CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 6, 2012

Butterfly 8 -end-





Butterfly 8 – End

“SARA, Aminul kat depan tu… Tak nak bertegur ke? Minggu depan dia dah nak fly ke Jepun.” Puan Iris bertanya. 

“Tak nak lah. Malas.” Jawapan Sara membuat Puan Iris menggeleng kepala. Punya selamba nada budak ni bercakap walhal dulu mereka berdua bukan teman paling rapat di dunia ke? Apa kena entah budak berdua ni gaduhkan sampai sekarang tak bertegur sapa. 

“Kenapa pula tak nak? Pergilah tegur dia… Sampai bila Sara nak terus bermasam muka dengan Aminul?” soal Puan Iris lagi. 

Sara angkat bahu. ‘Entah!’ hati menjawab juga. Dah dekat 5 bulan duduk kat Sarawak, balik aje ke rumah tengok muka Aminul sekali pun tak pernah. Asal nampak kelibat lelaki itu terus Sara pecut masuk rumah. Entah kenapa dia buat begitu pun dia tak pasti. 
Takut pada Aminul? Malu? Benci? 

“Nanti jangan menyesal ya Sara ya…” Puan Iris bergurau cuba menguji perasaan Sara. Berjauh tandanya rindu-rinduan. 

Sara mampu ke rindu pada Aminul? Oh, Sara pasti rindu pada Aminul, cuma Aminul aje yang tak pernah rindukan Sara. Rasa rajuk masih lagi menusuk dalam hati bila terkenangkan Aminul yang tak pernah bersungguh pada Sara. 

Seingat Sara, mula-mula mengenali Aminul dia terus tegur Aminul. Seminggu kemudian Sara mengaku pada Aminul yang dia dah fall in love. Kepada Aminul. 

Aminul tak kasi respon sehingga berbulan-bulan. Akhirnya mereka jadi teman tapi mesra aje sehingga Sara mula buat hal yang kononnya menyukai Dayyan. Tapi betullah Aminul langsung tak ada perasaan pada Sara. Okey, fine. Sudah tiba masanya let go perasaan budak-budak Sara. Cinta monyet Sara. Kadang-kadang Sara terasa memperbodoh diri sendiri sebab masih merindui Aminul. Like oh gross! What I am doing for the years with that budak nama Aminul bla bla!

Now, Sara Suhaila rasa Aminul sangat menjengkelkan. Come’on lah, banyak lagi lelaki macho di UNIMAS… Yang bakal-bakal doktor, yang bakal-bakal engineer… Aminul nak ke Jepun? Sara tak kisah. Case closed.

Sara bergegas naik ke atas menuju biliknya. Air mata disimpan ditahan-tahan. Masuk ke bilik terus mengunci dari dalam. CD Backstreet Boys dipasang dengan volume paling lantang. 

Sara hempas tubuh di atas katil sambil menutup mata rapat. Lirik lagu dihayati satu persatu. 

Baby you deserve much better
What's the use in holding on
Don't you see it's now or never

Beauty. 






“KAK SARA… he asked you for- forgiveness…” May cakap. Sara toleh sekilas. Bahu diangkat perlahan-lahan sebelum jatuh semula. 

“Betul ni…” ucap May lagi bila melihat wajah selamba Sara. Takkan kut Sara tak percaya cakap dia?

“Akak okey je. Dah maafkan dia lama…” 

“Then why you two act like stranger?” May garu kepala.

“Just and just,” balas Sara pendek. Wajah May yang semakin blurr dipandang sekilas. “I don’t know how to talk to him. And he don’t want to talk to me too.”

“Kak Sara masih marah?” soalan May tidak terjawab. Sara tuang air di dalam gelas dan hulur pada May. 

“How’s your preparation for SPM?” Sara cuba tukar topik. 

“Nothing much. Belajar-belajar-belajar. Macam Kak Sara dulu la. May nak ikut abang terbang ke Jepun at least tahun depan lepas SPM.”

Oh! Sara terlupa adik-beradik ini tersangat rapat. Di mana ada May, di situlah Aminul ada.
“Baguslah tu…” senyuman menghiasi bibir. 

“Hari Ahad abang dah fly ke Jepun.” 

Jeda. 

Sara malas nak cakap apa-apa. Dah May yang beritahu, bukan dia yang terhegeh bertanya, kan? Lagipun Sara tau daripada Puan Iris. Harapkan Aminul yang cakap, hujan batu pun belum tentu. 

“Thanks for the drink…” May angkat gelas sambil kenyit mata. “Sedap air akak buat.” Pujian May membuat Sara tersenyum kecil. 

“Kak, May nak balik dulu. May nak study Chemistry sikit lagi hari ni.” 

“Oh…” Sara angguk kepala tanda memahami. May tolak kerusi meja makan ke belakang sambil berdiri. 

“Surat dari abang.” May tiba-tiba keluarkan sampul surat di dalam poket. Hampir jantung Sara terlompat melihat sampul surat itu. Daripada Aminul Khusairy? Biar betul?
Tangan Sara separuh menggigil mencapai surat di tangan May. 

“Okey, May pergi dulu kak. Kirim salam dengan pakwe kat Sarawak yang handsome-handsome bila akak terbang balik ke UNIMAS ya?” May gelak kecil dan mula menghayun langkah keluar dapur. 

“Ah, satu lagi…” May pusing semula tubuh menghadap Sara Suhaila. Sara yang tunduk merenung surat tadi terus menala mata ke arah May. May tersenyum lebar. 

“Tu…” May tunjuk kepada Sara. Sara angkat tangan meraba rambutnya. “Abang yang kasi, kan? Look sweet in you… the butterfly and your hair… beautiful.” May tersengih nakal sebelum menghilang di mata Sara. Sara terkesima bila tangannya tercapai klip rambut kecil dicelah-celah rambut yang berbentuk rama-rama. Ini ke yang nampak manis tu? 

Dada Sara berdetak laju. Pasal klip, pasal surat, kenapa perlu hari ini bayangan Aminul kembali menerpa ingatannya?

Sara urut belakang lehernya perlahan sebelum menyandar tubuh di kepala kerusi. Surat dibuka dari sampulnya. 

To Sara;
I’m sorry. Really-really sorry. Hari Ahad ni, boleh kau hantar aku ke airport?
I meant it. I’m sorry for everything… And I miss you.
A.K

Sara pejam mata rapat-rapat. Dia bermimpi kah?





10 KALI fikir pun tak boleh buat hati Aminul tenang selagi tidak mendapat jawapan daripada Sara. 10 kali juga terasa jalan buntu juga yang terpaksa dia hadapi. 10 kali juga otak terus jammed terasa nak hentak kepala ke dinding.
Sara masih marah? Sara dah baca surat tu ke belum? Ke Sara koyak terus campak ke dalam tong sampah? 

Betul Aminul pedih bila Sara seakan-akan mengelak dari bertemu empat mata dengannya setelah kembali dari Sarawak dua minggu lepas. Betul Aminul terasa semakin jauh dari Sara sedangkan selama ini hanya Sara yang berada di sisinya, yang menjadi teman rapatnya, yang seakan-akan memahami dirinya lebih daripada orang lain.
Sara faham ke perasaan Aminul? Sara tahu ke Aminul tak ada orang lain selain daripada Sara Suhaila? Sara tahu tak Aminul sayang kat dia? Ke Sara dah tak nak berkawan dengan Aminul lagi?

Aminul mula menyesal sebab main tuduh tentang kes jawatan ketua pengawas tempoh hari… Dan lebih menyesal kerana tidak terus memberikan jawapan sewaktu Sara meluahkan perasaannya pada Aminul dahulu. Aminul tunggu Sara tanya jawapan tentang perasaan Sara, tapi sejak Sara luahkan cintanya sekali itu, sejak itu Sara seperti terlupa nak tanya buat kali kedua walhal Aminul menunggu dan menunggu soalan daripada Sara, ‘Pasal aku suka kau, apa jawapan kau untuk aku?’

Lucu ke kalau lelaki yang menunggu perempuan untuk memulakan langkah pertama dalam perhubungan? 

Ya Aminul tahu silapnya. Dia lelaki, patutnya dia lebih berani untuk approach Sara, untuk pujuk Sara, untuk meluahkan perasaannya pada Sara. Tetapi Aminul tetap Aminul. Mimpilah kalau Aminul yang terkejar-kejar Sara cakap ‘I love you, Sara…’ atau ‘I’m sorry, Sara…’

Malu satu hal, takut Sara menolak satu hal. Sedangkan jelas-jelas Sara yang terlebih dahulu meluahkan perasaan padanya, ye tak? Dan pasal yang meminta maaf tu, bukan Aminul tak nak minta maaf. Tapi Sara yang beria menjauhkan diri sehingga Aminul hidup bersama fikiran bahawa Sara sudah benci gila pada Aminul Khusairy. Okey, tak payah nak salahkan sesiapa hatta Sara sekali pun kalau dah diri sendiri yang tak nak usaha. 

Tapi surat hari tu bukan usaha ke Aminul? Punya berat hati nak wakilkan May yang tengah struggle study untuk ketemu Sara, tapi Sara tetap juga tak muncul untuk hantar dia ke airport. Sedih tahu?

Abaikan hantar ke airport, kalau Sara setakat jenguk dia di airport ni pun dah cukup baik dah. Dalam hati masih mengharap walaupun bagasi dah selamat masuk semasa check-in tadi. 

“Kak Sara busy kot…” tiba-tiba suara May mencelah. Aminul diam aje tak bersuara. Entah sedih kena pergi jauh dari family atau sebab Sara tak hantar ke airport hari ini, May pun tak pasti. 

“May tak yakin kalau abang percaya, tapi May betul-betul rasa yang Kak Sara masih sayangkan abang.”

Aminul ukir senyuman kelat. “Abang okey aje…” kepala May disentuh lembut.
“Betul okey? Macam tak aje ni… Muka muram tak ceria langsung.”

“Betullah…” Aminul tersenyum lebar. Cuba memendam perasaan.
May ikut tersenyum. Ala, sejauh mana Aminul cuba tipu tentang apa yang dirasakannya, sejauh itu May dapat baca hati seorang abang. Semua orang pun cakap May mirip abangnya. Mirip wajah, mirip tingkah laku, mirip kata-kata… Jadi tak susah nak menebak apa yang ada di hati Aminul Khusairy.
“Dah calling dah. Tengok jam…” May tunjuk jam di tangannya. Aminul angguk kecil.
Puan Hasanah angguk juga sambil terus memeluk bahu Aminul. Anak ini, dari kecil sehingga besar panjang ada di depan mata. Sungguh, berat hati nak lepaskan dia. 

“Abang…” May seru sewaktu satu keluarga mereka berjalan ke arah pelepasan ruang imigresen penerbangan antarabangsa. Aminul memandang wajah Sara.
“Tu..” May tunjuk ke sebelah kiri. Ada Sara Suhaila. Tengah senyum. Dan melambai.
Antara sedar dan tidak, Aminul melangkah mendekati Sara. 

Bila berhadapan kedua-duanya hilang suara. Sara tertunduk dengan kotak di tangan.
“Sorry lambat...” ucap Sara perlahan. 

“Tak pe. Dah datang pun kira okey.” Balas Aminul, juga pelan.
“Dah baca surat tu..” Sara pandang wajah Aminul. Aminul tenung wajah Sara. Lama. Banyak masa terbazir begitu sahaja dan Aminul baru tahu Sara semakin cantik, semakin manis, semakin bijak bergaya. 

“Kau maafkan aku tak?” dia tanya. Sara tersenyum kecil.
“Kau rindu aku tak?”
Jeda.
“Kalau aku kata aku rindu?” bergetar suara Aminul. Sara dah mula gelak.
“Aku tunggu kau balik ke sini lagi.”
“Janji?”
Sejak bila Aminul pentingkan janji?
“Nah… Hadiah.” Sara hulurkan kotak di tangan, tidak menghiraukan pandangan Aminul yang sedang kehairanan.
“Ada muffler dalam ni.”

“Muffler?”
Suasana airport yang semakin sibuk tidak mengganggu Aminul dari terus memandang Sara Suhaila seorang. Biar pun bising, hanya suara Sara aje yang kedengaran. 

“Pakai bila musim sejuk nanti..” Sara menjauhi Aminul selangkah bila menyedari lelaki itu terlalu hampir dengan dirinya. 

Aminul mengangguk, mengerti.
Pengumuman penerbangan ke Jepun sekali lagi kedengaran.
“Aku dah nak pergi.”
“Bye...” Sara melambai tangan. 

“Klip rambut yang aku beri ke?” mata Aminul terarah ke hujung rambut Sara yang beralun lembut. Sara senyum aje, tidak menjawab.
“Cepat pergi, nanti tertinggal flight.”
“Sara...”

“Pergilah, nanti emel aku bila dah sampai...” Sara menyampuk. 

“Aku pergi dulu,” pinta Aminul dengan wajah tenang. Sara melambai lagi, Aminul pusing tubuh ke belakang dan melangkah sedikit demi sedikit. Selepas beberapa langkah Aminul menoleh semula. Dia nampak mata Sara sudah mula memerah. Sudah hampir berbulan mereka berlagak seperti orang asing, banyak benda yang ingin dikatakan tetapi masa semakin mendesak apabila melihat barisan yang beratur untuk scan imigresen semakin pendek. 

“Sara, ingat tak masa kau bagitahu aku, kau suka aku?”
Sara tergamam. Aminul ingat lagi ke? Lahaulaa janganlah ingat benda tu lagi. Buat malu sedunia aje!
“Aku pun suka kau jugak...”

Dupp!
Sara terasa dunianya berpinar. Hati terasa tergawang-gawang. Sara, tak mimpi, kan? He. loves. me. too!

Mata terus melekat di wajah Aminul, tidak mahu melepaskan lelaki itu pergi jauh tetapi Aminul tetap kena juga pergi meninggalkan dirinya. Alhamdulillah. Dia pun suka aku, dan aku bukan bertepuk sebelah tangan lagi.
Senyuman Sara Suhaila melebar ke pipi.



.The End.