta lebih-lebih pun. Wah, Cik Rian, bukan kau ke dulu yang beria-ia berpegang prinsip tak nak bercinta sebelum berkahwin? Prinsip makan tuan nampak? Aku tersengih kecil menahan tawa yang hendak terlepas.
“Good luck untuk esok, jangan nakal-nakal. InsyaAllah semuanya selamat..”
“Terima kasih Mun.”
“Jangan menggelabah bila cik abang sarung cincin kat jari…”
“Aku tahulah.”
“Aku ucapkan semoga berbahagia dan jodoh kau dengan mamat Cina tu berpanjangan.”
Keningku bertaut rapat dan cepat-cepat aku mengetap bibir menahan ketawa yang hampir pecah. “Dia bukan mamat Cinalah…”
“Untunglah kau dapat bakal suami mata sepet… Dulu aku yang teringin sangat cari suami orang Jepun kau duk perli-perli. Bakal suami kau tu tak lebih tak kurang kaum suku sakat penduduk Jepun jugalah tu.”
Tawaku pecah jua akhirnya. “Dia tak macam Cina bila kau jumpa face to face nanti…”
“Dia macam apa?”
“Lama-lama kau tengok dia macam orang Melayu biasa.”
“Kau dah pasti ke dia bukan orang Cina? Tak pun nenek dia ke, mak dia ke.. Kau bukan tak tahu sekarang ni melambak orang kahwin campur.”
Aku menggaru dahi lambat-lambat. Betullah juga cakap Mun. Aku tak pernah tahu siapa keluarga Adif. Masa merisik hari tu pun aku setakat masuk ke dalam rumah dan terus naik ke tingkat atas selepas menunjukkan muka kepada orang-orang yang datang merisik. Tak sempat pun berjumpa dan mengenali ibu dan bapa Adif waktu-waktu kecemasan tu.
“Aku tak kenal lagi saudara-mara dia.”
“Kau tak kenal lagi ke Rian? Kan ke kau nak bertunang?” Soal Mun kehairanan. Aku mengeluh kecil.
“Lepas bertunang nantilah baru aku kenal-kenal dengan dia.”
“Ya? Maknanya hubungan kau ni kira bercinta selepas ada ikatanlah ni?”
Tawaku pecah sekali lagi.
“Kira macam tulah mak cik oi. Dah sudah nanti aku jadi panda kalau kau telefon aku lama-lama. Sudahlah aku esok bertunang buat malu ma dan ayah aku je karang kalau mata lebam-lebam jumpa bakal tunang.”
“Yelah, jaga diri Rian. Jangan nakal-nakal. Bertunang elok-elok biar sampai akhir nyawa jodoh kau dengan dia…” sempat Mun menitipkan pesanan dia kepadaku. Aku mengetap gigi sambil mengangguk lagi macam dia boleh nampak je aku mengangguk ni.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam warahmatullah.” Balas Mun sebelum dia sendiri yang mematikan talian. Aku menggaru keningku berkali-kali sambil tersenyum lebar. Agak berdebar menunggu hari esok walhal bertunang aje pun belum lagi berkahwin. Agaknya kalau aku berkahwin dengan Adif nanti mampu ke aku tidur sehari sebelum pernikahan nanti? Aku menggeleng kepala sendiri di dalam senyuman lucu. Rian.. Rian… Jauh sangat imaginasi tu. Nasib baik Adif tiada kuasa ajaib yang memampukan dirinya untuk membaca apa yang tersirat di dalam fikiran Rian Aulia kalau tak memang sah-sah aku dituduh perempuan miang lepas ni!
Aku membelek-belek telefon bimbit sehingga tertekan nama Adif di skrin. Lama aku menatap nama itu dan nombor yang tertera. Berkali-kali aku cuba meyakinkan diri untuk menelefonnya tetapi tak berani untuk menekan ikon bentuk telefon kecil berwarna hijau yang tertera di sisi nombor telefon milik Adif.
“Telefon ajelah nanti baru fikir apa yang nak dibualkan…” gumamku bersendirian.
Baru sahaja jari hantu hendak menekan ikon tersebut tiba-tiba hatiku jadi galau. Janganlah Rian. Dia pun tak call kau buat apa kau call dia. Tak pasal-pasal dia fikir aku desperate karang? Tapi kalau tak call nanti dia cakap macam malam tu, awak tak call saya…
Lantaklah! Tak usah menggatal call orang malam-malam buta ni. Aku mencampakkan telefon bimbit di sebelah bantalku dan terus memejamkan mata rapat. Tidur tidur esok kena bangun awal. Ma kata nanti esok baru florist datang. Ingatkan hari ni ma nak set up tempat pertunangan tapi ma kata dia nak guna bunga hidup jadi tak boleh set up awal-awal karang nampak tak segar walaupun bunga hidup tu dah diberikan penjagaan untuk tahan lebih lama.
“Hello?”
Hello? Siapa yang sebut hello tu? Aku rasa dah terlebih mimpi pula walaupun belum lena. Mata kubulatkan semula sebelum mengeluh kecil. Tutup lampulah…
“Hello Rian?”
Hampir terloncat aku mendengar suara itu datang sayup-sayup di tepi telinga. Allah… Janganlah.. Janganlah… Serta-merta mataku jatuh ke arah telefon yang tergeletak di sisi bantal. Aku tercall dia ke tadi? Tangan ni tertekan ikon kecil puaka tu ke tadi?
Rasa nak hantuk kepala di kepala katil pun ada sekarang ni.
“Rian awak telefon saya kan?” Suara dia kedengaran lebih jelas apabila aje telefon bimbit melekap di telinga. Aku menggigit bibir sambil mengerutkan dahi berkali-kali. Kenapa boleh tercall dia pula tadi? Tangan ni mengkhianat tuan sendiri ke apa?
“Hello Adif?”
“Rian… What are you doing?”
“Sekarang ke? Tengah nak tidur.”
“Oh, I thought you call me for something.”
Lagi sekali aku gigit bibir. Kali ini lebih kuat kerana menyesali kebodohan diri sendiri. Kan dah cakap Adif tu bukan nenek romantik yang pergi telefon bakal tunang malam-malam buta tanpa perkara penting! Tak macam aku yang otak asyik terpengaruh dengan cerita-cerita cinta Korea.
“Tak-tak.. Tak tahu kenapa tiba-tiba tercall awak.”
Suasana sepi beberapa saat sebelum kedengaran Adif tergelak kecil.
“Memang selalu pun macam tu. Kawan-kawan saya pun selalu tertelefon saya sebab nama saya initial huruf A jadi paling atas dalam carta contact number.”
Kawan-kawan dia… Maknanya dia banyak kawan yang aku tak kenal sorang pun antara mereka.
“I’m so sorry, Adif. Tak sengaja mengganggu awak malam-malam buta ni.”
“Tak adalah malam sangat. Awak busy ke buat persiapan?”
“Tak!” Cepat-cepat aku menjawab. “Saya tengah nak tidur ni…” suaraku mula mengendur.
“Oh.. Tadi awak dah cakap dengan saya yang awak nak tidur. Saya ni jenis yang pelupa sedikit.” Dia gelak. Aku terkebil-kebil merenung siling bilik tidur.
“Awak dah siap ke?”
“Siap apa?” Kalau Adif di depan aku masa ni mesti muka dia sudah berkerut-kerut mendengar soalan aku tadi.
“Siap persiapan untuk esok..”
“Siap untuk menjadi tunang awak?”
“Tak-tak! Maksud saya persiapan hantaran,” ucapku teragak-agak.
Hancur betullah Adif, ada ke patut dia fikir aku bertanya pasal persiapan dia menjadi tunang aku. Aku ni taklah mengong sangat sampai boleh terfikir dia ikut nervous macam aku pasal pertunangan esok. Setahu aku Adif jenis manusia yang tak ada perasaan  menggelabah ke cuak ke nervous ke. Muka dia selama ni tenang kalah musim sejuk kat Antartika. Tapi bila dia tanya persiapan untuk menjadi tunang aku untuk membalas kata-kata aku tadi sahlah mesti dia fikir aku excited pasal esok hari. Alamak malunya…
“Dah. Jangan risau saya takkan pergi sehelai sepinggang cuma.”
Aku sepi lagi. Tak tahu nak cakap apa dengan Adif ni.
“Awak okey ke?” Soalan Adif membuat aku tergamam.
“Okey?”
“Kena bertunang dengan saya walaupun awak tak ada perasaan pada saya…”
Keningku bertaut serta-merta. Dia belum tahu apa yang ada di hatiku jadi kira selamatlah ni kan? Kalau dia tahu mesti haru jadinya. Tapi Mun kata, Nur kata, Rina kata, buat apa nak malu dengan perasaan sendiri. Cinta tu datang dari hati kita, semua orang pun akan ada perasaan tu.
“Awak baru tanya sekarang?” Aku menjawab kata-kata dia dengan soalan untuk mengaburi perasaanku yang satu ini.
“Rian, I’m sorry. Saya tak tanya awak lebih awal…”
Aku sekali lagi terkedu mendengar luahan Ahmad Adif. “Adif, saya tak maksudkan begitu… Saya okey je bertunang dengan awak lagipun saya single juga.”
“Awak percaya perkahwinan tanpa cinta?”
Aku menguis rambut ke tepi telinga. Sedikit gementar dengan persoalannya.
“Dalam Islam, orang berkahwin lepas tu bercinta baru betul, kan?” Islam itu indah. Jadi bukan silap aku menyembunyikan perasaan kerana ia satu daripada jihad. Aku menganggukkan kepala yakin dengan apa yang baru aku fikirkan. Betul perasaan tu kita tak perlu malu jika ia datang tapi melindungi maruah itu juga penting sebagai wanita.
“Awak tak menyesal?”
Aku memangku wajah dengan kedua-dua lututku. Tertunduk sambil mengeluh kecil. “Hidup ni seringkali perjudian, Adif. Saya tak pernah menyesal dengan apa  yang saya ada…”
Tiba-tiba aje kedengaran Adif mendengus di hujung talian. Riakku berubah serta-merta. Tak sukakah dia dengan apa yang aku nyatakan?
“Awak orang kaya sebab tu awak tak pernah menyesal…”
“Adif?”
“Suatu hari nanti awak akan rasa apa itu penyesalan, Rian. Masa tu awak akan ingat balik apa yang kita tengah bincangkan sekarang. Orang macam saya ni, banyak penyesalan yang tidak mampu saya undur semula.”
Aku terkebil-kebil untuk memahami kata-kata dia.
“Awak doakan saya tak bahagia ke?” Soalku lurus. Adif ketawa.
“Mana ada. Awak jangan fikir lebih-lebih ya. Saya cuma meluahkan perasaan saya selama ni aje.”
Ya ke dia meluahkan perasaan dia aje? Tapi kenapa dia sebut nama aku sepanjang meluahkan perasaan tu? Kenapa dia kata aku kena menyesal dikemudian hari pula sedangkan sepatutnya dia mendoakan aku, bakal isteri dia dengan doa yang baik-baik. Aku memejamkan mata rapat-rapat sambil menggeleng kepala kecil. Jangan fikir banyak-banyak nanti serabut. Follow the flow, Rian… Seperti kedengaran bisikan dari sudut kamar hati untuk menenangkan jiwaku yang semakin ditimpa tanda tanya.
“Saya nak tanya satu aje…” Aku tahan nafas selepas cakap macam tu. Mendengar sunyi di hujung talian aku mengerti Adif memberi ruang kepadaku untuk berkata-kata. “Awak ikhlas ke dengan saya ni?”
Dia diam tak menjawab. Aku terasa menyesal yang amat sangat bertanya soalan itu pada Adif. Selalunya aku lihat bila ma tanya ayah soalan berbangkit seperti itu ayah akan tunjuk muka tak senang hati. Lelaki, ego mesti tinggi. Hendak mengaku payah sekali apatah lagi lelaki yang belum punya apa-apa ikatan denganku.
“Adif…” Aku telan air liur lambat-lambat. Baru aje aku nak cakap kepada dia untuk melupakan soalanku tadi suara Adif kedengaran di telinga.
“Saya... ikhlas.”


SUASANA pertunangan tengah hari tadi sangat tenang sekali. Terasa benar-benar diriku diberi perhatian oleh orang-orang di sekeliling. Melihat senyuman yang tidak sudah-sudah dari bibir ma, ayah, teman-teman rapatku tiga orang tu, terasa alam menari-nari dikalbu. Dia orang bahagia aku pun bahagia. Dalam hidup ni cukuplah jika bahagia itu kekal selama-lamanya. Tak perlu harta menimbun-nimbun, popular melimpah-ruah, sekadar ada orang tua dan kawan-kawan yang memahami sudah cukup membuat senyumanku kekal sehingga ke tidur dan keesokan hari. Teman-teman Adif datang juga tiga empat orang. Aku tak pasti sama ada yang aku nampak tadi ibu bapa Adif tapi wanita yang mengiringi Adif tadi menyarungkan cincin di jari manisku jadi aku rasa dialah ibu Adif. Orangnya pendiam dan lembut. Sempat menyatakan bahawa dia segan bermenantukan aku yang dilahirkan dalam golongan berada. Aku cakap kat dia, harta tu sementara aje. Esok-lusa kalau Allah tarik bila-bila masa aku boleh jadi golongan miskin waktu tu entah-entah tak ada orang hendak dengan aku. Wanita tu cakap sambil tersenyum, ‘Ada, Adifkan ada?’
Sungguh! Masa tu aku dah tak ingat apa lagi dah kecuali nak senyum aje memanjang. Foto pertama aku dan Adif duduk berdua ditangkap bersama membuatkan jiwaku berdebar-debar kerana inilah kali pertama kami duduk berdekatan setelah dia bergelar menjadi tunangan.
“Dah bincang tarikh nikah ke tak?” Suara ma mematikan lamunanku. Mata kularikan ke arah Adif yang setia duduk di sofa berhadapan dengan ayah.
“Belum lagi ma..” Adif menjawab. Aku menyembunyikan senyuman riang dibibir. Aduhai, cara dia panggil ma tadi macamlah dia sudah sah menjadi suami. Tapi ma dan ayah juga yang beria-ia menyuruh Adif memanggil mereka seperti aku memanggil mereka berdua.
“Adif nak bila berlangsungnya majlis? Kita ikut Adif aje ni..”
Adif tersenyum bila ayah cakap macam tu. Wajahku merah padam jadinya. Wah ayah… Macam nak jual anak je cara cakap?
“Adif kena tanya dengan Rian dulu.”
Mata ma dan ayah terus tercatu di wajahku. Aku pula ke yang kena jawab soalan tu? Adif ni memanglah.
“Err.. Rian tak tahu.”
“Tiga bulan.. Selalunya tiga bulan, kan bang?” Ma tanya kat ayah. Ayah mengangguk kecil tapi aku perasan wajah Adif sudah berkerut seribu.
“Dua bulan boleh ke ma, ayah?”
Soalan Adif yang satu itu membuat jantungku terasa bagai tercabut. Aku terbatuk kecil sebelum terus melambai kedua-dua tanganku mengisyaratkan aku tidak bersetuju.
“Tiga bulanlah…”
Ayah mencerlung memandang ke wajahku. “Adif nak dua bulan, Rian…”
“Tiga bulan, Rian tak sedia lagi…” ucapku separuh merayu.
“Sebulan.” Tiba-tiba Adif bersuara lagi. Kali ini lebih yakin daripada tadi mungkin kerana dia mendapat sokongan daripada ayah dan ma. Membulat mataku kerana terkejut yang amat.
“Tiga bulan, Adif. Saya..”
“Dua minggu dari sekarang!”
Aku perasan ma dan ayah sudah mula tersengih lucu melihat kami berdua berbalah pendapat. Seronok ke sedangkan aku ni dah separuh cuak sebab diugut begitu sekali. Gila apa dua minggu… Dia ingat aku ni lembu yang nak disembelih dalam masa dua minggu lagi?
“Okey dua bulan!”
Adif tersenyum kecil. Macam sinis aje dia senyum begitu tapi aku sabarkan hati. Terpaksa mengalah juga walaupun dalam hati sudah berperang sesama sendiri. Bukan aku suka melambat-lambatkan tapi aku kena belajar dan buat persiapan untuk menjadi seorang isteri. Kut-kut dia lupa yang aku belum kenal keluarga belah dia dan aku pun kena memantapkan skill memasak yang dah berkarat ni…
“Ayah lagi suka dua minggu ikut cadangan Adif…” ayah tersengih ke arahku. Cepat-cepat aku menggelengkan kepala dengan kening yang dah bertaut rapat.
“Tak boleh ayah… Rian tak sedia lagi.”
“Bilanya nak bersedia, orang perempuan ni takut je lebih tapi lepas nikah bukan main nak perhatian. Macam ma dulu siap nak tempoh dua tahun baru nikah, hampir beruban ayah fikir cara untuk kahwin awal daripada tarikh yang ditetapkan. Lepas kahwin terus jadi manja.”
Kali ni ma pula yang menyeringai kecil. Malu agaknya kisah silam mereka berdua diungkit-ungkit. Aku tersenyum segaris sebelum mencuri pandang ke arah Adif. Senyuman lelaki itu sudah mati dari bibir. Mendung aje wajah dia. Dia nampak macam tak happy je. Ke firasat aku ni terlalu melampaui garisan perasaan Adif yang sebenarnya?
Rian, don’t think to much. Just follow the flow..
Aku memandang ke wajah ma semula.
“Dua bulan…” Kedengaran Adif menggumam kecil seakan-akan cuba menegaskan tarikh perkahwinan kami. Ma dan ayah mengangguk senang. Kalau dia sendiri yang dah buat keputusan aku terpaksa ikut jugalah. Adif bukannya reti dengar pendapat orang lain bila dia dah ada pendapat sendiri, yang ni aku perasan sejak pertama kali aku keluar dengan dia. Namun jauh disudut hati timbul juga rasa gusar memikirkan Adif dan aku masih lagi dalam proses mengenali. Kut-kut tersilap pertimbangan ada benda yang aku tak pernah tahu pasal Adif, menyesal esok-esok pun tak berguna.
Tak pe Rian, dua bulan tu kira lamalah juga untuk kau fikir apa yang patut kau lakukan sepanjang tempoh masa bujang ni… Aku ketap bibir lambat-lambat. Moga-moga hubungan kami nanti akan jadi pasangan perkahwinan yang normal. Yang macam ma dan ayah. Yang saling mencintai dan saling berkongsi bahagia. Saling menyayangi dan memahami antara satu sama lain. Tak apa pun kalau sekarang ni kami tak rapat lagi sebab kami belum punya apa-apa ikatan lagi. 

9 Komen untuk Cik Rin:

Anonymous

adif ni cam ada dendam tersembunyi je ngan rian/famili rian... atau org kaya in general. tak patut buat camtu kat rian

NurAtiZa

suspenlah...
langsung tak boleh tembak apa yang ada dalam fikiran Adif...

Anonymous

wahhhh bestnyer....
tak sabaq nak tau apa yang adif bt kat rian ni...mst teruk kan sampai rian fobia ngn adif...

Unknown

best nak lagi....

Unknown

best nak lagi....

RinsyaRyc

Anonymous- wahh mcm dah dpt agak je ni? hihihikk..

NurAtiza-
Tak per x lama lagi dptla tebak apa perancangan Adif ni. Masa tu kalau nak sepak ramai2 pun kita persilakan. err...

Anonymous- tak tau lagi teruk ke tidak. dlm perncngn nak buat teruk2 tpi takut x smpai ati la pulak. hehehe...

Baby mio- insyaAllah lepas exam selesai cik rin smbung lagi :D

Anonymous

Cik Writer, Adif berdendam dgn keluarga Rian tapi ada rasa syg jugak... Konflik yg agak menarik. Sambung cepat2 crita ni.

Anonymous

Cik writer, Adif ada konflik dgn keluarga Rian tapi ada jugak perasan syg pd Rian. Dik cepat2 sambung crita ni.

aisyah

mmg something wrong dgn adif ni.ada bnda yg dia dendam ni