CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 27, 2012

Butterfly 3




LEPAK kat King Garden terasa penat tak hilang. Lepas lari 3 round padang, main bola pun bagai nak tercabut kaki, layan geng semua nak pergi ke King Garden konon-konon berkelah sekejap ada yang turun join jogging, tapi tak dapat pun nak tenangkan hati Aminul. 

Lebih kurang kira hati tak tenteramlah dari tadi kawan-kawan duk busy dengan junior-junior konon seniorlah sangat sampai budak dari form 5 ke form 1 diangkut sekali. Tak boleh ke main dengan mereka-mereka aje? Aminul pun tak terlayan sangat dengan junior tu lebih-lebih lagi tengok muka Farid Dayyan menyengih aje lagak bintang dalam permainan bola tadi. 
Menyampah. 

“Kau dengan Sara tak de apa-apa ke A.K?”
Nama glemer disebut. Aminul toleh sekejap, cuba mengesan siapakah yang kurang ajar sangat sebut nama Sara tetiba. 

“Tak de.” Jawab pun dua patah aje. Malas nak melayan. Agy gelak kuat. “Apalah kau Pi-an, kan ke Sara syok gila dengan Farid ni?” Agy tepuk bahu Farid. Farid tersengih lebar. Separuh banggalah sebab Sara tu bukan setakat muka aje boleh tahan, kaya pula tu, nak kata body macam body J.Lo tu taklah tapi nampaklah solidnya…  Pasal Sara minat kat dia, satu sekolah kenal nama Farid Dayyan. Betapa kuat pengaruh gadis manis itu padanya. 

“Bila masa kau orang bercinta? A.K aku lihat rapat gila dengan Sara takkan tup-tup bercinta dengan Farid kut?” Pi-an dah kerut kening pandang Farid Dayyan.
Hairan tak hairan, bukan dulu dia ada dengar Aminul suka kat seseorang, siap nak kasi klip rambut kupu-kupu. Tu yang Aminul cari bagai nak rak seret si Pi-an keliling pekan katanya birthday ‘orang tu’ nanti merajuk tak dapat hadiah? Bukan Pi-an tak sedar Aminul mana pernah gelar mana-mana perempuan dengan gelaran ‘orang tu’ kecuali Sara. Kan?

Tapi, entah pula kalau si Aminul nak kasi klip kupu-kupu pada perempuan lain. Sara naik sekolah ada tudung atas kepala, tak dapatlah Pi-an nak mengintai siapa gadis bertuah yang Aminul nak kasikan klip rambut kupu-kupu tu… Tapi macam positif aje gadis bertuah tu nama dia Sara Suhaila. Tak ke?

“Tak official lagi. Tunggu dia habis STP, aku habis SPM. Ada rezeki adalah…” Farid Dayyan sengih sebaris, menampakkan gigi putih tersusun rapi. Aminul terus berdiri sebelum seluar track ditarik Pi-an. 

“Nak gi mana?” soal Pi-an spontan.
Aminul toleh dengan pandangan dingin. “Balik rumah. Ada kerja…”

“Takkan kut?” Agy terus berbunyi. Takkan Aminul jeles Sara dengan Farid Dayyan bercinta kut? Bukan si Aminul ni hati batu tak ada perasaan pada sesiapa ke?
Aminul tak peduli soalan Agy. Dia terus melangkah menuju keretanya.
Agy kerut kening sambil tepuk bahu Pi-an. 

“Apesal?” soal Pi-an geram. Main tepuk-tepuk pula budak ni…
“Dia jealous ke?” soal Agy tersengih-sengih. 

“Mana aku tau. Kau tanyalah dia sendiri…”
Pi-an berdiri kibas seluar separuh lututnya. “Aku pun nak balik. Kau orang sambung lepaklah…”

“Weh bro… Tak bestlah macam ni…” Agy mengeluh dalam. Pasal si Aminul, Pi-an terus blah macam tu aje walhal dah janji nak belanja ais kacang Kak Fifi di depan sekolah tadi.