CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 8, 2013

Bitterness In You *BAB 2*





BAB 2
BILA aku belek stok baju pengantin yang baru datang tadi rasa macam ada aje yang tak kena. Jadi akupun panggil Khairi suruh dia cek balik baju pengantin tu sebelum disangkut ke ruang atas Butik Puteri. Khai cakap mungkin aku mimpi sebab dia cek tak ada pulak yang tak kena. Nak aje aku pergi ketuk-ketuk kepala dia.
Sebenarnya bekerja dengan baju pengantin bagi perempuan yang belum berkahwin macam aku ni perasaan tu agak tak menyeronokkan. Asyik tengok pasangan kekasih keluar masuk sambil pilih baju dengan muka eksaited nak kahwin tu buat aku cemburu tapi nak buat bagaimana dah jodoh aku tak datang lagi. Bila tengok ada baju kahwin yang cantik mulala pasang angan-angan nak pakai untuk kahwin tapi bila ada orang dah beli aku beri aje sebab entah bila masa tu akan tiba.
Tiba-tiba aje teringat kata-kata ma minggu lepas pasal blind date. Sampai sekarang pun tak ada khabar berita tentang tu walhal dalam diam aku mengharap juga. Agaknya ma lupa nak cakap kat ayah kut?
“La Rian, I rasa baju nikah ni kurang sepasang la. Baru I sedar tadi!” Khairi jerit kecil. Aku terkejut dengar kata-kata dia.
“Betul ke?” aku soal dalam nada menggelabah. Aku pun terus berlari anak ke arah Khairi yang tengah sangkut baju-baju kahwin tu dengan muka separuh gelisah.
“Sepatutnya 20 pasang tapi ada sepasang tu tak ada kain kat bawah dia…”
Khairi tunjuk kat aku sehelai baju cantik bersulam tapi atas dia aje ada. Tadi masa kira baju ni tak nampak pula bawah dia tak ada sebab aku fikir baju ni gaya jubah tapi bila dah digantung macam ni tak mungkin pula baju ni tak ada kain sebab bawahnya diperbuat daripada kain jarang.
Contact balik la Husni tanya kat dia, kalau memang tak ada kain bawah balikkan aje kat kilang. Nasib baik you gantung baju ni dulu. Yang lain cek jugak takut ada yang tak kena pula.”
Pertama kali kejadian ni berlaku. Tengok Khairi yang tengah buat muka blur tu aku pun mengeluh kecil.
“Biar I aje yang buat. You teruskan kerja.”
Tak pasal-pasal hari ni aku kena call Husni dan minta ganti rugi balik. Takkan nak jual baju kahwin tak ada kain pula. Tapi nasib baik juga dia cakap kain bawah ada tertinggal kat kilang jahitan tapi dia kata aku kena ambil sendiri sebab tak ada orang yang boleh hantarkan. Bertuah punya kawan. Nasib baik dia kawan aku jadi walaupun aku ni custumor, aku kena bertolak ansur dengan dia juga. Hish. Menyusahkan betul kerja dua tiga kali ni.
“Khai, I ke kilang kejap you jaga kedai ya!” Aku jerit sebab dia agak jauh dan Khairi pun jerit juga okey kat aku.
“Sebelum lunch I balik,” aku beritahu Khairi sambil sangkut beg tangan ke bahu dan bergegas menuju ke pintu butik yang tengah tutup. Harap-harap Khairi dapat urus sorang diri. Pekerja aku sebenarnya ada empat orang tapi dua orang diserap kat cawangan baru jadi tinggal aku dan Khairi aje kat sini sebelum ma ambil pekerja baru.
“Okey pergi ajelah, jangan risau. I tak keluar butik punya sebab I ada bawa bekal.”
Aku tak mampu senyum bila dia cakap macam tu. Tiba-tiba rasa Khairi ni old school pun ada siap bawa bekal ke tempat kerja. Agaknya isteri dia rajin kut nak masak pagi-pagi kalau tak mesti Khairi sendiri yang kerah tenaga untuk bangun pagi masak. Esok aku ingat nak suruh bibik sediakan bekal untuk aku sekali!
Aku buka pintu butik sambil-sambil tu pusingkan papan kat pintu jadi ‘open’.
“I dah buka ni…” aku tunjuk papan kecil yang tersangkut kat pintu lutsinar tu kat Khairi yang tengah naik kerusi. Dia pun tunjuk ibu jari kat aku tanda bagus.
Bila aku jalan, aku tengok tempat lain pun dah mula buka kedai. Dah tiga tahu aku bekerja kat sini jadi aku cukup maklum dengan keadaan kat sini. Aku turun ke tingkat bawah tengok Restoran Ayam Penyet dah buka pulak. Aku pun tinjau-tinjau mana tahu Sufiah ada. Sufiah tu kawan aku jugak tapi tak berapa rapat. Sekadar angkat tangan bila terserempak sebab kerja kat dalam bangunan yang sama ni asyik jumpa muka yang sama jadi serta-merta kita orang berkenal-kenalan. Lagipun aku selalu juga lepak kat restoran tu.
Aku rasa dia tengah sibuk kat dalam sebab aku tak nampak bayang dia. Ada empat lima orang pelanggan duduk kat dalam tu. Waktu aku nak pusing tiba-tiba aje mata aku terarah ke wajah seorang lelaki yang tengah duduk sendiri. Macam pernah aje jumpa lelaki tu tapi aku tak tahu kat mana. Lupa! Macam Cina aje dia tapi kulit tak berapa putih agaknya Cina half blood kut? Rambut dia kemas rapi dengan mata sepet dan tubuh yang tegap. Sekali pandang macam model pun ada.
Tapi aku rasa dia ni anak orang kaya dengan penampilan kemas dan pembawaan diri dia tu tapi manalah kita tahu dia kaya ke tak sebab sesiapapun boleh nampak macam orang kaya walaupun tak kaya. Dia pun pandang aku mungkin tersedar ada orang tengah perhatikan dia. Aku pun cepat-cepat melemparkan pandangan ke arah lain dan melangkah pergi. Kenapalah aku gatal sangat perhati dia tadi? Isy… Janganlah lelaki tu ingat aku ni terpesona dengan kekacakan dia sampai tertoleh-toleh hanya untuk menghadap muka dia pulak dah! Hu hu…


BEG tangan aku campak ke atas sofa rumah Mun, teman baik aku. Kita orang ni dari sekolah menengah dah berkawan. Ada tiga orang yang rapat dengan aku, dan Munira aje satu-satunya teman rapat yang dah kahwin. Rina bertunang bulan lepas dan akan berkahwin pada tahun hadapan, yang tinggal single tu hanya aku dan Nur Fikri. Aku tak hairan bila Nur kata dia nak kahwin umur 30 pun sebab dia jenis yang berdikari. Nak kumpul duit dan nak bina kerjaya sendiri. Kadang-kadang kagum juga aku kat Nur, walaupun dia workholic tapi peminat sibuk beratur. Kata cantik tu tak tapi mungkin dia ada communication skill yang tinggi jadi tak susah untuk dia memikat mana-mana hati lelaki berbanding aku yang agak low-profile ni.
“Kenapa dah buat muka macam tu pulak?” Mun letak balang berisi keropok di atas meja terus mendekatiku. Nur dan Rina sibuk di dalam dapur memasak. Aku hanya mampu mengangkat bahu sambil mengeluh kecil.
“Dah datang sini aku tak nak tengok muka masam mencuka okey? Tak suka!”
Aku dah gelak bila dia tekan suara untuk perkataan tak suka tu.
“Pian mana?” aku tanya sambil mencapai balang kat atas meja. Laju aje tanganku membuka penutup balang dan mengambil keropok yang baru di goreng oleh dia orang tadi.
Out station hari Ahad dia balik, Rina teman aku tidur malam ni. Kau ni la datang pun lambat,” rungut Mun kembali berdiri sebelum terus masuk ke dapur. Aku menutup semula balang keropok setelah mengambil sedikit isinya dan bergegas mengikut langkah Mun. Haraplah dia orang tak marah sebab aku janji pukul 7 sampai tapi dekat pukul 8 baru aku datang.
“Kau rupanya yang datang, aku ingatkan orang jual minyak wangi!”
Selamba aje Rina tepuk bahu aku kasar.
Sorry lambat jammed pulak tadi. Dah la kena pergi kilang sebab dia orang kasi baju pengantin tak ada kain. Eh Rina, kau kahwin tempah aje baju nikah kat aku tau! Aku kasi special harga punya…”
Apabila aje aku duduk terus Nur buat isyarat kat aku supaya angkat ikan dalam kualitu. Hampeh betul punya kawan, langsung tak boleh tengok orang duduk senang!
“Kau dah cukup kaya Rian, lagi nak perah poket aku…”
Pecah perut kita orang gelak dengar Rina punya statement. Suka hati mak datuk dia je cakap macam tu. Aku ni bukan kaya pun, apalah sangat yang kaya sedangkan semua tu harta ayah. Elaun pun ayah terus potong lepas aku dah kerja kat butik ma jadi tak ada harapan nak bergantung dengan duit ayah lagi dah. Jauh lagi nak berangan jadi puteri yang kaya raya macam dalam cerita telenovela sibuk shopping tak ingat dunia dan melancong ke luar negara tak kira masa. Hidup kena realisitik, tu ayah cakap kat aku bila dia potong elaun sara hidup sebanyak RM 1000 sebulan tu. Mula-mula sedih juga tapi nasib baik ma beri gaji dua ribu sebulan. Nasib baik juga benda yang aku makan hari-hari tu masih duit ma dan ayah. Sebenarnya bila difikir-fikir aku ni tak senonoh jugak dah besar panjang tapi masih bergantung nak isi perut dengan duit orang tua. 
“Garing tak?” Nur menjenguk ketika aku mengangkat ikan ke dalam pinggan. Aku angguk kecil pandang kat dia waktu dia matikan api dapur.
“Sedap ni…” Mun ambil pinggan dari tanganku sambil tersengih-sengih.
“Rian tak tahu lagi tu, kau cerita balik topik kita tadi Rin,” Nur angkat-angkat kening.
“Kenapa?” soalku sambil buat muka blurr.
“Entah dia orang ni,” Rina angkat bahu sambil mengambil tempat duduk di kerusi yang paling tepi. Aku pun cepat-cepat ambil tempat sebab perut tiba-tiba aje terasa lapar tengok makanan yang terhidang di atas meja.
“Apasal pula ni?” aku kerut kening sebab dah mula rasa hairan. Suspicious je gaya dia orang macam sembunyikan sesuatu daripada aku. Mun sengih lebar sambil petik-petik jari kat meja.
“Makan dulu, karang kita cerita!” Nur tepuk bahu aku sambil gelak. Ni yang buat aku makin nak tahu… Suspen betul.
Kita orang atas meja makan tu bercerita pasal kerja, pasal sepupu Mun yang hensem pernah kita orang minat beramai-ramai kat sekolah dulu dah selamat mendapat PhD nya balik dari luar negara, Nur punya peminat salah seorangnya bergelar Tan Sri tapi dah tua bangka jadi Nur pun menolak mentah-mentah dan macam-macam lagi. Dan yang paling aku terkejut Rina kata Fuad minta awalkan pernikahan jadi tinggal 2 bulan aje lagi. Punya terkejut sampai aku tak boleh nak komen apa dah. Tu la benda yang dia orang duk buat muka suspen dari tadi.
Tapi tak sangka Rina nak jadi isteri orang macam Mun juga. Nampak cerah aje muka Rina. Berseri sebab badi nak kahwin kut? Nak kata sedih tu jauh tapi di sudut hati adalah rasa cemburu kerana rakan-rakanku yang lain seperti senang aje jodoh tu datang tapi aku ni tak melekat-lekat jugak.
Bila umur menginjak 20-an isu jodoh ni automatik jadi bahan utama perempuan kena fikir lagi-lagi bila mana orang kiri dan kanan sibuk bertanya ‘bila jadinya?’. Agak-agak bilalah ma nak buat blind date tu? Aku nak cerita kat diaorang pasal ma dah janji nak buat blind date tapi aku tak tercakap kat dia orang sebab risau malu benda tak jadi.
“Jom-jom!” Nur angkat gelas berisi air limau kasturi ke tengah meja.
Aku dan yang lain terus buat benda yang sama siap laga-laga gelas walaupun sebenarnya tak reti juga apasal gelas perlu dilaga bila nak meraikan sesuatu. Mula-mula dulu aku fikir dia orang ni nak ikut stail orang Korea minum alkohol tapi Mun kata kita buat tu main-main je bukan nak tiru sesiapa. Apa-apa ajelah janji dia orang seronok.
“Kita raikan hari penuh debaran buat saudari Sabrina!” Nur terjerit kecil. Masing-masing terus telan air ke dalam mulut. Nasib baik Mun buatkan air limau kasturi sebab dah lama aku tak minum air ni. Limau kasturi tu bagus untuk menyejukkan badan.
“Kita doakan Nur dan Rian pula lepas ni ye Rina?” Mun dah kenyit-kenyit mata kat Nur.
Aku pun pandang Nur lepas tu sebab nak tengok reaksi dia.  Dia pandang aku sambil tersengih-sengih. Mesti sebab dia fikir yang aku ni masih single memang perlulah kena doakan oleh budak berdua tu lagipun dia sendiri dah banyak calon, tinggal pilih aje tak perlu bersusah-payah. Sabar ajelah kena bahan oleh dia orang ni…