CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 19, 2012

Lelaki Versi Dia 5




BAB 5

TAK tahan aku tengok muka Wan Aakif yang begitu polos. Gelisah dan rimas. Ye lah selalu muka dia menyombong aje bila pandang muka aku yang tak berapa nak cantik ni kan? Dia handsome aku tak cantik. Nak dia pandang aku? Minta maaflah jawabnya. Tapi itu dulu, sekarang ni dia asyik sibuk nak mengendeng kat aku sepanjang saat. Perangai lebih kurang seperti Auntie Zita. Mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan? Kalau tak pun terbalikkan aje peribahasa tu, mana tumpah nasi kalau tak ke kuah sebab sekarang makanan kat Malaysia sudah dipelbagaikan. Nasipun boleh tumpah kat mee maggie apa?

“Arwin, you tak boleh nak duduk diam ke?” Soal Wan Aakif pelan. Aku toleh ke arahnya. Mungkin sebab orang dah ramai yang balik, jadi dia semakin tak ada kerja nak join aku ronda satu rumah.

“Yang awak ikut saya dari tadi tu kenapa?” Aku soal balik. Saja nak kasi dia pening. Selalunya dulu aku yang suka ikut dia ke mana saja. Masa tu aku budak innocent tak reti apa-apa. Yang aku tahu aku suka kat dia. Agak-agak tahap kerimasan dia tu sama tak dengan kerimasan aku sekarang ni? Seri la kan? Dulu aku buat kat dia, sekarang dia buat kat aku.

“This is my first meeting with my own fiance.”

Aku ternganga-nganga mendengar luahan hatinya. Sick! Takkan la dia betul-betul menghargai pertemuan kali pertama dia dengan aku kut? Memang susah nak dipercayai.

“Tapi takkan la awak nak ikut saya 24 jam kut?” Aku kerut kening. Dia hulur senyuman manis sambil menyelitkan sedikit rambutnya yang terurai kat tepi telinga.

“I thought kita berdua mesra?”

Ah sudah... Nak mesra apanya sebab selama inipun dia buat aku macam halimunan masa kita orang berjumpa. Tu kira okay la dia buat aku macam halimunan. Tapi selalunya dia jeling aku tajam-tajam tanda amaran, ‘kau jangan nak hampir-hampir dengan aku’.

Tak kiralah cerita-cerita dulu-dulu tu sebab sekarang ni akukan tunang dia. Dia nak mengendeng tepi aku 24 jam pun tak apa. Err, hadis mana yang aku guna? Derhaka pada agama nampak? Aku tersengih sendiri. Tapi sebab cerita-cerita dulu jugalah yang buat hati aku sekarang jadi malu dan segan dengan diri sendiri... Senyumanku mati serta-merta.

“Mesra mesra juga tapi tak la sampai nak mengendeng kat saya setiap detik...” Aku jawab secara logik. Jadi aku rasa dia boleh faham la kut... Tapi aku nampak dia dah tarik muka kecewa. Susah juga eh kalau dia dah mula suka kat aku? Walaa... Perasan tahap langit la kau Win... Kalau ingatan dia pulih, mahu dia gelakkan aku sampai tergolek-golek atas lantai. Kalau gelak aje kira okey lagi. Cuba bayangkan penampar dia hinggap kat pipi. Mahu kau menangis satu tahun tak keluar rumah.

“I baru nak kenal you...” Dia mula hulurkan senyuman. Aku sambut senyuman dia terus taruh dalam hati. Mana la tau kalau esok ingatan dia datang, susah lepas tu nak tengok dia senyum kat aku.

“You kerja ke? Mama kata you tengah kerja.”

“Hmm... Saya kerja tak gempak pun...” Aku merendah diri. Dah memang aku kerja tak gempak nak buat bagaimana? Gaji sebulan tak sampai tahap dua riban... Bos aku kedekut... Asal dia tak bagi secretary dia yang ayu ni gaji lebih sikit kan? Dia dengar kata-kataku sambil tersenyum penuh makna.

“I tak kisah you kerja apa... Don’t worry...”

Aku kerut dahi. Ada-ada aje Wan Aakif ni. Macam la aku kisah kalau dia tak suka kerja aku kan?

“Apa perasaan you kena tinggalkan hampir 6 bulan oleh tunang sendiri tanpa khabar berita?”

Aku cuba cerna apa yang dia kata. 6 bulan ditingggalkan? Oh, mungkin dia ingat sebelum 6 bulan tu aku dan dia asyik berhubungan dan sentiasa keep in touch lovey dovey couple yang hot bercinta tak ingat dunia. Bila dia dah hilang ingatan, aku pula bersedih hati la kut sebab dia tak pernah hubungi aku...

“Mestilah sedih...” Wah! Aku boleh gantikan watak Lisa Surihani dalam movie Ombak Rindu dah kut... Kelas lakonan aku Jah... Siap tayang muka tak cukup makan sebulan.

Wan Aakif tersenyum lebar. Puas hati la kut tunang dia sedih sebab ditinggalkan 6 bulan. Adakah aku sedang mencipta halusinasi buat Wan Aakif? Adoi... Sejak bila aku jadi pembohong kelas pertama ni? Kelas kau Pe’ah... Hari-hari aku bohong begini mahu tercantas lidah sendiri.

“Boleh I tahu berapa umur you?” Soalan dia buat aku tak senang duduk. Kang kalau dia tanya siapa mak bapak aku, kat mana aku tinggal, tak ke naya?

“Muda empat tahun dari awak.”

“Oh?” Dia buat muka blurr. Tengah mencongkak umur aku agaknya.

“22 ya?” Dia garu kening. Aku angguk aje dah dia tanyakan?

“Bila kita nak kahwin?”

Astagfirullah... Tak tahan betul aku dengan soalan-soalan budak darjah 2 dia ni. Kalau aku jawab esok agak-agak boleh tak?

“Awak boleh tak duduk diam tak perlu nak tanya yang bukan-bukan?” soalku agak marah. Mungkin dia tahu aku tengah moody tak nak diganggu, aku tengok dia semakin menjauhi aku. Aku menghela nafas lega sambil meneruskan kerja menyapu lantai rumah. Tak lama lepas tu dia datang berdiri di sebelah aku lagi.

“I tanya sebab you yang suruh I untuk ingat semula hidup I yang lepas...”

Hampir tercekik aku mendengar kata-kata sedih Wan Aakif. Aku berhentikan projek menyapu dan aku mula pandang wajah dia lama-lama. Wan apa dah jadi dengan kau ni? Kesian pun ada aku tengok...

“Saya tak sedia lagi la Wan. Lagipun saya masih muda...” Aku jawab jujur kat dia. Mana boleh nak kahwin hari ini hari ini juga walhal dia masih belum ingat siapa aku. Dia cakap begitu sebab dia tak ingat aku ni perempuan yang paling dia anti dalam dunia. Aku nampak Wan Aakif seperti berfikir panjang sebelum kembali duduk di sofa ruang tamu. Nampak sangat muka dia tengah confuse. Kasihan...

“Wan, aku nak kasi tahu kalau orang perempuan ni cepat rimas... Terutamanya bila lelaki asyik bertanya bila nak kahwin bila nak kahwin...” Suara Wan Adree kedengaran di cuping telingaku. Kembang kempis hidungku menahan amarah. Dia orang ni agak-agaklah kalau nak bersekongkol menipu Wan Aakif... Semua pakat-pakat usik aku dan Wan Aakif sampai aku rasa dah jadi manusia hipokrit.

“Ya ke?” Wan Aakif garu kepala dia. Macam serabut aje aku tengok.

“Win tidur sini malam ni?” Soal Auntie Zita. Ah, sudah... Kalau Auntie Zita dah pelawa, susah aku nak tolak... Dia punya gam uhu tu kuat gila.

“Tak la auntie... Lagipun housemate Win sakit perut tadi...”

“Oh, Nafisa ke? Patutlah tak nampak dia lagi...” Auntie Zita termakan kelentongku. Berapa banyak dosa menipu hari ini aku kumpul? Aku tunduk dengan rasa bersalah.

“I hantar you balik rumah...” Suara Wan Aakif mencelah. Aku cepat-cepat menggeleng kepala.

“Tak apa... Saya boleh balik sendiri.” Balasku tegas. Tak nak la dia hantar, nanti kalau dia tahu aku tinggal kat mana lagi haru jawabnya.

“Biarlah Aakif hantarkan... Win takut kat tunang sendiri ke?” suara Wan Adree hampir-hampir membuat aku terkena darah tinggi. Lagi-lagi bila dia tekankan perkataan ‘tunang’ tu.

“Bukan takut tapi tak nak menyusahkan.” Tekanku geram. Perangai Wan Adree yang suka mengusik memang dari dulu dah sebati kat aku. Cuma malam ni aku terlebih sensitif sebab tiba-tiba dapat tunang segera. Bersungguh-sungguh aku cuba melupakan perasaan aku pada Wan Aakif alih-alih jadi gini. Cuba kalau Wan Aakif dapat balik ingatan dia lepas aku dah jatuh cinta semula pada mamat ni, ada juga yang makan jantung pisang tak berlagu.

“Biarlah Wan hantar Win balik... Lagipun bahaya naik teksi sorang-sorang... Kalau Win ada kereta tu lain cerita.” Pujuk Auntie Zita.

Fine fine... Wan hantar Win balik...” Suara aku lemah macam tak makan satu hari. Tapi tak apalah... Daripada kena tidur kat sini, lebih baik tidur kat rumah sewa aku. Biarlah kalau Wan hantar sekalipun... Akhirnya aku buat keputusan dalam keadaan yang separuh hilang akal.

Aku dengar tawa Auntie Zita dan Wan Adree jadi satu. Dan serta-merta aku tak faham kenapa aku harus jadi mangsa dia orang.

Sekarang aku nak tarik diri dalam permainan ni boleh tak? Aku lemparkan pandangan minta simpati pada Auntie Zita. Dan sekali lagi wanita separuh abad itu seakan-akan tidak memahami jeritan batinku. Arghh!!

Pukul 10 malam aku duduk dalam kereta Wan Aakif. Terpaksa. Bukan aku yang nak sangat tapi betul-betul terpaksa. Lepas hari ini, aku tak nak muncul depan dia lagi... Aku janji.

“You tinggal kat mana?” Dia tanya.

“Taman Orkid kat simpang tiga tak jauh dari Giant.” Balasku ringkas. Dia angguk-angguk kecil. “I see...” senyuman dia terukir di bibir. Aku tak cakap apa-apa. Malas dah nak berbual dengan dia.

Somehow I tengok you macam tak selesa aje bila I ada. Betul ke dulu kita pernah bertunang?” Satu lagi soalan menyerang. Aku pejam mata rapat-rapat sebelum menghela nafas dalam. Satu yang aku rasa annoying tahap rasa nak ketuk kepala kat cermin kereta adalah ‘somehow’ dia tu. Lagi satu cara dia bertanya macam ada lagi satu juta soalan kat dalam kepala dia untuk aku.

“Kita memang tak rapat sangat dulu. Stail apa bertunang tapi tak rapat sangat.” Jawabku tenang. Wan Aakif nampak seperti tak puas hati dengan jawapanku. Cara dia memandu semakin perlahan dan aku dah mula rasa macam orang tengah naik kereta kabel kat Pulau Langkawi.

“Boleh tak you ceritakan pada I bagaimana kehidupan kita yang dulu?” Soal Wan Aakif melirik ke arah aku. Aku mengurut tangan dan membalikkan tubuh aku ke cermin kereta.

“Kita dulu seperti inilah...” Aku balas lambat-lambat. Ni jawapan jujur. Aku dan dia mana pernah rapat. Dia pandang Arwin Raisha macam pandang semut tengah cari rezeki kat mana-mana. Pandang sebelah matapun tak. Mungkin sebab dia tengok aku ni asyik terkejar-kejar dia, siap panggil dia encik suami masa kat sekolah dulu, tu yang dia rasa menyampah kat aku.

“Seperti ini?” Sah dia tak faham lagi. Bagaimana caranya untuk buat Wan Aakif berhenti bertanya soalan yang bukan-bukan kepada aku? Aku kembali menoleh ke arahnya.

“Wan, kalau boleh jangan tanya soalan pelik-pelik pada saya. Saya tak ada mood nak bercerita. Dan lebih baik kalau kiranya awak jangan ber ‘I’ ‘you’ dengan saya. Saya rimas.”

Aku tunggu dia balas tapi dia tetap berdiam diri. Dia pandang jalan raya tu sampaikan aku tak dapat nak baca hati dia. Dia dah sedarlah kut yang aku ni tak berapa nak melayan dia sangat. Lima minit kami berdiam diri dan aku lebih selesa begini. Kalau Wan Aakif hilang ingatan, aku pula mencipta ingatan yang tak pernah berlaku sepanjang hidupku.

“Kita tak semesra pasangan kekasih yang lain... Maknanya selama ini awak terpaksa bertunang dengan saya?”

Aku pura-pura tidur untuk mengelak menjawab persoalannya. Kalau boleh, jangan soal aku benda pelik-pelik. Aku bukan penjawab yang baik lebih-lebih lagi kalau benda tu tak pernah wujud atau dengan kata lain menipu.

“Arwin?” Aku dengar nama aku di seru. “Are you sleeping?”

‘Ya...’ Aku jawab dalam hati. “Ingatkan kita berdua dah nak kahwin, jadi perhubungan kita berdua baik-baik saja... Saya keliru la Win...” Keluh Wan Aakif pelan. Hati aku terdetik kecil bila mendengar luahan hatinya. Kasihan kat awak... Tapi aku tak dapat nak tolong apa sebab aku rasa aku dah jadi watak antagonist dalam hidup dia. Bayangkan aje kalau aku jadi Wan Aakif. Aku hilang ingatan lepas tu mak aku kasi tau yang Harriz tu tunang aku walhal selama ni aku benci gila mati kat mamat tu. Yang paling last, aku kena kahwin dengan mamat tu. Oh noooo.....

“Kadang-kadang hidup saya rasa tak bermakna... Saya dah cari jalan balik tapi saya tak tahu nak pergi mana...”

Dia tarik nafas dan dia keluh. Aku agak dia nak tenangkan hati yang tengah serabut. Mungkin kalau aku jadi dia, aku pun macam tu juga.

“Win, I need you...” Bisik Wan Aakif dalam tetapi aku masih mampu mendengarnya.

Satu perkataan itu membuat diriku bungkam seketika.


1 Komen untuk Cik Rin:

Anonymous

nk baca yg ke 6 dan seterusnya, pleaseeeee buka link