CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 5, 2013

Bitterness In You Bab 6



Bab 6
AKU tak pasti sama ada nak beri Khairi cuti seminggu ni ke tak. Dia duk merayu dengan aku dari pagi tadi dah sampai buat kepala aku serabut bagai nak pecah. Sebenarnya bukan aku tak nak kasi dia cuti tapi seminggu tu… seminggu! Mana nak melayan pelanggan, mana nak urus debit kredit dengan stok segala yang aku nak kena pilih dari kilang, ingat aku ni iron woman ke apa?
Aku cakap kat dia malam ni baru aku buat mesej dia dapat ke tidak lepas tu dia kata dia sanggup kerja lebih masa minggu depannya. Bila tanya kenapa nak cuti dia hanya menjawab masalah keluarga dan dia tak nak ulas apa-apa pasal tu. Terpaksa juga aku tanya kat ma nak kasi ke tidak cuti kat Khairi. Kalau kasi, aku minta ma pinjamkan staff dia seorang untuk duduk kat butik aku selama seminggu ni tapi aku telefon ma asyik tak dapat-dapat dari tadi.
“Rian, I rasa I ada cadanganlah…”
Tiba-tiba aje Khairi bercakap masa aku tengah betulkan pakaian yang tersarung pada model patung. Aku letakkan jarum di atas meja kemudian pandang wajah Khairi.
“I rasa you setuju kali ini…”
Teragak-agak aje Khairi bercakap.
“Apa dia?” tanyaku dengan nada perlahan. Kut-kut boleh juga menyabarkan hati yang tengah panas sebab dari tadi si Khairi ni kacau aku buat kerja.
“Ada adik sepupu I, dia offer diri untuk kerja seminggu untuk gantikan I.”
“Hah?”
“Err, adik sepupu I…”
Aku mendiamkan diri sebentar. Lepas tu aku nampak Khairi dengan muka sedih pergi ke ruang belakang. Mungkin dia tahu yang aku tak setuju dengan cadangan dia.
Balik ke rumah aku jumpa ma tengah minum petang di ruang tamu. Bila aku cakap pada ma masalah Khairi ni ma pun terus telefon staff dia. Nasib baik ma beri juga pinjam seorang pekerja dia yang incharge Butik Puteri cawangan baru tu. Lima hari aje. Tak pe memang Butik Puteri yang aku pegang ni pun memang lima hari seminggu je buka. Jadi aku mesej kat Khairi esok dia bolehlah mula bercuti.
Tak sampai lima saat Khairi terus telefon aku.
“Thanks, Rian…” dia cakap dengan suara yang teruja. “Thanks banyak-banyak. You’re the best!” pujinya melambung-lambung.
“Kalau you buat lagi short notice macam pagi tadi, I takkan berlembut lagi Khai,” balasku tegas sambil menghela nafas panjang. “Ingat tu…” sambungku lagi.
“Ingat bos! Terima kasih lagi Rian, you takkan tahu betapa you dah berjasa pada I seminggu ni. Dan I janji I takkan buat lagi. This is the first and the last time, I guarantee….” janjinya bersungguh-sungguh.
“Kalau macam tu okey, I nak rehat awal, enjoy la your holiday seminggu ni.”
Thanks again Rian… Thank you very much!”
Aku mengerutkan dahi apabila aje terdengar esakan kecil di hujung talian. Apa kena dengan Khairi ni? Apa masalah dia sebenarnya?
If you have any problem just share with me. You can trust me, Khai. You kawan I juga, Khai…” pujukku lembut untuk menenangkan hatinya. Pasti dia sedang bercelaru saat ini.
“Tak Rian. I tak ada masalah. Cuma I rindukan keluarga I.”
Rindukan keluarga dia bermaksud seminggu ni dia nak balik terbang ke Sarawak lah ye? Sebab setahu aku Khairi ni orang Sarawak tapi tak ke pelik rindu sikit pun terus terbang ke sana?
“And… And my wife…”
Aku tertunggu-tunggu sambungan ayatnya namun talian dimatikan begitu sahaja. Lagilah aku rasa pelik dengan sikapnya.

AKU terkejut bila Kak Ha kata ada lelaki tengah tunggu aku kat Restoran Ayam Penyet kat bawah kompleks ni ketika baru aje aku sampai dari kilang untuk mengambil stok baru yang diminta oleh Datin Izzati semalam. Dia nak 5 pasang baju yang sama pattern jadi aku terpaksa cari kat gudang sebab stok aku hanya dua pasang aje yang pattern sama di dalam simpanan.
“Siapa Kak Ha?”
Baju-baju tu aku letak di atas meja sebentar.
Handsome lah. Macam Cina.”
Macam Cina? Aku rasa kalau macam Cina ni tak lain tak bukan mesti Adif. Tiba-tiba aje terasa berdebar-debar kat hati. Kenapa Adif cari aku agaknya ya?
“Kak Ha, saya turun ke bawah sekejap ya? Kak Ha boleh jaga kedai?” ujarku sambil menilik jam di tangan. Kak Ha mengangguk kecil.
“Pergilah, Kak Ha tau nak buat apa,” ucap Kak Ha tersenyum lebar.
Aku pun bergegas mengambil beg tangan di bawah kaunter sambil memandang Kak Ha yang tengah sibuk menyangkutkan baju kurung di atas rak depan.
“Dari pukul berapa dia tunggu saya, kak?”
Kak Ha tilik jam sesaat. Di hujung bibirnya tersungging senyuman tidak bergula.
“Nak dekat sejam dah…”
“Hah?” aku terjerit kecil.
“Maaf Kak Ha tak tahu nombor telefon Rian, jadi tak dapat nak beritahu Rian pasal dia…” terang Kak Ha apabila aje melihat kekalutan yang terpamer di wajahku.
“Tak apalah Kak Ha. Saya pergi dulu,” aku meminta diri sebelum keluar dari kedai.
Entahkah betul dia tu Adif ke tidak sebab setahu aku, Adif memang menyimpan nombor telefonku. Jadi buat apa dia nak susah payah tunggu aku kat sini sedangkan dia boleh telefon aku kalau dia nak jumpa.
Sampai ke restoran tu aku boleh nampak Adif tengah baca surat khabar sambil bersandar tenang. Memang dialah! Aku telan air liur sebiji-sebiji.
“Hai,” sapaku setelah berada hampir dengannya.
“Cari saya ke?” soalku apabila dia mendongak wajah. Dia pun terus melipat surat khabarnya dan duduk tegak memandang wajahku, mengisyaratkan diriku supaya duduk di hadapannya.
“Lama tunggu?” soalan kedua dari bibirku kerana dia masih lagi membatukan diri.
“Nak makan apa?” dia balas soalan dengan soalan pula. Aku termangu beberapa ketika sebelum mengangguk kecil. Setuju bukan sebab nak mengambil hati dia, lagi pula dari pagi tadi aku belum menjamah apa-apa selain air mineral dan sepaket biskut Jacob.
“Lama tunggu?” aku jungkitkan kening sambil menanti jawapannya. Kalau dia tak jawab juga aku dah plan nak tanya buat kali yang ketiga. Tak pernah-pernah ada orang buat layan tak layan je bila aku bertanya. Dia orang pertama.
“Awak nak makan apa?” dia buka menu dengan selamba. Aku terkebil-kebil memandang wajahnya.
“Awak ada benda nak cakap pada saya ke? Kenapa tak call aje?” aku bertanya sebab tak puas hati.
Mesti ada sesuatu yang terjadi selain acara ‘makan-makan’ yang dari tadi dia duk jadikan sebagai bahan perbualan. Adif merenung wajahku sekilas sebelum memanggil pelayan restoran. Dia orderkan aku tanpa tanya yang mana satu aku mahu. Bertuah punya lelaki! Bossy betul dia ni. Agaknya kalau kahwin dengan dia kena ikut cakap dia aje sepanjang masa! Rasa nak tergelak dengan diri sendiri sebab boleh berfikir sejauh itu.
“Okey, jadi kita berjumpa ni sekadar untuk makanlah ya?” aku soal dengan muka separa nak gelak.
Don’t misunderstand,” dia cakap tak bernada. Senyuman di hujung bibirku mati serta-merta. Aku pun pandang muka dia dengan seribu satu persoalan yang bermain-main di kepala. Dia ingat aku salah faham pasal dia ajak aku makan ni ke? Kalau macam tu aku pun rasa tak nak salah faham. Takut mencederakan perasaan sendiri sedangkan dia cool bagai tak da benda mengganggu fikiran.
“Oh, we’re just friend. Makan sama keluar sama. Apa yang salah fahamnya?”
Dia senyum segaris setelah aku menghabiskan ayatku. “Risau awak ingat saya ni psiko tunggu lama-lama di sini sedangkan saya boleh aje call awak bila-bila masa,”
Alamak! Jauh menyimpang dari yang aku fikirkan. Tiba-tiba aje aku rasa termalu sendiri. We’re just friend, Rian? Kenapalah bodoh sangat pergi cakap pada dia macam tu?!
“Saya tunggu awak dekat sejam, pekerja awak kata awak tengah sibuk jadi saya tak nak ganggu awak sampai awak siapkan kerja-kerja awak.”
Aku tersengih kecil agar tidak nampak terlalu janggal. Masa-masa macam ni terasa mahu menghantuk kepala kat meja pun ada. Malu punya pasal sampai aku tak boleh nak menjawab kata-katanya.
Kita orang duduk diam sampailah order sampai ke meja. Aku berpura-pura sibuk dengan telefon bimbit dan sedaya upaya tidak mahu bertembung mata dengan Adif.
“Awak sibuk ke?”
“Ha?”
Adif meletakkan sudunya di atas meja. “Makanlah, saya belanja.” Aku pun pandang pinggan di hadapanku. Ayam seketul besar kat atas pinggan tu tiba-tiba macam gelakkan aku aje. Aku pandang wajah Adif sekilas yang tengah minum tu buatkan darah berderau ke muka. Kenapa dia tak henti-henti tenung muka aku dari tadi?
Lepas habis makan dia kata hujung minggu ni dia sibuk sebab kena out station ke Sabah dua minggu atas urusan kerja. Entah kenapa tiba-tiba aje aku jadi lega.


MENUNGGU Abang Afeeq tanpa buat apa-apa membuat aku jadi bengang aje. Hampir dekat dua jam aku tercegat di lapangan terbang ni tapi dia tak juga muncul-muncul. Tak tahu apa sebabnya tiba-tiba Auntie Meera suruh aku jemput satu-satu anak bujang bertuahnya balik dari Australia padahal sepatutnya dia orang sekeluargalah yang kena jemput Abang Afeeq. Setahu aku dah setahun lebih Abang Afeeq tak balik ke Malaysia, tak rindu ke dia orang ni? Kalau tak hati kayu sah-sah hati batu!
Abang Afeeq ni anak Aunite Meera dan Uncle Zafran, keluarga sebelah ma. Auntie Meera dan ma adik beradik sepupu jadi aku dan Abang Afeeq kira dua pupulah agaknya.
Ma mesej sama ada Afeeq Khalish tu dah sampai ke belum jadi aku jawab dengan selambanya yang mamat tu sah-sah nak kena tinggal kat lapangan terbang. Ingat nak suruh dia pakai teksi ajelah jadi aku pun bergegas berjalan keluar dari lapangan terbang. Buat penat aje aku memandu dekat dua jam untuk sampai ke KLIA ni.
“Hai Rian!”
Langkahku terhenti. Laju-laju aku toleh ke tepi dan nampak seorang lelaki tengah duduk santai bersilang kaki di kerusi tepi aku berdiri. What the???
“Abang Afeeq?” aku terus tegakkan kepala yang hampir nak berasap. Punya lama aku tunggu dia rupa-rupanya dia dah duduk kat situ entah berapa lama!
“Garangnya Rian…” dia berdiri dan mendekati diriku. Spontan aku tercebik kecil. Menyampah pun ada, sakit hati pun ada, selebihnya gembira sebab dah lama tak nampak wajah nakal milik Abang Afeeq tu. Kalau Tija ada mesti dia bantai Abang Afeeq sampai Abang Afeeq pecut lari. Teringat dulu-dulu waktu Tija tergila-gilakan Abang Afeeq. Tapi benda tu dah lama, Tija pun dah ada bakal suami sendiri. Tak de la Abang Afeeq duk pening kepala cari alasan yang selama ni dia anggap kami adik beradik sepupu dah dia anggap sebagai adik kandung. Selama ni pun Abang Afeeq agak rapat denganku juga selain daripada Tija.
“Punyalah lama Rian tunggu dia boleh duduk-duduk kat situ tak tegur kita!” aku luahkan rasa geramku padanya. Abang Afeeq tersengih sambil melirik jam di tangannya sekilas.
“Baru setengah jam abang duduk kat sini, tengok muka Rian yang makin ayu ni.” Dia mengusik aku. Aku menjulingkan mata tanda malas nak layan rapuan Abang Afeeq yang tak habis-habis tu. Tak pernah aku terjumpa orang yang sengal macam Abang Afeeq ni, dia nampak aku tengah menunggu tapi dia pilih untuk duduk kat sini setengah jam. Tak gila ke namanya tu?
“Jom balik, lama Auntie Meera tunggu Abang Afeeq balik.”
“Abang tak suruh pun mama tunggu. Abang dah cakap kat mama yang abang nak bawa Rian jalan-jalan hari ni.”
What?” aku kerutkan dahi tanda tidak faham. Abang Afeeq tersenyum sampai ke pipi.
“Rian temankan abang hari ni boleh?” dia tanya sambil menarik hujung baju lenganku. Aku tak sempat nak cakap apa-apa terus mengikut langkahnya. Di bibir asyik merapu-rapu sebab kena paksa macam ni oleh orang yang baru balik dari Aussie. Nasib baik dia baru balik jadi tak kisahlah walaupun aku ingat nak berehat je hujung minggu seperti ini.
“Abang saja minta mama tak jemput abang sebab abang nak jalan-jalan dengan si cantik manis ni,” dia tersengih-sengih gatal. Aku pun jatuhkan rahang spontan.
Sick!” ejekku sambil bergegas menuju ke kereta. Biar betul dia ni? Ingatkan Auntie Meera yang tak nak jemput dia rupa-rupanya dia saja suruh Auntie Meera hantar aku untuk menjemput dirinya… Tak pe la, kita orangkan sekeluarga… Rasa tak sedap hati yang baru aje datang menyelinap aku lontarkan jauh-jauh. Aku ni adik dia aje, lagi pula Abang Afeeq ni kan dah ada makwe.
Masa aku masuk ke dalam kereta selepas memasukkan beg Abang Afeeq ke dalam bonet aku perasan seperti ada mata memerhati. Aku cuba mencari mata itu tapi tak jumpa-jumpa juga. Perasaan aku aje kut?
“Lepas ni kita ke shopping complex nak? Kita ke Time Square.” Abang Afeeq selamba merampas kunci kereta dari tanganku. Aku bulatkan mata kerana terkejut yang amat.
“Ma tengah kat rumah la Abang Afeeq. Kita balik rumah aje la jom!”
Tak sempat aku mengambil balik kunci kereta dia dah duduk di tempat memandu. Nak tak nak terpaksa juga aku duduk kat sebelah dia dengan perasaan sebal. Kalau si Adif tu bossy, Abang Afeeq ni kira syok sendiri!
Bila aje duduk di dalam kereta, Abang Afeeq mula menyanyi-nyanyi kecil lagu Hey There Delilah sambil melirik wajahku dengan ekor matanya. Tersungging senyuman pahit di hujung bibirku. Time Square can’t shine as bright as you, I swear it’s true…