CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 7, 2012

Kuli Rumah Untuk Dia 7





BAB 7

KUNCI kereta dilambung-lambung selamba. Mata Syakirul Hafiz terarah ke pintu. Menunggu kelibatan Syaminah muncul untuk ke pasar. Arghhh! Gila lama! Mesti sibuk nak bancuh tepung kat muka dia tu. Kalau dah nama perempuan, nak bersiap tu boleh ambik masa satu jam. Tapi Syaminahlah perempuan pertama yang berbedak paling tebal pernah dia jumpa. Retarded! Rungutan kecil timbul dari bibir Syakirul Hafiz.

“Tak pergi lagi Syak?” suara Kak Nur mematikan bayangan wajah Syaminah dari tubir mata Syakirul Hafiz. Syakirul Hafiz tersenyum pahit. Nak kata pahit tu tak la... Tapi boleh kira pahit sebab ni dah masuk 45 minit dia tunggu Syaminah di ruang tamu. Tah tah pasar ikan pun dah tutup!

“Tak kak. Si Minah ni lama banget sih nungguin dia...” siap bahasa Indonesia lagi. Kak Nur tergelak.

Apa-apa ajelah Syakirul ni. Saling tak tumpah seperti anak bujangnya yang suka bergurau. Teringat anak bujangnya, hati Kak Nur berbunga riang. Zairul Darman telah pun berjanji untuk membawanya pulang ke kampung untuk tiga hari pada hujung minggu ini. Sudah dimaklumkan kepada Tengku Arshad dan nampaknya majikannya itu tidak menghalang malah beria-ia untuk menyuruh Kak Nur mengambil cuti seminggu.

Nak cuti lama-lama tak bolehlah sebab pembantunya masih lagi tak begitu cekap. Lagi-lagi dalam hal-hal memasak. Tapi Tengku Arshad sudah pun memaklumkan bahawa dia juga akan out station untuk lima hari. Cuma masalahnya sekarang ni, Syakirul. Dan juga Syaminah. Macam sepadan je nama budak berdua tu bila digandingkan. Kak Nur ukir senyuman di bibir.

“Syak pergi la ke belakang cari Minn. Dia terlupa kut?”

Naik kening Syakirul. Lupa? Kalau betullah budak tu terlupa, rasa-rasa nak ketuk kepala PR abah dengan kasut. Penat-penat tunggu tapi si Minah boleh pula terlupa.

“Yelah... Kak Nur dah buat list barang?”

“Dah, ni ha...” Kak Nur ambil sehelai kertas dari poket saku seluarnya dan menghulurkan kertas itu kepada Syakirul. Syakirul mencapai dan membaca sekali imbas.

“Syak tengok Minah dululah kak. Takut betul dia terlupa...”

“Yelah...”

Syakirul berjalan ke rumah belakang di tepi rumah banglo Tengku Arshad dengan hati yang agak panas. Boleh pulak minah ni syok-syok bersiap lagi laju siput bersiap dan dibiarkannya majikan menunggu. Tak ada adab!

Pintu rumah Kak Nur dibuka setelah salam diucapkannya. Mata Syakirul melilau mencari kelibatan hantu tepung tu tapi tak ada. Syakirul masuk ke rumah dan memanggil-manggil nama Syaminah tetapi gadis itu tidak menyahut. Tidur ke apa dia ni? getus hati Syakirul.

Nak tak nak dia buka pintu bilik tidur satu-persatu. Dia tahu bilik Kak Nur sebab masa kecil-kecil dulu selalu lepak kat sini. Tapi ada dua lagi bilik yang tidak berpenghuni dan salah satu bilik itu tentunya bilik Syaminah.

“Minah!” Syakirul ketuk pintu. Dia lekapkan telinga di daun pintu cuba mendengar jika terdapat sahutan dari dalam.

“Mana budak ni?” Syakirul mendengus geram. Dia buka tombol pintu dan saat itu hampir-hampir biji matanya terjatuh keluar.

“Minah...” Syakirul mengeluh geram. Nak aje dia sekeh kepala Syaminah yang terliuk lentok di kepala katil.

“Tidur heh? Aku penat-penat tunggu, kau elok tidur kat rumah pulak?” Syakirul mendekati Minn Alia dan menatap wajah gadis itu tajam sambil tangan dilipat ke bawah dada. Bibir diketap kuat menandakan dia berang dengan perangai tak berapa nak senonoh pembantu rumah abahnya.

“Minah! Bangun! Bangun! Kau tak bangun, aku simbah dengan air satu baldi!” ugut Syakirul keras.

Di dekatkan wajahnya pada wajah Minn Alia sebelum dia mencabut salah satu earphone yang melekat di telinga Minn Alia.

Ear phone itu diletak di telinga Syakirul Hafiz. Agak terpana bila mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh Minn Alia agak rancak dan rockies gitu. Tapi benda-benda rockies rancak semua orang pun suka. Yang ajaibnya, Syaminah pembantu rumah Tengku Arshad dengar lagu pakcik-pakcik dan makcik-makcik berambut karat. Lagu Love Story yang dinyanyikan oleh Taylor Swift itu membuat hati Syakirul berubah rentak. Lama matanya jatuh keseraut wajah milik Syaminah. Tempek-tempek putih tidak lagi begitu jelas dan di ruang matanya dapat melihat riak Syaminah tenang bersahaja.

Cause you were Romeo, I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything to me
I was begging you please don't go and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

Syakirul terpegun di sisi Minn Alia. Ada suatu yang berlainan pada diri gadis itu. Dia tidak seperti pembantu-pembantu rumah yang lain. Minn Alia jauh berbeza, sangat berbeza! Bukan saja berbeza dengan pembantu rumah yang lain, tetapi juga tidak sama dengan mana-mana gadis di luar sana.

Sayangnya Syaminah yang tengah menutup mata di depan Syakirul Hafiz adalah lebih tua daripada lelaki itu. Dan yang paling ketara, Syaminah atau Minn Alia, kedua-duanya hanya sekadar menyandang gelaran pembantu rumah. Pembantu rumah keluarga Tengku Arshad... Dan dia adalah anak lelaki Tengku Arshad. Wah, macam tengah bukak mood cinta dua darjat. Cinta? Hati Syakirul bergetar hebat.



MINN ALIA menggeliat kecil bila terasa tubuhnya tidak selesa. Terasa bahunya lenguh kerana duduk terlalu lama di kepala katil. Mata dibuka sedikit dan kemudian ditutup semula. Penat!

Eh, sat-sat! Siapa yang tengah berdiri di tepi katil aku ni? Minn Alia celik mata luas-luas. Spontan dia terduduk. Rahangnya hampir-hampir nak tertanggal ke bawah melihat lelaki yang berdiri tegak di sisinya.

“Makcik ular sawa. Eh! Pak cik gila makan roti!” Minn Alia melatah dan terus melompat turun dari katil.

Tanpa sengaja telefonnya jatuh dari riba dan tergantung di tengah-tengah antara Syakirul Hafiz dan Minn Alia. Kali ini biji mata Minn Alia dekat nak tersembul bila terperasan ear phone kesayangannya yang sebelah lagi ada di telinga Syakirul Hafiz!

Aku kat mana ni? Rumah babah ke rumah Syuh? Otak jadi sengal tiba-tiba.

Ya ALLAH... Pakcik ni... Pakcik majikan kat rumah sejak aku naik pangkat jadi orang gaji! Minn Alia terpejam-celik cuba mencerna hakikat dunianya sekarang.

“E.. Encik! Encik buat apa dalam bilik saya ni?!” jerit Minn Alia setelah lama mereka bertatapan. Syakirul Hafiz terdiam tanpa suara. Dia tatap muka Minn Alia dah serupa macam orang kena hipnosis.

“Helo... Encik tidur ke?” Minn Alia tarik ear phone dari telinga Syakirul Hafiz. Tapi tangannya berhenti bila menyedari renungan mata Syakirul Hafiz bagai nak makan orang.

“Err... Encik nak apa datang bilik saya?” soal Minn canggung. Dia jadi serba-salah bila lelaki itu membisu seribu bahasa. Seumur hidupnya, inilah kali pertama seorang lelaki menyaksikan dia tertidur di atas katil. ATAS oke. Kalau bawah katil tu tak de hal sebab kurang sikit sensetnya. Benda-benda melibatkan atas katil ni buat mencipta allergic baru je! Lain kali nak manggakan pintu bilik supaya selamat sikit nak buat taik mata.

“Awak sempat tidur tapi saya tunggu awak hampir satu jam. Cepat siap. Saya tunggu kat rumah depan.”

Syakirul Hafiz melangkah keluar bilik meninggalkan Minn Alia terpinga-pinga.

Dalam hati Syakirul Hafiz, dia tersangat-sangat confuse. Otak yang bersalah ke sebab terlalu banyak berfikir atau sekadar mainan perasaan supaya dia terkeliru dengan kehadiran Minn Alia sebagai salah satu watak dalam hidupnya?




-Sorry, been busy hujung minggu ni. entri pendek untuk di baca... :D

9 Komen untuk Cik Rin:

Unknown

haha nie bukan entri pendek nie :p

Anonymous

thanks writer..
hati dah keliru tu..hoho hebat la minah aka minn ni..even muke bertempek pun si SH tu bleh suke..

~adda~

Cik Hani

syak dah jatuh cintan haha ;)

Cik Hani

syak dah jatuh cintan haha

Unknown

n3 pendek tp still puas. heheh! take ur time!

fallenmoon ( Liya Zafrina )

hehehe! amboi SH. dalam hati dh ada minn lettew! ;)

RinsyaRyc

Kazen - hihi...

Adda- kat dalam lagi penting... kui3...

Minn jawab, tengok kaki le derrr...<~ sumpah pempuan ni kaki riak!

Cik Hani - mana ada jatuh cinta:3 still confuse tu. kekeke... tpi semua org pun dh tau kan si Syak jatuh cinta? dia je beria x nak terima hakikat dh jatuh syg kat pembantu rumah sendiri! kekeke..

Mimi- thanks! ^^ :heart:

Fallenmoon- ada je... dia x nak ngaku~

Cik Hani

hehehe tau xpe, citer ni dh mkin menarik ;)

kak ida

citer yg sungguh kelakar..kesian mamat poyo syak..dibuli ngan tak sengaja oleh Mia..
Adakah mamat tu da lihat wajah sebenar Mia sbb tu dia dah macam sawan..sikit..