CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 9, 2012

GLUE 3.






BAB 3.

IAN SOMERHALDER menangis tadi, aku pun ikut tergolek-golek gigit bantal. Adik aku pun ikut kesat air mata dia. Ija ni senang sangat tersentuh hatinya, sikit-sikit meleleh. Cengeng. Tapi jangan cakap adik akulah, aku pun dah hampir meleleh air mata jugak. Bagi aku lelaki yang memendam perasaan seperti Ian dalam The Vampire Diaries season 4 sangat-sangat tacing okey.

Kalaulah si vampire lelaki yang handsome melamar aku… bawa cincin lepas tu dengan muka dia yang serius cool cakap kat aku ‘I love you’, alangkah bahagianya hidup! Orang lain gilakan K-Pop, kita orang adik-beradik gilakan The Vampire Diaries. Tak bosan pun walaupun dah berapa season duk menghadap muka yang sama.

Pasal Ian tu aku dan Ija bergaduh sampai pukul 10 malam, sebab Ian lonely forever-ever, sebab makwe yang dia suka tu suka lelaki lain. Adik sendiri pula tu. Waaaa.. Seriously I love him!
“Tak tidur lagi Ija, Abeer? Esok ada kuliah, kan?”

Mak muncul di muka pintu. Aku pandang Ija dan Ija pandang aku sebelum tersengih pada mak.
“Yelah… Kita orang dah nak tidur ni mak. Mak tidurlah dulu. Nak berus gigi…” aku cepat-cepat siku Ija.

“Aaa’h mak,  dah nak tidur…” Ija tersengih-sengih.
“Cepat sikit tidur. Bangun awal Abeer, awak tu susah sangat nak bangun.” Mak tegur sebelum tutup pintu. Aku urut dada tanda lega.

“Ija tidur dulu, kakak nak siapkan assignment.” Aku tarik laptop naik atas meja studi. Ija masuk ke dalam sedikit dan tarik selimut.
“Pukul berapa kakak tidur?” sempat Ija bertanya.
“Tak tahu. Esok kena hantar BBM tapi tak siap lagi…”
“Akak buat micro-teaching ek?”

Tau aje dia apa tu micro-teaching. Budak tu dari kecil tengok aku membebel pasal micro-teaching, BBM dan RPH, semua dalam tangan dia je. Aku rasa bila dia dah besar nanti mesti dia nak jadi cikgu jugak tu.
Pandang skrin komputer nampak wallpaper aku tersengih panjang sorang-sorang. Oh Ian Somerhalder…  

“Haa’ah. Ija tidurlah. Pagi esok kejutkan akak.” Aku pesan kat dia sambil terus buka power point. Nak siapkan presentation untuk esok tentang penggunaan kamera DSLR dulu. Lepas tu baru buat BBM untuk pengajaran Matematik Tahun 3.
Menyesal aku tak buat dari tadi!
“Bye kakak. Ija nak mimpi Ian malam ni.” Ija terus tekup muka dia dengan bantal. Aku speechless.



****

No Elena, this guy is dangerous- Damon
So am I, Damon… -Elena
Then you need to be smart - Damon



AKU INGAT hari ni mak ada suruh aku balik awal sikit sebab keluarga bakal suami aku datang. Koma lima minit!
Bakal suami okey, bukan bakal abang angkat. Jadi logiklah bila mana hati aku ni dari pagi semacam aje resahnya. Agak-agak lecturer kasi syarahan 6 jam, aku hanya boleh pick up dalam masa 30 minit aje yang lain entah ke mana otak ni menerawang tak tahulah.

Melihat jam merangkak pukul 5.30 petang, aku ingat nak solat Asar kat masjid maktab aje. Senang lagi kut takut lambat sampai ke rumah. Entah sempat tak bila jalan kadang-kadang jammed teruk.

Ija mesej tadi dia orang dah sampai, ada lima orang. Dia kata bekas tunang aku pun ada datang. Kepala otak dia gelar lelaki tu bekas tunang. Tunang pun belum jadi dia dah lari. Sangatlah tidak matang bagi seorang lelaki dewasa lari daripada tanggungjawab. Dia tak tahu kut famili aku malu sebab dia. Cuma aku je yang tak malu. Yelah baru habis tingkatan lima fikir kahwin apanya? Yang aku sibuk fikirkan celah mana aku nak sambung study. Ni pun nasib baik aku dapat sambung study kat maktab, elaun ada, belajar pun senang. Walaupun  praktikum  subhanallah boleh terjun laut sebab stress sangat. Kalau pernah ada orang kata praktikum tu bahagia, aku tabik spring kat dia.

-Mad Ki tu tinggi, agak handsome, tapi Ija tak suka dia sebab dia tak tegur Ija langsung. Sombonglah Mad Ki kakak tu!

Aku terkebil-kebil baca mesej Ija semasa berhenti di depan lampu isyarat warna merah. Mad Ki tu siapa? Sejak bila ‘kakak’ Ija ada Mad Ki?

-Mad Ki tu sape?
Tak sampai 1 minit dia balas balik.

-Your fiance to be laaa
-Bukan Jason?
-Dia Mad Ki okey?

Aku letak handphone tepi dan sambung memandu. Dalam otak dah jammed sikit. Mad Ki ke Jason? Mana satu yang betul ni? Ke budak Ija ni suka hati mak datuk dia beri gelaran kat Jason tu Mad Ki?

-I don’t like Giselle too. Bekas bakal tunang akak jugak yang baik kat Ija.

Giselle pula dah? Aku dah rasa hidup dalam alam fantasi aje. Tiba-tiba aku rasa cemas bila dah sampai lorong kawasan perumahan kami. Aku tarik nafas dalam sebelum masuk ke perkarangan rumah. Kereta aku parking belakang kereta Avanza tetamu yang datang.

Buka pintu aje semua mata tertumpu ke arah aku. Cuak pun ada sebab aku rasa baju yang aku pakai sekarang ni agak kurang cantik. Menyesal tak guna baju kurung yang baru beli hari tu. Sekurang-kurangnya jaga imej sikit depan bakal keluarga suami kan? Aku ni ye ye aje mengaku dia tu bakal suami sedangkan dia tak tentu lagi nak sukakan aku. Rasa nak gelak pun ada.

“Assalamualaikum… Lama tunggu?”
Aku tak tunggu terus bersalaman dengan abi, mak dan mak cik di sebelah mak. Ija tarik aku duduk sebelah dia.
“Waalaikumsalam…” diaorang jawab senada.

“Inilah Abeer Hanan, anak dara saya…” mak cakap pada mak cik sebelah dia. Mak cik tu angguk sambil memandang wajahku lembut. Mak aih, kalah datin ni. Baju mengalahkan pergi Anugerah Skrin lip lap lip lap dari atas ke bawah. Nasib baik mak cik tu senyum pandang aku, kalau tak aku dah bayangkan mak tiri Cinderella tadi.

“Abeer…” aku angguk bila dia sebut nama tu. “Cantik manis orangnya…” mak cik tu sambung lagi. Kembang setaman hati bila dipuji.

“Panggil mama ajelah ye Abeer. Lagipun tak lama lagi jadi bakal menantu juga kan?” usik mak cik tu. Aku pejam celik pejam celik cuba cerna kata-kata dia. Dah jadi betul ke kita orang akan berkahwin?
“Yang ni Giselle, anak mama paling bongsu. Yang tu pula Naqib, abang Giselle…” ‘Mama’ cakap. Aku angguk aje. Ija tekan belakangku bila aku senyum kat Giselle. Patutlah Ija tak suka Giselle, Giselle nampak sebaya dengan Ija tapi baju dia ala-ala warna-warni meriah dari atas ke bawah. Gaya Korea kut? Yang Naqib ni, aku tengok muka dia lembut tenang. Senyum pandang aku.

“Dia dah sampai?” tiba-tiba suara muncul dari arah belakang. Aku terus toleh dan mataku bertembung dengan mata seorang lelaki yang tengah berjalan ke arah kami daripada ruang belakang sambil memasukkan kedua tangannya di dalam poket. Seketika aku terasa di alam mimpi. Dia ni…

“Dah.. Inilah Abeer. Macam mana? Jason suka?”
Bulat mataku pandang lelaki itu. Jason is the kuda belang? Or Paul Wesley? Astaghfirullah! Aku larikan mataku ke rambutnya, tak de belang lagi dah… Elok pula dihitamkan bila nak datang ke rumah mentua kan?

“Hi Abeer, I Jason.”
Hampir tercekik aku bila dia hulur tangan. Aku pandang terkebil-kebil sebab dia hulur pun dari arah belakang, takkan aku nak sambut sebab mak pun dah pandang aku semacam.

“Err… Hi? I Abeer…” suara aku tenggelam habis. Tak pelik ke aku cakap I-You ni?

Dia turunkan tangan dia dan terus melangkah duduk di sisi Naqib tadi. Aku terpandang abi, aku tengok pun air muka dia seperti tak suka dengan perangai Jason yang lepas laku. Walaupun Jason tua lagi daripada Naqib, aku tengok Naqib nampak lebih matang daripada Jason. Alamak, tak naklah aku dengan Jason. Naqib lagi okey kut! Malang aje kita orang tak jadi bertunang masa dulu. Tapi dia dah jadi suami orang Abeer, tak baik kacau rumah tangga orang lain… aku beristighfar di dalam hati.

“Abang Adam tak datang?” soal mak mengalihkan perhatian. Abi turut pandang mak.
“Tak datang sebab minggu ni dia ikut company trip. Tapi Jason tak sabar nak jumpa bakal tunang dia… Kan Jason?” ‘Mama’ tanya Jason tapi Jason buat bodoh aje. Angguk tak, jawab tak. Bapak cantik muka dia, sombong dengan mak sendiri apa kes? Menyampah-nyampah aku tengok Jason tu.

Bila dia orang mula berborak, Ija tarik aku dan berbisik di tepi telingaku.
See? Your Mad Ki really rude in front of mak and abi. I don’t like him, Giselle neither.” Selamba dia kasi aku ayat penyata. Bukan aku kisah pun kalau dia tak suka Giselle tu, tak ada kaitan dengan aku. Tapi pasal Ija tak suka Mad Ki, aku beribu-ribu kali tak suka dia.

“Apa pasal gelar dia Mad Ki?” aku bisik kat Ija.
“Sebab nama dia sebenar Ahmad Dasuki.”
“Ha?” Nama macam Jepun aje?

“Ahmad Dasuki Khadim bin Adam, tadi abi tanya nama dia abi pun ternganga tau.”
Aku tahan gelak, tak dapat membayangkan abi tengah ternganga.
“Habis macam mana boleh jadi Jason?”
“Mana Ija tahu. Giselle tu… mengada. Orang tak suka.” Ija cebik bibir.

"Apa pasal orang panggil dia Giselle?" Aku jungkit kening kat Ija. Ija tutup mulut dengan dua-dua tapak tangan dia. Bahu dah terhinggut-hinggut tahan gelak macam aku dah soal dia dengan soalan lawak. Aku pun buat muka pelik bila tengok dia macam tu.

"Kakak tanya sendiri kat dia... Ija tak tahu."
Jari halus Ija tunjuk tepat ke arah muka Giselle tadi walaupun dalam masa sesaat. Sahlah budak ni mesti dengki punya dengan Giselle kita. Aku pandang muka Mad Ki dia pun tenung muka aku lama. Alamak, agak-agak dia sedar ke kita orang bahan nama adik dia? Si Ija ni pun satu selamba badak aje pergi tunjuk-tunjuk muka Giselle.

“Perasan orang putih!” bisik Ija sambil peluk tubuh dan sandar kat sofa. Masih lagi dengan muka tahan ketawa dia. Budak Ija ni punyalah poyo buat muka tak bersalah pula lepas tu… Aku ketap bibir tahan nak gelak juga.

Bila aku pandang lurus, sekali lagi aku nampak Mad Ki pandang muka aku tajam-tajam. Cuak pun ada. Dan tiba-tiba aku teringat jam Rolex dia dalam beg aku. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga Mad Ki, tak de la aku terpaksa simpan barang orang lama-lama. Baru aje aku selongkar beg, mak pelawa kita orang untuk makan malam sebelum hari beransur Maghrib. Aku pun ikut mak, terus letak beg atas para almari dan masuk ke dapur. Tapi lepas tu aku timbang-timbang sendiri, rasanya baik aku cancel aje proses penjodohan dia orang ni.

Aku dan Mad Ki tidak padan bersama, dia ada awek gila-punya-seksa, aku ni perempuan biasa-biasa yang pastinya bukan taste Mad Ki si buaya. 



8 Komen untuk Cik Rin:

nursyafika

Arrrrrr best2 nk lagiiiiii

Anonymous

niceee..btw,ap maksud title gam?? Heehe

RinsyaRyc

nursyafika - lama kot nak update, bergantung kat kg nanti masuk x line tenet. hehehe .. sabar ya t=

Anonymous - act tak tau nak letak tajuk apa, tu psl letak glue sbb dasuki sebenar (anak buah kwn saya) dia suka main gam. hahaha...

Unknown

alahai,,makin menarik cite ni....besnyeee.....

btw,,igtkn glue tu mcm nk ckp yg jason tu memang melekat ngn abeer...ye la,,smpai ade jodoh plak...heee...

Unknown

alahai,,makin menarik cite ni....besnyeee.....

btw,,igtkn glue tu mcm nk ckp yg jason tu memang melekat ngn abeer...ye la,,smpai ade jodoh plak...heee...

Unknown

best nak lagi

Anonymous

best arr... cepat sambung ye. asyik gelak sorang2 dah ni, bukan sengih lg... ohh mad ki rambut belang....

hk

into of the story macam best!!! keep it up!!!