CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 8, 2012

GLUE 2.






BAB 2.
BALIK RUMAH aku tengok Ija tengah duduk sembang dengan anak jiran sebelah. Punyalah riuh dia orang gelak. Aku rasa kalau ada mak-mak yang ada anak lelaki hensem bergaya tengok dia orang ni confirm terus reject jadi menantu pilihan.



"Apa kau orang gelak tu?" aku sapa nada orang nak marah.
"Kakak ni penyibuk aje. Tu mak tunggu kat dalam dia nak cakap something kat kakak." Ija sempat jeling aku. Eh budak ni kan, dengan aku pun dia dah berani jeling-jeling.
"Apa mak kata?"
"Ija tak tahu."
"Laaa..."
Aku terus berjalan masuk ke rumah. Sempat aku pesan kat Ija jangan main lama-lama kat luar, hari dah nak gelap. Banyak makhluk halus berkeliaran terutamanya pada waktu senja. Ija dulu pernah kena sembunyikan makhluk bunian  semasa dia kecil di rumah nenek. Nenek kata bila sekali kena. benda tu senang juga nak kenakan kita balik.
“Baru balik Nan?”
Nan? 

Aku terus toleh ke ruang tamu. Abi ada duduk dengan mak. Sejak mak dan abi bercerai, jarang-jarang abi melawat kami sekeluarga. Abi datang pun nak ambil resit dari mak, dia bayarkan lampu, air, rumah ni dia bayar juga dan kereta aku tu pun abi yang bayar. Dan hanya abi aje di dalam dunia ni panggil nama aku Hannan. Sebabnya mak kata Hanan tu pilihan abi, Abeer tu pilihan nenek. Jadinya Nur Abeer Hanan. Nur- cahaya, Abeer- wangian, dan Hanan- kesayangan. Mak kata aku anak sulung, abi sangat sayangkan aku kerana sewaktu mak mengandung banyak komplikasi ke atas mak. Tapi sampai sekarang pun aku tak faham kenapa abi dan mak kena bercerai sedangkan sebelum ni kami memang hidup bahagia. Abi masih hidup sendirian, mak pun tak pernah ada lelaki lain di dalam hidupnya. 

“A’ah, baru balik. Abi tunggu orang ke?”
Orang tu refer untuk diri aku kerana semenjak abi tak duduk rumah ni, janggal nak bahaskan diri aku Hanan kat abi.
“Lama tak jenguk anak abi ni. Studi macam mana?” soal abi selepas aku bersalaman dengannya. Aku duduk di sebelah mak dan salam mak pula. 

“Okey je,” jawab pun dua patah. Lepas tu aku telan air liur sebiji-sebiji sebab tak tahu nak borak apa lagi. Bayangkan aje setahun lima enam kali berjumpa, asal abi pulang ke rumah aku selalu ada hal kat maktab. Orang lain boleh jumpa abi tiap-tiap hari, aku pula rasa lebih baik tak jumpa abi langsung.
“Nan tahun depan dah last year kat maktab kan?” soal abi tenang. Aku angguk aje sekilas pandang merenung abi. Lepas tu tunduk balik.
“Nak kahwin tak?” 

Aku terkebil-kebil. Terasa dihempap batu pun ada. “Apa dia abi?”
“Nan nak kahwin ke? Kalau nak abi carikan calon…” ulang abi lagi. Spontan aku menyengih lebar. Geli tiba-tiba cakap pasal kahwin ni, tapi dua tiga hari aku asyik terdengar orang cakap pasal kahwin. Maksudnya, aku yang kahwin. Entah-entah betul kut dah sampai seru jodoh aku kahwin? Ho ho.
“Taklah abi…”

“Tapi mak kata Hanan nak kahwin, dengan anak abang Adam yang seorang lagi tu…”
Erk? Aku pandang mak dan mak pandang aku. Hampir-hampir aku tercekik mendengar pernyataan dari abi.
“Bila masa pulak mak?” soalku terus jatuhkan kening. Apa daaaa… orang main-main je pun tup-tup hari ni –hari ni jugak mak buat pengumuman kat abi pasal aku nak kahwin. Hari tu pun masa tengah cakap mana ada aku letak hitam putih yang aku nak kahwin, sah mak ada-adakan cerita ni!

“Tak ke? Mak ada call abang Adam dia kata okey je kalau nak jodohkan Abeer dengan anak dia yang seorang lagi tu…” jawab mak.
“Yang tua 11 tahun tu ke?”
“Yelah… Dia masih single lagi rupanya…”
Aku terus tepuk dahi sendiri. “Yang muda sikit tak ada ke mak?” ujarku separuh bergurau. Mak tepuk pahaku kuat. Aku kerut dahi tahan perit. Kut ya pun mak ni, paha aku juga jadi mangsa. 

“Abi tak halang kalau Nan nak kahwin. Tapi jangan lupakan abi. Ada apa-apa call aje abi. Nak duit ke, nak buat persiapan kahwin ke, Nan tanggungjawab abi.” Abi lemparkan senyumannya. Aku pula tiba-tiba jadi gelisah.
“Tapi kan, Abeer tak kata yang Abeer nak kahwin. Abeer gurau je tu. Lagipun belum habis belajar lagi, mak dah confirm kat abang Adam mak tu ke?” soalku cuak. Kalau mak dah confirm kan alang-alang malam ni juga aku terjun dari jambatan Pulau Pinang.
“Banyak cantik Abeer? Anak dia tu bukan anak patung. Abang Adam kata Jason kena kenal-kenal dulu dengan Abeer sebelum terus nak kahwin ke apa ke…”
Apa dia? Jason?
“Orang putih ke mak?!” Aku bulatkan mata. Kalau orang putih harap-harap handsome daripada Ian Somerhalder, sah tiap malam aku tak tidur tengok muka dia. 


“Orang Melayu lah…”
“Orang Melayu nama Jason?” aku angkat kening kiri. Musykil dah ni. Abi tak cakap apa-apa. Tengok aje perangai anak perempuan dia yang agak separuh akal ni.
“Ye. Nama dia Jason.”
Tak cukup tanah aku berfikir apasal abang Adam kasi nama anak dia Jason. Punya banyak nama-nama Melayu dia pergi ambil nama Jason yang tak de langsung maksud, tak faham aku.
“Kerja apa mak?” 

“Tak tahu, tapi dengar abang Adam kata kerja baik-baik. Mak pun nak kenal-kenal dia juga sebenarnya…” mak kata. Aku dah menimbang-nimbang juga. Alamak, kali ini pun jodoh ditentukan tapi tak tahu kenapa yang kali ini punya aku lebih berdebar sikit. Yang sebelum ni pun aku tak pernah jumpa orangnya tapi tak adalah aku tiba-tiba eksaited lebih. 

Confirm dia tak lari yang macam dulu-dulu tu mak?” aku tanya. Mak cubit lenganku. Aku dah menyeringai sakit.
“Apa mak ni, orang tanya betul dia pergi main cubit-cubit pulak…” rungutku.
“Cuba soalan tu baik-baik, ini soal dia lari ke tak. Kalau lari lagi mahu malu mak.”
“Itulah mak, cari calon jodoh pun tak lari dengan anak abang Adam mak tu…” aku dah tarik muncung. Mak jegilkan mata. 

“Yang dulu tu dia dah ada kekasih, yang ini memang single… Lagipun abang Adam kata anak dia tu dah agak berumur jadi molek sangat kalau dikahwinkan dengan Abeer. Kan bang?” mak soal abi pula. Abi angguk aje.
“Tua tapi tak ada kekasih, kira dia ni tak lakulah mak?” soalku.
“Tak pe tak laku, Nan… Asal dia tahu sajadah, tahu agama, tahu bimbing Nan ke jalan sebenar…” Abi mula beri ceramah. 8 tahun dulu pun abi cakap benda yang sama. Mak pandang wajahku lama-lama. 

“Orang tengok dululah abi, kalau sesuai baru orang fikir nak jadi ke tak kahwin ni…” aku hela nafas dalam-dalam. Sumpah bulu roma terasa nak naik! Aku nak kahwin ke? Oh my Gucci!



“KATA TAK keluar?” Cloud tanya aku. Aku cebik bibir bawah, malas nak jawab soalan Cloud tu.
“The awkward moment bila kau suka Einn tapi kau nak keluar dengan aku.” Tiru je ayat twitter yang selalu aku jumpa tu. The awkward moment konon.

Cloud jegilkan matanya. “Kau boleh tak cakap besar sikit? Aku tak dengar!” dia tekan suara. Aku dah bantai gelak. Padanlah muka nak jadi playboy pun tak kena pada waktunya. Einn tengah minum air milo dia kat tepi sekali melirik ke arah kami. Lagi riuh aku gelak. Baru happening sikit lagi-lagi tengok muka Cloud naik merah. 

“Sumpah aku tak akan ajak kau keluar lagi!” Cloud ugut sambil tersengih-sengih ke arah Einn. Dah agak dah dia ni cakap tak boleh pakai. Hari ni kata tak akan ajak, esok lusa dia ajak lagi. 

Sebenarnya pagi tadi dia ajak aku berdua keluar tengok wayang sebab sebelah petang kita orang dah habis kelas. Tapi nasib baik juga aku dengar daripada Maya yang Husein nak ajak sekelas turun makan tengah hari sama. Jadi sengaja aku tolak pelawaan Cloud. Walhal Cloud bukan ada apa-apa pun dengan aku. Dia tu berlagak je lebih konon nak ushar aku tapi sebenarnya dia suka berkawan dengan aku. Pergi wayang sama, pergi makan sama, sampai orang kata kita orang berdua ni couple dan yang sebenarnya memang tak pun. Cloud suka Einn dah lama, Cloud sendiri yang mengaku. Nama Cloud yang sebenarnya ialah Luqman tapi dia suruh aku panggil dia Cloud aje sebab dia suka awan. Aku suka matahari pun tak de pula aku suruh orang panggil aku sun. Aku tak berapa faham jenis lelaki macam dia ni, konon orang seni tapi tak pernah aku tengok dia bawa kertas lukisan untuk melukis atau tulis novel ke sajak ke apa ke… Yang dia tahu makan dan makan dan makan. 

“Abeer, sini sat…” tiba-tiba Maya panggil aku. Aku dah beri isyarat yang aku malas nak berjalan kat Maya.
“Sini ajelah…” dia paksa. Haih, terpaksa juga aku tukar tempat duduk dengan Husein. Nasib baik hidangan tak keluar lagi.
“Sini sat, tadah telinga kau.” Maya tarik tangan aku. Aku pun terus tadah telinga.
“Apasal kau dengan Lueq tu rapat semacam aku tengok. Kata tak ada apa-apa…” Maya dah mula tarik muka. 

“Lah, tak ada apa-apa tapi takkan tak boleh berkawan. Dia tu macam kau juga, kawan aku.”
“Tapi dia tu peliklah, aku rasa dia suka kau…”
Lagi sekali aku gelak. Ramai-ramai orang dia boleh nampak Cloud suka aku, lagilah orang lain kan? Cloud pun satu, suka Einn tapi dia pergi kacau aku apasal? Sengal je.
“Aku tak teringin pun nak suka dia…”
“Ye ke kau ni?” Maya jungkit keningnya.
“Aku tak suka Lueq la… Entah kau ni. Fikir terlebih jauh,” rungutku pelan.
Melihat hidangan Pizza kita orang dah sampai masing-masing riuh balik. 

“Yang ni Abeer punya tadi.” Cloud tunjuk ke arah aku kepada pelayan. Sengallah, tak pasal-pasal pelayan tu tau nama aku.
“Yang ni Cik Abeer punya…” pelayan tu senyum simpul aje sambil meletakkan ice float depan meja aku. Aku buat-buat tak layan sambil pandang ke arah lain. Tiba-tiba mata aku melekat kearah seorang lelaki. Punya lama tenung tapi aku tak faham kenapa lelaki tu tenung aku juga. Lama-lama baru aku ingat yang dia ni orang yang pernah aku jumpa dekat kafetaria maktab hari tu. 

“Beer, kau tengok dia, haaa! Dia tu lah yang aku cakap sombong tapi handsome tu. Dia pandang kau lah Beer…” Maya siku tanganku. Aku pura-pura pandang tempat lain. Maya mesti tak tahu aku dah awal sedar kehadiran Paul Wesley dia tu.
“Makanlah, sibuk tengok orang pula dia ni.” Aku tegur.
“Tapi dia makan dengan siapa eh? Girlfriend dia ke?” 


Aku toleh kembali ke arah lelaki itu dan perempuan seksi depan dia. Gulp, giler seksi. Seksi pun tak gila. Tolong dengan baju tak berlengan dia dengan skirt sendat padat lagi pendek memang sah nak mengorat Paul Wesley. Alahai sedihnya… Bila lelaki jumpa perempuan subhanallah -punya seksi depan mata, perempuan macam aku ni tak mungkin dia nak pandang. Perempuan macam tu rupanya yang Paul Wesley suka. Sesuai sangat dengan kepala dia yang berwarna-warni tu, apahal pula aku kena sedih tiba-tiba? Ke kepala aku pun dah naik gila?

Tapi lelaki ni betul-betul kaya sebab aku tengok dari atas ke bawah lagi sekali aku tekankan, semua barangan berjenama. Jam tangan dia jenama Rolex. Dan yang ada kat aku… Ya Allah!
Aku tepuk dahi dan selongkar beg sandang cari Rolex hari tu. Patutlah lelaki tu asyik pandang aku, rupanya dia nak tanya pasal jam dia kut!

Cari punya cari akhirnya aku jumpa kat dalam zip kecil belakang sekali tapi bila aku cari tuan punya dia dah tak ada. Dah habis makan ke dia?
“Maya kau tunggu kejap, aku nak pergi toilet dulu.”
Aku terus berdiri dan berkejar keluar Pizza Hut. Pandang kiri kanan mamat kepala belang-belang tu dah hilang. Aku ketuk dahi berkali-kali. Cuba kalau terjumpa barang orang, bila jumpa orang tu kau ingat sikit terus balikkan barang dia. Ni entah bila aku dapat jumpa Paul Wesley lagi! Kesal tak ingat dah ni.





p.s::/
Maaf lama tak update. Sungguhlaa tak der idea nak menulis. :'p. Dan Glue kali ini pun 6 pages aje, standart untuk Glue kut? TQ for reading this story walaupun tah apa-apa tah saya campak dalam tu. Huhu.. Yang sekolah tu, cikgu-cikgu sekolah juga bakal-bakal guru maktab (hehe, Abeer cuti juga patutnya kan?), happy holiday all... ^_____^