CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 10, 2013

Bitterness In You Bab 9


BAB 9
BERSUNGGUH-SUNGGUH aku mengait baju sejuk sampai Mun pun dah mula buat muka hairan melihat diriku yang kelihatan agak tertekan. Dia hidang sejag air soya lepas tu mengambil telefon dia. Tak payah tanya pun aku dah tahu yang Mun akan mesej kepada Rina dan Nur yang aku tengah tercongok kat rumah dia tiba-tiba tanpa diundang.
“Kau ada masalah ke Rian?”
“Tak.”
“Kalau tak ada masalah jarang kau tiba-tiba datang macam ni.”
“Siapa cakap? Rina ke Nur?” Soalanku bersambut dengan sengihan panjang Mun.
“Nur..”
Aku mengambil gelas berisi soya sejuk di atas meja yang baru dihidangkan oleh Mun tadi.
Let me help you. Cerita je masalah kau nanti aku jadi pakar kaunseling. Kau bukan tak tahu yang aku ni bab-bab menasihat terror.”
Aku mencebik kecil. Cakap je menasihat tapi satu nasihat dia tak boleh pakai.
“Ma asyik kata Adif tu bagus.”
“Jadi apa masalahnya?”
Aku menggaru ubun-ubun, sedikit resah untuk meluahkan perasaan kepada Mun sebab sebelum ni kalau ada apa-apa pun aku lebih selesa menyimpan perasaan sendiri.
“Kau memang nampak normal tapi sejak ada Adif kau nampak agak kurang normallah Rian..” lepas dia cakap macam tu dia gelak berdekah-dekah.
“Kau janganlah cakap macam tu.”
“Kau tak pasti hati sendiri ke Rian? First time jumpa lelaki idaman ke apa? Tu lah dari dulu lagi aku suruh kau bercinta biar merasa pengalaman tu kau tak nak. Bila dah macam ni baru menggelabah cicak.”
“Mun, bercinta tu haramlah.”
“Yelah-yelah tu aje alasan kau, kan? Tapi maksud aku bukan bercinta sayang-sayang macam tu. Cuba dari dulu kau berkawan juga dengan lelaki, kenal hati budi dia orang, cara nak handle dia orang. Ni kau pening kepala fikir berat-berat bukan si dia tahupun.”
Dalam hati mengiakan fakta Mun yang boleh dikira bernas. Kalau aku berkawan dan faham perangai lelaki taklah aku menggelabah macam ni.
“Kau rileks je Rian. Kan ke kahwin pilihan keluarga mesti dia baik punya. Aku dengar dari Khai hari tu muka dia macam Cina. Mata sepet, kira bajet playboy. Betul ke?”
“Erk. Si Khai cakap?”
“Yelah nak harap kau yang beritahu tunggu kucing kat kampung aku bertanduklah gamaknya.”
“Playboy Khai cakap?” keningku sudah bertaut rapat. Mun tersengih lebar.
“Kalau Khai cakap aku percaya sebab Khai ni pasal lelaki dia lebih precise. Dia kan agak lembut sikit.”
Aku menghabiskan air soya dengan sekali tuang je. Mun setia memerhati gerak-geriku.
“Betul ke dia playboy Rian?”
“Mana aku tahu…”
“Aku ingat betul sebab kau minum air tu sekali teguk aje macam orang tengah makan hati.”
“Aku tak pernah nampak perempuan lain dengan dia. Tapi tak tahulah kalau betul cakap Khai tu. Dia agak sinis orangnya.” Aku membuat spekulasi terhadap Ahmad Adif. Terbayang-bayang smirk smile Adif yang telah membuat hatiku terbakar hari tu.
“Oh…” terlongo aje mulut Mun bila aku cakap macam tu.
“Langsung tak romantik macam husband kau. Kaku plus kayu…”
“Kira baiklah tu. Sekarang ni banyak lelaki pandai jual minyak wangi tau. Konon born with the talent lah walhal perangai tu memang tak boleh blah.”
Aku tersengih kecil. “Kau mengutuk husband kau ke?”
Mun memicingkan anak matanya sambil menyeringai. “Aku tak kutuk okey. Aku takut je dia perturunkan romantik dia tu pada perempuan lain. Eloklah dapat suami seperti Adif tu…”
Mun bercakap macamlah dia yang menghadap muka Adif. Kalau dia tengok perangai si Adif memang dialah yang awal lari pecut sebab setahu aku Mun ni pun jenis yang berangin dengan lelaki jenis cool. Katanya perasan macho perasan bagus. Ha dah betullah tu. Si Adif bajet perasan bagus!
“Dia cakap dia cintakan aku tapi aku rasa macam dia tipu.”
Ternaik kening Mun mendengar kata-kataku. “Gila cepat?”
Cepat ke? Dah berbulan-bulan pun tapi bila dikira-kira berapa kali aje aku pernah ketemu dengan dia memang kira cepat sangat. Hatiku berdetak tak keruan. Jadi maknanya Adif menipu aku ke? Tapi kenapa?
“Cepatkan? Kau rasa dia serius ke?”
“Entah-entah dia desperate macam kau tak nak kahwin awal tak da calon?”
Laju je tanganku mencapai bantal sofa dan melemparkannya ke muka Mun. Ayat nak minta kena sumpah-seranah betullah si Mun ni.
“Aku gurau je jangan marahlah. Aku rasa dia suka kat kau juga sebab orang gila aje akan meluahkan kata-kata cinta pada orang yang dia tak cinta. Bawa bertenang ye Cik Rian Aulia…”
Aku tarik muka masam. Benang mengait aku letakkan di atas meja sambil menghela nafas dalam. Bukan aku tak tahu Mun suka je cakap main aci redah jadi tak ada sebab untuk aku berkecil hati.
“Aku marah kat dia hari tu. Dia cakap aku suka kat dia, lepas tu dia kata kalau dia tahu aku suka kat dia baik dia tak payah susah-payah nak cari aku..”
“Kau marah kat dia?” Mun menongkat dagu.
“Ye.”
“Biar betul kau marah budak Cina tu?”
“Dia tak Cina lah. Mata dia sepet tak bawa maksud dia Cina okey?”
Are you crazy Rian? Sebab apa kau marah dia?” Hampir terpekik Mun bertanya. Aku memejamkan mata kerana terkejut mendengat jeritan Mun yang tiba-tiba. Dah 2 kali aku cakap yang aku marahkan si Adif tu tak pula dia jerit sampai macam ni sekali. Sudahlah Mun duduk hampir lima inci aje jauh makanya telinga aku kena di service malam ni supaya tak terus hilang deria. 
“Sebab dia kata yang aku suka dia..”
Ternaik kening Mun. “Pasal tu kau mengamuk? Bukan kenyataan ke? Dia tak buta menilai oranglah Rian. Sesiapapun boleh nampak kau nak si budak Cina tu jadi pakwe.”
Aku jegilkan mata tak menyangka itu yang keluar dari mulut si Mun ni. Nasib baik aku dengan dia aje yang ada kat sini kalau tak habis saham Rian Aulia jatuh berderai. Buat malu aje!
“Aku tak suka dialah!” Ucapku dengan wajah yang sudah berona merah. Kalau boleh aku nak cili-cilikan mulut si Mun ni sebab main aci redah bila bercakap. 
“Eh, orang buta pun tak percayalah kalau kau cakap macam tu.”
Aku memicingkan anak mata memandang ke muka Mun yang bersahaja itu. Nak kena jugak minah ni karang! Dari tadi asyik ungkit kisah orang buta aje..
“Okey aku tak suka dia, tapi aku tak benci dia. Normal macam perasaan kawan kepada kawan. Kau faham tak?” Aku menekankan suara. Harap-harap je otak Mun yang agak lembab ni meresap maklumat dengan baik sekali. 
“Kau malu ke Rian? When you fall in love you should not be ashamed with your feeling. Benda tu normal semua orang normal akan merasa. Yang tidak normal pun akan merasa tau? You are being complicated when it comes to mamat Cina tu!”
“Dia bukan Cina berapa kali aku nak ulang? Lagi satu, aku tak ada perasaan pun kat dia. Titik!”
“Rian kau dengar dulu jangan tutup telinga tu!” Mun menarik tanganku kasar bila aku menekup kedua-dua telingaku dengan tapak tangan.
“Kau dengan dia single, tak salah kalau jatuh cinta sekalipun. Jangan terlampau fikir benda-benda yang complicated. Follow the flows ikut aje apa yang telah ditentukan oleh Allah. Kau fikir banyak pun tak guna tau tak? Bukan dapat selesaikan masalah pun. Aku faham kau ni macam mana Rian, bila dengan orang lain normal aje tapi bila dengan lelaki yang kau suka mulalah fikiran tu merapu-rapu entah kemana. Pakwe kau tu normal juga jadi tak payah kau terfikir lebih-lebih yang dia tak suka kau lah, dia berpura-puralah, dia main-mainkan kaulah. Umur dia dah berapa kalau nak jadikan kau bahan mainan. Baik dia kahwin je terus daripada try test market.”
Aku tergamam mendengar kata-kata Mun.
“Umur kau pun dah meningkat. Let Adif love you. Jangan takut sangat dengan cinta ye cik adik. Positif sikit boleh tak? Tak pernah betul aku jumpa orang macam kau ni, unik gila.”
Dalam-dalam dia mengata aku dia masih lagi menyatakan aku unik.
“Kau rasa aku patut terima Adif ke?”
“Absolutely…”
Aku menyandar lemah di atas sofa. “Kenapa?”
“Sebab kau suka dia Rian.”
“Tapi aku tak happy pun bila dengan dia. Asyik firm aje. Asyik nervous memanjang. Asyik rasa awkward dan down sebab dia outstanding sangat.”
“Kau yang terlebih fikir, kalau kau positif mesti kau dah kahwin dengan dia. Aku dengan husband aku dulu tak sampai 3 bulan kenal dah kahwin!”
Aku telan air liur sebiji-sebiji. Mula mencerna kata-kata Mun ke dalam memori. Betul juga kalau aku lebih positif sikit tak adalah aku rasa pahit sangat bila bersama dengan Adif, tak adalah aku rasa inferior dan segan pada dia. Dengan Khai, dengan Abang Afeeq, akulah ketua segala gangster tapi bila berhadapan dengan Adif aku jadi tak tentu rasa. Kenapa dengan aku ni? Tak dinafikan yang aku ada perasaan pada Adif tapi takkan lah itu menyebabkan aku jadi serba tak kena berhadapan dengan dia?
“Dia lamar aku haritu…”
Mun membulatkan mata. “Serius?”
“Serius.”
“Bila?”
“Aku tak tahu…”
Tiba-tiba Mun mengangkat telefon bimbitnya ke muka. “Kau dengar tak Rina? Nur? Ada orang yang dah kena pinang!!”
Sesaat aku blurr.
Tapi bila Mun tunjukkan kepada aku skrin telefonnya terus aku jatuh rahang. Dia buat video call selama-lama aku meluahkan perasaan?
“Kau...!”
“Jangan marah Rian. Dia orang pun nak dengar..” terang Mun tersengih panjang. Aku rasa macam nak terjun bangunan sekarang ni juga. Punyalah otak Mun ni licik sejak husband dia belikan telefon canggih.
“Usaha Rian. Jangan nervous-nervous, aku sayang kau tau? Bila kau dah jumpa mr. Right ni aku pula yang rasa ketinggalan.” Ucap Rina sambil tersengih-sengih di skrin telefon bimbit Mun. Aku membatu tanpa kata.
“Jangan marah kita orang Rian. Aku sayang kau sebab tu aku nak dengar sendiri dari mulut kau. Adif okey apa sesuai sangat dengan kau…” sambung Nur.
Aku letakkan tangan di atas dahi tidak mahu memandang skrin telefon bimbit yang disuakan oleh Mun.
“Nanti kalau si Adif tu main-mainkan kau aku dengan Rina dan Mun gerenti tendang-tendang si Adif tu. Jangan risau punyalah!” Ucap Nur penuh semangat. Aku menala mata ke arah telefon bimbit yang ada di tangan Mun.
“Kau orang janji tahu? Kalau dia sakitkan hati aku, tolong aku kasi dia penampar seorang satu…”
Mun tersengih nakal. “Masa tu gerenti kau tak kasi kita orang sentuh Adif pun. Sayang punya pasal…” pecah tawa mereka bertiga. Aku yang dah bengang bertambah bengang jadinya.


“RIAN!”
Aku yang tengah mencuci dan memotong kobis sedikit terkejut apabila Mun menjerit seperti dirasuk jin.
“Rian!”
“Ye aku kat sini…”
“Rian ma kau telefon!”
“Bak sini aku jawab.”
Tak sampai 30 saat Mun sudah berdiri di hadapanku sambil menyuakan telefon bimbit.
“Ma kau cakap ada hal penting.”
Aku jenguk telefon bimbit tu dah pun berjawab. Cepat-cepat aku mengambil telefon bimbit itu lalu meletakkan ditelinga.
“Hello ma…”
Mun tercegat memerhati diriku lama.
“Hello Rian! Kenapa tak beritahu ma?”
Aku mengerut kening kehairanan. “Beritahu apa?”
“Pasal Adif!”
Makin berkerut dahiku apabila mama menyebut nama Adif tiba-tiba.
“Ma Rian duduk rumah Mun sehari ni mana ada berjumpa dengan Adif pun?”
“Balik sekarang, Rian! Trouble maker betul budak ni…”
“Lah tiba-tiba gelar orang trouble maker kenapa? Rian tak buat salah apa-apa pun kan? Ma Rian tengah masak ni nanti petang Rian balik ya..” pujukku lembut.
“Rian, ma suruh balik sekarang ni bukan petang nanti. Family Adif datang merisik kenapa tak beritahu ma?”
“Apa?”
“Family Adif datang melamar Rian kenapa tak beritahu ma dan ayah? Kita tak ada persiapan pun Rian sengaja nak kasi ma sakit jantung macam ayah ke?” Perli ma kepadaku. Aku ternganga tanpa kata.
“Rian, balik cepat sekarang ni juga!”
“Apa ma cakap?”
“Ya Allah budak ni… Rian, ma kata balik sekarang ni juga. Keluarga Adif tengah menunggu Rian kat rumah kita!”
“Ma bergurau ke?” Aku sudah mula keliru. Baru aje hari Jumaat minggu lepas Adif kata hendak melamar aku dan takkan dua hari terus ‘minggu depan’ padanya? Kenapa tak maklumkan pada aku dahulu? Paling tidak pun mesej ke sekurang-kurangnya?
“Buat apa ma bergurau Rian? Balik cepat sekarang.”
Aku kebingungan. Tidak pasti reaksi bagaimana harus aku tunjukkan sekarang ni. “Rian tak boleh, ma..”
“Kenapa tak boleh?” Meninggi suara ma apabila aje aku menyudahkan ayat. Terpaku aku di sisi dapur menahan diri daripada jatuh terduduk.
“Rian setuju ke lamaran Adif?”
“Ha?”
“Rian setuju tak? Dia orang ada kat rumah ni menunggu jawapan Rian. Rian sudah berpunya atau belum?”
Ma tanya aku seperti tidak pernah mengenaliku. Aku menahan nafas. Bercelaru kepala otak tidak tahu jawapan apa yang terbaik bagi menjawab soalan ma itu.
“Rian ma kau cakap apa?” Bisikan Mun mengejutkan aku dari lamunan pendek. Aku memandang wajah Mun dengan mata yang berkaca.
“Dia lamar aku…”
“Siapa?” Ternaik kening Mun.
“Adif melamar aku. Dia hantar family dia merisik…” tak sempat aku menyambung ayat ma sudah menyampuk.
“Rian, bagi ma bercakap dengan Mun sekarang ni. Now!” Tegas suara ma. Aku yang kebuntuan terus menyerahkan telefon ke tangan Mun.
“Ya auntie. Ha dia tengah blurr sangat ni… Oh ye ke? Auntie terima ke tak? Nanti Mun bawa dia balik ke rumah. Ya ya.. Waalaikumsalam…”
Wajah Mun berubah-ubah sepanjang bercakap dengan ma. Aku tak tahu nak buat apa sekadar merenung kosong ke meja makan yang jauh dari kami.
“Kau tak tahu dia masuk merisik ke Rian?”
Aku menggelengkan kepala antara sedar dan tidak.
“Dah-dah jom cepat siap kita pergi sekarang ni.”
Melihat aku yang masih tercegat kaku Mun terus menarik tanganku.
“Kentang gila Adif masuk merisik tak beritahu awal-awal. Dah Rian, bangun-bangun jangan buat muka macam tu.”
Tapi aku masih lagi terpinga-pinga.  Otak masih sedaya-upaya menghadam kata-kata mama tadi. Dan apabila aje terbayang muka Adif dengan smirk smile dia tu, aku jadi tidak tentu rasa semula.


MELIHAT wajah tenang Adif membuat aku pening kepala. Biar betul dia ni? Dah fikir masak-masak ke sebelum masuk merisik tadi?
“Tanyalah kalau nak bertanya. Jangan pandang saya macam tu.”
Aku telan air liur. Kelat. Malu apabila tertangkap merenung wajahnya lama.
“Kenapa tak beritahu nak merisik?”
“Awak tak suka?”
Aku mengeluh kecil. Dia selalu macam ni. Apa yang aku tanya dia jawab dengan soalan yang berbeza. Susah sangat ke nak jawab soalan aku ni?
“Kenapa tak beritahu nak merisik?” Soalku masih lagi berdegil. Adif menyandar tenang merenung air kolam di hadapan rumah. Keluarga dia pun dah balik tinggal dia aje yang buat permintaan untuk berbincang denganku sebentar.
“Awak dah tahu saya akan datang, Rian. Saya pun dah beritahu awak saya akan datang merisik.”
“Awak bercakap masa saya tengah marah. Saya tak dapat nak hadam ayat-ayat awak tu dan tiba-tiba tak mesej tak call datang ke rumah saya merisik? Awak gila ke?”
Walaupun aku sedar kata-kataku sedikit berkasar tetapi Adif masih lagi kelihatan tenang.
“Adif, awak dengar tak saya cakap ni?” Tanyaku menekankan suara. Marah apabila dia tidak mengambil serius dengan kata-kataku.
“Awak tak suka saya masuk merisik?”
Aku memicingkan anak mata melawan panahan matanya. “Awak ingat saya suka?”
Adif tersenyum kecil.
“Awak dah mirip seperti saya, Rian.”
Aku memandang dia dengan wajah yang penuh tanda tanya. “Maksud awak?”
“Soalan dijawab dengan soalan.”
Baguslah kalau aku dah mirip macam dia. Taklah sakit hati bila bercakap dengan encik peguam ni lepas ni.
“Awak ingat awak seorang je yang pandai reverse psikologi?”
“Rian, saya minta maaf atas apa yang terjadi hari tu. Saya tahu awak masih marah pada saya. Tak boleh ke awak maafkan saya?”
“Awak dah buat saya marah lagi, Adif.”
Suasana jadi sepi. Entah sejak bila aku jadi seberani ini. Tapi tidak berbaloi rasanya jika aku terlalu mengikut dan mengiakan kata-kata Adif. Dia bukan menghargai pun, malah bersikap lebih sinis dan misteri. Dia ingat orang perempuan suka ke buat perangai macam tu? Aku tercebik kecil tanpa sedar.
“Saya maknakan kata-kata saya bila saya cakap saya sayangkan awak dan nak buat awak jadi isteri. Saya harap awak tak rasa terpaksa menerima saya tadi.”
“Dan minggu depan pertunangan awak tak rasa cepat sangat ke?” Soalku merendahkan suara. Keningku bertaut rapat cuba untuk membuat dia faham apa yang aku rasa.  
“Saya nak awak tahu sesuatu.”
Aku diam menunggu kata-kata seterusnya dari Adif. Dia tiba-tiba berdiri dengan memasukkan tangannya di poket seluar. Aku mengikut langkahnya dengan ekor mata sehingga dia benar-benar berada berdiri dihadapan diriku.
“Saya silap menilai awak selama ni. Saya fikir awak tak sensitif. Saya fikir awak tak kisah. Saya minta maaf sebab pernah berkasar dengan awak. Sekurang-kurangnya saya belajar fitrah wanita daripada awak.”
Aku membulatkan mata bila dia cakap macam tu. Macam yang negatif-negatif aje yang dia dapat dari aku?
“Saya tak pernah rapat dengan perempuan lain, itu kenyataan. Saya tak faham wanita dan tak pernah hendak memahami wanita. Awak lain, Rian. Awak perempuan pertama yang saya dekati. Betul ayah awak yang nak saya berkenalan dengan awak tapi bila saya mengenali awak, tiba-tiba aje saya rasa cinta itu ada…”
Saya rasa cinta itu ada… bergema suara itu disetiap deriaku. Aku terpana!
“Saya harap sangat awak menerima saya, Rian. Saya sudah jatuh cinta.”
Sekali lagi aku terpana mendengar kata-katanya. Terasa bumiku terbelah menjadi dua. Jiwaku melayang-layang tidak terkejar.
“Perasaan awak sementara aje.” Ucapku dalam nada yang bergetar. Adif duduk melutut sebelah kaki di hadapanku. Sebelah tangannya memegang tangan kerusi yang aku duduki. Lambat-lambat dia menggeleng sambil merenung mataku dengan pandangan yang amat redup sehingga mampu menggetarkan seluruh jiwaku.
“Saya kenal diri saya, Rian. I am a man of my word..” Ucapnya penuh dengan keyakinan.
“Saya bukan tak percaya awak tapi…” ayat-ayatku termati bila terlihat pancaran di mata Adif. Dia benar-benar membuat aku terpaku. Dia sangat mempesonakan lebih-lebih lagi apabila dia terasa sangat hampir denganku.
“Terima kasih kerana sudi menerima saya. Awak takkan tahu apa yang saya rasa, Rian.. You have no idea.”
Dia terus berdiri dan berlalu pergi. Meninggalkan diriku biarpun aku masih lagi keliru dengan tindak-tanduknya. Dia memang player kan? Patut ke aku percaya dengan kata-katanya. Teringat kata-kata Mun tadi membuatkan aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Don’t think complicated. Things will never change now. Jangan fikir melulu kerana aku belum mengenali Adif sepenuhnya.  Aku memujuk hatiku berkali-kali supaya tidak berfikiran negatif buat masa ni.
“Dah habis bincang dengan dia?”
Tiba-tiba ayah menyapa. Memegang bahu kiriku lembut.
“Ah? Eh…” Aku terperanjat. Ayah sekadar tersenyum melihat aku yang menggelabah atas kehadirannya.
“Rian suka dia?”
“Ayah suka ke?”
Ayah tergelak sambil mengambil tempat duduk di hadapanku, tempat Adif duduk tadi.
“Ayah memang suka dia, Rian tak usah risau. Dari awal lagi ayah suka dia.”
“Ayah rasa dia dapat bahagiakan Rian ke?”
Ayah memandang wajahku redup. Terpancar rasa kasihnya kepadaku. “Hidup ni perjudian, Rian. Kita tak boleh jadi penakut bersembunyi dari kenyataan. We have to move on, whatever happens you need to move on. Rian pun tahu dalam bisnes kita kena take risk for anything kan?”
“Tak kira benda tu mungkin memberi impak seumur hidup kita?” Soalku merenung wajah ayah dalam.
“Tak kira benda tu mungkin memberi impak seumur hidup kita.” Ayah ulang kata-kataku dengan senyuman yang lebar di pipi. Wajah tua itu kelihatan senang hari ini. Kalau ayah gembira dengan keputusanku tadi, akupun kena gembira juga. Senyuman ku sedikit demi sedikit terukir di bibir. Betul Mun cakap, betul ayah cakap. Nak hidup kena ambil risiko. Dan perjudiannya adalah Ahmad Adif, semoga dia menghargai diriku dikemudian hari. Rian tak akan jadi penakut lagi ayah. Rian janji. 






Lepas ni Cik Rin exam dan selalunya masa exam adalah masa semangat menulis melompat-lompat keluar. Huaaarrr...! Takpe kita akan cuba tahan nafsu menulis beberapa hari ni. :( Doakan ya. Moga2 graduate tahun ni. Aminnn...