CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 20, 2012

Kuli Rumah Untuk Dia

PROLOG

“INI pentinglah....” Minn merengek. Wajahnya sengaja dibuat-buat manja. Mana tahu hati Syuh boleh lebur melihatnya...

Syuh bulatkan mata. “Penting?” Kening terjungkit ke atas. Tak percaya dengan kehendak Minn yang dia anggap agak ke luar dari alam.

“Sebab aku tak nak jadi engineer.” Mulut dijuihkan sedikit.

“Engineer ke enjin gear ke, sijil dah ada kat tangan kau.” Syuh geleng kepala.

“Please... Carikan aku kerja!” Kali ini Minn merayu.

Syuh mengeluh kecil. Minn ni... Sijil dah ada kat tangan. Bukan setakat sijil je tu. Bachelor graduate dari Ohio University. Setakat kerani tempat papa bekerja tu boleh je. Tapi tahan ke Minn jadi kerani sepenuh masa? Dengan baju yang sentiasa up to date bergaya sana-sini tapi kerja menaip dan jadi kuli, seperti jauh panggang dari api. Tak dapat dibayangkan!

“Kau nak jadi kuli rumah tak?”

“Kuli rumah?” Minn terkebil-kebil. Tak ada kerja yang lebih grand daripada menjadi ‘kuli’ ke? Nasib baik perempuan tu tak cakap kuli batak. Mau tersembul biji mata.

“Papa aku cakap ada kawan dia cari pembantu rumah orang Malaysia. Nak?” dia sekadar bergurau. Takkanlah temannya itu sanggup bekerja sebagai pembantu rumah...

Minn kerutkan dahi. “Susah ke kerja tu?”

“Taklah susah. Mop je lantai. Basuh baju guna mesin. Lepas tu kau boleh duduk goyang kaki...” cakap macam senang.

“Heee...” Minn gelengkan kepala. Terbayang di mata Minn bayangan diri sendiri mengemop lantai ke sana ke mari dengan sehelai kain buruk sebiji macam pembantu rumahnya, Minah. Apa nak jadi Cinderella? Kepala ditongkat ke atas merenung langit yang membiru. Dah 7 bulan tak kerja. Hidup asyik berfoya-foya di bawah jagaan ma & pa. Duit keluar dan duit masuk tak usah nak pening kepala sebab babah ada syarikat sendiri, jadi tinggal hulur tangan buat muka tak makan 10 tahun, babah gerenti kasi. Tapi sekarang babah pun dah mula bising suruh masuk ke National Enterprise kerja di bawah dia. Tak syoklah kerja di bawah babah. Nanti kena marah buat jatuh air muka je.

Minn jadi pening.

Syuh tenang sambil tersenyum sinis. Muka Minn yang masam ditenung dengan rasa geli hati. Ha, kan dah cakap... Budak ni mana reti nak susah sikit! Dasar anak orang kaya... Haila, penyakit-penyakit... Syuh geleng kepala sedikit.

“Tak nak ke?” sengaja dia tanya. Minn mengeluh kecil.

“Betul tak susah kerja tu?” Minn meminta kepastian. Syuh tersengih lebar.

“Aku tak tau. Aku tak pernah kerja jadi kuli rumah.”

Syuh gelak kuat. Minn ketap bibir. Sengal!

Better kau kahwin je. Tak usah nak kusut-kusut fikir pasal kerja weh.”

“Weng! Kau bagi cadangan allergic tau tak?”

Hahaha! Ketawa mereka berdua pecah.

“Cik, mama cik kata malam ni ada jemputan ke majlis rakan dia. Puan Lina nak cik bersiap-siap...” tiba-tiba Husna muncul. Berpusing kepala Minn mencari kelibatan Husna, pembantu rumah keluarga Syuh. Husna memakai baju t-shirt lusuh dengan seluar tracksuit. Aku kena pakai baju macam tu? Minn dah mula berfikir yang bukan-bukan.

“Mama ni, asal nak ke majlis je mesti bawa aku...” rungut Syuh tak peduli Husna yang masih berdiri tegak di tepi pintu. Lama dia berdiri menunggu arahan dari Syuh sebelum masuk semula ke dalam rumah. Minn hela nafas lambat-lambat. Not bad laa kerja jadi kuli... Sekadar memastikan pesanan sampai kepada tuan-tuan rumah. Tak ke?

“Okey la aku cuba.”

“Cuba apa?” Syuh kerut kening.

“Kerja yang kau offer tadi... Kuli rumah.”

“Serius?” mata Syuh membundar. Biar betul Minn? Dah putus fius ke apa?

Minn muncungkan bibir. Selama ni memang dia hidup di bawah naungan family, tapi takkan nak terus duduk tunggu nasi jatuh dalam mulut seumur hidup? “Seriuslah... Aku cuba.”

“Sure kau gila!”

“Aku teman kau ke majlis malam ni...”



11 Komen untuk Cik Rin:

Wan Ruzana

yuhuuu cite bru keke

NurAtiZa

Anak orang kaya jadi pembantu rumah!!!!!
Boleh ke????

MzaMuhd

Ryn, baru semalam akak teringatkan Ryn. sebab da lama Ryn x update entry. Pape pun, tq... :) terlepas rindu.

Anonymous

interesting giler citer nih. hahhhah. cecepat smbg ek, makasih bebyk maah

lieda

Rin..sayang kamooo..ni citer mesti best..tp hero die mesti ala2 bad boy gitu...akak cop dulu ye..huhuhu

RinsyaRyc

Wan- tehee... cerita new...

NurAtiza- Minn kan sengal... Boleh je kut. tengok mcm mana dia masak nanti. dpt tak dia kenal berjenis2 ikan. hahaha!

Kak Miza- rin terpaksa engine gear 1... nak menaip semput kak.. sob2

RinsyaRyc

Anonymous- x la interesting.. cliche je cerita ni .. thanks sbb sudi baca gak! Lev u. hihi..

Kak lieda- mcm tau2 je bedboy... huk3.. :3

Anonymous

rin kn slalu bt cter badboy..hehhe
pmulaan yg baik...
tp jgn jalan cter lbih kurg sama ngn cter lain yg dh ada d pasaran dh ler ye....
jgn buat cter berat2 sgt..
gudluck rin
-miss A-

RinsyaRyc

-Miss A- hehe.. InsyaALLAH.. Cerita ni ringan je. Saja buang bosan dlm2 tertekan study =D

aisyah

Blh ke nk jd kuli tu?

Anonymous

tahniah