CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 17, 2012

My Iron Girl, Romantiknya! Part 4


Part 4 : Love=Abstract







HADIRA mengamati wajah Naqiuddin lama-lama. Mimik muka Naqiuddin membuahkan rasa geli hati dalam dirinya. Naqiuddin baca dialog tapi muka sedih macam mati bini.

“Siapa nama kau?” Tanya Hadira menongkat dagu. Naqiuddin menoleh memandang wajah Hadira yang kelihatan polos merenung wajahnya.

“Kawan awak tak bagi tahu ke?”

Hadira mencemik wajah. Awak? Ufghhh! Geli I!

“Kawan mana satu?” Tanya Hadira menggaru dahi.

“Kawan awaklah. Yang tinggi-tinggi pakai spectacle rambut tocang dua tu.”

“Oh! Tia?” Hadira membulat mata.

“Ha’ah yang Tia tu. Dia tak bagi tahu awak nama saya Ahmad Naqiuddin?”

Juling mata Hadira. Ahmad Naqiuddin? Belah mana nak panggil nama dia? Ahmad? Udin? Naqi? Qiu?

“Panggil Ben.” Sambung Naqiuddin apabila melihat reaksi Hadira yang masih terkulat-kulat.

“Woh. Ben10!”

“Bukan Ben10, tapi Ben. B.E.N.” Ambek kau sebijik aku eja satu-satu.

“Benten.” Seru Hadira tak peduli wajah Naqiuddin yang sudah bertukar jadi masam.

“BEN okay.”

Apesal panggil Ben? Jauh gila dari nama sebenar kau....”

“Suka hati akulah.” Naqiuddin ikut ber ‘aku’ ‘kau’ sudahnya. Hadira menjuih bibir.

“Ek ena. Sombong gila. Sudah la weyh. Bajet gelemer.” Hadira merungut kecil. Sengaja dia tekan perkataan gelemer untuk supaya Naqiuddin rasa tersindir. Suka hati kau suka hati aku juga. Peduli apa?

Naqiuddin terkebil-kebil. Poyo la Hadira main sindir-sindir pula... Ke Hadira bengang? Hadira bengang pada dia ek? Walhal tadi dia yang bengang pada Hadira. Cepat saja watak mereka tertukar.

“Nama kau Dhia Wardina, kan?” Tanya Naqiuddin bangga. Hadira membulat mata.

“Tang mana kau dapat Wardina pula? Oi Mamat Amat, nama aku Dhia Hadira, pronounce correctly!”

Naqiuddin julingkan mata. Bukan Wardina ek? Tapi minah ni sengal gila. Tak padan dia suruh aku pronounce correctly, tapi dia panggil aku Benten tu kenapa? Dia panggil aku Mamat Amat tu datang dari mana?

“Ye lah Dhia Hadira. Orang salah ingat je nak kecoh. Better kau baca skrip kau.” Tegur Naqiuddin sambil menyambung konsentrasinya membaca skrip. Hadira pejam celik- pejam celik. Dia toleh kiri kanan semua tengah sibuk baca skrip. Ada pula tu yang terus menghafal.

Alamak, bosannya! Hadira baca skrip? Macam tak mungkin terjadi aje... Naqiuddin dipandang lama. Tak beriak mamat tu. Bertambah-tambah rasa bosan yang merasuk diri Hadira.

“Sombong!” ucap Hadira lantas menjauh daripada Naqiuddin. Naqiuddin sekadar menjengil mata. Aku dia kata sombong? Ada yang nak kena minah ni... Dari tadi mengata aku kerja dia.

Hadira angkat skrip tinggi-tinggi tutup muka. Jelingan Naqiuddin tak tinggal bekas di hatinya.



HADIRA masuk ke bilik kuliah dengan sengihan panjang. Saja nak bagi sengih panjang-panjang kut-kut ada mamat yang berkenan. Yalah mak kata duduk kat universiti kena mengorat ‘pakwe-pakwe masa depan cerah’. Nanti bila dah kahwin, terjaga makan minum, duit on time selalu... Laki kerja baguskan? Tapi duduk mana-manapun sama sebenarnya. Universiti ke ladang kelapa sawit ke, kalau itu dah jodoh, jodoh la jugak... Mana boleh tukar-tukar minta tuhan letak jodoh muka handsome macam Robert Pattinson ke hapa ke... Mengarut doww...

“Lapar seh...” cetus Hadira sambil terduduk ayu di sebelah Tia. Biasalah Hadira bukan gadis tomboy cuma keras sikit. Kadang-kadang aje perangai gila-gila dia menyerang alam.

Tia kerut kening. “Aku tengok tadi kau makan kat kafetaria. Still lapar eh? Tak ajakpun?”

Hadira mula angkat kening double jerk. “Shut up Tia! You should not to open my secret!” Melantak aje dia guna Bahasa Inggeris. Janji Tia faham sudah.

“Kau lepas balik dari bilik drama terus buat drama kat bilik kuliah ye?” Soalan Tia mengundang senyuman lebar di bibir Hadira.

“Aku jadi watak utama... Kau jealous tak?”

“Mana ada jealous. Aku teringin juga menonton bakat terpendam kau.... Jadi Puteri Duyung...” Tia dah tercebik-cebik tahan gelak. Hadira siku lengan Tia. Kurang ajar gila dia ni... Kata kawan dunia akhirat tapi bukan nak bagi semangat, menyindir ada la!

Tia menyeringai kecil. Tangan Hadira boleh tahan tajam sebab tinggal tulang bersalut lemak sedikit. Tiba-tiba mata Tia membulat. Tiba-tiba muka Tia berseri-seri. Teringat satu benda nak tanya. “Siapa jadi putera?” soal Tia teruja.

“Ha?” Hadira buat muka blurr dia balik.

“Hero la...” Tia tekan suara dia.

“Izwan.”

What?!!”

Satu bilik kuliah toleh ke arah mereka berdua. Sepi tiga saat. Hadira terpaku manakala Tia segera lambai-lambai tangan ke arah penonton. Gaya macam dah cukup glamour.

“Aku gurau aje! Kau pekik-pekik dah sedia nak kena gilis lori bapak aku ke?” Giliran Hadira melenting. Tia urut dada terkejut. Gilis lori bapak dia? Excuse me, Mr Naufal rasanya belum pernah bawa lori....

Fine.. Fine.. Aku ingat betul si Izwan jadi hero... Jadi siapa dapat watak hero? Kau ni main-main pula... Kalau betul Izwan hero, aku tak nak geng kau lagi...”

“Kata hari tu dah lupa? Kata hari tu dah tak ada makna kat hati? Rupanya masih berbekas rasa cinta ye cik Tia?”

Tia buat muka malu-malu katak. “Bukanlah! Langsung tak berbekaspun... Yang sebenarnya, aku yang mintak cerai kat dia... Eh! Minta putus...”

Hadira gigit bibir geram. “Sia-sia aku hempuk mamat tu tempoh hari! Kau kalau putus bagi alasan biar terang! Haish minah ni... Nasib baik mak dia datang tepat pada masanya, kalau tak dah makan doa selamat kita kat sini sebab Izwan masuk hospital patah tulang belakang. Agak-agak la kalau nak putuspun... Apa kau kata? A love without feel such like to go away??” Hadira sindir. Tia buat muka selamba.

Ye lah masa tu tak sangka pula aku sedih sampai menangis-nangis jumpa kau... Dah aku tak ada perasaan kat mamat poyo tu nak buat cemana? Kau tau tak dia tu slow? Laju lagi siput babi mengorat aku daripada tunggu dia mengayat aku. Tak reti la aku... Tapi aku tak cakap pasal a love without feel such like to go away. Itu quotes , kau sendiri yang buat.”

Sure kau yang aku hempuk kalau aku tahu dari awal. Dah malas aku nak layan kau...” Hadira mengeluh kuat sambil menghempas buku-buku yang baru dia keluarkan dari beg.

“Eh, ceritalah siapa mamat bertuah jadi hero kau?” Tia kerdip-kerdip mata. Ni tak ada hal lain, mesti nak bodek aku...

“Janji belanja makan?”

Tia mengeluh kecil. Ini yang aku lemah ni... Sikit-sikit minta belanja makan... Belanja minum tak apalah juga... Boleh aku bawa air teh yang mak aku buat satu botol untuk dia...

“Kau nak makan apa?”

“McD should be okey!”

Ha? Tia ternganga besar. Sah Hadira dah di alam fantasi. Mana mungkin Tia belanja McD... Gila mustahil... No no no no... 14 kali no.

“Kau nak kau makan kat kafetaria bee hun goreng harga RM 2.50. Lebih dari tu aku tak nak. Kalau kau tak kasi tau, aku tanya mana-mana budak drama yang lain.”

Hadira jengil mata bulat-bulat. Tak sangka Tia berani gertak dia... “Tia! Aku nak!” Walau apapun, peluang kena rembat. Bukan senang tunggu Tia nak belanja makan...

“Siapa?” Nampak sangat muka Tia teruja. Kata nak tanya kat budak drama lain? Sah-sah si Tia loyar buruk aje tadi... Hadira tersengih.

“Ben...”

Who?” Kening Tia terangkat tinggi.

“Kau ada masalah pendengaran ke? Ben la... Ben yang aku simbah masa kita makan kat gerai mamak tepi jalan hari tu...”

Mata Tia yang ala-ala sepet sudah membulat. “Sure mantap!”

“Apa yang mantap?”

“Puteri Duyung yang sakit jiwa dan Putera Mahkota yang gagah perkasa...”

Hadira ketap bibir geram. Cinabeng punya geng! Aku sakit jiwa si Ben10 tu gagah perkasa? Nah hambek kau! Tangan Hadira melayang laju pada pangkal lengan Tia. Serentak itu, satu bilik kuliah dipenuhi jeritan syahdu Tia. Baru kau merasa kena hempuk dengan tangan aku kan Tia? Tangan ni la yang dapat macam-macam tali pinggang keselamatan dan tali pinggang judo warna merah biru... Jangan kau tak tahu...



“FUNNY...”

Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Lama Naqiuddin menyenyap dan perkataan yang keluar dari mulut dia amat-amat memelikkan mereka bertiga.

“Ha?” Spontan keluar dari bibir Adif.

“Dhia dapat watak utama untuk pementasan drama untuk Malam Seni U.” Keluhan jelas terbit dari Naqiuddin.

“Dia siapa?” Adif dah buat kening terangkat sebelah, stail dia sejak sekolah menengah. Sebab kening dia jugalah membuat makwe-makwe kat luar sana mengurat. Biasalah bakal doktor muka ala-ala pan asia pasifik saham tinggi melangit.

“Bukan ‘dia’ tapi ‘Dhia’. Minah gangster yang kita jumpa kat blok pentadbiran hari tu. Alah, perempuan yang hampir-hampir kita bet takkan kau orang dah lupa?” Naqiuddin sandar kat pokok tepi jalan. Adam yang masih duduk di atas motor dah keluar gelak jahat. “Ha’ah! Perempuan tu jadi watak utama? Memang sepadan gila dengan kau...”

“Oi... Cakap baik-baik sikit... Sepadan? Wey... Banyak lagi wanita Melayu terakhir dalam course kita ni...” Maksud Naqiuddin, makwe-makwe yang ikut kursus engineering lawa-lawa seramai lima orang. Sama la dengan Adam, Harris dan Naqiuddin punya course. Cuma Adif seorang tersesat kat bahagian doktor gigi. Tah pa pe je nak masuk sini sekadar jadi doktor gigi. Cuba jadi doktor bedah ke, sakit puan ke... Itulah sifat semula jadi manusia, sentiasa memandang rendah pada kerja-kerja yang kurang kepopularannya.

“Kau ada hati kat dia orang tu Ben?” Harris yang duduk kat tepi jalan di sisi Naqiuddin dah tunjuk muka hairan. Yelah lawa tapi semua dah berpunya nak buat apa? Naqiuddin tersengih kecil.

“Taklah... Aku bukan buruk lantak macam kau Harris, makwe orang kau kebas...” Kata-kata Naqiuddin mengundang rasa hangat di dada Harris. Harris buat muka bengang.

“Nisya dah putus baru aku couple dengan dia okay? Buruk lantak kau perli aku?” Harris siku kaki Naqiuddin kuat. Naqiuddin cepat mengelak. Eish... Sensitif la pula kawan dia seorang ni... Terlebih hormon perempuan agaknya.

So apa kes dengan Dhia tu?” Adif tunjuk muka minat. Naqiuddin sengih cuma. “Dia jadi Puteri Duyung...” Sikit lagi tersembur ketawa dia. Maklumlah minah rupa rock ye ye rambutpun sentiasa tak lepas dari topi, ada hati nak jadi princess...

“Gempaklah Ben!” Serentak suara mereka bertiga berpadu jadi satu. Kening Naqiuddin bertaut dekat. “Gempak apanya?”

“Bakal couple terhangat di pasaran tak lama lagi!” Spontan Adif menjawab.

What the....” Naqiuddin letak tangan kat atas rambut diramas-ramas gaya orang tension gagal periksa.

“Apa lagi Ben? Bila kau nak mula misi mengorat dia?!” Adif overdose excited.

“Aku tak suka gosip pasar ikan!” Tempelak Naqiuddin sebelum melangkah menuju motornya. Yang lain-lain dah gelak sakan.

Apesal kau anti sangat dengan budak tu Ben?” Soalan Adam membuat Naqiuddin terteleng.

“Aku nak makwe yang comel, lemah-lembut dan sopan santun.”

“Klise la perempuan jenis tu... Yang Dhia ni lagi menarik apa?” Harris angkat-angkat kening. Naqiuddin ketap bibir kuat. Apesal dia orang bertiga sibuk kenen-kenenkan aku dengan si Dhia tu?

“Sekali aku berkawan maksudnya aku serius nak buat bini. Kau nak ke bini kau sekeh kepala kau hari-hari? Kalau kau nak, kau sendirilah pergi tackle iron girl tu..”

Harris, Adam dan Adif naikkan kening tinggi.

Adif tersengih lebar. “Bunga-bunga cinta... Layu dipusara...” Dia nyanyi dengan suara mendayu tapi dibalas lontaran buku setebal 300 muka surat oleh Naqiuddin. Nasib baik sempat sambut kalau tak, ada juga benjol kepala dia. Betul-betul tak sayang buku harga dekat RM50 tu.

“Kau nak pergi mana Ben?” soal Adami bila Naqiuddin dah start motor.

“Lepak kat kafetaria.” Balas Naqiuddin terus pecut pergi. Bunga-bunga cinta? Cis Adif! Buat remang bulu roma aku aje!







4 Komen untuk Cik Rin:

Syaza Nadiah

Best sangat2 la cita ni . Suka gila ! Hihi . Sonok tengok Hadira ngan Ben tu . Lawak ! Ngee . Nak lagi nak lagi . :)

Mardihah Adam

nak lagi..hehehee...akak suka!

cheknie

bunga2 cnte x thn tol la..hehehehehehehe..bez la mst gmpak ble da tgkap cintan nie

Anonymous

bestla.... bila nak sambung citer ni lagi...