MASUK hari bekerja, Kak Ari mengarahkan agar aku masuk ke
bilik bos besar dengan membawa manuskrip yang telah kuedit siap. Pucat sebentar
wajahku gara-gara menyedari date line
yang ditetapkan sudah terlebih tempoh.
“Masuk ajelah, kalau tak siap cakap elok-elok. Bos okey
aje tu.” Kak Ari cuba menenangkan diriku yang kelihatan menggelabah.
“Hujung minggu Riah tak buat ke?”
Aku menggeleng kepala. “Sibuk sikit tolong mak. Tak apalah
Kak Ari, saya masuk bilik bos dulu.”
Setelah mengetuk pintu beberapa kali akhirnya ada sahutan
dari dalam bilik kecil berhadapan dengan pejabat kami. Walaupun syarikat milik
bos tidak sebesar mana tetapi gaji dan kebajikan kami tetap terjaga.
“Assalamualaikum
bos.”
“Hmmm... Riah. Waalaikumsalam. Manuskrip dah siap?”
Aku masuk ke dalam bilik kecil itu dan duduk dengan
sopan. Aku hulurkan fail tebal berisi manuskrip yang telah diedit.
“100 muka surat lagi, bos. InsyaAllah hujung minggu ni
boleh start printing.”
Bos dengan wajah bersahaja menarik fail di atas mejanya
dan membelek satu persatu muka surat. Kadang-kadang timbul keriut di wajah itu
dan kadang-kadang ada anggukan serta tarikan nafas panjang.
“Boleh siap betul ke hujung minggu ni? Sepatutnya minggu
ni dah mula final editing.”
“Selalunya manuskrip tebal 350 muka surat saja bos. Ini
dah 400 muka surat. Saya ambil masa sikit untuk edit. Untuk printing nanti mungkin mencecah 700 muka surat saiz novel
biasa.”
“Zaid dah mula promosi?”
Aku angguk kepala. “Yup. Dia contact writer untuk buat promosi bersama. Bulan depan ni bila dah
siap printing kita launch dekat Popular Melaka.”
Bos menghela nafas panjang sekali lagi.
“Siapa yang pergi?”
“Zaid.”
“Manuskrip seterusnya dah start pilih ke Riah?”
Aku mengangguk lagi. Entah kali ke berapa kepala ini naik
turun naik turun untuk menyedapkan hati bos.
“Queue terbit
sampai bulan 6 dah penuh.”
“Bagi saya manuskrip bulan 7 dan 8 Riah.”
“Saya emel forward
kepada bos,” balasku laju
“Kalau saya tak puas hati, saya ambil manuskrip lain
untuk diterbitkan. Sekarang persaingan kuat. Kadang-kadang kita kena cari
penulis yang memang dah lama bertapak dan ada follower sendiri untuk push
jualan. Promotion dengan penulis yang
ada nama ni senang sikit berbanding yang baru nak bertapak. Pastikan antara dua
buku yang keluar dalam sebulan tu, satu daripadanya kena penulis yang dah
pernah terbit buku. Reader ni
kadang-kadang takut sikit nak ambil risiko.”
“Writer dalam blog atau wattpad pun ada follower juga bos.”
“Ada ke?”
“Ada, writer
yang bulan 6 nanti follower dia dekat
wattpad dekat 10 ribu.”
Bos terkejut.
Aku sengih aje. Harap-harap menjadilah strategi ambil writer dari wattpad. Tapi serius banyak
lagi yang penulis tu kena belajar sebab aku macam nak mati mengedit cerita dia.
“Untuk Singapore punya promotion macam mana?”
Aku hela nafas dalam. Yang tu...
“Yang tu kita belum meeting
lagi, bos.”
“Alang-alang buka booth
semua sekali la pergi.”
“Saya tak contact
lagi orang yang handle booth kat
sana. Nombor telefon pun tak ada lagi ni.”
“Cepat sikit, Riah. Nanti tak sempat.”
Yalah cakap memang senang, tapi nak dapat contact number tu kena hadap dengan
musuh ketat. Maksud aku publisher
lain la sebab kalau syarikat besar sah-sah orang yang urus booth share dekat emel. Tapi kita orang publisher kecil ni kena usaha cari bahan sendiri. Terlepas pandang
boleh terlepas event dan duduk gigit
jari.
0 Komen untuk Cik Rin:
Post a Comment