CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 24, 2012

My Iron Girl, Romantiknya! 2




Part 2: Jangan cabar saya ...














HADIRA letak kaki kiri kat atas tempat duduk manakala kaki kanan dihayun-hayun ke bawah. Mulutnya dia sumbat dengan lauk-pauk yang ada. Ikram Hadi memandang wajahnya dengan penuh minat.

“Kak Dira tak kenyang lagi ke?” Tanya Ikram teragak-agak. Hadira tunjuk penumbuk dia.

“Nak?” Tanya Hadira angkat sebelah kening. Ikram tersengih lebar.

“Tak apa la kak. Ikram dah kenyang. Kak Dira makan la, Ikram nak sambung study...” Ikram menjengket-jengket berlalu dari situ. Gila punya kakak, boleh melantak lima pinggan. Wuishh... Muat ke perut dia?

“Mana bapak?” Tanya Hadira selepas habis makan malam. Dia terus melompat ke sofa. Ikram yang khusyuk pegang buku PMR terkejut babun apabila dilempang dengan bantal sofa.

Bapak? Dia keluar kejap tadi...” Jawab Ikram mengurut kepalanya sendiri.

“Ik...”

Wah, lembut semacam aje... Ikram pelik tengok Hadira. Jangan la dia ada niat jahat lagi. Bisik hati Ikram agak cemas. Kali lepas Hadira bersuara lembut sebab nak pinjam kereta control nya. Dan kereta control itu telah pun selamat Innalillah sebab Kak Dira hentak pada dinding. Seminggu dia frust tak bertegur sapa dengan Kak Dira. Merajuk gila. First time bapak baik hati belikan dia kereta remote control akhirnya pecah macam tu aje.

“Tolong tengok kepala kakak. Ada tak kulit melecur?” Hadira menyuakan kepalanya pada Ikram. Sejam dia berendam dalam air untuk menghilangkan pedih di kepala. Ini semua mamat sengal tu punya pasal. Mata letak kat lutut!

Ikram ternganga lebar.

“Kakak ada kutu ke???” Wajah Ikram terherot-herot tahan geli.

“Sengal! Kan akak dah kata melecur...”

“Kenapa kak?” Tanya Ikram hairan. Hadira tunjuk muka kasihan.

“Kena siram air kopi panas...” Ucap Hadira sedih. Ikram terkumat-kamit tahan ketawa.

“La... Kenapa main siram air kopi... Patut la akak balik tadi muka hitam semacam aje...” Sengal la punya kakak. Otak tak berapa nak betul. Dulu suka main gusti, sekarang main siram menyiram guna air kopi.

“Kau aku lempang kang nak?” Suara Hadira mula meninggi. Ikram tersengih menampakkan semua batang giginya.

“Ye la... Sini...” Ikram tarik tangan kakak dia dan mencapai kepala dia. Dia belek satu persatu macam orang tengah cari kutu. Hadira diam aje. Ikram tersengih kecil. Walawei, tak pernah Kak Dira bermanja-manja begini dengan aku. Rasa geli siot.

“Laa.... Macam teruk aje ni. Kulit habis terkoyak...”

Hadira menegakkan badan dengan matanya hampir terjojol keluar.

“Kulit terkoyak??” Dia raba-raba kepala dia dengan perasaan berdebar.

“A’oh... Menggelupas pula tu...”

“Serius ke Ik?” Air mata mula Hadira bertakung.

Ye la. Esok kita pergi jumpa doktor jadi kena botakkan kepala dulu la nampak gayanya...” Ucap Ikram selamba sambil bersandar di sofa.

Botak??? Hadira membulatkan mata besar-besar. Ikram sudah gelak tak sedar dunia.

“Kau main-main ke Ik?”

Sorry.. Sorry... Muka akak lawak sangat..”

Hadira gigit bibir bawah. Bangang punya adik!

Dush! Sebiji kena kat lengan.

Haku paling pantang orang yang main-mainkan orang lain!!” Hadira sudah berdiri gagah nak buka langkah.

Ikram tercengang-cengang memandang kakaknya sudah berdiri tegak di hadapannya.

“Okay.. Okay... Ik minta maaf!” Ikram melompat dari sofa berlari ke dalam bilik. Buku berterabur dia tak peduli. Hadira dah jadi singa!

“Ikram!!”




HADIRA lenggang kangkung menuju ke bilik kuliah seorang diri. Kuliah full sepanjang hari.

“Dee...” Seruan Tia disambut dengan tolehan.

“Kau dah okay ke?” Tanya Tia berlari-lari anak mendapatkan Hadira.

“Aku tak okay ke?” Tanya Hadira balik. Tia panjangkan leher menilik kepala Hadira. Rambut Hadira panjang ditocang satu.

“Semalam tu...” Ucap Tia jalan beriringan dengan Hadira.

“Okay je. Petang ni aku nak botakkan kepala sebab terpaksa jumpa doktor.” Hadira mengadu. Tia ternganga. Tak kan la teruk sangat kut... Tia buat muka perit membayangkan kesakitan yang Hadira terpaksa tanggung.

“La ya ke?” Tanya Tia simpati.

“Ha’ah...” Ucap Hadira selamba. Tia garu-garu kepala sendiri. Hadira curi pandang wajah Tia dengan ekor mata. Kena kencing hidup-hidup pun tak perasan. Sah minah ni lurus bendul.

“Kesiannya kau... Lepas ni pergi kelas mesti pakai tudungkan?” Hadira diam tidak menjawab persoalan daripada Tia.

Tiba-tiba Tia angguk laju.

“Inilah hikmah dia... Allah nak bagi kau pakai tudung...”

Tersentak hati Hadira mendengar kata-kata Tia. Ada satu perasaan meresap jauh ke dalam hati kecilnya.

“Aku tipu aje la. Mana ada kena botakkan rambut!” Hadira cepat-cepat membalas kata-kata Tia.

Tia garu kepala sendiri. “Ingat kau dah sampai seru...”

Hadira terkebil-kebil sebelum mengorak langkah laju meninggalkan Tia jauh kebelakang. Pakai tudung? Errk. Dia tak sedia lagi.

“Eh Dee... Tunggu la aku...” Tia berlari-lari anak menyaingi langkah sahabatnya itu.

“Dee...” Bisik Tia dalam kelas. Hadira menoleh sambil angkat kening. Dia bagi pandangan, ‘apa?’.

“Mamat semalam nama dia Naqiuddin.” Tia bisik lagi sambil tangannya menutup mulut. Takut suara dia di dengar oleh Madam Anne di hadapan. Madam Anne garang woo... Hari tu ada seorang budak dia tikam pakai buku. Hampir dua tiga hari juga la muka budak tu lebam biru.

Hadira kerut kening. “Sapa?” Tanya Hadira dengan volume yang agak kuat. Tia ternganga dan terus menyembunyikan wajahnya ke meja. Mampus.. Mampus!

“Hadira, nama awak Hadira, kan?” Tiba-tiba satu suara mencelah. Hadira pucat memandang hadapan.

“Madam Anne...” Hadira tersengih-sengih tanpa kata.

“Jumpa I kat pejabat nanti.”

Ha? Nak buat apa? Hadira mengangguk-angguk kecil. Hati dia jadi tak sedap.

“Okay then... Class, what do you think about our topic today?” Semua menikus.

“Izwan, berdiri...”

Izwan berdiri tenang.

“Saya dapat... Bla bla bla... Interesting... Bla bla bla...” Izwan membebel dengan penuh dedikasi.

Hadira ikut Tia sembunyikan wajah ke meja walhal dia tetap tak boleh lari daripada Madam Anne. Tia tunjuk jari telunjuk letak kat leher. Dengan ganas dia menarik jarinya macam gaya ala-ala potong kepala. ‘Mampus kau!’

Hadira menjengil mata. Ni semua kau punya pasal la bongok!

Tia sahut dengan juihan bibir. Hadira tahan geram berapi-api dalam hati.




TIA mengejar langkah Hadira lagi. Tiap-tiap hari dia yang kejar. Nak harapkan Hadira kejar dia, sampai kucing bersayap pun jangan harap.

“Aku nak jumpa Madam Anne la. Kau nak ikut sekali ke Tia?” Tanya Hadira kerut dahi. Tia dah macam chewing gum. Mana-mana dia pergi Tia nak lekat sama. Nasib baik dah kawan sejak lahir lagi. Kalau tak gerenti dia sepak jugak minah ni.

“La ya ke? Apesal tak bagi tahu awal...” Tia memuncungkan bibir. Hadira garu pipi.

“Kau tak dengar ke Madam Anne kata tadi? Dia nak jumpa aku laweyh...” Jawab Hadira sambil mengorak langkah semula.

“Okay, babai... Aku tunggu kau kat kafetaria!” Tia awal-awal nak pecut. Tak nak dia ikut Hadira, tak pasal-pasal dengan dia-dia juga kena sembur oleh Madam Anne. Oh, tidak...

Hadira terkebil-kebil melihat kelibatan Tia yang kelam-kabut lari. Dia geleng kepala kecil. Macam la aku nak paksa dia ikut aku jumpa Madam Anne. Tak ada kesedaran sivik betul kawan aku sorang tu. Elok aje dia melarikan diri padahal sebab dia la aku kena jumpa Madam Anne. Hadira kepal-kepal penumbuk geram. Ini tidak adil... Tidak adil...Untukku...

Hadira sambung langkah dia menuju ke bangunan putih di hadapannya selepas menghela nafas panjang. Ini la yang orang katakan, jalan menuju neraka dunia. Eh, hiperbola sangat ayat aku. Walhal sekadar jumpa pensyarah aje...

“Wiwitt!!! Awek cun!”

Mata Hadira terus terarah ke arah sekumpulan anak-anak bujang orang yang tengah berkumpul melepak dengan motor masing-masing.

Aku ke? Hadira tercengang-cengang.

“Nak pergi mana tu?” Tanya salah seorang daripada mereka. Walaupun jarak Hadira dengan anak-anak bujang orang itu 100 meter aje, tapi dia dapat melihat dengan jelas wajah salah seorang daripada mereka yang dia ingat sangat-sangat!

Mamat kopi! Hadira ketap bibir geram. Teringat malam tadi dia tak dapat tidur sebab kepala dia rasa pedih semacam. Wah! Kecik gila dunia ni... Dia study kat sini jugak?

“Siap kau.” Bibir Hadira terherot-herot geram. Spontan dia tunjuk buku lima.

“Wahhh... Garangnya....” Suara itu disambut dengan gelak satu kumpulan. Hadira tak peduli. Dia tunjuk wajah mamat kopi garang dengan renungan, ‘siap kau lepas ni!’

Mamat kopi blurr.