CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 15, 2012

Lelaki Versi Dia 9






TENGAH HARI itu aku dikejutkan sesuatu. Seseorang lebih tepat kut sebab aku dah serupa macam Bulma terkejut jumpa Bezita dalam cerita Dragon Ball. Aku tak terkelip bila terpandang wajah Wan Aakif muncul di depan mataku tengah hari itu. Satu pejabat mula kecoh. Siap ada yang mengintai dari tepi-tepi dinding. Aku pandang wajah Wan Aakif tajam tapi dia hanya buat muka selanga dia je kat depan aku.
Lunch...” Sepatah.
Aku kawal wajah aku yang betul-betul dah berubah daripada yang selalunya.
“I told you before... Jangan datang pejabat saya!” Aku keraskan suara. Geram menjadi-jadi bila aku ternampak orang sekeliling mula berbisik-bisik. Wan Aakif kerut kening. Dia nampak terluka bila aku naikkan suara begitu.
“Awak tak suka saya ke?”
Tersirap darahku mendengar pertanyaannya. “Bukan tak suka tapi saya dah kasi tau awal-awal jangan muncul depan saya lagi!” Geram betul aku dengan orang yang tak reti bahasa ni. Berapa puluh kali aku terangkan pun masih lagi buat kerja sia-sia. Tak pernah lagi aku jumpa mamat sesengal Wan Aakif.
“Awak malu?” soalnya setelah diam beberapa detik.
Aku kerut dahi. “Malu apa?” Agak sedikit berapi. Lebih-lebih lagi bila aku lihat muka dia yang dah tak serupa macam orang. Lebih kurang aku ni kucing, dia tu tikus.
“Malu ada tunang seperti saya... Ya lah awak cantik, saya ni selekeh...”
Ya Rabbi... Apa benda yang dia merepek ni?
“Saya dah cakap kat awak jangan datang sini...” Aku mula beremosi. Dan saat itu juga aku lihat wajah dia ikut berubah kecewa.
“Awak kata jangan datang petang, bukan tengah hari...”
Are you nuts?” tempelakku kasar. Sah otak Wan Aakif tak centre.
“Saya nak ajak awak makan aje pun...” Suara dia mula tenggelam timbul.
“Awak memang tak suka saya kan? Dari hari pertama kita berjumpa memang awak tak suka saya. Sampai hati...” Aku dengar suara dia mula bergetar. Aku serba-salah tiba-tiba. Rasa terlebih kejam pula kat dia.
Bila bilik bos terbuka tiba-tiba, rupa aku dah berubah pucat tak bermaya. Encik Hisyam pandang aku hairan. Aduh... Matilah aku...
Ni dah kira kes dilemma wanita... “Err... Tak la...” Aku lembutkan suara cuba memujuk Wan Aakif. Kalau Wan Aakif tiba-tiba mengamuk buat kacau kat sini masa Encik Hisyam tengah tengok ni, alamatnya naya aku kena bagi resign letter notis 24 hours...
“Saya tunang awak tapi awak malu ada tunang macam saya...” Suara Wan Aakif mengendur dan membuat aku terkedu seribu.
“Jom keluar...” Aku bisik pada dia pelan. Wan Aakif sekadar memanandang wajahku tajam tanpa kata-kata. Aku toleh kiri kanan semua orang pandang aku semacam. Lagi kecut perutku bila Encik Hisyam dah mula bersandar pada dinding seolah-olah dia nak tengok drama Hindustan yang dilakonkan oleh setiausaha syarikat dia ni. Habisla aku...
“Err... Maaf, kejap eh.” Aku tunduk-tunduk meminta maaf pada orang lain.
Aku berjalan menuju ke arah Wan Aakif dan tarik tangan Aakif kuat tapi dia tepis tanganku tiba-tiba. Aku pandang wajah dia dengan muka hairan.
“Tak perlu berpura-pura Win...” Ucapnya sinis. Pedasnya sampai ke liang jantungku. Cara dia bercakap tu seolah-olah aku yang bersalah. Aku nampak wajah dia seperti terluka sebab aku menafikan dia sebagai tunang aku. Dah dia serbu pejabat aku tiba-tiba aku nak buat apa?
“Dah la.” Dia terus melangkah pergi. Alamak, dia merajuk ke? Tak pernah la pula ada lelaki tarik muka merajuk padaku. Tapi rasa serba-salah aku bertukar jadi takut bila terkenang encik singa menonton wayang percuma. Aku garu kening sambil menoleh ke arah Encik Hisyam. Aku tersenyum tapi aku rasa senyuman aku dah senget sebelah.
“Arwin, masuk bilik saya sekarang.”
“Ta-Tapi encik...”
“Tak ada tapi-tapi. Masuk bilik saya sekarang!”
Aku toleh ke arah Jane dengan pandangan, tolong aku... Tapi Jane buat muka blurr. Aku hela nafas panjang baca Bismillah menapak kat depan pintu bilik bos aku.
Cis! Tak pasal-pasal aku jadi mangsa! Geramnya aku!! Wan Aakif sengal gila! Belajar kat luar negara tapi otak letak kat lutut... Suweeii!!
Rasa nak menangis je masa buka pintu bilik Encik Hisyam.

PETANG aku balik guna bas. Nasib baik Wan Aakif tak muncul. Dah merajuk agaknya tapi bagus juga sebab tak perlulah aku nak minta maaf pada dia. Tapi aku tak sedap hati la pula sebab buat dia begitu tadi. Aku tak pernah tinggikan suara pada sesiapa. Pernah tu pernah tapi jarang...
Ah, aku tak nak fikir lagi! Buat serabut otak aje... Nasib baik jugalah Encik Hisyam cool tak cakap apa-apa pasal Wan Aakif. Cuma dia pesan lain kali jangan buat perangai kat pejabat dan kali ini dia maafkan.
Masa aku tengah rileks tunggu bas kat perhentian bas, tiba-tiba kereta honda city warna silver berhenti di depan mataku. Aku buat tak peduli je sampailah aku teringat mamat rambut panjang punya kereta sebiji macam kereta kat depan aku ni. Aku harap-harap bukan dia la... Tapi bila dia dah bunyikan hon kereta, aku positif memang dia. Tak putus asa nampak? Nasib baik aku sedar yang dia ni hilang ingatan. Kalau tak sah-sah aku perasan diri sendiri hot sampai dia terkejar ke sana ke mari.
Aku buka langkah malas menuju ke arah kereta. Aku ketuk cermin kereta dia tapi still dia tak turunkan cermin kereta. Akhirnya aku terpaksa buka pintu kereta Wan Aakif dan menjengah untuk memandang wajah lelaki itu. Lepas tu aku rasa macam kena renjatan elektrik. Terkejut sikit melihat penampilan baru Wan Aakif. Rambut dia!
“Masuk.” Sepatah.
Tapi sepatah itu dah buat aku macam kena pukau. Aku masuk dan duduk senyap-senyap kat tepi dia. Sekali-sekala aku jeling untuk melihat wajahnya. Rambut dah potong, guna seluar jeans biru dan t-shirt merah. Darahku merona ke pipi bila terbuai dengan perasaan sendiri. Dia memang sebiji macam Wan Aakif sebelum-sebelum ini.
“Saya dah potong rambut...” Ucapnya agak lembut masuk ke deria telingaku. Aku tahan nafas kerana dadaku mula bergetar.
“Awak potong semata-mata kerana saya ke?” soalku tanpa memandang wajahnya.
“Hmm...”
Boleh tak aku pengsan sekejap? Terharu sangat sebab dia sanggup buat perkara yang sia-sia macam tu demi aku. Rasa bersalahpun ada juga. Tapi terharu lebih lagilah... Aku pandang wajah dia yang sedang tersenyum senang hati.
“Kenapa awak buat macam tu?” soalku lagi.
“Saya nak tengok awak tersenyum...”
Zappp!! Hatiku terjatuh dari tempatnya. Aku tersentak. Jantungku berdegup tak sekata. Senyuman aku ni penting sangat ke buat dia? Aduhai Wan Aakif, tahu tak saya memang dah lama sayangkan awak? Jangan la buat saya jatuh cinta sekali lagi...
Aku tak cakap apa lagi sampailah kereta dia memasuki perkarangan rumahku.
“Sampai dah...” Dia kata. Ayat ni dah dua kali masuk ke dalam halwa telingaku. Aku pandang wajah dia sekilas sebelum membuka pintu kereta.
“Wan, jangan cari saya kat pejabat saya lagi... Saya tak nak bos cop saya pekerja bermasalah...” Aku terangkan pada dia. Dia angguk sambil tersenyum. Melihat dia tersenyum hatiku jadi terumbang-ambing. Oh, rajuk dia dah terubat sendiri la ya? Kasihannya dia...
“Saya minta maaf pasal tadi, tapi kalau awak buang tattoo awak tu sekali, saya lagi suka.” Aku hulur senyumanku padanya sebelum menutup pintu kereta.
Aku masuk ke dalam rumah tapi otak aku masih bersama-sama dengan Wan Aakif Akmani. Aku rasa aku nak tolong dia pulihkan ingatan dia balik. Lagi cepat dia ingat lagi bagus sebab aku tak nak dituduh ambil kesempatan ke atas kelemahan Wan Aakif Akmani dikemudian hari.
Tapi bagaimana caranya?



5 Komen untuk Cik Rin:

Anonymous

yeaaaa..thanks.x sabar nk tunggu next!

emmyline rotop

best..do continue

nursyafika

Afghhhhhh best giler....me follow suma cita rinsya !!!! Daebak !!!!

StunningUmi

I thought tatoo yg dh dibuat doesnt have to be remove. Kn lg sakit, kalo dh ade biar je, tk pyh buang. Unless, kandungan dia tk halal

RinsyaRyc

anonymous-
Insya-ALLAH akan diupdate :D

Emmyline rotop-
Insya-ALLAH .. thanks for the support :DD

Nursyafika -hihi..
TQ adik syafika. harap enjoy ya.. :D

StunningUmi-
Saya pernah google, n terbaca tidak sah sembahyang selagi masih ada tatu yg kekal, x boleh dihilangkan seperti inai . (baca google maybe tersilap fakta jugak. hehe).
Wallahualam, kalau silap harap dimaafkan. Nanti saya rujuk kembali hal ini, tQ kak kasi tahu. :)