CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 24, 2012

My Iron Girl, Romantiknya! Part 1



Part 1: Awak sangat gila ...









HADIRA melompat masuk dari pintu pagar. Dia menghayun langkah selaju mungkin apabila terpandang wajah Izwan di depan mata.

“Woi, Izwan!!” Jerit Hadira lantang. Izwan terpinga-pinga saat gadis itu mendekatinya garang.

“Kau main-main dengan Tia kan??”

“Eh, mana ada....”

“Ambek kau sebijik!!!”

Dushh...

Tangan kecil Hadira tepat terkena dagu Izwan. Izwan tidak dapat menyeimbangkan diri lalu terjatuh di situ juga. Dia menyeringai kesakitan sambil menjatuhkan pandangan ke arah Hadira yang gagah berdiri di hadapannya. Hadira membongkok sedikit dengan mata membulat.

“Kau....” Jari telunjuknya tepat kena pada dahi Izwan yang masih menahan sakit.

“Pergi mampus!” Kelima-lima jari Hadira menampar kepala Izwan sehingga lelaki itu terteleng ke kiri.

“Izwannnn!!!”

Hadira dan Izwan serentak pandang ke arah suara itu. Datin Iana bergegas mendapatkan Izwan dengan wajah yang cemas.

“Budak kurang ajar! Siapa mak bapak kau? Aku nak jumpa!! Kenapa kau belasah anak aku sampai jadi macam ni??” Datin Iana mengamuk. Izwan dan Hadira berpandangan.

“Err...” Hadira tersengih-sengih. Salahnya juga menyerang Izwan sehingga ke rumah lelaki itu. Mampus aku mak dia marah. Jantung Hadira dup dap tak berhenti. Dia pandang wajah Izwan minta kasihan. Izwan terdiam memandang ibunya.

“Kurang ajar datang rumah orang tak ada adab! Bagi nombor telefon bapak kau! Aku nak seret ke balai polis!” Datin Ian bercekak pinggang setelah membantu Izwan berdiri. Wajah Hadira terus pucat lesi tak berdarah. Mampus kalau bapak aku tahu! Balai polis? Hadira rasa nak terpengsan saat itu juga.

“Ibu, sebenarnya kan.... Sebenarnya.... Tu apa tu. Iz sendiri yang ajak Hadira ke sini. Nak minta latihan seni mempertahankan diri. Nama dia Hadira. Kenalkan... Err...” Izwan tadah dua-dua tangannya menuju ke arah Hadira. Hadira tertunduk sepi.

“Latihan seni mempertahankan diri? Izwan, sampai hijau-hijau lebam bertampar-tampar macam ni kau kata latihan aje? Ibu boleh carikan tok guru yang lebih pandai dari perempuan ni!” Dengus Datin Ian sebal.

“Betul ibu... Dira ada tali pinggang tae kwan do, tali putih silat, tali merah judo... Semua tali dia ada... Sebab tu Iz minta Dira yang ajar...” Bersungguh-sungguh Izwan terangkan. Terangkat kening Hadira.

Bila masa aku ada pelbagai jenis tali pinggang? Weyh, agak-agak la kalau nak menipu pun. Aku mana pernah pakai tali pinggang. Dan dan taik wan do, silat segala, bila masa aku belajar benda-benda tu semua? Penipu punya jantan! Hadira menjuih bibir geram. Izwan jeling-jeling dia bagi isyarat. Hadira pelik sendiri.

“Apa?” Bisiknya mengherot-herot bibir. Izwan pandang wajah Datin Ian yang masih tegang itu. Oh! Hadira tersedar.

“Betul datin... Err.. Saya ni banyak tali pinggang. Tali pinggang keselamatan pun ada... Err... Maaflah tadi ajar Izwan, terlalu realistik pula rasanya...”

Mata Datin Ian melotot besar.

“Betul ni?” Tanya Datin Ian ragu-ragu. Izwan dan Hadira serentak mengangguk.

“Betul.. Betul.. Betul!”

“Kalau macam tu tak apalah. Tapi make sure Hadi... Sapa nama kamu tadi?” Tanya Datin Ian kepada Hadira. Hadira terkejut beruk. Dia tunjuk wajah dia sendiri. Datin Ian tidak bereaksi. “Hadira....” Hadira tersengih lagi.

“Hadira... Make sure jangan sampai menyakiti Izwan. Kalau Izwan patah gigi, saya saman awak!” Datin Ian tunjuk muka garang.

Laju-laju Hadira mengangguk. Izwan lirik wajah Hadira. Ingatkan hero sangat perempuan ni. Rupanya penakut nak mampus!

“Jangan sampai luka-luka! Ingat pesan ibu?!” Tanya Datin Ian pada Izwan. Tapi mata Datin Ian masih terarah pada Hadira. Hadira tercengang-cengang.

“Ingat ibu....” Jawab Izwan sambil menolak tubuh ibu dia untuk masuk ke dalam rumah.

“Esok kita training lagi. Hari ini Dira balik aje la...” Ucap Izwan menoleh ke arah Hadira sambil memimpin tangan ibunya. Oh, training lagi ya? Bila-bila masa boleh!

Hadira tayang buku lima tunjuk muka marah. Izwan terkedu telan air liur sendiri.

“Jom la ibu kita minum petang dulu...” Izwan tarik laju-laju tangan Datin Ian.

Hadira julingkan mata ke atas. Izwan pondan, piiiraahhhhh! Jerit hatinya geram.




“AKU TAK puas hati!”

“Apa lagi Dee?” Tia mengeluh lagi.

Dasar bengong punya kawan, aku yang putus dia yang serang buat hape? Aishh... Nasib baik tak betul-betul kena report balai polis. Kalau tak naya je!

“Aku tak puas hati selagi belum bagi pengajaran kat si Izwan tu!!” Kali ini Hadira hempas meja gaya gangster satu Malaysia. Tia terkejut beruk.

“Kau ni kalau ye pun, jangan la hentak-hentak meja. Rosak siapa nak ganti? Kedai ni bukan kedai bapak engkau tau?”

Hadira terkesima. Apesal hari ini semua orang nak ungkit nama bapak dia? Haishh... Nama bapa tolong jangan sentuh-sentuh. Sensitif!

“Tapi dia tinggalkan kau macam tu aje....” Ucap Hadira mendongkol.

“Biarlah dia... Aku rasa dia tak ‘ngam’ dengan aku kot...” Ucap Tia lembut. Hadira membulatkan mata. Kelmarin si Tia ni datang pada dia dengan mata lebam-lebam mengadu yang Izwan putuskan dia. Hari ini selamba badak kata ‘biarlah dia...’ Heh! Kau ingat aku nak percaya? Weyh Tia, kita dah kawan sejak kecik lagi... Aku tau la hati kau macam mana...

“Kau serius?”

“Serius la woi... Aku sikit pun tak ada hati dengan si Izwan tu.. Poyo arr...” Tia gelak besar. Hadira menggigit bibir bawah. Dengan Tia sekali aku lempang kang, ada jugak yang padan muka!

“Sengal la kau! Siapa suruh kau datang kat aku buat muka macam mati laki... Buang masa aku je mengamuk kat rumah Izwan.” Hadira angkat punggung.

“La weyh, kau nak pergi mana?”

“Aku nak BALIK!! Temankan kau kat sini, kepala aku pula yang jadi bebal!”

“Allooo... Awal lagi ni...” Tia buat muka kasihan. Mata Hadira melotot besar.

“Aku nak balik. Bapak aku marah aku balik lewat, tau?” Tia tercengang-cengang. Hadira mengeluh perlahan. Tak ada guna tunggu jawapan dari makcik ni. “Okay kau tak tau...” Hadira terus pergi tanpa pamitan.

“Alah... Hadira!” Seru Tia. Hadira yang tengah berjalan toleh ke arah Tia sambil tayang buku lima.

Brakkk!!

Hadira terbongkang, seorang lelaki tegak berdiri memandang Hadira yang sudah sujud di kakinya. Walaweii... Kalau ye pun.... Bisik lelaki itu tak percaya. Hadira menyeringai kesakitan. Kepalanya terasa panas dia pegang.

“Makkk PANAS!!!” Hadira terus berdiri membuka tali rambutnya. Basah habis! Basah tak apa tapi dia dah macam kena rasuk berlari sana sini.

“Panass... Panas!!”

Wah! Tia ternganga lebar. Cepat-cepat dia ambil fresh orange dia lalu berlari ke arah Hadira.

Bushhh...

Aiyarkk.. Lega sejuk sikit.

“Okay tak? Okay tak?” Tanya Tia cemas. Hadira tercebik-cebik menahan tangis. Kepala dia rasa terbakar.

“Cik... Cik okay?” Tanya lelaki tadi sambil terkebil-kebil memandang wajah Hadira. Macam mana nak pujuk?

Hadira memandang wajah lelaki itu dengan penuh dendam. Tia terpaku tak berkutik.

Lelaki tadi turut terpaku di situ. Hatinya tiba-tiba rasa berdebar menerima renungan tajam Hadira.

Hadira tak tunggu lama bila terpandang seorang lelaki tua yang dari tadi hanya sebagai pemerhati mengangkat teh tarik ke mulut. Tangan Hadira mencapai gelas lelaki tua itu dan terus siram pada wajah lelaki tadi macam siram pokok bunga.

Hadira tersengih lebar. Amacam? Best tak?

“Pakcik, ni seringgit teh tarik pakcik. Terima kasih dan tumpang lalu.” Hadira melangkah laju tanpa pandang kiri dan kanan lagi. Hari ini dia dah kena siram dengan kopi panas campur fresh orange. Muka dia mesti dah jadi warna-warni. Bangang punya laki!

Tia terpinga-pinga pandang lelaki yang sedang mengelap wajahnya dengan sapu tangan. ‘Macam tak perca...ya!’

Lelaki tadi memejam mata sambil mengesat-ngesat wajahnya yang dia rasa melekit. Nasib baik tak panas, suam aje... Aku ke yang salah?

Pakcik tadi blurr sekejap dengan seringgit yang Hadira bagi di tangan. Seringgit je? Teh tarik kat sini harga dia seringgit lapan puluh sen! Cis, tak pasal-pasal aku yang rugi. Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang? Melepak kat kedai kopi siap buat pertunjukkan siram-menyiram. Pakcik itu melangkah ke kaunter dan membayar bil teh tarik yang tak terminum dengan perasaan sayu. Mood dia terus hilang untuk melepak kat kedai kopi.

“Maaf ya... Kawan saya tu dia agak kasar sedikit sebab kurang kasih sayang... Maaf la ye...” Tia menggigit bibir sebelum berlalu pergi dengan muka serba salah.

“Hey awak!”

Terus membeku langkah Tia. Mati la aku kali ni... Jangan jadikan aku mangsa keadaan pula... Bisik hati Tia cemas. Terbayang-bayang di matanya mamat itu ambil air milo yang pakcik seorang lagi tengah minum lepas tu simbah pada dia pula.

Uwwaaaa! Tak nak la... Habis hilang keayuan aku malam ni kalau terpaksa ikut aktiviti simbah-menyimbah! Hadira tak apa sebab dia mana pernah malu. Perempuan tu tak ada kemaluan pun...

“Siapa nama kawan awak tadi?” Tanya lelaki itu.

“Ha?”

“Yang kena simbah tadi tu...”

“Oh, nama dia Dhia Hadira binti Mustaqim, encik...” Siap bagi full name.

“Oh, sedap nama dia. Bagi tahu dia nama saya Ahmad Naqiudin. Panggil Ben.”

Ha? Ben? Tia pandang wajah lelaki itu tak percaya. Ben10? Ben Ashaari? Rasa kecut perut dia tahan ketawa.

“Okay Abang Ben!” Ucap Tia bersemangat walaupun dalam hati dah rasa nak tergolek-golek ketawa. Muka handsome mengalahkan Shah Rukh Khan tapi nama dia kartun semacam!

“Ada jodoh kita jumpa lagi...” Abang Ben bagi senyuman paling manis walaupun rambut dia yang tadi terpacak berdiri dah layu jatuh ke dahi.

Tia tersengih riang.

“Okay Abang Ben!”






Saya lakar ikut corak saya, jangan termuntah sudah .... Gegegege...