CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 25, 2013

Bitterness In You Bab 12


BAB 12
HARI minggu rutin biasa belum lagi ditinggalkan. Setiap sebulan akan ada pertemuan kami berempat bersama walaupun dua minggu lepas sewaktu majlis pertunangan Rina, Nur dan Mun telah datang untuk memeriahkan majlis. Kata Nur majlis tu lain, rutin tu lain. Jadi kena buat dua-dua sekali baru lengkap persahabatan. Aku fikir persahabatan kami tidak akan kunjung noktahnya. Dari zaman universiti sehingga sekarang kami masih lagi berempat, aku bahagia dengan itu.
Melihat Rina yang tengah masak membuatkan hatiku tertanya-tanya siapa yang ada di hati temanku yang seorang ni sekarang. Antara kami berempat hanya dia yang agak pendiam dan perahsia sedikit orangnya.
“Rina,” tegur Mun sewaktu mengeluarkan dadih yang berada di peti sejuk ke atas meja. Mun menghulur dadih untuk aku dan Nur kemudian mengambilkan kami sudu kecil.
“Apa?” Rina menoleh ke arah kami bertiga yang sedang duduk menikmati dadih yang dibuat oleh Nur.
“Kau bila lagi?” Soalan Mun membuahkan senyuman di bibirku.
“Bila apa?”
Spontan aku menjawab persoalan Rina itu. “Bila kau nak kahwin…”
Aku tersengih bila melihat mata Rina yang membulat luas. Kami bertiga serentak ketawa.
“Tunggu Rian kahwin dulu…”
“Calon ada tak?” Tanyaku lagi. Rina menggeleng kepala sambil tersenyum kecil.
“Sejak bila kau mula risau pasal aku dah ada calon ke tak, Rian? Mentang-mentang dah bertunang…”
Aku tersengih menampakkan barisan gigi. Sungguh tidak menyangka kata-kata itu yang bakal keluar dari bibir Rina.
“Tapi tunang kau handsome lah Rian. Serius cakap ni! Ya Allah terkejut gila aku tengok muka dia hari tu.. Nasib baik aku dah bersuami..” gurau Nur. Aku mencebik kecil. Punyalah makcik seorang ni duk puji-puji Adif, nasib aje lelaki tu tak ada kat sini kalau tak memang aku malu dapat kawan-kawan tak reti cover perasaan sendiri.
“Aku pun mengaku dia kacak. Aku dengar cerita Nur hari tu ingatkan mata Adif tu betul-betul sepet macam Cina, rupa-rupanya boleh tahan tajam juga..” kali ini Rina yang memuji Adif. Aku sekadar tersengih kelat sebab tak tahu nak cakap apa. Kalau betullah Adif tu kacak di mata dia orang, kira aku ni dengan Adif tu bagai handsome and the beast kut.
“Rina yang tak pernah puji pun puji Adif, Rian. Baik hati-hati dengan perempuan-perempuan lain. Merana kahwin dengan orang handsome, ramai peminat!” Nur gelak. Rina pun gelak. Mun aje yang tersengih lebar sambil memandang wajahku lama.
“Bukan bahagia ke dapat bakal suami handsome, Nur?” Tanya Mun tiba-tiba.
Nur cepat aje menggelengkan kepalanya. “Perempuan yang kahwin dengan lelaki handsome memang kena banyak menangis. Satu sakit kepala, satu lagi sakit hati.. Suami aku yang biasa-biasa tu pun banyak juga yang mengayat buat aku sakit kepala aje…”
“Cemburu lah tu…” balas Mun ketawa. “Tapi tak sangka aku yang kawan-kawan kita sorang demi sorang melangkah ke alam rumah tangga,” ucap Mun lambat-lambat. Agaknya dia sedih kut sebab lepas ni mesti semakin susah nak cari masa free yang sama untuk bersama.
“Lumrah alam Mun. Kalau tak kahwin tak ada anak. Tak ada anak sunyi bila kita dah tua nanti,” ucap Nur lembut.
“Kau dah jumpa keluarga Adif ke Rian?”
Aku menggeleng kepala menjawab pertanyaan Rina.
“Serius?” Dahi Nur sudah berkerut seribu. Aku tersengih kecil sambil tunjuk muka tak berdosa.
Nur mengeluh kecil sambil menyuapkan dadih ke mulutnya. “Kena kenal-kenal dulu sebab tak lama lagi kau dengan dia menikah.”
Aku pun ikut menyuap dadih perisa jagung tu ke mulut sambil mengangguk kecil. Tak lama lagi ke tarikh nikah kami? Tapi aku rasa sehari tu seperti panjang sahaja tempohnya berlalu. Dua minggu ini terasa bagaikan dua bulan. Nak tunggu 2 bulan tu tiba aku rasa seperti menunggu 4 bulan yang akan datang. Ke memang orang berkahwin akan rasa macam ni?

“I’M in front of your house, Adif.” Aku menelefon. Sekadar memberitahu dia sekiranya dia terlupa dengan rancanganku semalam yang ingin pergi ke rumah dia untuk mengenali dia dengan lebih dekat. Maksud aku bukanlah untuk mengenali diri dia, tapi lebih kepada mengenali keluarga dia. Adif kata dia ada empat orang keluarga, dia, adik dia dan mak ayah dia. Kalau aku menunggu dia memperkenalkan aku kepada keluarga dia sampai nikah pun aku tak akan tahu.
“Masuklah…”
Aku mengerutkan dahi. Tu aje ayat dia? Tak nak jemput aku yang tengah berada di luar kondominium dia ni ke? Dahlah sekarang ni aku tengah menggelabah cicak sampai hati betul dia tak concern kat aku. Aku mengeluh kecil akhirnya. Padanlah muka kau Rian, siapa suruh beria-ia datang ke rumah Adif tanpa jemputan…
“Awak tak bukakan pintu untuk saya ke Adif?” Soalku membuang rasa malu yang bertamu. Kalau dia suruh aku buka pintu ni sendiri memang lari dari kebiasaanlah Adif ni. Mana pernah orang pergi ke rumah orang lain sebagai tetamu datang di suruh membuka pintu sendiri kecualilah Adif dah jadi suami, itu lain cerita.
“Masuk je. Password rumah 220410.”
Aku telan air liur seolah-olah tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Kembang sedikit hati bila Adif seperti mempercayaiku tanpa ada cagaran sehingga sudi memberitahu password rumah dia tu. Tapi yang peliknya kenapa dia sesenang itu memperikan aku kata laluan rumahnya?
“Saya masuk ni…”
“Hmm…”
Dia memutuskan talian. Aku terkedu di depan rumahnya. Terkebil-kebil kerana tidak tahu hendak berbuat apa-apa.
Masuk rumah dia ni nanti terus je salam kat mak dan ayah Adif, terus je cakap yang aku ni bakal isteri Adif dan datang ke sini untuk berkenal-kenalan dengan keluarga mentua. Apa nak jadi-jadilah! Aku menggumam di dalam hati sambil menekan satu persatu password yang disebutkan oleh Adif tadi.
Apabila bunyi klik kedengaran perlahan-lahan aku membuka pintu rumah dengan tangan yang agak terketar. Aku membuka pintu dengan lebih luas lagi. Suasana rumah ini sunyi sahaja dan aku menapak masuk ke dalam rumah sehingga tiba di tempat letak kasut. Sandalku buka lambat-lambat dan bergegas aku memasukkan kakiku di selipar rumah yang tersedia diatas rak.
“Assalamualaikum…”
Salamku tidak berjawab. Aku datang ke sini ni memang tak dialu-alukan agaknya. Masuk sahaja ke dalam rumah kulihat sebuah ruang tamu yang agak luas walaupun tidak seluas rumah ayah dan ma serta dapur yang boleh dilihat melalui kaca separuh yang dijadikan dinding pemisah antara ruang tamu dan dapur. Di bahagian membelakangi sofa terdapat pintu-pintu sebanyak tiga buah, kukira itu bilik air ataupun bilik tidur Adif. Bila diperhati benar-benar, terasa rumahnya ini bukan untuk rumah keluarga kerana hiasan dalamannya yang agak kosong. Ke Adif memang tinggal seorang diri dalam rumah ni? Tiba-tiba sahaja aku rasa tidak selesa. Bagaimana kalau betul Adif duduk rumah ni seorang diri? Sepatutnya dari awal aku bertanya mengenai keluarga dia. Di mana mak dan ayah dia tinggal… Rasa sangsi mula menguasai hatiku.
“Adif?” Suaraku tenggelam-timbul memanggil namanya sudahnya tidak berjawab lagi. Aku menekan satu persatu mesej ringkas untuk Adif dengan perasaan bercampur-baur.
Awak kat mana? Kalau awak tak ada di rumah saya balik dulu.
Mesejku juga tidak berbalas. Aku mengeluh nafas panjang. Tak ada rezekilah ni…
Kuhalakan kakiku ke muka pintu semula. Sewaktu aku ingin membuka pintu rumah, pintu lebih cepat terbuka dari luar. Kerana terperanjat aku terus menjauhkan diri dari pintu tersebut. Dan tidak sampai sesaat aku melihat wajah Adif yang sedang lengkap berpakaian kerja di muka pintu. Dia merenung wajahku tajam sehingga pandanganku menjadi kabur kerana cahaya dari luar pintu memerangkap dirinya dalam kesamaran.
“Awak dah sampai?” Soalan Adif aku jawab dengan anggukan lemah.
“Masuklah..” ucapnya selamba sambil membuka kasutnya yang tersarung di kaki. Briefcase dia letakkan di atas rak kasut sebelum dia memakai selipar rumah sambil tersenyum ke arahku.
“A.. Adif.. Ka.. Kalau tak ada orang kat rumah ni. Err.. Saya balik dulu…”
“Ada orang. Cepatlah masuk.”
“Maksud saya selain kita berdua…” Adif mengambil briefcasenya lalu mendekati diriku.
“Awak takut berdua dengan saya?”
Cepat-cepat aku menggelengkan kepala risau kalau-kalau dia silap faham. Aku bukan takutkan dia, tapi aku takutkan diriku sendiri. Perasaan takut itu normal bagi seorang gadis seperti aku yang tidak terbiasa berdua-duaan dengan seorang lelaki yang bukan mahram di sebuah rumah. Perasaan itu datang kerana aku sudah terbayang di ruang minda kisah novel-novel yang banyak mengetengahkan kehidupan gadis ditangkap basah walaupun teraniaya. Tangkap basah sahaja jika tidak melibatkan maruah tidak mengapa namun apabila terbayang wajah ma dan ayah tahap kerungsinganku memuncak. Elok-elok bertunang dua minggu lagi hendak bernikah tiba-tiba kena tangkap basah. Kan rugi je kahwin free-free?
“Awak takut kena tangkap basah dengan saya?” Soalan Adif berbaur sinis. Kali ini tebakkannya mengena tepat ke mukaku. Aku hanya mampu tersengih pahit.
“Ada housekeeper kat dalam tu.”
Dia semakin mendekatiku membuatkan aku berundur beberapa langkah.
 “Pembantu rumah?” Tanyaku pula. Tadi aku beri salam tak ada pun orang jawab takkanlah pembantu rumah dia tidur kut?
“Ya..”
“Family awak?”
“Saya ada family ke?”
Aku terkedu mendengar jawapan Adif itu. Adif berlalu masuk ke ruang tamu meninggalkan diriku yang terpinga-pinga.
“Adif, mak dan ayah awak?”
“Ayah dan ma awak tak beritahu ke yang saya telah kehilangan ayah dan mak saya dua tahun lepas?” Adif membuka kot dan tali lehernya selamba.
“Saya masuk ke bilik, awak duduklah dulu tunggu di sini.”
“Saya tak nampakpun pembantu rumah awak?”
“Dia dalam bilik dialah kut.”
Belum sempat aku bertanya apa-apa Adif sudah memasuki biliknya. Aku mengeluh kecil kerana pelbagai soalan yang bermain dimindaku belum terjawab. Dia tinggal dengan pembantu rumah dia ke? Pembantu rumah dia perempuan ke lelaki?
“Assalamualaikum…”
Aku menoleh segera. Kelihatan gadis dalam lingkungan 20-an bergerak melangkah ke arahku.
“Waalaikumsalam…” jawabku lemah. Kukira paling-palingpun housekeeper Adif agak berumur tapi yang berada di depan mataku terasa dia sangat-sangat muda. Adif dengan dia.. ada apa-apa ke?
“Tunang abang Adif ya?” Tanya gadis muda itu lagi. Aku mengangguk kecil. Entah riak apa yang tertera di wajahku tetapi aku benar-benar rasa tidak selesa di ruangan ini. Tadinya terasa luas sekarang terasa sempit sehingga membuat dadaku sesak untuk bernafas.
“Saya adik sepupu abang Adif. Merangkap pembantu rumah dia…” gadis itu menghulurkan tangannya kepadaku. Walaupun dia sudah menerangkan kedudukannya tetapi mengenangkan kata-kata Adif mungkin pembantu rumahnya berada di dalam bilik dan membawa makna Adif memang menyediakan bilik untuk gadis ini tidak mampu mengusir perasaan gusarku.
Usai menyambut tangannya untuk bersalaman, gadis itu segera duduk di sebelah sofa tempat di mana aku duduk sekarang ni.
“Kakak stay sini sampai pukul berapa? Sebab abang Adif tadi tak kasi saya balik rumah sebab nak suruh saya temankan dia dengan kakak sekejap…”
Aku terkebil-kebil tanpa bicara. Terasa seperti hendak tertawa apabila saja otakku mula dapat berfungsi normal semula. Sia-sia aje aku rungsing sendiri jika gadis ini sebenarnya belum pulang semata-mata hendak menemani aku dan Adif di rumah ini.
“Tak lama… Nama adik?”
“Sha… Panggil saja Sha.”
“Adik sepupu abang Adif?”
“Ya.”
“Dah lama kerja di sini?”
“Sementara menunggu keputusan SPM keluar. Abang Adif kata boleh kerja di sini sementara waktu. Kakak tak perasan ke Sha ada masa kakak dan abang Adif bertunang hari tu. Mak Sha yang sarungkan cincin di jati kakak…”
Oh?
“Maaf kakak ni pelupa sedikit orangnya..” aku gelak lambat-lambat menutup kelemahan sendiri. Kenapalah aku boleh tak ingat orang-orang yang penting dalam hidup Adif? Wajah mak Sha ni pun aku dah lupa-lupa ingat.
“Abang Adif ke mana, kak?”
“Dalam bilik dia…”
Sha tersengih lebar. “Untunglah kakak dapat abang Adif. Dari dulu lagi Sha fikir siapalah yang bakal menjadi isteri abang Adif ni. Kacak tu kacak tapi sibuk mengalahkan perdana menteri. Ingatkan memang tak akan ada awek sampai bila-bila, tup-tup cakap kat mak nak masuk merisik dan bertunang.” Komen Sha panjang lebar. Aku tersenyum kecil. Terasa diriku benar-benar bertuah menjadi bakal isteri kepada Ahmad Adif ini.
“Kakak dah makan ke? Sha dah masak untuk abang Adif dengan kakak tadi. Abang Adif suruh masak sedap-sedap…”
Tak elok rasanya aku menolak pelawaan gadis muda ini.
“Nanti kita makan dengan abang Adif sekali,” ucapku lembut. Sha mengangguk kecil.
“Sha ke belakang dulu ya, nak sediakan minum petang.”
“Kakak tolong Sha..”
“Eh, tak payahlah. Sha boleh buat sendiri senang aje pun. Kakak duduklah dulu.”
Aku termangu di ruang tamu keseorangan. Baru aje nak tanya banyak-banyak pasal bakal suami tapi adik sepupu Adif pun sama sahaja tahap kemisteriannya.
“Dah jumpa housekeeper saya ke?” Adif menyapa setelah 10 minit aku seorang diri duduk di ruang tamu tu. Sha pun satu dia kata nak sediakan minum petang tapi tengok-tengok dia dah lenyap ke bilik belakang. Teringin juga hendak menjenguk tapi nanti apa yang dia orang akan kata bila aku ni sebagai tetamu jadi seberani itu?
“Adik sepupu awak ke?” Aku tanya separuh sinikal. Yelah orang lain pun ada housekeeper tapi setakat housekeeper tu merangkap adik sepupu dia sendiri baik tak payah cakap kat orang yang Sha tu housekeeper dia. Baik dia kata adik sepupu dia sahaja.
Adif tersengih kecil bila dah tahu yang aku ni tau pasal adik sepupu dia yang cantik molek tu. Selamba dia duduk di hadapanku sambil meletakkan satu plastik apa entah di tepi meja tamu dia. Baju dia pun sudah bertukar kepada yang lebih ringkas dan santai dengan t-shirt berlengan pendek dan seluar panjang.
“Awak ke sini nak kenal dengan family saya ke?”
Pandai pula dia meneka. Aku mengangguk kecil. Dia terdiam tapi tak lama. Dia keluarkan satu set papan catur dalam plastik dia.
“Keluarga saya yang terdekat dah tak ada… Sia-sia aje awak datang…” gumam Adif. Aku mengangkat kening sebelah tak faham dengan maksud kata-kata dia.
“Kalau keluarga awak tak ada pun tak apa. Adik sepupu awak ada…” main belasah aje aku cakap dan tiba-tiba aje aku takut dia kecik hati dengan apa yang telah keluar dari mulut aku tadi.
“Kalau keluarga saya ada awak bolehlah berkenalan dengan dia orang…” Adif tersenyum nipis.
“Awak nak saya jumpa mereka?”
“Kalau dia orang masih ada.”
Aku termangu keseorangan. Betullah apa yang dia cakapkan tu. Kan ke aku ni bakal isteri dia mesti dia nak tunjuk aku pada keluarga dia tapi keluarga dia pula dah tak ada.
Aku perhati Adif yang tengah susun satu persatu buah catur di papan catur dengan perasaan hairan. Dia nak main dengan Sha ke benda alah ni?
“Hari tu kan awak kata awak ada seorang adik. Adik awak kat mana?”
Adif membuang pandang ke wajahku sekilas sebelum kembali menyusun caturnya.
“Dia tak tinggal dengan saya.”
“Jadi bila saya boleh bertemu dengan dia?”
Tangan Adif terhenti dari menyusun buah berwarna putih selepas siap menyusun buah-buah catur berwarna hitam itu.
“Awak nak jumpa dia?”
Aku mengangkat bahu. “Kalau awak bagi… Saya berbesar hati berkenalan dengan dia, Adif. I’m so sorry about your parent. Tak tahu yang dia orang dah tak ada. Apalah saya ni, kan? Nak jadi isteri awak tapi pasal awak satu pun saya tak tahu.” Aku mengeluh kesal. Sungguh! Aku bercakap ni ikhlas dari hati.
Adif mengangkat wajahnya selepas meletakkan buah yang paling tinggi warna putih di tepi yang kedua tertinggi tadi.
“Nanti lama-kelamaan bila kita kahwin awak akan tahu tentang keluarga saya, Rian. Nanti bila dah selesai segalanya awak akan ketemu dengan adik saya. Tapi bukan sekarang.”
Spontan keningku bertaut. Hairan dengan kata-kata Adif. “Tak boleh jumpa sekarang?”
Adif tersenyum tipis. “Dia tak ada kat sini.”
“At least saya tahu nama dia…”
“Dia Siti Aisya.”
Siti Aisya… bergema nama itu di seluruh jiwaku. Nama sempena isteri junjungan nabi Rasulullah S.A.W.
“Mesti cantik, kan?” Aku merenung redup wajah Adif.
“Dia cantik, tapi dia tak seperti awak.”
“Maksud awak?” Tiba-tiba aku risau kalau-kalau Adif akan kata adik dia lagi alim dari aku, lagi baik dan lagi cantik. Kalau dia kata lagi cantik tak mengapalah sebab aku pun memang dah sedia maklum yang banyak lagi wanita kat luar sana lebih cantik dariku tapi kalau dia kata adik dia jauh lebih baik dari aku yang jahil segala segi bagaimana?
“Dia cantik tapi dia nakal. Tak macam awak…”
Aku terkebil-kebil menanti kata-kata Adif yang seterusnya.
“Kalaulah dia macam awak senang sikit saya nak jaga dia…”
Aku terdiam. Maknanya Adif menyatakan aku berada di pihak yang punya kelebihan berbanding adiknya.
“Biasalah nakal tu. Saya pun nakal juga, cuma awak je yang belum kenal sepenuhnya,” ucapku merendah diri. Adif tersenyum cuma. Papan catur diunjukkan ke arahku. Aku cepat-cepat menggelengkan kepala. Gila apa dia nak suruh aku main benda alah ni. Aku mana reti pun main catur. Kalau setakat main dam tahulah tapi itu pun bila dipaksa Nur dan Rina baru aku terlibat sama bermain kalau tak memang aku tak nak main benda-benda ni.
“Saya tak reti mainlah Adif..” ucapku lembut. Cuba untuk meminta dia memahami diriku tapi nampak seperti dia bersungguh aje hendak bermain dengan aku.
“Yang ni nama dia bidak. Tentera-tentera kecil kerajaan kita.” Dia terangkan padaku walaupun aku terang-terangan menolak daripada permainan ini.
“Yang ni castle, horse, queen…” dia terang satu persatu membuatkan aku termangu. Sebenarnya aku tak faham kenapa dia perlu menerangkan kepadaku permainan ni.
“Saya tak nak mainlah Adif.”
“Awak nak buat apa kat sini kalau tak main?”
Aku termangu sekali lagi mendengar soalan dia yang agak sinikal itu.
“Berbual?”
“Main sambil berbualkan boleh aje.”
Aku diamkan kata-kata dia, tak pasal-pasal jadi gaduh pula kalau aku berkeras tak mahu bermain catur.
“Awak yang warna putih, saya yang warna hitam. Sekarang awak boleh mula gerakkan buah awak.”
“Saya gerakkan bidak ni?”
“Knight pun boleh gerakkan dulu.”
“Ha?” Dahi aku sudah berkerut hairan.
“Maksud saya horse. Benda ni boleh bergerak bentuk L macam ni.” Dia angkat kuda dia tu dan diletakkan di tepi buah tentera kecil yang dia namakan bidak tadi di sebelah kanan berbentuk L. Banyak betul nama sebiji benda ni.
“Faham?”
Aku mengangguk dan dia meletakkan kembali buahnya di tempat asal.
“Boleh gerak mana-mana buah ni?” Soalku teragak-agak sambil menunjukkan bidak.
“Dua langkah ke depan atau selangkah saja.” Dia terang dengan riak yang serius. Aku sudah mula tersengih. Rasa nak je cakap kat dia yang tengah dia bermain sekarang ni bukan pemain profesional jadi tak usahlah buat muka serius macam tu.
“Saya dah gerak.” Aku beritahu dia dengan muka bersungguh-sungguh. Dia pun gerak bidak yang terletak di depan King dia dua langkah ke hadapan.
Aku termangu-mangu seketika sebelum menggerakkan bidak yang berada di tepi sekali ke hadapan dua langkah. Lepas tu dia cepat saja menghantar bishops dia ke tepi. Aku ternganga pandang dia. Berani betul dia serang kawasan aku macam tu sekali? Mentang-mentang aku tak pernah main..
Bila aku gerak lagi buah dia terus gerak Queen dia. Aku dah rasa tak mahu main lagi bila dia gerak dengan muka yakin macam tu. Tak boleh ke dia kasi chance kat aku yang baru aje main ni?
“Yang ni apa?” Soalku menunjukkan buah paling tinggi dan ada tanda operasi tambah tu.
“Yang ini King. Yang ini Queen. Tugas King untuk memastikan game terus berjalan dan Queen bertanggungjawab untuk melindungi King walau apa pun yang terjadi..”
Aku mengangguk kecil mendengar penjelasan panjang lebar Adif. Punyalah minat dia kat chess baru aku tahu sekarang. 1 point untuk Rian Aulia sebab dah bertambah mengenali bakal suami sendiri. 
“Kalau Queen mati, King hidup lagi, tapi kalau King mati, Queen pun mati,” ucap Adif sambil merenung tajam ke wajahku. 
“Agaknya kalau kita dah jadi suami isteri, awak jadi king dan saya jadi queen kan?” Aku cuba berlawak untuk mengurangkan perasaan kekok apabila dia memandang aku dengan mata tajam dia tu. Tapi Adif tak gelak pun jadi terpaksalah aku hentikan ketawa yang keluar dari bibirku baru saja tadi. 
“Sebab kumpulan penyerang ni ada jadi kita akan protect kawasan kita dengan sungguh-sungguh, nak menang awal matikan Queen kumpulan lawan. Macam saya, saya akan serang Queen awak supaya saya cepat menang dalam game ni.” Adif mengambil Queen dia yang sudah berada di petak hadapan dan menolak bidak milikku sehingga jatuh tergolek di papan catur.
“Check mate!”
Aku ternganga tak percaya. Baru tiga sahaja pergerakan dia aku dah kena check mate? Biar betul!
“Awak tak bagitahu pun Queen awak serang saya?”
Adif buat smirk smile dia tu lagi. 
Sinis lagi. Membuat hatiku sedikit berbara namun aku sabarkan juga hati kerana aku tahu ini hanya satu permainan, tidak lebih daripada hanya sebuah permainan.
“Bila kita nak serang kumpulan lawan, kita tak akan bagitahu dia tentang strategi kita, Rian.”
Aku pandang wajah dia tak puas hati. Aku baru aje belajar main catur takkanlah dia terus buat King aku mati?
“Jadi saya kalahlah ni?” Aku tanya kat dia lambat-lambat. 
“Awak tak kalah selagi saya belum check mate kan King awak. Tapi awak dah kena check mate, kan?”
“Tak boleh ke Queen dan King kita berdamai.”
Adif menyoroti wajah aku lama. Lambat-lambat dia menggeleng kepala. 
Two kingdom will never work together. You hurt me so I hurt you back, Rian...”
Apa pula yang tengah dia mengarut ni? Aku tenung papan catur yang ada kat depanku. Banyak lagi pemain negara aku tapi King tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja sampai hati betul Adif buli macam aku ni lawan seteru dia pula dah. 
“Tapi awak yang suruh saya mula gerakkan tentera sebab tu saya gerak...”
“Kalau tak kita mesti tak bermain permainan ni, kan Rian Aulia?”
Pertama kali dia sebut nama penuhku. Pertama kali juga aku rasa hatiku melayang-layang terputus dari genggaman. Aku tidak peduli lagi permainan bodoh ni sebab aku bermain benda ni pun kerana dia suka catur. 
Aku pandang wajah dia dengan pandangan redup. “Kita makan nak?”
“Saya tak mahu kalah, Rian. We need to finish this game first.” Cara dia cakap tu macam ada maksud tersirat aje. Tapi Adif memang Adif, selagi tak misteri selagi tu lah bukan dia. Aku ni je yang agak malang dapat bakal suami yang misterinya mengalahkan misteri nusantara. Tak boleh ke kalau dia cakap terang-terang apa yang ada kat hati dia tu? Sebab aku tak boleh nak baca hati dia sedikitpun..
“Awak dah check mate kan saya nak teruskan permainan apa lagi? Saya dah kalah dah pun…”
“Gerakkan satu lagi buah awak.”
Aku pun gerak cincai aje. Semakin sebal pula melayan Adif yang beria-ia sedangkan dia tahu aku ni tak reti main chess.
Dan dengan itu, dia pun tendang King aku dengan Queen dia sampai terpelanting jatuh ke lantai. Dia tersenyum seakan-akan puas dengan apa yang dia dah buat tapi lain pula halnya dengan aku. Kenapa hati aku ni tiba-tiba jadi sakit bila dia buat macam tu?
“Awak bencikan saya ke?” Aku bertanya dengan nafas yang tertahan-tahan. Dia memandang diriku seakan-akan terkejut. Wajiblah dia terkejut sebab dia dah lupa yang aku ni memang langsung tak reti main tapi dia langsung tak beri simpati kat aku sejak mula lagi. Macam tu ke cara orang mengajar?
“Rian, I’m so sorry. Saya tak berniat hendak kecilkan hati awak…”
“Saya tak kecil hati.” Aku ucap sedikit lantang. Adif tersenyum kecil sambil mengutip Queen yang tergolek berdekatan dengan hujung kakiku. Dia kemaskan catur tu masuk ke dalam kotak.
“Nak main kad poker tak?”
Keningku bertaut serta-merta.
“Saya tak tahu pun awak reti main judi?”
“Saja suka-suka. Tapi tak bertaruh. Permainan otak dan strategi ni perlu untuk kita, Rian. Supaya kita tak kena trick oleh orang lain.”
Aku mendengus kecil. “Baik saya main Sudoku aje kalau macam tu..”
Tawa Adif meletus akhirnya.
“Jomlah makan, nanti lambat pula Sha balik. Selalunya dia balik masa pukul 4 petang sebelum saya balik rumah lagi.” Adif bercakap seolah-olah untuk diri dia sendiri tapi aku dengar jelas sangat. Serta-merta senyuman di bibirku mekar semula. Jadi kes dia dan Sha dah clear. Aku tak perlu sangsi apa-apa. Jahat sangatlah aku sampai terfikir yang bukan-bukan tentang dia orang berdua ni.









Dah musim cuti sekolah... hihi! Cik Rin pun cuti. Sepanjang cuti susah nak update sebab line internet yang tak mantap plus kemalasan yang amat. Sebelum balik bercuti hari Isnin ni insyaAllah akan update 1 bab kalau rajin menulis esok. Kalau malas juga nak buat macam mana... Kena ikut mood kalau tak memang tak menjadilah plot nikah diaorang berdua. *wink2* Assalamualaikum :)

9 Komen untuk Cik Rin:

Anonymous

Huhuhu...rasa berdebar aje ni..jahat ke si adiff tu aireen? X sabar nak baca next n3..tq sooooo much aireen

Anonymous

Best..geram betul dgn adif..eee..mase saya baca kan, rasa mcm saya ni rian je.. Terasa sakitnya hati dgn layanan adif ni. Sampai menangis dbuatnya. Eee!!sambung2 lagi. Best2

mrs_Breezy13

Omg best giler cita ni... nk lagi..... citer ni akan dibukukan ke??

-nuha life-

mendalam ayat adif tu. misteri sungguh laa..! nak lagi boleh.hihi :)

aisyah

Mmg la adif ni misteri...

Anonymous

saya rase saya phm ape kate si adif 2 ....

Anonymous

nmpak novel ni kat FB geng giler novel . baca sinopsis best, terus sy cari cerita ni n jumpa blog cik writer :D :D x sbr nk beli novel ni, nk tgk camna adif kejar rian blk.hihi <3

Anonymous

nmpak novel ni kat page FB Geng Giler Novel, baca sinopsis best.. terus sy cari crita n jumpa :D
x sabar nak beli novel ni, nk tgk mcm mna adif kejar rian blk..hihi <3 :D

Nurul A'adawiah

Mesti ade something ni...