CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 3, 2013

Bitterness In You *PROLOG*






 PROLOG
TIBA-TIBA aje aku rasa tak sedap hati. Tak tahu kenapa mungkin juga sebab aku tak cakap kat ma dan ayah yang aku keluar dengan Farhan. Tapi selama ni mana pernah aku cakap kat diaorang kalau aku nak keluar pun. Aku lempar pandangan ke arah Farhan yang tengah khusyuk pilih-pilih mainan kat tepi tu sambil mengeluh kecil. Kenapa dengan aku ni? Kenapa tiba-tiba rasa macam jantung berdebar-debar walhal tak ada benda pun yang berlaku…
“Han, sini kejap sayang…”
Aku panggil Farhan tapi dia tetap tak endah panggilanku. “Han sudahlah tu. Mama tak nak beli lagi dah, minggu lepaskan dah beli kapal terbang tu?”
Aku berjalan menuju ke arah Farhan sambil mengomel sendirian. Anak ni bila dah suka satu benda tiap kali diajak pergi shopping mesti benda tu juga yang dia capai walaupun dah dua puluh bijik ada kat bilik tidur dia. Perangai sama aje dengan papa dia. Ya Allah, kenapa tiba-tiba terungkit semula wajah lelaki itu dalam mindaku? Sudah berkali-kali aku mengingatkan diri sendiri agar tidak mengingati lelaki itu lagi. Lelaki yang membawa darah dalam keluargaku sehingga kami menderita dan jatuh tanpa rasa belas dihatinya!
“Han mama dah cakap mama tak nak Han ambil benda ni lagi.” Aku tarik tangan kecil Farhan, marah bila Farhan mula menarik muka sambil memeluk replika kapal terbang di dalam plastik itu.
“An nak yang ni ugak. An tak nak yang lain,” balas Farhan tegas. Aku menggeleng kepala berkali-kali sambil menarik kapal terbang itu dan meletakkan pada tempatnya semula. Segera aku tarik bahu Farhan bila dia mula menggapai ingin mengambil semula kapal terbang tersebut.
“Han tak boleh dengar cakap mama ke sayang? Kan mama dah belikan hari tu? Kalau Han degil jugak nanti esok-esok mama tak nak bawak Han pergi shopping tahu?” aku soal separuh mengugutnya. Hanya itu aje satu-satunya cara untuk Farhan menjauhi kapal terbang itu.
“Mama tak ayang An?” dia tenung dalam ke mataku. Aku balas tenungan dia lembut. Mata anak ini agak sepet tidak mempunyai kelopak mata seperti papa dia. Mata yang sangat tajam tatkala dia sedang marah. Mata yang membawa cukup impak bila dia mula menangis dan sakit. Anak matanya bundar berwarna hitam pekat sehingga membuat hati sesiapa pun yang melihat terpikat.
“Mama sayang Han tapi mama tak nak kapal terbang lagi. Bilik Han dah penuh dengan kapal terbang, sayang.”
“An nak kapal terbang. An nak terbang ari papa..”
Aku terkesima mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Farhan. Bibir terasa digam tidak mampu mengungkapkan sepatah kata walaupun jauh di sudut hati ingin saja kukatakan pada Farhan supaya melupakan insan yang wujud bernama papanya. Papa dia bukan orang yang baik. Dia bukan lelaki yang mampu menjaga Farhan dan dia tidak akan mampu untuk menyayangi kami berdua!
“Han papa Han dah tak ada. Han dah lupa?” aku tanya dengan suara yang bergetar. Menyembunyikan sebak yang merasuk jiwa secara tiba-tiba.
“Orang lain ada papa!” Farhan menolak tanganku dan berlari menjauhiku. Aku panik melihat Farhan menuju ke arah pintu keluar masuk, risau andainya dia menghilang daripada pandangan.
“Han!”
Aku bergegas mencarinya di rak yang berdekatan tetapi Farhan sudahpun berlari ke arah gantungan tempat pakaian orang dewasa.
“Han berhenti!”
Farhan berhenti berlari dan menoleh ke arahku di antara gantungan baju yang ada di situ. Cepat-cepat aku menuju ke arahnya dengan wajah yang sengaja digarangkan.
“Han tak nak dengar cakap mama lepas ni tak boleh ikut mama shopping lagi!” aku marah pada dia. Farhan terpinga-pinga memandang wajahku sambil berundur dua langkah bila aku sudah berada di hadapannya.
“Degil Farhan ni. Sama dengan papa dia!” marahku lagi tanpa menyedari berpasang-pasang mata melemparkan pandangan ke arah kami berdua.
“Han nak sangat kapal terbang tu, kan? Mama belikan tapi mama tak akan bawak Han shopping lagi.”
Aku mencapai tangan Farhan agak kasar namun langkahku terhenti apabila terhadang oleh satu tubuh. Aku mendongak mencari wajah lelaki yang berani menghalang laluan kami dengan hati yang panas.
“Rian…” namaku disebut pelan. Aku termangu beberapa saat sebelum berundur beberapa langkah. Terkejut bercampur takut menjadi satu. Tangan kecil Farhan kugenggam kuat sehingga anak itu menyeringai kesakitan.
Long time no see…” sambung lelaki itu sambil mengukir senyuman segaris. Senyuman yang mampu membunuh jiwaku bila-bila masa yang dia mahu. Senyuman yang mampu menggegarkan dadaku kerana senyuman itu yang dulu pernah menghantuiku!
“A… Abang?” luahku tersekat-sekat.
“Rian Aulia, so this is Farhan… The one and only my son?”
Aku telan air liur kelat. Menggigil tubuhku melihat dia menghampiri Farhan yang sedaya upaya aku tarik ke belakang tubuhku.
 Melihat aku tegang lelaki itu melemparkan tenungan sinisnya padaku. Mata yang sama dengan Farhan tetapi mata ini merenungku dengan tenungan penuh dendam, bukan seperti tenungan marah Farhan.
“Why you do this, Rian? Because I’m his father?”
Lelaki itu mengampiri wajahku dan menyentuh pipiku kasar. “Bukan! Abang bukan bapa Farhan, bukan untuk selama-lamanya!” Aku jerit sambil menolak tubuh lelaki itu kasar. Terasa seluruh urat sarafku dikerat-kerat melihat wajah kurang ajar lelaki itu. Lelaki itu tertawa lepas sebelum menghampiriku, mendekati wajahku dan berbisik perlahan…
“Abang cari Rian empat tahun… Empat tahun Rian tinggalkan abang tanpa jejak. Sebagai hukumannya abang nak kan Farhan sebagai ganti!”
Sesak rasanya dadaku saat ini. Air mata bertakung hampir-hampir jatuh ke pipi kerana benciku padanya semakin memuncak tinggi. Tidak mungkin untuk aku membiarkan dia merampas Farhan dari sisiku!
“Hai Farhan, nama uncle Adif. Farhan nak apa biar uncle belikan…”
Lelaki itu tunduk tersenyum mesra kepada Farhan yang sedang tercengang-cengang. Aku menggigit bibir menahan gelora yang menghempas jiwa melihat pertemuan Farhan bersama papanya buat kali pertama. Papa yang telah menghancurkan keluargaku sehingga jatuh ke lembah yang selama ini tidak pernah aku fikirkan!
Dan benci itu semakin menyala di hati tatkala Farhan mencapai pipi Adif dengan wajah yang sarat dengan pertanyaan. Aku tahan nafas yang menyesak sambil menarik Farhan daripada Adif.
“Don’t hurt him…” ucapku perlahan. Mataku terarah lurus ke anak mata milik lelaki itu. Lelaki yang pernah menjadikan hidupku huru-hara seperti layang-layang putus talinya. “Like what you did to me.

19 Komen untuk Cik Rin:

Afifah Yusof

speechless. Sangat best! serius... good job kak Rin. tak sabar nak baca next and next... :)

Waisya Carissa

waaa... ape la yg adif tu wat smpai rian lari eh... smbung lagi Rin...

nursyafika

Wow!!!!!!! Siyesly best gilerr!!!!!!! Xpenah jmpk cita mcm ni! It's 1st time!!! Nk lagiii ppalli ~~~

miEza

Permulaan yang menarik.

Anonymous

Omg..syok gler.. Xsbr nk tgu next entry dr kak rin.. Hopefully idea kak rin akan dtg mencurah2 spt d ladang gandum(iklan koko jp).. Hoho..

Izz Alejandra

eh! style tulis yg berbeza :D

Unknown

Wow...permulaan yang menyesakkan dada...apakah yang berlaku seterusnya..

mija

mcm sehangat asmara. tapi best.

Unknown

best n teruja akk baca ur novel dek....

aliahmohdsalleh

Baca sedit jer ceriter nipembaca dah dapat rasa turmoil perasaan seperti roller coaster yang di lalui oleh Rian bertemu p apa Farhan.Segala kenangan manis dan pahit berkumpul untuk menyesakkan hidup Rian .saya inginbberi thumbup pada p enulis.ceriter ni sagatest.

aliahmohdsalleh

Bab yang sikit cukup untuk menimbulkan kesesakan emosi sperti menaikki roaller c oaster .Itulah tekann yang dirasai Rian bila bertemu Paa Farhan.Segala kenangan pahit dan manis menerpa secara mendadak.bab ini cukup untuk menguja perasaan pembaca Thumb up untuk penulis.

aisyah

1st impression...best..

Anonymous

adit...kenapa nk sksa rian?

Anonymous

1st impression, bez sgt. pandai yer mainkan emosi pembaca, gud job. sila smbg lg yer :)

zeryfah hanis

Wow. Plot yg awesome. 😀

Anonymous

Best ar citer ne sure dpat tmbs up, kpan bsa nex bab 14 akak?? Saya kat indonesia so tak tau mesti beli novel kat mna.

Di

Sudah ada di pasaran ke

Di

Sudah ada di pasaran ke

Anonymous

Bila nak sambung..pliss...